Sunday, November 1, 2009

CPR Layaran

CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation, itu istilah bantuan pernafasan yang diberikan dari manusia ke manusia, tapi post kali ni sebenarnya tiada kaitan dengan CPR manusia. Tetapi apa yang cuba dibincangkan adalah Catch, Photo & Release (CPR) bagi spesis layaran ini.

Istilah ni sesaja digunakan untuk menunjukkan kaedah dan aturan yang telah diajar dan ditunjukkan oleh tekong Zamri semasa sessi pancingan layaran tempoh hari. Ikan layaran sememangnya sesuai untuk aktiviti memancing, isinya yang tawar dan tidak sesedap ikan lain, membuatkan layaran jarang dijual dipasar-pasar ikan.

Bagi menjaga kelestarian dan populasinya, kaedah Catch, Photo & Release (CPR) diaplikasikan semasa pancingan layaran pada kali ini. Bantuan perlu diberikan sebaik sahaja ikan mula naik dari permukaan air, cepat2 bergambar. Sekiranya pundi atau isi perut layaran telah terkeluar akibat asakan yang terlalu lama, layaran sebenarnya masih boleh diselamatkan.

Masukkan semula pundi udara layaran kedalam perutnya kemudian layaran dimasukkan semula kedalam air, pegang muncungnya sambil menggerakkan layaran ke depan dan ke belakang.

Berikan bantuan pergerakkan sehingga ikan mulai aktif semula. Pergerakan kedepan kebelakang membenarkan kadar oksigen memasuki insang dengan lebih banyak. Ini kerana, ikan yang kepenatan tidak mampu menggerakkan badanya sambil terapung diatas air.

Atau dengan kaedah lain, tarik muncung layaran ketika bot sedang bergerak dengan perlahan sambil membenarkan pergerakan air masuk melalui insang layaran.

Ikan layaran menunjukkan tanda-tanda pulih apabila dia boleh seimbangkan badan dengan pergerakan ekor dan sirip dorsalnya.



Layaran dilepaskan semua ke habitat asal. Terima kasih untuk perlawanan yang sungguh hebat. Bagi penggunaan circle Hook, mata kail mudah ditanggalkan kerana sememangnya ia direka bagi penggunaan umpan hidup dan aktiviti "Catch & release".


Sekiranya ikan menelan umpan bersama mata kali, pemancing hanya perlu memotong leader agar tidak mengganggu organ dalaman layaran. Peratusan ikan hidup lebih tinggi daripada kita berusaha mengeluarkan mata kail tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.