Sememang perlawanannya yang sengit tidak akan dapat aku lupakan. Kerahan sepenuh tenaga keatas fighting belt dan disendal gamble dari rod Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod dan set Stella 20000FA sememangnya memuaskan.
Tangkapan pertama aku mengenai sasaran apabila balingan popper dibuat keatas GT yang sedang menggila. Balingan Popper keatas GT yang sedang frenzy boiling merupakan saat yang ditunggu dari awal lagi. Ikan yang ganas dan mempunyai daya juangnya yang tinggi serta disokong dengan bentuk badannya yang lebar ini gemar membenamkan diri apabila ingin melepaskan diri dari mata pancing.
Lontaran popper Dumbell Pop 200 keatas boiling kawanan GT di pelantar Pulai menghasilkan sambaran pertama betul-betul di tepi birai bot memang mengetarkan!!, GT disana seolah-olah samseng yang tidak mempedulikan riuh rendah diatas bot dan menerkam popper walaupun berhampiran birai bot!! sambaran rakusnya nyaris-nyaris menyebabkan aku terlepas set pancingan kelaut dari gengaman.
Nasib drag telah diset 50% kekuatanya dan seterusnya dapat memuntahkan main line disaat itu. Perlawanan 10minit berikutnya sememangnya mendebarkan..2,3 kali Gt cuba membenamkan diri dan menghampiri tiang pelantar. Tiang pelantar merupakan kubu terakhirnya untuk melepaskan diri. Disaat kilauan sisiknya mula kelihatan dari dasar laut, aku yakin dapat menewaskan GT ni.
Andaian aku meleset apabila Gt sekali lagi membenamkan diri disaat-saat akhir, main line mencurah-curah keluar. nasib baik pemancing lain spoting memberi laluan kepada aku untuk berjuang. pada ketika ini aku cuma boleh bertahan. Ketika ikan mulai lemah aku mula pump dan mengarau, disaat ikan digancu barulah perasaan berdebar semakin berkurang..menggeletar dan menggigil badan dibuatnya..
Pada keesokan harinya, hari ketiga kami dilautan, kami singgah untuk mencuba di pelantar minyak bekok B pula, nyata tekaan tekong tepat apabila ikan GT disini juga sedang galak memburu ikan terbang, tetapi disini kumpulan GT kelihatan kecil sedikit berbanding diPulai. Balingan Bublewalker 180 beberapakali ke spot yang dikesan berjaya menawan seekor lg GT belasan kilo...kali ni aku dapat mengawal permainan dengan baik dan berjaya mendaratkan ikan lebih kurang 10 minit selepas membaham popper.
Selepas ikan berjaya dinaikkan, rakan-rakan lain bergilir-gilir menaikkan ikan. Dan hasil keseluruhan 7 ekor GT diantara belasan dan lebih 20kg diperolehi sepanjang trip memancing 5 hari 4 malam diperairan dan pelantar minyak Terengganu.
Aku dan abang Jamal bersama GT pertama dan Kedua yang diperolehi.
Sememangnya trip pada kali ni memberi kepuasan dari segi tentangan ikan GT yang terkenal dengan sifat liarnya..
Set Pancingan yang digunakan.
Reel : Stella 20000FA
Rod: Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod
Main Line : Xzoga PE 8
Leader : Xzoga shock Leader 80lb
Popper : River2sea - Buble Walker 180 & dumbell pop 200
Fakta menarik memburu GT pelantar Minyak Terengganu.
1. Lazimnya ikan GT disana gemar memburu ikan terbang secara berkumpulan
2. Balinggan Pooper diatas kawanan GT jarang menghampakan.
3. Balingan Popper membuta tuli kadang kala memenatkan
4. Jangan pandang rendah keatas kekuatan GT disaat-saat akhit, Junaman terakhirnya kadang kala membuatkan pemancing putih mata.
5. Lazimnya jika terdapat kes rabut atau putus, ikan Gt juga akan beransur kurang untuk menyambar popper.
6. Pastikan Swivel, solid ring. mata 3 popper tidak menggunakan cap ayam, 2 kali kes rabut disebabkan swivel dan mata 3 terkangkang!!
Bagi aku, kunjungan ke pelantar minyak pada kali ni memberi kepuasan dari segi melayan dan pertarungan dengan spesis dari keluarga Caranx ni. Secara peribadi aku berjaya menaikkan 2 ekor Gt dan 8 ekor cupak. Cukup untuk bekalan ketagihan andrenelin aku sehingga hujung tahun nie..
11 comments:
tahniah bro, pengalamn yg paling best tu. ikan2 lain x dpt ke bro?
TQ Bro..ikan-ikan lain da juga, 35 ekor cupak, 6 ekor ibu kerisi, 2 jenahak dan lain-lain ukan saiz kecil je..
Wah tu spesis idolaku tu......caya la bro..mau patah pinggang tarik kerbau tu
He he, Tq Bro..Best juga tarik ikan ni, tp klau da fighting belt bleh kurangkan sakit pinggang tu..
Hi Bro, trip ke pelantar minyak kat trengganu membuatku teringin nak mencuba luck saya ngan GT GT yang spektakular....boleh dapatkan contack tekong untuk trip itu dan boleh advise bila masa yang paling best untuk trip ini...
Cheers!
Bruce
"SOMETIMES CAN" Anglers
Hi Bro, Teman g trip kesana selalunya berurusan terus dengan organizer, diorang akan uruskan tarikh, tekong,Bekalan makanan, dan lain-lain lg..cuba contact cikgu shamweem 019-4588661 untuk tanya trip kesana..
Tahniah le bro..wah bagak2 GT tu bro...sebut Bekok B teringat Bekok C....alahai...
bro u r my idol
zzzzz2018.7.25
nhl jerseys
kate spade outlet online
vibram fivefingers
louboutin shoes
lacoste outlet
nike air max 95 ultra
christian louboutin shoes
nike factory
nike shoes for men
nike requin
l2u61m7h17 p8k89c7d14 s5r15n2m69 i2u87a1c35 n0n89p4h08 s4d95q2h64
Post a Comment