Friday, December 24, 2010

Carpenter Discovery Journey DJ-83MH

Salam. Dalam post kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman yang diperolehi didalam pemilihan, test drag(90deg, 45deg, 30deg, 0deg lifting power) dan ujian lapang yang diadakan untuk pemilihan rod popping. Pada kali ini penulis berpeluang untuk mempelajari dan menguji rod discovery journey PE6-10 dari pengeluar Carpenter. Sememangnya tidak dinafikan, ini diantara rod popping terbaik yang pernah dicuba oleh penulis selain Yamaga Atlas PE6-8 dan Patriod Design GTZ Black Mafia PE8-12.

 Review ringkas mengenai DJ-83MH
Spesifikasi secara umum.
Dengan panjang keseluruhan 2.585m dan berat 425g, penulis pasti rod ini sesuai digunakan oleh pemancing asia dan pemancing yang baru bersuai kenal dengan teknik popping ini. PE6-10, membuktikan range yang besar diantara tip rod dan butt rod. Flexsible tip PE6 ini membenarkan twitching yang baik bagi mengayakan pencil popper, stikebait dan swimmer dan menurut pengeluar popper bersaiz 120g pun boleh digunakan. Manakala Hard Butt PE10 membenarkan lifting power yang menyebelahi pemancing ketika pertarungan.


Merujuk kepada carta bar diatas, "Action perfomance in high wave" memberikan bacaan tertinggi. sememangnya dikenalpasti kawasan permain Gt lazimnya dikeilingi oleh alun dan ombak yang kuat. DJ-83MH dapat memberikan persembahan terbaik apabila diperlukan.


Drag test on 90deg rod handling
Shock absorption.


 Drag Test on 45 deg rod handling
 Mampu mengekang larian ikan dengan mudah. Bertahan pada 45deg rod handling
 Drag Test on 30 deg rod handling
  Lifting power testing
 Bend yang cantik walaupun dengan range PE yang besar PE6-10
  Lifting power testing on field.
Rod handling and lifting power testing

Sebenarnya rod ni takperlu diuji lagi memandangkan dia sememangnya telah diuji sepenuhnya oleh pengeluar. Ujian ini hanyalah untuk membiasakan penulis dengan setting drag dan fizikal rod itu sendiri. Disini, penulis juga dapat menganggarkan kekuatan drag yang maxsimum yang mampu dikendalikan oleh penulis didalam keadaan sebenar semasa dipadang pancing, baik dari segi setting kekuatan drag, handling dan lifting. 

Peluang ini digunakan kerana kolam bungsamram menyediakan platform yang membenarkan ikan membuat larian dan junaman dalam masa yang sama platform stabil ini dapat memberikan tapak yang baik semasa perlawanan. Ini jauh berbeza ketika pemancing berada diatas bot yang beroleng dan ombak yang beralun.

Daripada testing yang dibuat rasanya angaran penulis hanya mampu bertahan pada kekuatan drag 8kg-10kg, oleh itu drag Max  12kg yang disyorkan untuk rod ini sememangnya dirasakan sesuai.

Lain lain Info tambahan :-
1. PLAT/Carpenter DJ
2. 7 Seas Proshop DJ
3. Carpenter Fishing ROD

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Recent Comments

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.