Tuesday, March 31, 2009

Boreng @ Pelantar @ Oil rig...

Pelantar Oh Pelantar..

Assalamualaikum.. sedikit perancangan telah dibuat..insyaalah jikalau tiada aral melintang 25 april ni aku akan ke palantar Pulai sekali lagi.. Menurut Organiser Zul GT Bangi..Dijangkakan pelantar Pulai, Pelantar Tinggi, Pelantar Seligi, Pelantar Bekok C diantara pelantar-pelantar yang akan dicuba..

Keadaan siang dipelantar..lazimnya pemancing akan menggunakan kaedah bottom untuk menjerat spesis bersisik seperti merah, kerapu dan kakap disiang hari..Selain kaedah bottom, teknik hanyut dan Drifting juga gemar digunakan untuk menjerat spesis ikan yang main di pertengahan kedalaman air.
Pelantar sebagai Tembok terakhir spesis-spesis ikan untuk membiak dan membesar jauh dari pukat tunda nalayan asing..disinilah kemahiran diuji sepenuhnya..ikan-ikan monster akan melarikan umpan dan gewang kedalam kubu(pelantar) sebagai iktiar terakhir menyelamatkan diri. Tarikan GT belasan malah puluhan Kilo menjadi igauan dan kegilaan..

Keadaan malam yang gelap dan hanya disinari keterangan pelantar mengundang ikan pemangsa rapat ke pelantar untuk mencari makanan. Waktu inilah yang ditunggu-tunggu oleh peminat casting popper dan jigging. Pantang aja apa yang melintas dihadapannya pasti akan disambut oleh pemangsa yang sedang aktif memburu mangsa.

6 comments:

speedrider said...

menarik dan kecut perur mendengarnya. Tapi apakan daya, peralatan belum mampu nak ada semua apatah lagi ladung saiz 32!!

Fahiz said...

Bro, Ladung 32 untuk kaki bottom..malam tuk kaki jigging beraksi plak.he he..bila lg nak test set jigging bro tu??

NetBizSavvy said...

I find your blog very interesting. It was worth to read. Thanks for sharing.

JebatJohor said...

aduh bile la dpt rasa nak mancing nun jauh dilaut sana.. nak keje offshore x dpt2..

p/s : kawaan ada link kan blog kwn dgn awak

Fahiz said...

Okay Jebat..mari kita merapatkan masyarakat memancing..

speedrider said...

@Fahiz
Insya-Allah, 24 April ni nak test di karang 30, penang :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.