Friday, April 3, 2009

Green Arowana

Scleropages formosus atau nama tempatannya green arowana ni telah dibela sejak tahun 2005 lagi..hari Ahad bersamaan 29 march 2009 ikan ni telah meninggalkan aku untuk selamanya..semuanya hanya menjadi lipatan sejarah dalam hidup ku.

aku dikala kerunsingan dan mencari idea
, ikan ini menjadi peneman..Renangannya yang memberikan kedamaian dan yang paling tidak dapat dilupakan apabila ikan ni tahu masa makannya dan sudah biasa disuapkan ketika makan. Ikan ini ditempatkan didalam akuarium 4 ft panjang dan dengan diet seperti cengkerik, udang, lipan,lipas, cicak, anak ikan dan cacing tanah telah diberi sejak dibeli 4 tahun lepas ni..

Berat kira kira sekilo ke dua kilo dengan panjang sudah melebihi 16 inci

Tak sampai hati aku nak makan ikan ni..
Klau la dapat di persekitaran liar..aku dah ngap dah ikan ni..
Memang ada niat dihati untuk melepaskan ikan ni ke persekitaran liar.Anggaran bila tahap kebesarannya tidak dapat ditampung oleh akuarium 4 ft aku. Tapi belum sempat dilaksanakannya, ikan ni pergi buat selamanya..


Riwayat Hidup Kelisa peneman aku nie..

Dibeli sekitar tahun 2005 dengan harga RM 250.00 sebesar 4 inci..Dibeli di kedai akurium Selibin di Ipoh, kat kampung aku.Selepas kawin,pada tahun September 2006 aku bawah pindah ikan ni ke sri Kembangan, Ikan ni selamat mengharungi perjalanan 3 jam dari ipoh ke Kl dan ditempatkan didalam bekas polistren dengan sedikit seditif agar ikan tidak penik dan meronta.

Dan aku pindah sekali lagi tahun 2007 di Sg Chua Kajang dan sekali lg ikn ni kena seditif untuk dipindahkan ke Sg chua pula.Jadi dengan pengalaman pahit dan manis ikan ni mengikut aku pindah kesana-kemari sedikit memberi kesan pada aku . Mana daknya kira-kira ikan ni dah ada kat depan mata aku 4 tahun lebih ..


Punca-punca Kematian..
Ikan ni senang nak bela.jaga air dan makan je.seminggu sebelum mati,aku beri makan cacing tanah yang dibeli untk buat umpan pacu..2,3 hari lepas tu aku terperasan ketika memberi makan, ikan ni memuntahkan cacing lama yang tidak dihadamnya.pelik juga ni.

Tapi hari sabtu lepas aku tiada dirumah selama 2 hari..balik je hari ahad aku tengok ikan ni dah mati.Ada kemungkinan ikan ni dah sakit dan dalam masa yang sama tiada elektrik..kematiannya masih didalam misteri.

Tuesday, March 31, 2009

Boreng @ Pelantar @ Oil rig...

Pelantar Oh Pelantar..

Assalamualaikum.. sedikit perancangan telah dibuat..insyaalah jikalau tiada aral melintang 25 april ni aku akan ke palantar Pulai sekali lagi.. Menurut Organiser Zul GT Bangi..Dijangkakan pelantar Pulai, Pelantar Tinggi, Pelantar Seligi, Pelantar Bekok C diantara pelantar-pelantar yang akan dicuba..

Keadaan siang dipelantar..lazimnya pemancing akan menggunakan kaedah bottom untuk menjerat spesis bersisik seperti merah, kerapu dan kakap disiang hari..Selain kaedah bottom, teknik hanyut dan Drifting juga gemar digunakan untuk menjerat spesis ikan yang main di pertengahan kedalaman air.
Pelantar sebagai Tembok terakhir spesis-spesis ikan untuk membiak dan membesar jauh dari pukat tunda nalayan asing..disinilah kemahiran diuji sepenuhnya..ikan-ikan monster akan melarikan umpan dan gewang kedalam kubu(pelantar) sebagai iktiar terakhir menyelamatkan diri. Tarikan GT belasan malah puluhan Kilo menjadi igauan dan kegilaan..

Keadaan malam yang gelap dan hanya disinari keterangan pelantar mengundang ikan pemangsa rapat ke pelantar untuk mencari makanan. Waktu inilah yang ditunggu-tunggu oleh peminat casting popper dan jigging. Pantang aja apa yang melintas dihadapannya pasti akan disambut oleh pemangsa yang sedang aktif memburu mangsa.

Monday, March 23, 2009

Reels aksi berat 50lb-100lb

Daiwa Magatwin MT750 seaborg
Tahun Beli : 2007
Arena : Bottom
Komen : Prestasi setakat ni memuaskan..Kualiti pembuatan yang kemas. material yang berkualiti, setakat nie tiada komponen yang berkarat atau terhakis. Sesuia untuk pancingan bottom dan Specifikasinya pernah dibincangkan sebelum nie..

Shimano Stella 20000FA
Tahun Beli: 2008
Arena : Popper
Komen : Prestasi setakat ni memuaskan..Kualiti pembuatan yang kemas. Sesuai untuk aktiviti popper yang berterusan, kekuatan drag yang boleh diharapkan, material yang berkualiti, setakat nie tiada komponen yang berkarat atau terhakis. cuma tulisan pada spool ada yang hilang..Cuma sampai sekarang aku masih belum dapat mencapai ikan sasaran untuk diulas..

Tuesday, March 17, 2009

Reels aksi sederhana (25lb- 50lb)

abu ambassadeur TGC4000C
Tahun Beli : 2002
Arena : Surf Casting, pantai, casting tasik..
Komen : Multiplyer Reels aksi sederhana ringan boleh juga di kelaskan sebagai aksi ringan , Tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik. . Material yang berkualiti. Ringan dan operasi yang mudah. Tiada part yang berkarat setakat ni.Seronok memancing dengan menggunakan line braided 25lb kebawah..dan balingan sekuat hati..

abu ambassadeur Rocket 6500S
Tahun Beli : 2003
Arena : Surf Casting, pantai, casting tasik, kelong, kadang-kadang guna untuk light trolling
Komen : Multiplyer Reels aksi sederhana yang baik dan memuaskan , Tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik seperti dulu. . Material yang berkualiti masih berkilau-kilau. Operasi yang mudah. Alarm yang nyaring,Tiada part yang berkarat setakat ni.Seronok memancing dengan menggunakan line braided 35lb kebawah..dan puas dengan balingan sekuat hati. Kelancaran seperti namanya Rocket.

Twin Power 8000HG
Tahun Beli : 2006
Arena : Jigging, Popping, Bottom
Komen : Rekabentuk, berat dan drag sgt sesuai untuk aktiviti jigging yang berterusan..setakat ni terdapat sedikit hakisan pada spool..apabila menggunakan jig 150g keatas ada sedikit bunyi berdesir..dapat diatasi dengan meminyakan kelokasi yang dirasakan perlu..lapisan kemasan yang baik. Tiada calaran yang major dan tudak mudah terguris.

Abu Cardinall 755
Tahun Beli : 1996
Arena : Bottom, Drifting kelong
Komen : Tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik. . Material yang berkualiti. Tiada part yang berkarat setakat ni. Biasanya Spinning keluaran abu cardinal ni agak kasar tapi tahan dengan material gear dan sharp yang baik. Bunyi drag yang merdu..Kemasan cat sedikit mengecewakan kerana mudah tercalar. secara keseluruhan seronok memiliki abu ni sebab ada sifat-sifat klasik.

Penn 4500SS
Tahun Beli : 1997
Arena : Bottom, Drifting kelong
Komen : Sepanjang 12 tahun ni walaupun ada reels yang baru dan mahal darinya tetapi aku rasa yakin klau pergi mancing dengannya..Tidak mudah mengecewakan ketika ikan telah strike..tidak pernah dibuka dan diservis, masih beroperasi dengan baik. . Material yang berkualiti. Tiada part yang berkarat setakat ni. Biasanya Spinning keluaran Penn made in USA ni agak kasar tapi tahan dengan material gear dan sharp yang baik. Bunyi drag yang merdu..Secara keseluruhan seronok memiliki Penn ni sebab ada sifat-sifat klasik dan kekuatannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.