Thursday, October 14, 2010

Lara Layaran

Salam..trip asalnya memburu layaran..perancangan telah dibuat.. Pada kali ini trip telah disertai oleh 7 ahli komplot..maka dengan persetujuan dan untuk keselesaan untuk trip kali ini kami telah menempah 2 bot.

Kami bertolak dari jeti Kg Merchong lebih kurang Jam 8 pagi dan menuju ke destinasi pertama untuk mencari umpan hidup. Perjalanan sejam selepas membeli udang hidup kami pun sampai untuk aktiviti apollo.. walaupun agak payah pada mulanya untuk mendapatkan ikan umpan, cubaan demi cubaan dibuat dan kadangkala full house 6 ekor membolehkan kami mengumpul lebih kurang 20-30 ekor selar untuk dijadikan umpan.

 Tekong sedang mempersiapkan bot untuk trip pada kali ini..

Klau diikutkan kelender dan pasang surut rasanya tarikh yang dipilih ini diantara tarikh yang baik bagi pemburuan layaran. Tetapi apa nak buat..layaran ada tapi tak sudi menjamah umpan hidup yang dihidangkan. macam biasa la klau tak dapat yang ditarget tu yang malas nak buat laporan tu..walau bagaimana pun disebabkan trip ini disertai oleh KDN teman dan buat pertama-tama kalinya dia berhasrat untuk turut serta maka walaupun kumpau, seronok juga melihat KDN menarik ikan apollo yang banyak ketika trip ni.. mana tidaknya sekali hook up 2,3 ekor selar naik semasa aktiviti apollo dijalankan. 

 Up Load barang

 Lokasi apollo pertama..KDN sedang menaikkan selar untuk dijadikan umpan layaran.

 Udang dan selar untuk umpan ikan.

Selepas sessi mencari umpan seterusnya kami meneruskan perjalanan kelubuk kedua dengan harapan untuk menaikkan ikan layaran. Air sedikit kucah dengan keadaan cuaca yang sedikit berangin. Agak sukar untuk tekong menentukan kawasan permainan layaran. Tekong sedaya upaya menukar spot dan memerhati kawasan sekeliling dan sekali sekali melontar popper untuk memikat layaran bermain berhampiran bot.
 
 Gaya dah ada nih..nasib tak mabuk..len kali kita repeate lg la..

 Lepas dia dia yang naik..habis la dah kena karen, mengajak plak la pas nih..haha

Ada juga 2,3 kali layaran memperlihatkan kelibatnya, balingan dan hanyutan umpan kekawasan permainan juga tidak mendapat sambutan sang Layaran. Nampaknya layaran sudah kenyang!!!...sudah 3 jam pemburuan layaran dan tekong pun dah memindahkan bot lebih 5 kali..

 Aku ngan ikan tok Mudim ja..apala nasib..

 Ini angkara tenggiri lanih..Geddo otai si tengiri..haha
 
klau mengikut kalender sepatutnya time ni air tenang.. tapi angin pulak..

 Awan sarat dengan air hujan..

Awan komulunimbus kelihatan menebal di Barat, nampaknya angin datang dari darat menuju ketengah lautan. Didalam mengatur semula perancangan tekong mengajak kami memancing bottom pula di Lubuk terakhir memandangkan layaran yang tidak mahu menjamah umpan. sempatla kami melayan di tukun tu sejam dua sebelum tekong mengajak kami pulang kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Ikan menjamah umpan pancing tekong, sailang plak ngan pancing teman..jadi sesama la kami pump..jadila tumpang karen tekong..haha
 No mercy punya..gaff dan naik..aruan tasik pun aruan tasik le..

 Dia lagi..layan je la.

 Larat ka..macam berat je tu..nak tolong?

Bila awan telah mencurahkan airnya bersama angin..baik kita balik je la..takde rezeki.

 Lain kali kita datang lagi..

Dalam pukul 4 petang kami telah sampai kejeti..Ahli trip yang lain dari kiri Black, Am, Michelle, Geddo, Teman, Tekong Zamri dan Red..

Ai, takde renew lesen layaran lg nih..Apa nak buat nampak gayanya kena repeate lagi la..Bilatu? ada cadangan tak kengkawan?

7 comments:

Paddy Pike said...

What a great report, The only thing to spoil the day was the rain, Great to see you all catching Fish,
Well done,
,,,Paddy,,,

baok garcia said...

apa kata try layaran rompin plak.. gerenti tak nyesal.. tekong pun lagi best.. mmg rajin siap ada khidmat nasihat di bilik hotel.. kalau nak try saya bole bg no.

Fahiz Hussin said...

Thanks Paddy .. this is my first time fishing with my wife .. a great experience

Fahiz Hussin said...

Bro baok garcia..boleh juga melayan layaran rompin tu..macam mana nak try kesana..ada kontak no. ka?terima kasih bro..

Fahiz Hussin said...

Terima kasih baok garcia perkenalkan tekon rompin ni. Pada rakan lain bleh juga mencuba menduga layaran rompin, ni contact no. Tekong mat rompin : 0179622483

alkemex said...

Fuh MAT ROMPIN aku pernah naik bot dia.. Superb! 5 bintang aku bagi. dgn tekong remajanya 'HAFIS' berbakat budak nih.

Aku pernah gak gagal kat merchong! gagal tu biasa la dlm dunia memancing, tp sikap tekong yg konon ternama yg aku nyampah nak cerita..

Bila beralih ke ROMPIN aku terperanjat beruk.. mmg international standard kat sana, dgn populasi layaran yg amat bnyk dan tak pernah la aku dilayan dan dimanjai oleh tekong sedemikian rupa.. sampai ikat mata kail ngan cucuk ikan umpan pun aku suruh tekong buat.. tgn tak hanyir heheee

Timbul gak mslh layaran tanak mkn mcm kat merchong tapi.. kebijaksanaan tekong sana ada jer idea.. hinggakan member aku 2 org baru bljr nak mancing pun mampu naik kan layaran monster..

Maaf! aku bkn nak jatuh kan sesape tapi aku rasa tekong melayu perlu berubah.. dan cara MAT ROMPIN bagi aku adalah contoh kpd perubahan!

Fahiz Hussin said...

Salam alkamex..betul la..teman sokong Tekong yg mahukan perubahan..insyaAllah teman Akan Cuba mat rompin tuh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.