Monday, May 4, 2009

GT di Pelantar Minyak Terengganu

Bot yang digunanakan untuk memancing 5 hari 4 malam di peraiaran terengganu.

Caranx ignobilis atau nama glamernya Giant Trevally(GT) atau nama lainya geropoh seberat puluhan kilogram sememangnya menjadi impian pemancing. Alhamdulillah trip ke pelantar minyak pada kali ini berjaya menemukan aku dengan spesis ikan ni.

Sememang perlawanannya yang sengit tidak akan dapat aku lupakan. Kerahan sepenuh tenaga keatas fighting belt dan disendal gamble dari rod Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod dan set Stella 20000FA sememangnya memuaskan.

Tangkapan pertama aku mengenai sasaran apabila balingan popper dibuat keatas GT yang sedang menggila. Balingan Popper keatas GT yang sedang frenzy boiling merupakan saat yang ditunggu dari awal lagi. Ikan yang ganas dan mempunyai daya juangnya yang tinggi serta disokong dengan bentuk badannya yang lebar ini gemar membenamkan diri apabila ingin melepaskan diri dari mata pancing.

Anggaran GT seberat lebih 20kg menjadi mangsa pertama pada hari kedua di Pelantar Minyak Pulai.

Lontaran popper Dumbell Pop 200 keatas boiling kawanan GT di pelantar Pulai menghasilkan sambaran pertama betul-betul di tepi birai bot memang mengetarkan!!, GT disana seolah-olah samseng yang tidak mempedulikan riuh rendah diatas bot dan menerkam popper walaupun berhampiran birai bot!! sambaran rakusnya nyaris-nyaris menyebabkan aku terlepas set pancingan kelaut dari gengaman.



GT Kedua yang diperolehi pada hari ketiga dianggarkan seberat 15 KG.

Nasib drag telah diset 50% kekuatanya dan seterusnya dapat memuntahkan main line disaat itu. Perlawanan 10minit berikutnya sememangnya mendebarkan..2,3 kali Gt cuba membenamkan diri dan menghampiri tiang pelantar. Tiang pelantar merupakan kubu terakhirnya untuk melepaskan diri. Disaat kilauan sisiknya mula kelihatan dari dasar laut, aku yakin dapat menewaskan GT ni.

Andaian aku meleset apabila Gt sekali lagi membenamkan diri disaat-saat akhir, main line mencurah-curah keluar. nasib baik pemancing lain spoting memberi laluan kepada aku untuk berjuang. pada ketika ini aku cuma boleh bertahan. Ketika ikan mulai lemah aku mula pump dan mengarau, disaat ikan digancu barulah perasaan berdebar semakin berkurang..menggeletar dan menggigil badan dibuatnya..

Tak Puas berposing dengan GT..

Pada keesokan harinya, hari ketiga kami dilautan, kami singgah untuk mencuba di pelantar minyak bekok B pula, nyata tekaan tekong tepat apabila ikan GT disini juga sedang galak memburu ikan terbang, tetapi disini kumpulan GT kelihatan kecil sedikit berbanding diPulai. Balingan Bublewalker 180 beberapakali ke spot yang dikesan berjaya menawan seekor lg GT belasan kilo...kali ni aku dapat mengawal permainan dengan baik dan berjaya mendaratkan ikan lebih kurang 10 minit selepas membaham popper.

Selepas ikan berjaya dinaikkan, rakan-rakan lain bergilir-gilir menaikkan ikan. Dan hasil keseluruhan 7 ekor GT diantara belasan dan lebih 20kg diperolehi sepanjang trip memancing 5 hari 4 malam diperairan dan pelantar minyak Terengganu.

Aku dan abang Jamal bersama GT pertama dan Kedua yang diperolehi.

Sememangnya trip pada kali ni memberi kepuasan dari segi tentangan ikan GT yang terkenal dengan sifat liarnya..

Set Pancingan yang digunakan.
Reel : Stella 20000FA
Rod: Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod
Main Line : Xzoga PE 8
Leader : Xzoga shock Leader 80lb
Popper : River2sea - Buble Walker 180 & dumbell pop 200


Fakta menarik memburu GT pelantar Minyak Terengganu.
1. Lazimnya ikan GT disana gemar memburu ikan terbang secara berkumpulan
2. Balinggan Pooper diatas kawanan GT jarang menghampakan.
3. Balingan Popper membuta tuli kadang kala memenatkan
4. Jangan pandang rendah keatas kekuatan GT disaat-saat akhit, Junaman terakhirnya kadang kala membuatkan pemancing putih mata.
5. Lazimnya jika terdapat kes rabut atau putus, ikan Gt juga akan beransur kurang untuk menyambar popper.
6. Pastikan Swivel, solid ring. mata 3 popper tidak menggunakan cap ayam, 2 kali kes rabut disebabkan swivel dan mata 3 terkangkang!!

Diantara Hasil GT (7 Ekor) dan cupak (35Ekor) yang diperolehi pada trip kali ni dipelantar minyak..

Bagi aku, kunjungan ke pelantar minyak pada kali ni memberi kepuasan dari segi melayan dan pertarungan dengan spesis dari keluarga Caranx ni. Secara peribadi aku berjaya menaikkan 2 ekor Gt dan 8 ekor cupak. Cukup untuk bekalan ketagihan andrenelin aku sehingga hujung tahun nie..

Meminjam Kata-kata Seawalker Bagi mana2 pemancing yg ingin meluaskan pengalaman bagi menempuh perjalanan yg maha jauh lagi memenatkan serta membosankan, adalah amat malang jika diri anda berharapkan akan membawa hasil2 gred A yg mana terdapat di seluruh taburan serta jajaran tiang2 besi yg tumbuh dari dasar lautan laut china selatan. Jika itu yg anda inginkan baiklah kiranya anda menarik diri dari menyertai perjalanan yg menyeksakan ini. Jika anda telah tetapkan minda anda untuk mencari ikan2 gred A, anda hanya perlu untuk menyertai trip2 yg mana mensasarkan ikan gred A yg mana terdapat byk tukun2 & karang2 di jajaran taburan lautan laut china selatan serta selat melaka yg tidak memerlukan anda untuk merasai perit jerih penantian perjalanan jauh yg melesukan. Kebiasaanya hanya pemancing tegar@gila sahaja yg sanggup untuk meluangkan masa yg panjang. Bagi mereka bukan hasil gred A yg dicari, tetapi pengalaman & kepuasan gred A yg mereka inginkan.


11 comments:

JebatJohor said...

tahniah bro, pengalamn yg paling best tu. ikan2 lain x dpt ke bro?

Fahiz Hussin said...

TQ Bro..ikan-ikan lain da juga, 35 ekor cupak, 6 ekor ibu kerisi, 2 jenahak dan lain-lain ukan saiz kecil je..

klerbox said...

Wah tu spesis idolaku tu......caya la bro..mau patah pinggang tarik kerbau tu

Fahiz Hussin said...

He he, Tq Bro..Best juga tarik ikan ni, tp klau da fighting belt bleh kurangkan sakit pinggang tu..

hooker of the sea said...
This comment has been removed by the author.
brewsterazi said...

Hi Bro, trip ke pelantar minyak kat trengganu membuatku teringin nak mencuba luck saya ngan GT GT yang spektakular....boleh dapatkan contack tekong untuk trip itu dan boleh advise bila masa yang paling best untuk trip ini...


Cheers!

Bruce

"SOMETIMES CAN" Anglers

Fahiz Hussin said...

Hi Bro, Teman g trip kesana selalunya berurusan terus dengan organizer, diorang akan uruskan tarikh, tekong,Bekalan makanan, dan lain-lain lg..cuba contact cikgu shamweem 019-4588661 untuk tanya trip kesana..

azhar said...

Tahniah le bro..wah bagak2 GT tu bro...sebut Bekok B teringat Bekok C....alahai...

Anonymous said...

bro u r my idol

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
nhl jerseys
kate spade outlet online
vibram fivefingers
louboutin shoes
lacoste outlet
nike air max 95 ultra
christian louboutin shoes
nike factory
nike shoes for men
nike requin

Anonymous said...

l2u61m7h17 p8k89c7d14 s5r15n2m69 i2u87a1c35 n0n89p4h08 s4d95q2h64

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.