Friday, April 3, 2009

Green Arowana

Scleropages formosus atau nama tempatannya green arowana ni telah dibela sejak tahun 2005 lagi..hari Ahad bersamaan 29 march 2009 ikan ni telah meninggalkan aku untuk selamanya..semuanya hanya menjadi lipatan sejarah dalam hidup ku.

aku dikala kerunsingan dan mencari idea
, ikan ini menjadi peneman..Renangannya yang memberikan kedamaian dan yang paling tidak dapat dilupakan apabila ikan ni tahu masa makannya dan sudah biasa disuapkan ketika makan. Ikan ini ditempatkan didalam akuarium 4 ft panjang dan dengan diet seperti cengkerik, udang, lipan,lipas, cicak, anak ikan dan cacing tanah telah diberi sejak dibeli 4 tahun lepas ni..

Berat kira kira sekilo ke dua kilo dengan panjang sudah melebihi 16 inci

Tak sampai hati aku nak makan ikan ni..
Klau la dapat di persekitaran liar..aku dah ngap dah ikan ni..
Memang ada niat dihati untuk melepaskan ikan ni ke persekitaran liar.Anggaran bila tahap kebesarannya tidak dapat ditampung oleh akuarium 4 ft aku. Tapi belum sempat dilaksanakannya, ikan ni pergi buat selamanya..


Riwayat Hidup Kelisa peneman aku nie..

Dibeli sekitar tahun 2005 dengan harga RM 250.00 sebesar 4 inci..Dibeli di kedai akurium Selibin di Ipoh, kat kampung aku.Selepas kawin,pada tahun September 2006 aku bawah pindah ikan ni ke sri Kembangan, Ikan ni selamat mengharungi perjalanan 3 jam dari ipoh ke Kl dan ditempatkan didalam bekas polistren dengan sedikit seditif agar ikan tidak penik dan meronta.

Dan aku pindah sekali lagi tahun 2007 di Sg Chua Kajang dan sekali lg ikn ni kena seditif untuk dipindahkan ke Sg chua pula.Jadi dengan pengalaman pahit dan manis ikan ni mengikut aku pindah kesana-kemari sedikit memberi kesan pada aku . Mana daknya kira-kira ikan ni dah ada kat depan mata aku 4 tahun lebih ..


Punca-punca Kematian..
Ikan ni senang nak bela.jaga air dan makan je.seminggu sebelum mati,aku beri makan cacing tanah yang dibeli untk buat umpan pacu..2,3 hari lepas tu aku terperasan ketika memberi makan, ikan ni memuntahkan cacing lama yang tidak dihadamnya.pelik juga ni.

Tapi hari sabtu lepas aku tiada dirumah selama 2 hari..balik je hari ahad aku tengok ikan ni dah mati.Ada kemungkinan ikan ni dah sakit dan dalam masa yang sama tiada elektrik..kematiannya masih didalam misteri.

6 comments:

chenta mati said...

al-fatihah buat si mati.
hehe.. jangan mara aa...
bole ganti pacu dalam akuarium tu.

Fahiz said...

Ha..ha..pacu ye..Good idea.

klerbox said...

takziah buat tuan punya ikan nak buat camner ajal dah sampai....kalau nak cari yang liar kat empangan muda,kedah(gubir)ada...vcd sirip misteri raja kelisa diaorang buat pengambaran kat situ....kt p sana la try tgk.....

Fahiz said...

Ye La, Time Kasih..tp klau yang liar tu klau yang dah pandai kejar rapala, mau berkilo-kilo tu..akuarium kena besar plak..

mizlan said...

ganti ja dgn ikan toman or haruan kompom lasak punya..xla lawa mcm arawana..aku bela toman ja dlm aquarium kt rmh ku..makaiii selera mcm jin tanah..hari2 minta mkn keli..har2

Fahiz said...

Tak pa..klau kita tak larat nak bg toman mkn, kita la makan dia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.