Friday, May 8, 2009

Popper


Diantara Popper yang berjaya memikat GT di Pelantar Minyak Terengganu.


1. Popper River2sea model Bubble Walker 180.

Pandangan sisi

Pandangan Bawah

Gambar diatas menunjukkan popper keluaran river2sea model Bubble Walker 180. Didalam badan popper ni dilengkapi dengan bearing yang memberi kesan getaran dan bunyian apabila ditarik dan dihenjut ketika aksi popping. Tepat dengan namanya bubble walker, ia meninggalkan kesan buih yang dihasilkan oleh mulut popper yang terbuka. Ini memudahkan kawanan GT mengesan kehadiran popper ni. Ia ibarat anak ikan yang sedang bermain dipermukaan terutamanya ketika ia ditarik dan dihenjut dengan kala yang sama.

Popper seberat 180g ni amat sesuai digunakan untuk balingan jarak jauh dan menghampiri kawanan GT yang sedang boiling. Tetapi popper ni terdapat sedikit kelemahan dari segi kemasan pembuatannya. disebabkan oleh rekabentuknya daripada plastik, kemasan clear coatnya mudah tertanggal.



2. Popper River2sea model dumbell pop 200

Teruk dihentam GT
Pandangan Sisi
Pandangan Atas
Gambar diatas menunjukkan popper River2sea model dumbell pop 200, Popper dilengkapi dengan warna matelik ni juga dibekalkan dengan sepasang mata besar sebagai pemikat. mulutnya yang besar dengan leher yang ramping dapat menghasilkan bunyi pop yang nyaring dan mudah untuk memikat kawanan Gt untuk mengejarnya. beratnya 200g dengan mentuk badan yang sedikit panjang berbanding bubble walker lebih memudahkan balingan tepat kesasaran apabila diperlukan.

Selain dari pada popper itu sendiri, aku pernah dinasihatkan oleh rakan seperjuangan agar menukar mata 3 yang sedia ada kepada mata 3 yang diyakini prestasinya, ini bagi mengelakkan kejadian mata 3 yang terkangkang. Gama 4X - 3/0 (Gamakatsu) dan Owner solit ring hiper wire digunakan sabagai penyambung mata 3 kebadan popper. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada aku untuk hook up dan pump ketika ikan membaham popper.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.