Wednesday, October 14, 2009

Ikan Layaran

Istiophorus platypterus

Didalam pencarian lesen Ikan layaran (Istiophorus platypterus) aku membuat beberapa pencarian maklumat berhubung musim, kaedah, umpanan, teknik dan berbagai data diperlukan untuk menjerat spesis ini.

Melalui pencarian maklumat ini,
didapati Rompin merupakan destinasi pancingan yang kaya dengan spesis layaran ini. Saban tahun, Royal Pahang Billfish International Challenge diadakan disana menandakan Rompin sungguh kaya dengan spesis ikan berparuh ni.

Layaran @ Marlin?

Di luar perairan negara, layaran banyak terdapat di Indo Pasifik dan sebahagian lautan tropika.Selain layaran, mersuji dan marlin adalah antara spesies ikan berparuh (billfish), iaitu kategori ikan yang dianggap kuat dalam sukan memancing.

Spesies ikan berparuh ini mempunyai kekuatan luar biasa, termasuk mampu mempamerkan kebolehan menyelam dan bergerak laju, melompat di permukaan air serta berdiri dan meluncur secara tiba-tiba. Golongan pemancing menyifatkan layaran sebagai spesies ‘game fish’ yang ganas, mencabar, kuat bertarung serta diletakkan dalam kumpulan pelagik. Fizikal layaran yang berbentuk panjang dengan satu paruh runcing dan tajam di bahagian depan. Struktur isinya berdaging mampat dan pejal atau kenyal. Isinya tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi tetapi ikan ini terkenal kerana tentangan hebat yang diberikan ketika memakan umpan pada joran.



Sebaris sirip lebar yang di bahagian atas badannya seperti kain layar yang memungkinkan ikan ini dipanggil layaran. Ia mempunyai insang dan rahang di bahagian bawah yang pendek berbanding rahang di atas yang dijadikan senjata apabila menghadapi lawan. Layaran memiliki mata pada kedua-dua belah bahagian kepalanya. Memiliki sepasang sirip dorsal dengan sirip pertamanya tinggi dan lebar berbentuk seperti layar. Sirip keduanya agak kecil dan pendek pada bahagian ekor. Pemancing berpengalaman dapat mengesan pertukaran warna ikan layaran sebaik didaratkan. Perubahan ini mungkin berpunca daripada cahaya matahari yang menyinarinya sebaik dinaikkan dari laut. Warna layaran biru gelap bercampur keputih-putihan. Layaran mudah tergoda dengan sumber makanan seperti anak tuna, krustasia, cephalopods dan ikan terbang yang boleh didapati dengan banyak hampir di semua perairan.


Malah kumpulan bilis, selar, kembung, lolong, selar kuning, kerisi, tamban dan selar kunyit yang dijadikan umpan oleh pemancing. Layaran memburu mangsanya dengan bantuan pedang tajam di bahagian hadapan kepalanya. Kehebatan layaran menarik peminatnya yang tersendiri, dengan mengawetkan ia sebagai bahan seni yang sangat menarik. Dipamerkan di dinding atau pepenjuru rumah.


Aksi Akrobatik yang hendak kita lihat..

Untuk post yang akan datang aku cuba untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara dibawah semasa memburu spesis berparuh ni.
1. Teknik memancing.
2. Set Pancingan yang sesuai.
3. Masa terbaik.

Dan bagi persediaan trip layaran ni, tentatif jadual dan logistik akan diberitahu seminggu lebih awal kepada semua ahli komplot terlibat..

Ahli Komplot :
1. Fahiz
2. Fadzil
3. Iskandar
4. Black
5. Am

Reserve
1.
2.
2 bangku reserve disediakan seperti biasa.


1 comment:

jeje said...

Toutes les bottes de travail nike air max 90 ultra br pas cher ne sont pas conçues pour protéger uniquement contre la chute d'objets lourds. De chemises de golf à des sacs d'exercice, de baskets de course à Winter Coat; Nike soutient fermement sa devise et continue à «FAIRE CE QUE C'EST. Et baskets nike air huarache femme ces deux chaussures sont construites au préalable pour une période plus longue par rapport aux deux années, il fallait que vous soufflez votre toute dernière paire. Au fil basket nike internationalist femme noir du temps, il a été conçu et redessiné. Et au sommet de la colline, il y a le Sacré Coeur, un monument magnifique qui présente une architecture byzantine et nike femme bleu marine romaine. La plupart des magasins font maintenant des achats coûteux ou en volume abordables via l'achat maintenant payer des vêtements plus tard, où les consommateurs peuvent obtenir eux-mêmes des vêtements urbains de leur lien sur des nike air max thea camel conditions de paiement flexibles.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.