Thursday, December 11, 2008

Jigging

Jigging ni merupakan satu teknik pancingan yang semakin dikenali ramai, Kaedah pancingan secara vertical Jerk ni mula menjadi pilihan pemancing bila ia mula membuktikan bahawa kaedah ni mendapat sambutan baik oleh predator didasar.

Tetapi tahukan kita jigging ni mempunyai jenis kelengkapan yang terdiri dari kelasnya sahaja..Bukan tidak boleh kita menggunakan peralatan mancing sedia ada untuk aktiviti jigging ni, tetapi kelengkapan dan peralatan yang akan diterangkan ni mempunyai fungsi dan keupayaannya dari segi mengadaptasikan kaeadah pancingan jig ni.

Rod.
Selalunya rod yang mempunyi panjang 4.5" ke 6" menjadi pilihan kaki jigging ni. Joran yang pendek ini memberi kelebihan dari segi hayunan vertical secara konstan dari atas kebawah untuk menarik perhatian ikan dibawah untuk menerkam jig, selain itu rod yang pendek juga memberikan bebanan rod yang ringan dan seterusnya memberi kelebihan kepada kaki jigging untuk beraksi lebih lama dengan pelbagai gaya persembahan Jig.

Selain itu rod yang mempunyai Aksi parabolik iaitu kebolehan melengkung sehingga "u" shape tanpa masalah merupakan pilihan kaki jigging ni, ini kerana ia dapat menahan asakan sehingga ketahap maksimum tanpa kerahan tenaga sepenuhnya dari kaki jig. Biar rod yang mengawal keadaan apabila jig dilarikan monster.

Keselesaan dari segi bahan pembuatan handel dan ring juga diberi perhatian yang sebaiknya agar ia dapat menahan asakan ikan yang berjaya melarikan jig. selain itu penyediaan gambel di handel rod juga harus diberi perhatian yang sewajarnya..gambel ini merupakan satunya point yang kukuh terus ke badan pemancing apabila ikan membaham jig, dapatla pemancing merehatkan sekejap lengan yang lenguh mengarau dan menghayun joran ketika jigging dibuat sebelum berlawan semula dengan mangsa yang sudah terlekat dimata jig..

Jig..
Ada pelbagai bentuk, warna, saiz dan berat dipasaran.. dari semurahnya sehingga semahalnya. lazimnya bentuk jig ni memanjang dan membujur dan ada yang menyerupai ikan dan yang penting ia berbentuk aerodinamic agar renangannya cantik dan boleh membelah air dengan mudah.

Selain itu, jig juga mempunyai pelbagai warna, ini kerana di padang mancing dan disetengah-tengah tempat ikan memilih warna tertentu berdasar mangsa yang terdapat disitu. Ada juga jig yang dilengkapi dengan warna luminus agar ia kelihatan pada waktu malam, dengan adanya teknoligi ni para jigging tidak lagi melaksanakan aktiviti ni diwaktu siang sahaja malah boleh dilakukan pada waktu malam juga.

Dan akhir sekali sudah tentu kedalaman dan kederasan air memainkan peranan penting didalam menetukan saiz dan berat yang akan digunakan disatu-satu padang mancing. Pada kedalaman yang melebihi 50m dan berarus maka jig berat 150g keatas harus digunakan, ini kerana jig yang ringan akan dibawa arus dan tidak sampai kesasaran didasar launtan. Ada kedalaman sehingga 150m dan lebih dengan arus yang kuat ada ketikanya para jigging terpaksa mengunakan jig seberat 300g ke 500g, bayangkan!




Contoh Jig yang digunakan..


Hasil jig, ikan YFT dengan jig 250g bersaiz 200mm Panjang dengan warna luminus kekuningan

Jigging Reels,
Selalunya Reels jenis high gear digunakan oleh active jigger, ini kerana reels jenis ini mempunyai keupayaan menarik yang baik sebab ia hanya menggunakan kuadrat yang minimum dari pemancing untuk mengarau jig, speed gear hanya meleguhkan terutama menggunakan jig yang berat sehingga 250g keatas.

Reel yang mempunyai drag sehingga 8kg dan keatas mampu mengekang larian pertama ikan ketempat persembunyian..ini penting terutama kita memancing dikawasan tukun, pelantar dan karang..larian pertama mangsa sudah tentu ketempat persembunyian asalnya..

selain itu aksesori dibawah hanya diberi penerangan secara ringkas sahaja..

Tali : selalu menggunakan tali breaded dan disambung dengan shock leader sepanjang 1 atau 2 depa mengikut kesesuaian padang pancing, tali dengan line marking setai 25 kaki juga menjadi pilihan jigger kini, ini kerana memudahkan jigger mengetahui strike zone semasa jigging.

Jigging Gloves : penting juga bagi pemancing yang aktif dan serius dengan aksi jigging ni. ini kerana keupayaan grip yang baik boleh meminimakan tenaga yang digunakan ketika aksi jig dilaksanakan, selain itu ia juga dapat memberikan kesinambungan yang kemas semasa ikan melarikan jig.

Assist Hook, Hook & Swivel : Memilih berdasarkan saiz dan kekuatan yang diperlukan dipadang pancing..pilih yang berkualiti sedikit agar kejadian swivel terkangkang tidak terjadi, gaya ikatan yang kemas juga memainkan peranan penting didalam aktiviti jigging ni.

Aksesori sampingan, player dan cutter: Penting ketika penyediaan jig dan penukaran jig dilakukan, ini boleh memudahkan dan mempercepatkan penyediaan jid dilakukan dipadang pancing terutamanya ikan sedang frenzy menghentam jig...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.