Friday, December 25, 2009

Preview - Coretan Perjalanan - Part 2

Salam, alhamdulillah trip memancing 1+1 (Laut +Kolam) kali ni berjalan lancar.. Aku sampai di Kajang jam 6 petang tadi selepas mengharungi perjalanan sejauh 4000km (Termasuk sesat melarat), laporan lengkap serba ringkas sedang dikarang dan dirangka. Aku akan update dan memberikan gambaran secara menyeluruh berhubung trip ini dalam beberapa hari lg.

Sekali lagi trip bersama Polaris One

Pertarungan yang dinanti-nanti, alhamdulillah merasa juga tarikan strike ikan pada trip kali ini. Pertarungan yang sama kuat, ikan kolam dan ikan lautan.

Menahan asakan ikan di lautan yang berusaha untuk membawa jig ke ke lubang pertapaan..

Merasa juga memancing di Kolam berbayar nih.

Menahan asakan plabuk kolam yang penuh dengan muslihat.

Sebenarnya, aku pun tak tahu macam mana nak mulakan laporan ini. Harap2 selepas berehat 2 hari ni dapat la skit-skit idea untuk menulis laporan seterusnya. Bagi persoalan rakan-rakan di Shoutmix, aku cuba perincikan didalam post yang akan dikeluarkan kelak. Tunggu ya..


Sunday, December 20, 2009

Preview - Coretan Perjalanan - Part 1

Sedikit gambar preview..


Malaysia - Bangkok - Ranong
Salam, sekarang ni aku berada di Ranong sementara tunggu sahabat lain sampai dari Pak Bara..Alhamdulillah perjalanan dari KL ke Bangkok berjalan lancar. Sedikit gambar-gambar preview sebelum laporan penuh dikeluarkan..InsyaAllah.

Terima Kasih tak terhingga kepada Mama kerana menjaga anak-anak semasa abg pergi memancing.
Menemani ketika sarapan pagi di Kajang sebelum bertolak ke Bangkok.

Sementara menunggu cikgu Shamweem ni..sempat la aku up Date skit2 blog ni..InsyaAllah perancangan menaiki bot ke Burma Bank jam 11.00am dan sampai ke daratan 24hb Dis dan berharap keseluruhan trip nih berjalan lancar hendaknya..Amin..

Tuesday, December 15, 2009

Artikel Majalah - Pancing Bil 146

Salam..alhamdulillah, cubaan kali pertama hantar artikel ke majalah pancing yang telah dibantu dan diuruskan oleh saudara Fadzil dari "SelayangGroup.BlogSpot" telah berjaya di terima olah Editor Faiz Karim untuk dimuatkan didalam Berita Pancingan untuk Majalah Pancing. 

Majalah : Pancing Bil 146
Bulan Keluaran : Disember 2009
Tajuk: Layaran Akhir Musim



InsyaAllah, ada trip lg bleh la minta bantuan saudara Fadzil lg...hehe..Thanks Bro..jasamu dikenang..

Monday, December 14, 2009

Trip Burma Bank ke-2

Salam, selepas diatur selama setahun, InsyaAllah 19 Disember nih aku sekali lagi akan memancing di perairan Burma Bank. Perjalanan hampir 1200-1300km dan dijangka akan bertolak dari KL jam 5.00am 18 Disember 2009. Seperti biasa aku bersama sahabat pancingan ku Shafie Banting akan menemaniku sepanjang perjalanan kesana.

10 rakan yang lain akan bertolak dari rumah organizer cikgu Shamweem di Padang Serai dan ke Pak Barra. Disana Pak Yateem menunggu dengan sebuah Van dan sebuah lori bagi pergerakan ke Ranong.

Laluan yang bakal ditempuhi, Kuala Lumpur - Bukit Kayu Hitam - Songkhla - Phatthalung - Nakhon Si Tammarat - Surat Thani - Ranong.

Dijangka akan sampai ke Ranong pada malam 18 Dis dan bermalam semalaman disana. Perancangan pagi 19 dis kami akan bertolak ke burma Bank melalui Khawtung Burma.

Selepas mengharungi trip yang lepas, pada kali ini aku bersedia dengan persediaan berikut:-
1. 4 set pancingan
a. Set Bottom dengan main line spare sebanyak 500m
b. Set Heavy- Jigging PE8-PE12
c. Set Medium - Jigging PE7
d. Set Popping @ Drift -Standby

2. Pemberat saiz 32 - 8 Nos

3. Leader 150lb, 200lb,250 lb

4. Mata Hook saiz 8/0, 9/0 & 10/0 secukup rasa

5. Charger Bateri

Laporan dari trip yang lepas
Hari pertama Memancing
Hari kedua Memancing
Hari ke Tiga di Burma Bank
Hari Keempat di Burma Bank

Berkat doa keluarga dan sahabat handai diharap perancangan memancing di Burma Bank kali ini berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah.

Thursday, December 10, 2009

Pancingan Santai Adang

Salam..trip Kok Adang 2009 telah berlansung denganjayanya walaupun hasil yang diperolehi kurang memberansangkan, trip berlansung 3 hari 2 malam. Pengalaman memancing bersama dengan ahli forum MFN dan P.Net telah memberikan pengalaman baru. Mana tidaknya, sessi suai kenal sahaja telah berlansung melalui forum dan sessi yamca 3,4 kali sebelum bertolak. Maka kemesraan lebih dirasai.

Perjalanan Pergi
4 Disember, perjalanan dari KL ke Changloon mengambil masa 6 jam ditemani dengan awan komulunimbus yang sarat dengan timbunan hujan. Risau juga klau-klau keadaan ini berterusan sehingga ke Pak Barra.

Berehat semalaman di T Hotel di Changlon
Setelah mengharungi perjalanan 450Km, Kami berehat dan bermalam di T Hotel di Changloon dengan bayaran RM25.00 seorang, HotelBudget yang baru dengan kemudahan Wifi juga disediakan.

Sarapan pagi di Changlon
Satu lagi kumpulan ahli rombongan telah tiba pada pagi 5 Disember dan kami sempat bersarapan di sekitar kawasan Hotel sebelum bertolak menguruskan Insuran dan dokumentasi kemasukan ke Thailand.

Sempadan Wang Kelian
Perlananan diteruskan ke Border wang Kelian dari Changloon yang mengambil masa 2 jam. Dan dari Wang Kelian kami meneruskan perjalanan ke Pak Barra lalu singgah disebuah bandar kecil Langu untuk membeli barangan basah seperti sayur dan umpan.

Keadaan Jeti Pak Bara
Jam 2.30 pm kami sampai dijetty Pak Barra dan bot pancing telah tunggu untuk bertolak. Sessi bergotong royong mengankut barangan kedalam bot memperlihatkan semangat tolong menolong dan setiakawan yang tinggi untuk semua ahli trip pada kali ini.

Cikgu, Tekong dan Pembantunya

Nakhoda Bot 2:- Mr.Gie
Awak-awak:- Sulaiman merangakap krew kapal
Plantun:-
1. Sahir
2. ALB
3. Fahiz
4. Rahadi
5. Puyuje
6. Shahrim
7. Poomie
8. Koboi Pekan

Umpan:- Sotong hidup, hirisan ikan, bulu ayam dan jig
Teknik:- Dasar, hanyut, popping dan jiging


Poomie dengan kerapu Baranya

Puyuje dengan Delah

Sahir dengan Jebong

Abg Long Bangi dengan merah

Anak Ketambak
Kerapu Awal pagi

Kerapu tengah Malam

Jenahak Makan Petang

Jenahak makan Malam

Kerapu terbesar trip dengan ownernya...Mr Sahir

Syukur dengan hasil yang diperolehi

Makan malam di Pak Bara

Gambar kenang-kenangan trip adang 2009

Merit point:-

Pengankutan dari KL ke Pak Bara : 10/10
Makanan/minuman : 10/10
Keserasian ahli: 8/10
Lubuk:9/10
Masa memancing:5/10
Nakhoda: 8/10
Awak2: 8/10
Cuaca:4/10
Umpan:7/10
Teknik bottom:6/10
tundaan gewang:0/10
Casting:0/10
jiging:2/10
poping:0/10
Arus:3/10
Hasil Pancingan: 4/10


Fakta menarik Trip Adang 2009
1. Keadaan angin yang kuat berama dengan arus agak menyukarkan bot untuk parking disesuatu tempat.
2. Arus kedepan bot, angin menolak bot kebelakang, tiada kelebihan mana-mana posisi pemancing untuk melaksanakan drif, Rajinkan diri untuk bergerak kedepan kebelakang untuk mendapatkan posisi yang sesuai.
3. Umpan sotong hidup amat effisen digunakan di lubuk2 di kok adang.
4. Dilihat ikan tidak memilih jenig perambut, ada juga jenahak dinaikkan dengan menggunakan perambut apollo.
5. Rajin-rajin meminta tekong menukar spot sekiranya ikan kuran menjamah umpan dilokasi pancingan.
6. Trip 4 hari 3 malam dan mengarah ke Nok Kiau dirasakan terbaik untuk merasai tarikan ikan di Lautan Andaman ni.

Akhir kata aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat yang bersama-sama mengharungi badai andaman ni. Bot 1 Sahir, ALB, Shafie, Puyuje, Shahrim, Poomie, Koboi Pekan dan Bot 2 Ayah Man, Rahadi, Gedd06, Adycha, Mata Kail, Mr. Peacock, Cenonet dan Slimer. InsyaAllah ada kesempatan rezeki dan panjang umur dapatlah kita merepeatekan diri lagi kesana.

Tuesday, December 8, 2009

Trip Memancing Keluar Negara - Thailand

Salam..pada hari khamis bersamaan 3hb Nov yang lepas, aku sekali lg berpeluang untuk memancing diperairan Kok Adang disebelah penghujung selatan laut Andaman. Alhamdulillah rombongan 5 kenderaan selamat pergi dan balik dan mengharungi perjalan sejauh 650km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Perjalanan yang harus ditempuhi untuk ke kok adang..Jarak perjalanan 650km dari KL.

Untuk post pada kali ini aku akan cuba menerangkan proses dokumentasi yang perlu ditempuhi oleh pemancing sekiranya kita merancang untuk memancing diperairan Kok Adang ini..(Kok dalam bahasa melayu adalah Pulau).

Proses dokumentasi ni bermula dengan dokumen-dokumen yang perlu disediakan diantaranya:-

1. Bagi pemancing yang ingin membawa masuk kenderaan, mereka dinasihatkan membawa kenderaan sediri (geran atas nama pemancing), bagi kenderaan bukan atas nama pemancing, surat kuasa diperlukan. Kenderaan tanpa nama pemancing, walaupun boleh melepasi border tetapi ada satu kes terdapat juga sedikit kesukaran komunikasi di border thai kerana pegawai imegrasen Thai agak sukar berkomunikasi dan ini akan menyebabkan kelewatan.

2. Pasport @ border pas dokumen utama bagi pemancing kesana. Pastikan disemak dengan agensi imegrasen sebelum keluar negara. Dikuatiri walaupun kita mempunyai pasport tetapi disekat keluar negara kerana permasalahan hutang piutang didalam negara menyebabkan kita dilarang dan disekat keluar dari negara.

3. Insurans kenderaan bernilai RM14.00 bagi 9 hari cover. Diperlukan di Imegrasen Thai.

4. Borang Deklarasi Kastam 2 salinan dan diserahkan kepada pegawai kastam semasa keluar masuk border.

5. Borang masuk dan keluar dari negara Thailand. Diserahkan diimigrasen Thai semasa keluar dan masuk,2 copy yang perlu diisi dan ditandatangan.

Proses penyerahan dokumen di Imigrasen Malaysia- Keluar negara Malaysia
1. Penyerahan dokumen deklarasi barangan kepada pihak kastam
2. Menyerahkan pasport untuk di cop dan di scan melalui sistem online.
3. Penyerahan salinan geran, Insurans sementara dan pasport kepada pegawai imgrasen untuk semakan status kenderaan. Salinan geran kenderaan adalah yg terbaik selepas di Update dengan status terkini tempoh tamat tempoh Roadtax. Klau guna MyeG, pastikan diupdate diJPJ pula. Pernah juga guna salinan geran lama, tetapi ada beberapa persoalan diajukan oleh pegawai bertugas.
4. Selesai di sebelah malaysia

Proses Penyerahan dokumen di Imigrasen Thailand- masuk negara Thai
1. Serahan pasport dan borang kemasukan ke Thai.( disertakan dengan RM1.00-tak tentu)
2. Pergi ke kaunter kedua bahagian kemasukan untuk di scan muka dan di Cop masuk.
3. Bagi kenderaan malaysia diwajipkan mengisi borang kemasukkan kenderaan di imegrasen thai (RM10.00- Tak tentu), borang dicop oleh pegawai imigrasen thai dan salinan kedua disimpan dan diserahkan semasa pulang. Kegagalan penyerahan semasa pulan denda Rm250.00 dikenakan oleh pihak thai semasa kemasukan kali kedua nanti.
4. Selesai proses Kemasukan

Proses keluar dari negara Thai.
1. Serahan pasport dan borang keluar dari Thai dan di scan muka dan di Cop keluar.
2. Serahan borang kemasukan kenderaan ke Negara thai di kaunter kedua dan tanda tangan buku log disediakan.
3. Selesai proses keluar negara Thai.
Sedikit makluman umum dari imegrasen

Proses Masuk ke negara Malaysia.
1.Serahan pasport untuk dicop kemasukan di kauter pandu lalu imgrasen malaysia.
2. Serahan borang diklarasi kastam di kaunter kastam dan bukak bonet kereta untuk pemeriksaan.
3. Selesai proses masuk ke Negara Malaysia.


Sedikit maklumat dari jabatan imgrasen Malaysia-

Melawat ke Luar Negara

Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang singkat.



Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-

  1. Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.
  2. Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
  3. Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
  4. Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
  5. Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan. Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit lain.

Untuk menyemak maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak-wabak di negara asing dan garis panduan untuk urusan inokulasi, sila hubungi :

Bahagian Kawalan Penyakit (Unit Kesihatan Anatarabangsa
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Dungun
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2540088
Faks: 03-2525667


Wednesday, November 25, 2009

Kumpau 3x

Salam kepada rerakan yg mengunjungi blog teman nih. Pada post kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman memancing dari aspek kumpau. Kumpau lagimnya dikaitkan dengan satu-satu trip yang tidak berjaya. Ia hasil daripada satu permasalahan atau gabungan dari permasalah sama ada dari segi hasil tangkapan, urusan organize trip, permasalahan trip , permasalah tekong, permasalah bot dan beberapa perkara negatif lain yang lazim berlaku. Segala yang berkaitan kumpau ini akan menyebabkan perjalanan pulang memancing menjadi sunyi dan hambar tanpa aksi bersembang dari rerakan lain.

Itulah resam pemancing, pada mulanya aku juga berperasaan begitu tetapi sudah semakin sebati apabila sesuatu trip itu tidak berjaya mencapai sasaran. Didalam sesuatu trip aku selalu meletakkan target spesis ikan tertentu sebagai sasaran manakala kuantiti hasil menjadi sandaran kedua. Oleh itu sesuatu trip itu dianggap kumpau sekiranya spesis yang dicari itu tidak diperolehi walaupun spesis-spesis lain memenuhi lantai bot. itu bagi pendapat aku seseorang pemancing. Mungkin berbeza bagi pemancing yang lain.

Tahukah kita, penulisan didalam majalah, surat khabar dan forum-forum memancing kadang kala berat sebelah. Kenapa aku maksudkan begitu. Jarang sekali laporan-laporan kumpau disiarkan atau dicetak, kenapa? Kerana kumpau merupakan satu keputusan yang ditakuti dan digeruni pemancing. Adakalanya trip diulang 2,3 kali untuk mendapatkan 1 laporan yang baik, tetapi pemancing mengharapkan dengan sekali trip memancing boleh memperolehi laba seperti yang dimomokan dimedia masa. Memang boleh tetapi ia tetap mempunyai kebarangkalian kumpau yang tinggi.

Tetapi bagi aku rezeki dan hasil bukannya urusan kita. Ya, memang kita boleh mempersiapkan 100% kelengkapan terbaik, 100% teknik terbaik, tetapi bagaimana pula berkaitan musim, cuaca, suhu, tahap kemasinan air laut dan lain-lain yang begitu subjektif. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.

Trip sabtu lepas contoh terbaik trip kumpau aku..masuk nih 3x dah kumpau teruk selain kumpau di Adang dan dipelantar minyak..

Sehari sebelum itu, kami telah dimaklumkan oleh organizer berhubung keadaan cuaca yang tidak menentu. Aku dengan berat hati untuk membatalkan trip ini. Lalu terus menguatkan semangat untuk meneruskannya walaupun telah di Advice oleh organizer. Maka trip ini diteruskan juga. Hanya gambar2 yang menjadi bukti kekumpauan kami..wakakaka..

Cuaca yang mendung semasa perjalanan pergi ketuas darat.

Susunan senjata yang bakal digunakan..

Huh..kertang berat 105g
Ikan jepun..Telinga Gajah
Talang yang diperolehi hasil dari casting bulu..lesen casting lg 5 minit nak balik..

Cuaca mendung mengiringi perjalanan pulan kedarat, Alhamdulillah selamat pergi dan balik walaupun keadaan laut bergelora dan berangin kuat.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada organizer yang telah bertungkus lumus untuk memastikan trip ini berjalan lancar, aku faham benar dengan keadaan kumpau nih. Tetapi kali ini organizer telah melaksanakan tugas dengan "A", selepas appolo umpan, pergi casting tenggiri, 5,6 tuas diterokai, pergi membottom kerapu pula dan akhir sekali keliling pulau casting talang menggunakan bulu. Cubaan demi cubaan dilaksanakan. Walaupun kumpau kami berpuashati kerana telah berusaha tetapi nasib masih tidak menyebelahi pemancing. Malah pada hari itu bukan kumpulan kami saja yang kumpau, malah bot2 lain yang turun pada hari tersebut turut mengalami fenomena kumpau. InsyaAllah ada rezeki, ada masa ada kesempatan akan kami merepeatekan diri kesana.

Saturday, November 14, 2009

Perambut Casting Tenggiri

Salam, disertakan contoh2 perambut yang akan digunakan didalam percubaan untuk memburu tenggiri.
Diagrame gambar 1,2,3. Teman copy paste dari Kurauking.com.

Gambar 1 - Penyediaan bahan2 yang diperlukan, coated steel wire 25lbs, Ladung hidup seperti di gambar tu saiz 3@4 ,manik berwarna merah, Spinner bersaiz sederhana

Gambar 2 - Matakail saiz klau boleh 15, 16 atau 17 (ikut jenis mustard la) mengikut kata tekong bang Dee saiz 18 & 19 agak besar sangat, diikat 3@4 selari.

Gambar 3 - Perambut spinner yang telah disiapkan dan kaedah mencangkuk umpan yang digunakan.

Gambar 4,5,6 Teman copy paste dari xtremeanglers

Gambar 4 - Perambut Spinner (perambut Borek) yang telah siap disediakan.

Gambar 5 - Perambut Drift dengan 3 mata pancing

Gambar 6 - Perambut dan lure bulu yang siap untuk beraksi

Perincian ikatan, saiz steel,mata pancing dan perincian2 lain insyaAllah akan dipostkan maklumat diperolehi dari sessi yamca 17nov nih..

Wednesday, November 11, 2009

Tenggiri

King mackerel atau nama scientifiknya Scomberomorus cavalla dikatakan gemar menyerang hendap mangsanya secara berkumpulan. Lokasi-lokasi yang dipercayai kaya dengan spesis tenggiri ada disebelah pantai timur merangkumi perairan kelantan, terengganu, pahang dan Utara johor dan disebelah pantai barat, lokasi tuas di sekitar perairan Kedah dan kapal-kapal karam diperairan Penang menjadi lokasi permainan spesis pemangsa bergigi tajam ini.


Bentuk badan yang tegap, bulat dan memanjang memberikan kelebihan kepada tenggiri untuk melakukan renangan selaju mungkin. Tengiri lebih gemar dengan umpan hidup dan boleh dipikat dengan penggunaan perambut spinner yang di Casting oleh pemancing.

Taburan tenggiri diseluruh dunia. Rantau Asia Tenggara yang kaya dengan spesis "King mackerel" ini.
Giginya yang tajam dan tersusun mampu memutuskan perambut mono 60lb sekalipun. Oleh itu penggunaan perambut steel 20lb-25lb adalah terbaik bagi memburu spesis ini.

Lazimnya spesis ikan ini lebih gemar berenang berkumpulan dan mencari bodong-bodong ikan pemangsa untuk mudah memburu. Ikan kembong, selar, lolong dan selayang lazimnya menjadi hidangan utama tenggiri.

Untuk penyediaan perambut dan teknik memancing, teman akan postkan selepas mendapat maklumat selanjutnya dari rakan-rakan dari xtremeanglers.

Wednesday, November 4, 2009

Casting Haruan

Salam, dalam post kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman casting pancingan haruan nih. Black, rakan pancingan aku berjaya meracun untuk turut serta terjun didalam bidang casting ni. Dah lama benar rasanya aku meninggalkan dunia casting ni. Dulu-dulu masa mula berjinak dengan casting ni pernah juga untuk aplikasikan pancingan Casting ni. Selepas beberapa kali percubaan menemui kegagalan aku mengantung set abu ambassadeur TGC4000C hanya terperap tanpa aksi.

Lokasi rahsia untuk sessi casting haruan pada kali ni..nak join kena tanya Mr Am..he he

Katak Soft Palstik River 2 sea menjadi bahan ekperimentasi pada sessi casting pertama kalinya.

Berkley Gulp! juga pertama kali digunakan.

Aku dengan aksi haruan hasil pertama seawal 8.30 pagi.

Haruan begitu geram dengan aksi renangan Berkley Gulp! berwarna hijau terang nih.

Haruan dengan senjata pertarungan.

Sebelum ini, sekiranya aku berhajat memburu haruan, katak hidup menjadi sasaran digunakan sebagai umpan. Lihat Post Sebelum ini, Memancing Haruan. Ternyata experimentasi aku menggunakan umpan tiruan seperti soft plastik, gulp, kilat, Rapala dan spinning boleh menggantikan umpan semula jadi ini. Dengan renangan yang seakan anak ikan Gulp ini dapat memikat predator dengan mudah.

Haruan kedua dengan katak sotf plastic river 2 sea hasil sumbangan ekperimentasi dari Mr Black

Saiz Haruan kedua yang sedikit kecil dari saiz haruan tangkapan pertama.

Pemancing hanya perlu peka diatas lokasi dan umpanan yang perlu digunakan. Kawasan yang terbuka umpanan seperti kilat dan rapala boleh digunakan dengan penggunaan mata 3. Manakala dikawasan yang dipenuhi reba dan kawasan persembunyiaan ikan penggunaan softplastik dengan Weedlees hook atau jighead mampu mengatasi masalah sangkut ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.