Wednesday, November 25, 2009

Kumpau 3x

Salam kepada rerakan yg mengunjungi blog teman nih. Pada post kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman memancing dari aspek kumpau. Kumpau lagimnya dikaitkan dengan satu-satu trip yang tidak berjaya. Ia hasil daripada satu permasalahan atau gabungan dari permasalah sama ada dari segi hasil tangkapan, urusan organize trip, permasalahan trip , permasalah tekong, permasalah bot dan beberapa perkara negatif lain yang lazim berlaku. Segala yang berkaitan kumpau ini akan menyebabkan perjalanan pulang memancing menjadi sunyi dan hambar tanpa aksi bersembang dari rerakan lain.

Itulah resam pemancing, pada mulanya aku juga berperasaan begitu tetapi sudah semakin sebati apabila sesuatu trip itu tidak berjaya mencapai sasaran. Didalam sesuatu trip aku selalu meletakkan target spesis ikan tertentu sebagai sasaran manakala kuantiti hasil menjadi sandaran kedua. Oleh itu sesuatu trip itu dianggap kumpau sekiranya spesis yang dicari itu tidak diperolehi walaupun spesis-spesis lain memenuhi lantai bot. itu bagi pendapat aku seseorang pemancing. Mungkin berbeza bagi pemancing yang lain.

Tahukah kita, penulisan didalam majalah, surat khabar dan forum-forum memancing kadang kala berat sebelah. Kenapa aku maksudkan begitu. Jarang sekali laporan-laporan kumpau disiarkan atau dicetak, kenapa? Kerana kumpau merupakan satu keputusan yang ditakuti dan digeruni pemancing. Adakalanya trip diulang 2,3 kali untuk mendapatkan 1 laporan yang baik, tetapi pemancing mengharapkan dengan sekali trip memancing boleh memperolehi laba seperti yang dimomokan dimedia masa. Memang boleh tetapi ia tetap mempunyai kebarangkalian kumpau yang tinggi.

Tetapi bagi aku rezeki dan hasil bukannya urusan kita. Ya, memang kita boleh mempersiapkan 100% kelengkapan terbaik, 100% teknik terbaik, tetapi bagaimana pula berkaitan musim, cuaca, suhu, tahap kemasinan air laut dan lain-lain yang begitu subjektif. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.

Trip sabtu lepas contoh terbaik trip kumpau aku..masuk nih 3x dah kumpau teruk selain kumpau di Adang dan dipelantar minyak..

Sehari sebelum itu, kami telah dimaklumkan oleh organizer berhubung keadaan cuaca yang tidak menentu. Aku dengan berat hati untuk membatalkan trip ini. Lalu terus menguatkan semangat untuk meneruskannya walaupun telah di Advice oleh organizer. Maka trip ini diteruskan juga. Hanya gambar2 yang menjadi bukti kekumpauan kami..wakakaka..

Cuaca yang mendung semasa perjalanan pergi ketuas darat.

Susunan senjata yang bakal digunakan..

Huh..kertang berat 105g
Ikan jepun..Telinga Gajah
Talang yang diperolehi hasil dari casting bulu..lesen casting lg 5 minit nak balik..

Cuaca mendung mengiringi perjalanan pulan kedarat, Alhamdulillah selamat pergi dan balik walaupun keadaan laut bergelora dan berangin kuat.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada organizer yang telah bertungkus lumus untuk memastikan trip ini berjalan lancar, aku faham benar dengan keadaan kumpau nih. Tetapi kali ini organizer telah melaksanakan tugas dengan "A", selepas appolo umpan, pergi casting tenggiri, 5,6 tuas diterokai, pergi membottom kerapu pula dan akhir sekali keliling pulau casting talang menggunakan bulu. Cubaan demi cubaan dilaksanakan. Walaupun kumpau kami berpuashati kerana telah berusaha tetapi nasib masih tidak menyebelahi pemancing. Malah pada hari itu bukan kumpulan kami saja yang kumpau, malah bot2 lain yang turun pada hari tersebut turut mengalami fenomena kumpau. InsyaAllah ada rezeki, ada masa ada kesempatan akan kami merepeatekan diri kesana.

Saturday, November 14, 2009

Perambut Casting Tenggiri

Salam, disertakan contoh2 perambut yang akan digunakan didalam percubaan untuk memburu tenggiri.
Diagrame gambar 1,2,3. Teman copy paste dari Kurauking.com.

Gambar 1 - Penyediaan bahan2 yang diperlukan, coated steel wire 25lbs, Ladung hidup seperti di gambar tu saiz 3@4 ,manik berwarna merah, Spinner bersaiz sederhana

Gambar 2 - Matakail saiz klau boleh 15, 16 atau 17 (ikut jenis mustard la) mengikut kata tekong bang Dee saiz 18 & 19 agak besar sangat, diikat 3@4 selari.

Gambar 3 - Perambut spinner yang telah disiapkan dan kaedah mencangkuk umpan yang digunakan.

Gambar 4,5,6 Teman copy paste dari xtremeanglers

Gambar 4 - Perambut Spinner (perambut Borek) yang telah siap disediakan.

Gambar 5 - Perambut Drift dengan 3 mata pancing

Gambar 6 - Perambut dan lure bulu yang siap untuk beraksi

Perincian ikatan, saiz steel,mata pancing dan perincian2 lain insyaAllah akan dipostkan maklumat diperolehi dari sessi yamca 17nov nih..

Wednesday, November 11, 2009

Tenggiri

King mackerel atau nama scientifiknya Scomberomorus cavalla dikatakan gemar menyerang hendap mangsanya secara berkumpulan. Lokasi-lokasi yang dipercayai kaya dengan spesis tenggiri ada disebelah pantai timur merangkumi perairan kelantan, terengganu, pahang dan Utara johor dan disebelah pantai barat, lokasi tuas di sekitar perairan Kedah dan kapal-kapal karam diperairan Penang menjadi lokasi permainan spesis pemangsa bergigi tajam ini.


Bentuk badan yang tegap, bulat dan memanjang memberikan kelebihan kepada tenggiri untuk melakukan renangan selaju mungkin. Tengiri lebih gemar dengan umpan hidup dan boleh dipikat dengan penggunaan perambut spinner yang di Casting oleh pemancing.

Taburan tenggiri diseluruh dunia. Rantau Asia Tenggara yang kaya dengan spesis "King mackerel" ini.
Giginya yang tajam dan tersusun mampu memutuskan perambut mono 60lb sekalipun. Oleh itu penggunaan perambut steel 20lb-25lb adalah terbaik bagi memburu spesis ini.

Lazimnya spesis ikan ini lebih gemar berenang berkumpulan dan mencari bodong-bodong ikan pemangsa untuk mudah memburu. Ikan kembong, selar, lolong dan selayang lazimnya menjadi hidangan utama tenggiri.

Untuk penyediaan perambut dan teknik memancing, teman akan postkan selepas mendapat maklumat selanjutnya dari rakan-rakan dari xtremeanglers.

Wednesday, November 4, 2009

Casting Haruan

Salam, dalam post kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman casting pancingan haruan nih. Black, rakan pancingan aku berjaya meracun untuk turut serta terjun didalam bidang casting ni. Dah lama benar rasanya aku meninggalkan dunia casting ni. Dulu-dulu masa mula berjinak dengan casting ni pernah juga untuk aplikasikan pancingan Casting ni. Selepas beberapa kali percubaan menemui kegagalan aku mengantung set abu ambassadeur TGC4000C hanya terperap tanpa aksi.

Lokasi rahsia untuk sessi casting haruan pada kali ni..nak join kena tanya Mr Am..he he

Katak Soft Palstik River 2 sea menjadi bahan ekperimentasi pada sessi casting pertama kalinya.

Berkley Gulp! juga pertama kali digunakan.

Aku dengan aksi haruan hasil pertama seawal 8.30 pagi.

Haruan begitu geram dengan aksi renangan Berkley Gulp! berwarna hijau terang nih.

Haruan dengan senjata pertarungan.

Sebelum ini, sekiranya aku berhajat memburu haruan, katak hidup menjadi sasaran digunakan sebagai umpan. Lihat Post Sebelum ini, Memancing Haruan. Ternyata experimentasi aku menggunakan umpan tiruan seperti soft plastik, gulp, kilat, Rapala dan spinning boleh menggantikan umpan semula jadi ini. Dengan renangan yang seakan anak ikan Gulp ini dapat memikat predator dengan mudah.

Haruan kedua dengan katak sotf plastic river 2 sea hasil sumbangan ekperimentasi dari Mr Black

Saiz Haruan kedua yang sedikit kecil dari saiz haruan tangkapan pertama.

Pemancing hanya perlu peka diatas lokasi dan umpanan yang perlu digunakan. Kawasan yang terbuka umpanan seperti kilat dan rapala boleh digunakan dengan penggunaan mata 3. Manakala dikawasan yang dipenuhi reba dan kawasan persembunyiaan ikan penggunaan softplastik dengan Weedlees hook atau jighead mampu mengatasi masalah sangkut ni.

Tuesday, November 3, 2009

Explorasi Merchong

Salam. lanjutan dari trip merchong tempoh hari, disamping membawa balik lesen layaran kami juga bertuah kerana dibawa tekong kesebuah lubuk yang didiami oleh ikan-ikan gred "A" yang boleh dijadikan juadah untuk keluarga. Ikan seperti kaci, kerapu, jenahak dan cermin mendominasi tangkapan ikan "lauk" pada hari itu. Baki 3 jam waktu memancing selepas kami kehabisan umpan layaran, kami telah dibawa oleh tekong ke sebuah lubuk, dikatakan hamparan karangan laut berada didasarnya.
Aksi melampau kerapu.. he he

Berumpankan udang hidup kami memulakan pancingan dasar. Is Adnan yang dari pagi tadi menunggu peluang ni terus melabuhkan umpan kedasar. Abu Tournament 8ft dan Roybi Applause 8000 yang pertama kali dibawa turun memancing begitu "ong" buat pemiliknya selepas seekor-seekor kerapu dan jenahak dibawa naik.
Aku dengan aksi todak dengan hasil drift. Aku yang pada mulanya hanya berminat untuk melaksanakan aktiviti Drift, terus terracun untuk menurunkan umpan untuk pancingan bottom.

Huh, pas kerapu jenahak pula..selepas dia-dia. Memang dari awal lagi member aku, Is Adnan ni target ikan-ikan lauk. Patutlah semasa kami sibuk menarik layaran, member Is ni tenang je tunggu masa pancingan bottom. Memang tidak sia-sia menunggu ye nampaknya.

Sedang kami bergasak ikan kerapu dan jenahak dibelakang bot, set joran black di ragut ganas. Jenuh juga black melayan aksi junaman ikan ni. Akhirnya ebek anggaran 4-5 kilo naik menjadi tropi kedua black selepas layaran.

Ikan pa ni ye..menjadi la mamat ni dengan pancingan bottom.

Fazdil dengan kerapu saiz hidangan.

Am dengan si Depu Merchong..ingatkan kerapu, rupanya depu..

Huh..ganas..aksi seorang pem....... sotong..

Am Dengan kaci pula..

Disebabkan terlalu asyik dengan aksi bottom, tekong dengan berat hati mengajak kami pulang walaupun mengetahui air surut akan menyukarkan beliau untuk mengemudi bot ke jeti kelak. Terima kasih tekong kerana memahami. Dari perancangan 5.30pm untuk pulang kami terlajak sehingga jam 6.30pm. Tetapi tiada masalah.. tolak pun tolak lah.. janji pulang dengan senyuman. he he..

Aksi makan ikan hasil pancingan pula.. Ikan Jenahak 3 rasa, ikan kaci stim halia dan kerapu masak pedas menjadi hidangan di meja makan.

Huh.. 30 minit licin.. tinggal tulang je..

Dengan post explorasi Merchong ni, siap la laporan penuh pancingan 12 jam pada 23 hb Nov yang lepas. Alhamdulliah, semua perancangan berjalan lancar. Terima kasih pada semua rakan komplot Mr Fadzil, Am, Black, Is Adnan. InsyaAllah ada peluang tahun depan kita kesana lgi. Target lesen layaran mulanya tercapai dengan hasil sampingan membottom yang boleh dikatakan baik.

Alhamdulillah, hasil pancingan bottom.

Terima kasih kepada tekong Zamri yang rajin melayan kerenah kami, terima kasih atas kerajinan beliau yang melalu mengubah lubuk sekiranya ikan tidak menjamah umpan. Sesungguhnya sesuatu trip sukar mencapai objektif sekiranya tekong tidak bersama pemancing. Sekiranya sesiapa berminat untuk menduga layaran merchong bolehlah hubungi Tekong Zamri 019-9076879.

Sunday, November 1, 2009

CPR Layaran

CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation, itu istilah bantuan pernafasan yang diberikan dari manusia ke manusia, tapi post kali ni sebenarnya tiada kaitan dengan CPR manusia. Tetapi apa yang cuba dibincangkan adalah Catch, Photo & Release (CPR) bagi spesis layaran ini.

Istilah ni sesaja digunakan untuk menunjukkan kaedah dan aturan yang telah diajar dan ditunjukkan oleh tekong Zamri semasa sessi pancingan layaran tempoh hari. Ikan layaran sememangnya sesuai untuk aktiviti memancing, isinya yang tawar dan tidak sesedap ikan lain, membuatkan layaran jarang dijual dipasar-pasar ikan.

Bagi menjaga kelestarian dan populasinya, kaedah Catch, Photo & Release (CPR) diaplikasikan semasa pancingan layaran pada kali ini. Bantuan perlu diberikan sebaik sahaja ikan mula naik dari permukaan air, cepat2 bergambar. Sekiranya pundi atau isi perut layaran telah terkeluar akibat asakan yang terlalu lama, layaran sebenarnya masih boleh diselamatkan.

Masukkan semula pundi udara layaran kedalam perutnya kemudian layaran dimasukkan semula kedalam air, pegang muncungnya sambil menggerakkan layaran ke depan dan ke belakang.

Berikan bantuan pergerakkan sehingga ikan mulai aktif semula. Pergerakan kedepan kebelakang membenarkan kadar oksigen memasuki insang dengan lebih banyak. Ini kerana, ikan yang kepenatan tidak mampu menggerakkan badanya sambil terapung diatas air.

Atau dengan kaedah lain, tarik muncung layaran ketika bot sedang bergerak dengan perlahan sambil membenarkan pergerakan air masuk melalui insang layaran.

Ikan layaran menunjukkan tanda-tanda pulih apabila dia boleh seimbangkan badan dengan pergerakan ekor dan sirip dorsalnya.



Layaran dilepaskan semua ke habitat asal. Terima kasih untuk perlawanan yang sungguh hebat. Bagi penggunaan circle Hook, mata kail mudah ditanggalkan kerana sememangnya ia direka bagi penggunaan umpan hidup dan aktiviti "Catch & release".


Sekiranya ikan menelan umpan bersama mata kali, pemancing hanya perlu memotong leader agar tidak mengganggu organ dalaman layaran. Peratusan ikan hidup lebih tinggi daripada kita berusaha mengeluarkan mata kail tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.