Thursday, October 29, 2009

Trip Layaran Merchong

Salam, disertakan serba sedikit perjalanan trip layaran yang lepas. Aktiviti apollo kurang mendapat sambutan walaupun kelihatan kawanan ikan bermain disekitar bot. Berbekalkan lebih kurang 20 ekor ikan selar, itu pun selepas berhempas pula mengapollo 2 jam dan kami terus bergerak ke lokasi pertama kawasan permainan layaran selepas matahari mula naik meninggi.


Dari atas kiri : Black, Fadzil, Am, Fahiz dan Is Adnan berposing dengan ikan layaran yang diperolehi

Umpan selar yang masih cergas di cacap kemas dengan mata kail Circle Mustad bersaiz 5/0 dengan penggunaan perambut sepanjang 2 depa berkekuatan 60lb bagi persediaan pertarungan nanti. Disebabkan spesis target ini gemar bermain dipermukaan dan ditengah kedalaman air, teknik Floating atau apongan digunakan. Teknik menggunakan belon ini diaplikasi bagi memikat spesis ini untuk menjamah umpan yang dihidangkan.

Seawal 11.00am Fadzil menerima sambaran pertama dan larian beberapa saat berserta aksi akrobatiknya mampu membuatkan pemancing berputih mata. Dengan sekali lompatan ke udara mangsa dapat meloloskan diri. Sekitar jam 11.30am Fadzil menerima satu lagi sambaran, tetapi kes rabut terjadi lagi . Ikan berjaya meloloskan diri selepas memperlihatkan susuk tubuh sewaktu terbang diudara.

Jam Menunjukkan 12.00pm, semua pemancing kelihatan resah bila mana seekor ikan pun masih belum menampakkan hasil. Tekong yang melihat akan keadaan air yang semakin lenang mula mengarahkan kami mengarau pancing untuk berpindah lokasi. Selang beberapa minit tiba dilokasi kedua tepat dikawasan permainan layaran. Pada kali ini balon tidak digunakan. Hanya driftkan umpanan ke belakang bot sambil menunggu dengan debaran. Selepas melepaskan umpan drift, aku yang baru hendak meletakkan pancing ke dalam rod holder merasakan pergerakan kasar dihujung pancing.

Memang tepat sangkaan aku, ikan mula melarikan umpan. Aku bersiap sedia menegangkan saki baki "Main Line" yang telah terlebih dilepaskan. Apabila "main line" betul betul diyakini tegang aku cuba membuat satu hook up.

Risau tragedi yang terjadi pada padil berulang. Aku Hook Up berberapa kali. . Pergerakan yang sentimental pada mulanya menjadi larian padu dengan spool memuntahkan tali keluar walaupun drag telah diketatkan 70%. Ikan yang merasakan mata kail menembusi mulutnya mulai meronta dan melakukan aksi akrobatiknya berulang kali

Aku hanya mampu bertahan sewaktu ikan mula melakukan larian. Terima kasih kawan-kawan yang memberikan sokongan. Ikan layaran lebih gemar menggunakan kelajuaannya untuk memecut dipermukaan air daripada junaman. Ini memberi keselesaan pada pemancing kerana dapat melihat pergerakan dan hala tuju layaran dihujung tali. Berbekalkan set Stella sw8000 digandingkan dengan jigwrex pe5 dan main line Exoga PE4, aku melayan pertarungan layaran dengan penuh debaran. Risau dengan kelicikan dan kekuatannya yang mampu membuat pemancing berputih mata.

Aksi Akrobatik dengan larian demi larian. Memang mendebarkan.

Junaman kembali, selepas 15 minit perlawanan.

Ikan yang mulai lemah dapat ditarik menghampiri bot. Alhamdulillah, dapat juga ditewaskan selepas 20 minit pertarungan yang penuh dengan debaran.

Speksifikasi Tangkapan : Ikan Layaran
Anggaran Berat : 20kg-30kg
Reel : Stella SW8000HG
MainLine : Exoga PE4
Rod : Jigwrex PE5
Leader : Exoga 80lb
Hook : Mustad Circle Hook Saiz 5/0
Umpan : Umpan Hidup Selar

Apabila ikan dinaikkan oleh tekong keatas bot perasaan getar mulai berkurangan. Alhamdulillah lesen layaran pertama dialam hidup seorang pemancing. Anggaran dari tekong berat layaran pertama dianggarkan seberat 20kg-30kg. Selepas bergambar layaran dilepaskan semula kelautan. Terima kasih layaran untuk perlawanan yang sungguh mendebarkan. Selepas layaran pertama, rakan rakan lain pun mulai bersemangat untuk memburu spesis layaran seterusnya. Tekong pergi ke lubuk seterusnya.

Nasib tidak menyebelahi Fadzil bila sekali lagi ikan licik dan berjaya mencuri umpan yang dihidangkan. Selepas berapa lama keadaan kembali senyap. Black yang mengambil tempat dibelakang mula menghulurkan umpan untuk menduga nasib. Ternyata percaturannya berjaya memikat sang layaran. Layaran yang membaham umpan yang dihidangkan terus menerus melarikan dan memuntahkan main line dari spool.

Berbekalkan Set Daiwa exceler oceanor 4500 dan rod abu conolon Premier 1 pcs 5'6" dengan main line pro tech 40lb menahan asakan dari sang layaran. Black..ni baru betul asakan dengan set baru nih..he he. "main Line" ditarik terus menerus tanpa henti. Dikuatiri simpanan tali didalam spool kehabisan, Tekong terpaksa menghidupkan enjin dan menggerakkan bot kebelakang untuk memberi bantuan pada black meyimpan tali.

Rod Abu One pcs di asak ke maksimum sehingga minit ke 20, namum ikan masih tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Larian dan aksi akrobatik masih berterusan, menandakan layaran berpeluang mengambil oksigen untuk perlawanan yang panjang.

Hampir minit ke 40 black mula menunjukkan tanda-tanda kepenatan yang amat sangat dan minta untuk digantikan. Aku yang tengok pun rasa terseksa inikan pula orang yang menanggung beban. Fadzil dari tadi memang mahu membalas dendam dengan keculasan layaran terus menggantikan black yang kepenatan. Habis 5 kali layaran mengelilingi bot, cemas dan begitu kelam kabut dibuatnya. Masuk minit ke 60 layaran mula menampakkan diri. Patutlah perlawanan yang hebat dan panjang, rupanya Circle hook mustad saiz 5/0 tercacap kemas diatas kepala layaran bukan dimulutnya.

Speksifikasi Tangkapan : Ikan Layaran
Anggaran Berat : 30kg-40kg
Reel : Exceller Oceano 4500
MainLine : Pro Tech 40lb
Rod : Abu Conolon premier 1 pcs 5"6'
Leader : Xzoga 80lb
Hook : Mustad Circle Hook Saiz 5/0
Umpan : Umpan Hidup Selar

Layaran dengan 2 org pemangsa yang ganaz. Anggaran berat yang diberikan dari tekong sekitar 30kg-40kg, wah..lagi besar dari layaran pertama. Selepas bergambar, layaran diberikan bantuan pernafasan dan dilepaskan kembali kelautan. Tersenyum lebar black dan Fadzil . Tahniah Bro. 2 lesen layaran diperolehi setakat ini.

Dengan keadaan gelombang seperti ditasik, amat mudah bagi tekong mengesan dan mencari kawanan layaran.Tekong terus ke lubuk rahsia keempatnya..sesampai disana bot dikelilingi dengan 2,3 ekor layaran. Tanpa berlengah, Am,Is Adnan dan Fadzil terus melontarkan umpan masing-masing. Semua menunggu dengan penuh debaran, "main Line" Fadzil dibawa melawan arus menandakan ada makhluk yang sedang menjamah umpan yang dihulurkan, tali perlahan ditegangkan. Selepas beberapa saat Fadzil terus membuat Hook Up dengan sepenuh hati. Ikan Layaran yang terkejut terus beraksi dan pada kali ini mata kail tercacap kemas, sayang leader 80lb padil tidak mampu menahan asakan liar dari layaran lalu "tusstt". Kali ke Empat Fadzil kehilangan layaran tanpa sebarang perlawanan. Namun selang beberapa saat terdengar jeritan dari Am, Layaran, layaran...

Kali ini Giliran Am meneruskan perlawanan dengan Mangsa. Senjata yang digunakan Reel Exceller oceano 4500 digandingkan dengan Rod Custom yang disedia khas oleh angah sememangnya bagai pinang dibelah dua. Minit minit awalan sememangnya menggemparkan, layaran dengan aksi akrobatik memang mengasyikkan, Tarian yang dipersembahkan bagai memukau pemancing. Selepas aksi tarik tali, perlawanan berlanjutan sehingga minit ke 45 dan layaran menunjukkan tanda mula kepenatan.

Layaran dinaikkan kedalam bot oleh tekong, sekali tengok, mak ai..besarnya..raspek dan saspek ngan Am. Tahniah Am, besar sungguh hasil mu itu.

Speksifikasi Tangkapan : Ikan Layaran
Anggaran Berat : 40kg-50kg
Reel : Exceller Oceano 4500
MainLine : Pro Tech 40lb
Rod : Custom By Angah
Leader : Otomo 60lb
Hook : Mustad Circle Hook Saiz 5/0
Umpan : Umpan Hidup Selar

Sekali lagi sessi bergambar dilakukan, selepas bergambar layaran dilepaskan selepas diberi bantuan pernafasan oleh tekong. Anggaran berat yang diberikan oleh tekong adalah sekitar 40kg-50kg.

Penghargaan kepada Tekong Zamri yang rajin melayan keranah kami, memberi panduan dan tunjuk ajar bagi menjerat spesis layaran ini. Tidak dilupakan juga kepada Saudara Joran Panjang(JP) dan Bandang yang sanggup turun dari Muazam Shah untuk bertemu kami dan aturan trip yang baik. Kepada rerakan komplot Am, Fadzil , Is Adnan dan Black ucapan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan. InsyaAllah tahun depan kami akan kembali kesana..

Nantikan Sambungan Post selepas ini.. Explorasi Merchong - Tangkapan selain layaran dan perjalanan trip Merchong. Terima Kasih..


17 comments:

MIZLAN DARKARTCASTER said...

wah...!tahniah!trip yg berjaya

Fahiz Hussin said...

Terima kasih..Alhamdulillah, semua selamat..

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

wow..wow aksi yang hebat...tahniah!

Fahiz Hussin said...

terima kasih tokan..terasa kepuasannya..

RED HUNTER said...

bapok besar ikan bro.....
tabik spring lah kaki pancing.....

Fahiz Hussin said...

Terima kasih ucu wan kerana datang melawat blog teman ni..itu lah razam kaki pancing..

Ekin said...

hebat hebat belaka.

lepas ni nak ke mana pulak?

Fahiz Hussin said...

terima kasih datang melawat..Tp ada seorg tu lg hebat..layaran dapat ebek dapat..he he..insyaAllah nak ke tuas yan. tgh uruskan..

Ekin said...

haha.. tu yg die suke tu.
nasib baik dapat pengalaman.. kalau tak belum tentu die nak ikut lagi lepas ni. haha..

ke Tuas eyh?
Pegi balik hari gak ke macam layaran hari tu?
atau stay sana? Yan kat Kedah kan?

Fahiz Hussin said...

maybe g hari sabtu mlm balik sampai KL ahad malam. trip balik hari..mancing 12 jam. perjalanan yang jauh, yan di Kedah. Ikut PLUS.. 5 jam pergi 5 jam balik..

Geliga Ent said...

sifu.korang memang gempak..well done!

Fahiz Hussin said...

salam bro..sifu mana da sini..siput ada le..he he..insyaAllah tahun depan kita org nak merepeatekan diri lg kesana..nak join ker?

alel said...

dah masuk dalam majalah pancing trip ni..tahniah..hehe..alel2008

Unknown said...

qzz0514
prada sunglasses
nike shoes
canada goose outlet
fitflops
canada goose jackets
wizards jerseys
mulberry handbags
mulberry outlet
ugg outlet
air max trainers

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
fitflops sale clearance
nike presto femme
off white jordan 1
ugg boots
canada goose
christian louboutin shoes

jeje said...

Vous trouverez également asics femme chaussure des paires de baskets de basket-ball qui viennent avec un prix de 75 $. Nike Shox R3-R4 venir vers la terre virtuelle et acheter en toute confiance. Le sac à dos Dickie est new balance femme grise et bronze tellement robuste et d'une qualité tellement élevée que, sur certains bagages, il vous offre même une garantie à vie. Le temple test asics gel noosa tri 10 m a été commencé à créer à 427 BC et fait bientôt après 3 décennies. Dans le cas où vous êtes familier avec Dickies new balance blanche doree du tout, vous remarquerez que leurs vêtements de travailleurs et tous leurs autres produits viennent dans ce même bleu marine. Dans air jordan spizike soldes ce cas, un ressortissant américain ne maîtrisait pas la norme chinoise, mais une attitude positive à l'égard de la culture chinoise ou indienne est essentielle au bon fonctionnement de nike air max 1 homme pas cher l'équipage (Noorderhaven, 1997).

Unknown said...

replica bags aaa see this website l8p73n5l64 replica bags on amazon hop over to these guys h9n46z1l58 best replica designer bags replica bags dubai e5v80j5h64 try this website x0d40n4q60 fake louis vuitton best replica bags online 2018 h9s02a5f72

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.