Tuesday, August 26, 2008

Seaborg Megatwin


Memang dah lama aku mengidamkan sebuah mesin pancing yang memudahkan dan tahan lasak ni,jadi aku pun mula la g tengok-tengok di kedai-kedai pancing...Teliti punya teliti, survey punya survey ramai kawan -kawan perkenalkan model ni pada aku. Jd secara rasminya aku pun dan guna mesin ni di 2 lokasi memancing, 1 di Kok Adang dan 1 di pelantar Bekok C... jd setakat ni ikan yang paling kasar ikan pisang 8 Kilo je.. jadi dari segi prestasi mungkin aku cerita selepas dapat menumpaskan monster kemudian.. tp dari segi handling boleh la aku tulis kat sini..Aku rasa mesin ni boleh diketegorikan sebagai kelas A diantara mesin-mesin yang seantaranya..mesin ini dilengkapi dengan "two variable speed ranges" satunya ialah "high-speed" oleh itu ia begitu memudahkan ketika pemancing hendak menukar umpan ( High speed ni klau guna tarik ikan silap-silap tekoyak mulut ikan)..dan yang keduanya "high-power" digunakan ketika menarikan mangsa dari dasar..Selain itu dari survey yang dibuat mesin ini mempunyai Maximum winding power 29 lbs continuous/momentary 165 lbs yang paling kuat setakat ini didalam kelasnya.yang lain tu sama je dengan mesin-mesin lain dan boleh tengok spec dibawah..


Seaborg Megatwin™ SB750MT Features:
  • Megatwin dual speed range power assist winding
  • Automatic downshift from speed to power mode
  • Daiwa's patented power Lever® for instant control of winding speed and power
  • Programmable Auto Stop feature stops winding when lure reaches the surface
  • Automated jigging function
  • Line Counter and Depth Memory
  • 22 ball bearings, including 10 CRBB anti-corrosion bearings plus roller bearings
  • Convenient 12-volt DC Operation (12-16.8V)
  • LCD Readout
  • Maximum winding power 29 lbs. continuous/momentary 165 lbs.
  • 656 Feet per minute (200m/min) winding speed in "speed" mode

SB750MT


Shift electronically from low gear, high-power range to high gear, high-speed range with the simple press of a button.

Convenient Sized Battery Packs Keep you fishing all day long.

Saltiga® Dendoh braided line For optimum performance from your Dendoh style reel.
Model
Number
Action
FW/SW
Bearings
Gear
Ratio
Line Per
Handle Turn
Wt.
(oz.)
Line Capacity
(Lb. Test/Yards)
Drag
Max
Power Assist
SB750MT -/- 10CRBB, 12BB 2.4:1 17.9" 44.90 25/590, 30/450, 40/310 44

10 comments:

Abe said...

Salam,
Ambo setuju dengan high power seaborg ni..tapi adakah ianya manja seperti adiknya tanacom bull...ambo pernah pakai tanacom dulu dan jual separuh dari harga beli (guna tak sampai 4 kali) kerana takut tengok beberpa kenkawan terpaksa menghantar balik mesin ke pembekal....tersentaak sikit dah jem. Ambo beli shimano 4000..ok je..g mancing dengan sampan..lekuk lekak mesin tu terhentak dilambung ombak..ok je lagi. Kata kenkawan seaborg ni bila dah pasang kat rod, tip rod tak boleg tegak menghala langit seperti mana yang tercatat pada manualnya......mintak tuan bandingkan antara seaborg dan shimano beast master 5000 mana lagi mesra pengguna.

wassalam

Abe said...
This comment has been removed by the author.
Fahiz Hussin said...

Salam Abe,
Masuk tahun ni tahun ke 3 teman gunakan seaborg ni..dan dah banyak juga trip yg teman bawa dan gunakannya pada tahap yang sepatutnya.

Memang diakui, tanacom bull mempunyai banyak masalah Power cord, cable, motor dan masalah cip dan sebagainya. Senang kata manja dan tidak lasak.

Disebabkan itu, model tanakom bull ni telah digantikan dengan seaborg megatwin yang telah memperbaiki kelemahan yang ada dengan kekuatan yang lebih dan friendly user.

Shimano beast master juga berbaloi dimiliki dengan harga yang ditawarkan. Cuma kapasiti line dan kekuatan drag membezakan antara 2 EFR ni disamping kelebihan MT pada jigging mode,trotle@power lever(sama untuk 2 model) byk membantu memudahkan pemancing dan mesra pengguna.

Utk masalah tip rod ketika rod menegak, teman rasa ada kebenarannya walaupun tidak pernah terjadi pada teman. untuk EFR, kekuatan dan kelajuan mengarau bukan terletak pada rod..ia lebih kepada kekuatan reel.

Byk kes berlaku rod tip patah disebabkan pemancing tidak setkan terlebih dahulu auto stop pada EFR..dan ini menyebabkan swivel menghentak tip rod dan patah.Lg senang Berlaku ketika speed mode digunakan.

Dan pendapat teman, tidak sesuai untuk menegakan rod menghala langit kecuali untuk kaedah drif dan flooting yang melabuhkan umpan jauh dari bot dan bukannya dibawah bot.

Sekadar pendapat teman, Abe..klau da pendapat lain boleh la ditambah..

Abe said...

Di sini ada sedikit kesalahfahaman...maksud abe "Rod Tip Menghadap Langit" tu setelah EFR terpasang pada rod, abe selalu g mancing dengan sampan..dan rod main cocok ke kat lubang pvc kat dinding sampan tu......kawan kata dalam daiwa manual tindakan seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

Fahiz Hussin said...

Ok..mula faham sedikit.. posisi menegak EFR mendongak berbanding posisi biasa melintang..Mengikut manual sememangnya tidak dibenarkan..Teman selalu menggunakan rod holder yang di clamp ke birai bot.

Tetapi posisi ini teman selalu gunakan ketika membantu EFR mengarau hasil yang besar, pada ketika ini ikan telah di hook up dan bantuan pump diperlukan untuk mempercepatkan perlawanan.ketika ini EFR berada didalam keadaan menegak dan melintang dalam masa yg sama.

Bagi posisi menegak ketika menunggu ikan meragut umpan sememangnya tidak digalakkan.

Pendapat teman bukan kerana tidak upaya EFR untuk berposisi sedemikian. Cuma posisi ini boleh mengundang tip rod berapa didalam keadaan bahaya terutama kita sedang kelam kabut hook up dan EFR sedang mula berfungsi.

Sedikit belitan pada rod tip boleh menyebabkan ia memberi kesan pada rod pula..Selain itu, keadaan posisi menegak juga memberi tekanan pada sambungan cord@cable dibawah EFR rasanya.

Sekadar pendapat teman..Shimano 4000 mcm mana?lasak digunakan?

Abe said...

Salam
Yang abe maksudkan dengan posisi menegak tu semasa dalam perjalanan semasa ke spot mancing, abe selalu kelaut dengan sampan, sempit jadinya rod selalu ditegakkan pada lobang pvc yg ada pada sampan..tak kira la semasa nak memulakan perjalanan ke semasa perjalanan.....kan kuat hepasan hentakan semasa dalam perjalaan.....products Daiwa abe tak berani la nak bawak cam tu...Shimano....dah 2 tahun pakai ok je..cuma lum hempas atas lantai bot je lagi(geram ikan rabut) lain tu ira robust laa shimano nii.....ni nak tukar ke beast master 5000 tu yang dok tanya tu mana lai robust..power menang daiwa..robust????

Fahiz Hussin said...

Salam Abe.
Parking menegak, teman pun selalu buat juga..maklumla kebanyakkan rod parking atas bot semuanya menegak kecuali dah clamp atas rod holder. Stakat ni takde masalah. bab Beastmaster shimano ni rasanya tak pernah dengar lg masalahnya dari rakan. Abang Pei yang selalu mentrip dengan teman juga menggunakan beastmaster dan tiada masalah sehingga kini kecuali untuk kapasiti tali dan lifting power yang kurang sedikit berbanding MT750..yg lain lasak belaka..

Abe said...

Terima kasih atas info..ingat nak ambik beast master laa....daiwa serik dah kot pasai ada pengalaman dengan tanacom bull dulu...rega pun beza dekat 1k tuu

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
fitflops sale clearance
nike presto femme
off white jordan 1
ugg boots
canada goose
christian louboutin shoes

jeje said...

De telles situations et critiques ne sont pas inhabituelles ces nike roshe run noir femme porté jours-ci.Avec les rapports sur les licenciements massifs qui ont précédé sa mise en œuvre, et les fermetures d'usines ou les délocalisations vers des juridictions moins chères par la suite, la nouvelle loi sur les contrats de travail a suscité des critiques. Cependant, tous ne seront pas dans une position acheter chaussures asics pas cher très favorable pour offrir des avantages efficaces à leurs acheteurs. Nous comprenons tous deux également qu'il existe de nombreuses personnes qui ne font pas et n'utilisent pas de stéroïdes ou de suppléments de santé illégaux pour augmenter leur air jordan femme avec scratch physique et je ne juge pas principalement parce que c'est une préférence personnelle. La différence culturelle pourrait également avoir une suprématie extraordinaire pendant le travail du groupe. Dans certaines situations de bureau, il peut être nécessaire nike air jordan soldes de se tenir debout et de se promener un bon nombre d'heures par jour, et la chaussure de l'environnement de bureau ne doit pas seulement avoir l'air d'un spécialiste, mais être détendue. Le Nike Dunk Mario est généralement une chaussure blanche avec une touche de bleu candy nike baskets blazer high femme en face de lui.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.