Salam sejahtera kepada semua sahabat pemancing yang mengunjungi blog ni.. insyaAllah pada tanggal 23 Hb Okt ni aku dan 4 orang lagi komplot akan mencuba destinasi pancingan disebelah laut cina selatan di Daerah Rompin atau lebih tepat di Merchong bagi mencuba mendapatkan spesis target iaitu ikan layaran.
Selepas pencarian demi pencarian dan penetapan tarikh dengan tekong Zamri kami dapati layaran keluar bermusim di perairan tersebut dengan mula memasuki perairan rompin sekitar bulan jun hingga bulan okt. Keputusan bergantung sepenuhnya kepada nasib dan rezeki ahli komplot.
Ada juga beberapa trip sebelum ini yang dilaksanakan olah pemancing luar gagal memperolehi target seperti yang diidamkan. Ini kerana ia bergantung 80% keatas cuasa, ombak, pasang surut dan kumpulan ikan yang bermain diperairan tersebut. Oleh itu aku selaku organizer trip pada kali ini dengan percubaan kali pertama menamakan trip kali ini dengan "Trip Cobaan Layaran - No 1".. sekiranya tidak ada rezeki pada kali ini insyaAllah tahun depan kita repeat lg. No2, No 3 sehingga berjaya InsyaAllah..
Selepas pencarian demi pencarian dan penetapan tarikh dengan tekong Zamri kami dapati layaran keluar bermusim di perairan tersebut dengan mula memasuki perairan rompin sekitar bulan jun hingga bulan okt. Keputusan bergantung sepenuhnya kepada nasib dan rezeki ahli komplot.
Ada juga beberapa trip sebelum ini yang dilaksanakan olah pemancing luar gagal memperolehi target seperti yang diidamkan. Ini kerana ia bergantung 80% keatas cuasa, ombak, pasang surut dan kumpulan ikan yang bermain diperairan tersebut. Oleh itu aku selaku organizer trip pada kali ini dengan percubaan kali pertama menamakan trip kali ini dengan "Trip Cobaan Layaran - No 1".. sekiranya tidak ada rezeki pada kali ini insyaAllah tahun depan kita repeat lg. No2, No 3 sehingga berjaya InsyaAllah..
Lokasi Merchong dan area pemburuan layaran
Dipetik dari MFN Layaran Rompin 2008/update2009 hasil nurkilan dan maklumat dari dan laporan mancing sebelum ini oleh saudara Joranpanjang di http://9w2joranpanjang.blogspot.com/
Tips menduga layaran..
Set
Set sederhana dengan tali berkekuatan 40lb dengan rod berkekuatan PE 3-4 sudah memadai untuk keseronokan melayan..Namun tak berapa digalakkan sebab kebarangkalian layaran akan mati besar kerana terlalu lama bertarung.So kita boleh gunakan set yang agak medium heavy sikit supaya cepat di daratkan dan tidak mendera ikan.
Mata Pancing
Mata tunggal Circle Hook jenama Owner saiz 5/0,6/0,7/0 disyorkan kerana ia kuat dan mudah tercangkuk kemas di mulut layaran yang keras tu..selain tu J hook saiz 5/0,6/0,7/0 juga boleh digunakan.Tak perlu menggunakan dawai/kabel kerana mulutnya tak mampu memutuskan perambut kita kecuali tenggiri /barracuda yang baham..Perambut berkekuatan 40-70lb florocarbon digalakkan sepanjang 2-3 depa dari cili/snap.
Kaedah dan teknik
Belon pula tambah 1-2 depa dari cili/snap bergantung kepada keaadaan air.Biasanya layaran banyak bermain dipermukaan air bila laut lenang dan mudah dijinakkan waktu ini.Kalau laut kuncah/ berombak..
kebarangkalian untuk kita mendaratkannnya kurang.
1. sebab kita tak dapat tengok kelibat/layar dia bermain di permukaan air. so senang kita terus tuju je kearahnya.
2. Layaran akan bermain di bawah permukaan air...(kita tak tau sedalam mana dia berada ).
Ada ketikanya perambut sehalus 40 lb terpaksa digunakan sebab ikan culas ...tetapi semuanya adalah razeki...
Tentatif aturcara perjalanan..
23 okt 2009
12.00am - Jumpa di MPAJ loading barang ke 2 kenderaan
1.00am - Bertolak ke Merchong
3.30am - singgah minum di LPT
6.30am - sampai Ke merchong
7.30am - Menaiki Bot
7.30am-5.30pm - Appollo, jigging, driffting, flooting, bottom (ikut Keadaan)
5.30pm - Balik ke jeti
6.30pm - Unloading barang
7.30pm - bersiap balik KL
8.00pm - Makan Mlm
9.00pm - Bertolak Balik KL
Maklumat tambahan.
Acara Bottom akan dilaksanakan merujuk kepada keadaan arus, arus terlalu laju bot terpaksa menurunkan sauh. Dan bagi tujuan asal pemburuaan layaran, bot akan sentiasa berada diposisi berhanyut. Oleh itu acara sampingan seperti jigging dan popping masih boleh dilaksanakan pada kertika ini. Acara appollo akan dilaksanakan diawal pagi untuk mendapatkan umpan segar. Di cadangkan ahli perserta dapat menyediakan beberapa set appollo bersaiz 12-14 untuk mempercepatkan pencarian umpan. Udang sebanyak 50 ekor akan dipesan kepada saudara Am. Ini untuk acaran sampingan menbottom apabila tiba masanya nanti.
Ringkasan Trip
Date : 23 Okt 2009
Vanue : Merchong
Tekong : Zamri
Ahli : Fahiz
Is Adnan
Fadzil
Black
Am
Teknik : Hanyut Belon
Senjata : Pe 2-Pe4
2 Org Reserve diperlukan!
1.
2.
8 comments:
wah!hebat trip layaran tu...balik trip nt kongsilah ilmu layaran...nk gak aku berguru,semoga trip nt berjaya
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Tq bro mizlan..harap2 okaylah trip nih..goyang gak..1st time target spesis nih..
Tq hapi for visiting..
Ada sedikit beza teknik semasa aku main di Merchong dan semasa aku main di Rompin.. dan aku lebih tertarik dgn teknik diajar oleh tekong Rompin krn lebih mudah..
Di Rompin tekong mengalakkan pegunaan satu mata shj, Tali utama di sambung terus ke perambot mengunakan knot tanpa swivel dan dari perambot diikat terus mata juga tanpa swivel.. simple!
Perambot 60lb sudah memadai, pnjg dalam 3 - 4 depa lagi pnjg lagi bagus, krn menurut tekong kewujudan swivel dan perambot yg agak kasar bole menimbulkan syak kpd layaran.. kalo gunakan belon pun jgn tiup belon bebesar.. nanti layaran nampak!
Teknik pancingan sama seperti teknik siakap kolam, kalo layaran mkn jgn terus sentap, tunggu sebentar.. pastikan dulu layaran betul2 sudah menelan umpan! perkara tu dpt kita cam melalui kelajuan tali keluar, sbb bila layaran rasa ada sesuatu tersangkut dimulut baru sang layaran membuat larian, masa tu adalah saat kita menyentap!
Untuk memastikan hookup yg cantek drag haruslah diketatkan sikit sedikit jgn terlalu memaksa.
Itu lah sedikit teknik yg aku bljr di Rompin. tapi bg yg naik bot Mat Rompin takyah fikir bnyk, bwk peralatan jer.. nanti mlm tekong dtg hotel pasang semua set.. hahahaa.. best!
Teman setuju dengan pendapat ni..bila layaran selalu diasak, ikan layaran semakin pandai dan lebih berhati hati..dan akan datang ada kemungkinan memburu layaran kena tali sehalus 20lb agaknya.
bro boleh tumpang tanya kawan baru nak test layaran kat kuala rompin boleh tak bagi no tel tekong tu
zzzzz2018.7.25
yeezy shoes
pandora jewelry
moncler jackets
red bottoms
polo ralph lauren outlet
ecco shoes
moncler outlet
prada outlet
golden goose shoes
oakley sunglasses
Post a Comment