Monday, January 11, 2010

Burma Bank - 23 Dis 2009

Lubuk terakhir - lubuk kerapu hitam

Salam, pada hari ke Empat dan hari terakhir tekong telah singgah ke lubuk kegemaran kaki bottom..mana tidaknya kedalamannya sahaja sudah mencapai 300m!, setengah "bangla"yang tak berapa betul termasuk MT750 teman, memberikan bacaan sehingga 450m..tak tau la mana satu betul..Hehe..nak turun jig? ada juga sekali teman cuba..spool SW20000FA yang dirasakan cukup menampung main line PE8 sebanyak 500m habis begitu sahaja..tak tau le cecah dasar atau tidak. Ber jig kan seberat 500g dibantu dengan arus deras Andaman sememangnya memenatkan.

Jigging bottom pada kedalaman 300m-400m dengan jig seberat 500g sememangnya memenatkan..

Jig Ok seberat 500g dengan mangsa seekor sniper pada kedalaman lebih 200m

Double srike kerapu hitam.

Dirasakan jig kerapu hitam ni agak mustahil, aku kembali semula dengan kaedah pancingan bottom, seperti biasa penyakit seperti trip yang lepas berulang lagi. Penyakit kehabisan bateri dan batu ladung muncul lagi..penat juga klau guna bangla ni nak kayuh macam manual..lagi satu masalah terbelit, seekor ikan naik habis 3,4 pemancing terbelit antara satu sama lain. dah terbelit tu ada main line yang kena potong, perambut di potong..ermm..malasnya nak wat perambut lain nih..

Triple strike di lubuk kerapu hitam.

Kerapu hitam dalam anggaran 30-40kgBest juga dapat peluk kerapu nih...hehe..

Mr Yeoh dengan kerapu hitamnya.

Abang Lan banyak menaikkan kerapu hitam, mana tidaknya, X9 dengan rod miya menjadi permainannya. Tahniah bang, banyak kerapu hitam tewas dengan senjata tuh..

Ada juga ruby yang tersesat dilubuk kerapu hitam ni..

Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja dapat juga aku menyiapkan laporan akhir memancing tahun 2009 ni. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana trip memancing ke Burma Bank 2009 berjalan lancar dan kami selamat sampai ke rumah masing-masing pada 25hb dis 2009.

Secara teknikal dan perinciannya berhubung review set pancingan, kaedah, masa dan perincian lain akan di kemaskini didalam post-post terkemudian. Tak sempat pula nak perincikan buat masa terdekat ini. Masa begitu terhad pula awal-awal tahun nih..Assalamualaikum..


2 comments:

Jose Valle said...

Felicitaciones a todos, impresionantes capturas.
Un saludo.

Fahiz Hussin said...

Thanks for visiting for Jose Valle..even i don't understand what u say...hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.