Friday, September 24, 2010

Memburu Layaran Rompin 2010

Salam, InsyaAllah waktu terdekat penulis akan mencuba sekali lagi memancing diperairan Merchong..tahun lepas pada 23 okt 2009 penulis bersama 4 sahabat dari Kuala Lumpur telah melaksanakan expedisi memburu layaran buat kali pertamanya. Pada ketika itu penulis agar sukar memberikan gambaran sebenar keadaan dan teknik yang digunakan. Alhamdulillah selepas trip itu berlangsung dengan 3 ekor layaran didaratkan, kami serba sedikit dapat mengenalpasti teknik dan perkara-perkara yang dirasakan penting untuk tujuan pemburuan layaran di sekitar perairan Rompin ini. Perkara-perkara yang dirasakan penting bagi tujuan pemburuan layaran disana adalah air pasang surut, set pancingan yang digunakan, teknik pancingan.

Lokasi bertanda A pemburuan Layaran di Perairan Rompin


Jarak dan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Merchong

Lokasi dan Pasang Surut air.
Merchong sememangnya menjadi lokasi terbaik bagi pemburuan layaran di perairan malaysia, maka tidak hairanlan setiap tahun acara dan pertandingan peringkat antarabangsa "Rompin International Bilfish Challenge" diadakan disini.

Tekong menyarankan agar trip berlangsung ketika air mati atau lebih tepat pada bulan melayunya sekitar 7,8 dan 9 atau 21,22 dan 23. Pada ketika ini selain bulan tengkujuh, perairan Laut Cina Selatan dilihat lebih tenang tanpa beroleng dengan alun yang kuat. Keadaan tenang lenang ini seterusnya memudahkan pemburuan ikan layaran dilaksanakan.

Pada ketika air Banir(pertemuan pasang surut min@Maks) pada ketika inilah keadaan yang paling mudah untuk menjerat layaran kerana lazimnya pada ketika ini anak-anak ikan keluar dan keadaan tenang juga dapat memperlihatkan dengan mudah kelibat layaran yang memburu mangsa di  sekitar-sekitar  lubuk dan lokasi tertentu disana.

Set pancingan.
Set pancingan yang disyorkan adalah set medium atau pertengahan tidak terlalu ringan atau tidak terlalu berat. Dengan kaedah pancingan berhanyut sememangnya pemancing boleh mengunakan light set kerana dengan bantuan pergerakan bot sememangnya ikan dapat didaratkan tetapi dengan tempoh perlawanan yang agak panjang akan menyebabkan ikan terlalu penat dan kemungkinan risiko mangsa mati adalah tinggi.

Manakala sekiranya set heavy digunakan pula pemancing tidak dapat merasai debaran seretan drag kerana ikan dengan mudah dinaikkan. Oleh itu disarankan agar set pancingan sederhana dengan kombinasi berikut adalah dicadangkan :-
Reel :- Saiz 4000-8000(model Shimano) dengan kekuatan drag sekitar 5kg-9kg
Rod :- PE 2-4 atau sekitar 30lb-50lb medium setting
Main Line :- 30lb-50lb 
Leader :- 70lb-100lb (paruh layaran agak kasar)

Teknik Pancingan
Daripada pemerhatian dan tunjuk ajar tekong Zamri pada trip yang lepas penggunakan Circle Hook dilihat amat penting. Ini keranan rekabentuk mata kail ini dapat menyelamatkan mata pancing dari ditelan dalam kedalam ruang mulut ikan dan ia mudah ditanggalkan. Lazimnya "Circle Hook" bertindak sebagai "anti swallow" dan rata rata mangsa yang mengenai mata pancing akan tersusuk dibahagian luar mulut dan ini dapat mengurangkan kecederaan ikan dibandingkan mata pancing yang ditelan oleh mangsa.
   
Contoh gambarajah circle hook, lazim saiz 4/--6/0 digunakan

Pengunaan circle hook lazimnya menyelamatkan mangsa


Perambut 70lb-100lb, circle hook saiz 4/0-6/0 dan ikatan loop sedia untuk digunakan

Setelah pemilihan mata pancing dibuat diasarankan untuk penggunaan leader, pemancing dapat menyediakan leader yang berkekuatan 70lb-100lb sepanjang 2,3 depa. Pemilihan leader dari material florocarbon atau material yang sedkikit kasar dapat memberikan sedikit insuran kerana keadaan paruh layaran yang kasar seperti kertas pasir dapat memutuskan leader yang lembut dengan mudah.
Ada 2 kaedah pancingan yang diaplikasikan pada trip sebelum ini. Kaedah apungan mengunakan Belon atau kaedah drift juga kaedah pancingan separuh air. Ini kerana ikan layaran lebih gemar memburu mangsa dipermukaan atau di separuh air.
Ilustrasi keseluruhan perambut drift bagi menjerat layaran

Kaedah mencangkuk umpan hidup menggunakan teknik drift dan circle hook
Sebelum pemancing menuju Kelapangan layaran, tekong akan membawa pemancing untuk mencari umpan hidup seperti ikan selar dan Tamban untuk dijadikan umpan. Menggunakan appolo bersaiz 10-12, pemancing dinasihatkan mencari sebanyak umpan hidup yang boleh.

Contoh elustrasi menunjukkan penggunaan belon dan kaedah teknik yang digunakan

 
Contoh Ikatan Loop yang digunakan untuk mengikat Circle Hook 

Dan akhir sekali Circle Hook diikat ke leader dengan menggunakan ikan Loop kerana loop ini membenarkan pergerakan 360 o mata pancing dan umpan hidup yang digunakan. 
Post terdahulu berhubung trip dan teknik pemburuan layaran di Merchong. 
Trip Layaran Merchong
Trip Cobaan Layaran - No 1
CPR Layaran
Ikan Layaran 
Kami hanya merancang Tuhan menetukan segalanya. Dengan berkat doa keluarga dan sahabat handai, semoga perancangan dan perjalanan trip ini berjalan dengan lancar hendaknya. Amin..


***Illustration courtesy of Rapala, Captain Fred Duncan's, Cabo San Lucas fishing boat Captain,Diane Rome Peebles.


8 comments:

zmi said...

bila yb nak layan trip ni

zmi said...

selamat berjuang YB

Fahiz Hussin said...

Dah g dah..30 sept tu..tp hasil takde yang boleh melonjak anderelin..igt nak cuba lg..tgh tgk date yg sesuai..

Unknown said...

qzz0514
prada sunglasses
nike shoes
canada goose outlet
fitflops
canada goose jackets
wizards jerseys
mulberry handbags
mulberry outlet
ugg outlet
air max trainers

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
prada shoes
ralph lauren uk
hermes belt
nike shoes
pandora charms outlet
valentino shoes
christian louboutin shoes
ferragamo shoes

jeje said...

Les bottes de travail nike air max 90 hyperfuse bleu marine à embout d'acier seront les bottes les plus souvent vues et aideront à défendre les orteils vulnérables contre l'écrasement. Selon le designer Nike, le coût de la création lunaire air jordan distributeur france est trop cher, la création de masse devient vraiment difficile. Ils se sentent si fortement au sujet de leur produit qu'ils vous disent, air jordan blanche femme pas cher vous ne devrez pas réinvestir dans le même produit. Il est crucial de savoir ce qu'il convient de porter, de sorte nike roshe run print femme noir et blanc que vous pouvez intégrer de nouveaux attributs dans ou autour de votre robe. Nike a souhaité faire correspondre la compression de nike basse femme pas cher la balle contrairement au visage avec toutes les données compresion du canal au point d'impact. La recherche d'une plus grande stabilité et d'un coût de production basket nike air max homme en solde inférieur est une innovation.

yanmaneee said...

timberlands
kyrie 5
michael kors outlet
nike air max 2017
russell westbrook shoes
michael jordan shoes
air jordan
nike air max 95
nike basketball shoes
jordan shoes

naynis said...

k8y42c1q82 v8r61y8e73 u5y10q0i13 f5w45t8k36 r6c21q6x00 g5i77f4k59

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.