Wednesday, January 13, 2010

Jigging - Bah 2

Salam, lanjutan dari penerangan secara asas berhubung kaedah pancingan jigging - bah 1 pada post yang lalu disini aku cuba menerangkan sedikit lagi selepas aku mengharungi trip yang lepas. Ini kerana daripada aktiviti jigging yang dilaksanakan, aku mendapati terdapat 2 kaedah jigging yang di laksanakan pada trip kali ini.

1. Bottom Jigging


- Ikan sasaran terdiri daripada ikan yang mendiami dasar-dasar lubuk yang diteroka diantaranya ruby snapper, kerapu, kakap merah, moon fish dan ikan2 dari keluarga snapper dan bersisik.


- Lazimnya jig yang digunakan melebihi 250g bergantung pada kedalaman dan keadaan arus. Jig yang lebih berat terpaksa digunakan sekiranya keadaan arus laju dan lubuk yang dalam. adakalanya sehingga seberat 500g.

- Oleh itu rekabentuk jig juga memainkan peranan,ini kerana jig yang lebar dan ringan lebih mudah dibawa arus dan jig berbentuk panjang dan berat lebih mudah sampai kedasar.

- Sekiranya kita ingin mencuba untuk melaksanakan kaedah jigging ini terutama di lubuk-lubuk burma bank, perkara berikut harus diberi perhatian :-
  • Main line hendaklah sehalus yang boleh walaupun penggunaan sehingga PE5,6,7. Ini kerana main line yang halus dapat mengurangkan rintangan air dan jig lebih cepat turun ke dasar.
  • Kapasiti main line dalam simpanan melebihi 300m, walaupun sonar menunjukkan kedalaman 150m, keadaan arus dan rintangan tali akan menyebabkan jig dibawa arus. Ada pada ketika mine line 400m habis dibawa arus untuk jig sampai kedasar.
  • Menggunakan jig yang direka dengan rintangan yang pailing rendah,lazimnya jig berbentuk ladung dan panjang menjadi pilihan.
  • Kaki pancing memerlukan stamina yang tinggi, ini kerana ikan yang hook up haruslah dinaikkan secepat mungkin untuk mengelakkan mulut ikan terkoyak atau ikan menjadi sasaran jerung dibawah.
  • Pada ketika ini barulah kaki jigging menghargai nilai Ratio yang ada pada reels, lagi rendah rationya lagi ringan karauan yang dibuat.
- Sukar untuk mengenal pasti samaada jig sudah sampai kedasar atau tidak. Pemancing hanya merasai gerakan pabila ikan mula menyambar jig didasar. Adakalanya terlewat untuk Hook Up kerana ikan telah berjaya membawa jig ke lubang persembunyiannya.

2. Cast Jig

- Lazimnya jig cast ini di laksanakan ketika waktu malam. Pabila bot mula memasang lampu spot lightnya, anak-anak ikan terbang dan sotong mula menghampiri bot. Ini secara tidak langsung menarik perhatian ikan-ikan predator untuk mencari makan disitu.

- Jig cast digunakan untuk memburu ikan-ika predator yang bermain dipermukaan. Penggunaan jig-jig seringan 45g sehingga 150g menjadi pilihan kaki jigging yang berminat dengan kaedah jig cast ni.

- Lazimnya jig di Cast dan dibiarkan seketika sebelum ia dikarau laju dengan tiba-tiba. Jig berbentuk sedikit lebar dengan warna-warna terang menjadi pilihan.

- Karauan laju perlahan laju perlahan secara berselang seli mampu menarik perhatian ikan yang bermain di sekitar bot.

- Ikan yang gemar bermain di pertengahan dan permukaan air seperti YFT, Alu-alu, Cupak dan tidak ketinggalan ikan yu begitu mudah dipikat dengan jig pada malam hari.

- Dibandingkan dengan jig bottom, jig cast ini kurang memenatkan memandangkan jig yang dikarau adalah sekitar 100g dan main line yang dilepaskan sekitar 30m-100m sahaja.

Pemilihan Jig??

- Jig No 8,9 dari kiri digunakan untuk jig bottom dan jig Buterfly da shimano no 14,15 dari kiri begitu disukai oleh YFT digunakan untuk jig cast. Lain-lain jig hanya digunakan on off.

- Lazimnya untuk jig cast, jig tigak berluminus juga menjadi pilihan predator, ini kerana kebanyakkan sambaran jig berlaku berhampiran bot. Spot light di bot banyak membantu pencahayaan dan silauan jig yang dikarau.
Justify Full

5 comments:

Anonymous said...

maafkan saya menganggu.
Awak mengikut blog anaklaut?
beliau seorang yang penciplak karya orang lain. Karya saya diciplak beliau dan di masukkannya kedalam blog anaklaut2009@ webpress dan blog ini telah ditutup kerana saya memprotesnya. Tapi blog yang saudari amsuk dan karya yang ditulisnya adalah karya ciplak. Beliau blogger yang tidak ada etika. Menggunakan sajak dan puisi orang lain untuk memikat perempuan dan pengunjung. Hati hati. walaupun beliau seorang guru tapi guru yang sakit jiwa. Beliau bukan orang seni dan mmg tidak ada idea untuk menulis. Hubungi beliau untuk mendapat pengesahannya. dan hubungi saya jika puan tidak berpuas hati. Saya haramkan artikel saya yang diterbitkan oleh beliau.

Fahiz Hussin said...

Salam, bagi teman tiada masalah dia nak ciplak artikel teman..teman buat pun bukan untuk mencari keuntungan. Diluar sana sememangnya ada org yang cuba dapatkan credit secara senang..tetapi etika blogger harus di ikuti..yang terbaik sertakan sumber artikel yang diperolehi agar tiada ada rasa tidak puas hati dari hasil penat lelah dan kerahan minda dari penulis asal. Selain menambah ilmu dan kenalan, kita juga dapat sampaikan ilmu kepada sahabat lain..sekadar pendapat teman.

Unknown said...

Bagi saya..ada juga kebaikannya jika menciplak atau tidak menciplak..dan ada juga keburukan nya menciplak hasil karia orang lain..kebaikan nya ilmu itu akan tersebar...dan semua orang bisa mengunakan ilmu yang disampai kan...keburukannya pula..dia hanya pergunakan hasil karia orang lain untuk mendapatkan popilarasi untuk diri nya sendiri...ada baik nya jika ingin share ilmu itu jika bukan dari asil karia sendiri...ada baik nya serta kan la nama sipenulis asal tentang karia itu...agar tidak ada pertingkahan tentang menciplakan kariah seseorang itu....maaf kan saya jika ada kesalahan didalam penulisan pandangan ini...thank

jeje said...

Nike Shox R3, South chaussures asics en soldes Pole, Saucony, des vêtements et des baskets Under Armour et plusieurs marques bien connues et haut de gamme.EnfantsKidsKids dépassent tout chaque année. Le Nike Dunk Supreme 08 noir violet jaune. En d'autres termes, vous n'avez plus à nourrir nike chaussures de tennis les petits bras et les jambes par de petites ouvertures. Mieux vaut acheter la qualité une fois, et laisser les problèmes aux nike chaussures de basket femme autres. En utilisant une gamme de prix de vente équitable de 30 $, c'est un must-have pour votre aficionado en tournée. Mais la position ne peut pas être trop sèche, ou va provoquer asics rouge et blanche femme des craquelures de cuir.

yanmaneee said...

jordan 13
balenciaga shoes
westbrook shoes
timberland
kobe byrant shoes
yeezys
moncler outlet
jordan shoes
supreme clothing
nike sneakers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.