Friday, May 15, 2009

Ikan Cupak @ Caranx sexfasciatus


Ikan Cupak @ Caranx sexfasciatus, merupakan salah satu dari keluarga (Caranx) atau keluarga kecil trevally yang terkenal dengan sifat memburu secara berkumpulan semasa mencari makanan.

Klau dipasar atau bahasa pasarnya ada juga menggelar ikan ni sebagai ikan Nyok-Nyok, isinya yang padat dan harganya yang berpatutan seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan dan ia sedap dimasak gulai atau kari.

Dan bagi pandangan pemancing pula, sifat ikan ini yang ingin tahu dan membaham pa saja umpanan menjadikan ia spesis wajib diperolehi pabila kita memancing diperairan malaysia.(Tetapi taburannya semakin banyak sekiranya kita memancing melebihi 10 Batu nautika dari darat) Dari sebelah selat Melaka terutamanya di perairan Pulau Jarak dan sebelah Laut Cina Selatan yang taburannya banyak sisekitar pelantar-pelantar minyak disana.
Tandaan berwarna merah ni menunjukkan taburan ikan cupak, dan dilihat ia hidup subur di sekitar perairan malaysia, indonesia dan Australia. Ini menunjukan bahawa ikan cupak ni dapat membiakan dengan baik dengan keadaan dan iklim tertentu sahaja.
Lazimnnya ikan ni bergerak secara berkumpulan, oleh itu sekiranya kita mula memperolehi ikan ni, jaga-jaga berkemungkinan banyak lg kawanannya disekitar kita memancing. Di lihat ikan ni juga kurang sensitif terhadap pemancing tetapi sekiranya terlalu banyak terlepas atau terlucut semasa memancingnya berkemungkinan bodongnya akan lari bersama.


Dicadangkan sekiranya pemancing berminat untuk memburu spesis ni, cukuplah sekadar set pancingan sederhana PE 1-3. Ini kerana pemancing dapat menghayati perlawanan dengan lebih baik sesuai dengan berat tangkapan rata-rata seberat 2-5 kilo dan kadang-kadang ada juga spesis melebihi 6 kilo keatas.

Perlawanannya mirip-mirip seperti GT, lebih-lebih lg dilayan menggunakan set pancingan sederhana, Lenturan joran dan drag yang berdesing sambil memuntahkan main line sememangnya memberi kepuasan. Junaman demi junaman dibuat sememangnya mendebarkan. Dan pada ketika itu pemancing hanya perlu mengawal keadaan agar ia tidak terlucut atau terlepas.

Kaedah bottom berumpankan selayang atau sotong juga dapat menarik minat spesis ni. Selain itu, bagi kaki jigger penggunaan jig luminus 100g kebawah sudah memadai untuk memburu spesis ni. Dan sekiranya ikan ni galak memburu ikan terbang dipermukaan, penggunaan popper juga berkesan untuk menjeratnya. Dan akhir sekali kita juga boleh mencuba Pancingan Bulu ( Diperbuat dari tali Rapia) juga berkesan untuk memburu spesis ni. Jimat, mudah dan cepat disediakan.

1 comment:

jeje said...

Nike Shox R3-R4 de New Balance 515 pas cher tous les réputés ainsi que dans la demande fait et leur fournir à des frais peu coûteux. Vous pouvez également trouver des paires de nike air max 90 winter premium khaki chaussures de basket-ball qui viennent avec un prix de 75 $. Certainement l'une des plus grandes marchandises nike france achat en ligne non-vêtements qu'ils portent est leur sac à dos Dickies. Pour 46,33 EUR, vous pouvez obtenir; le "White Green Oscar" avec nike air max lunar 90 prix Oscar le dessin animé de Sesamestreet sur les côtés. Je comprends le problème que vous pourriez éventuellement poser asics gel lyte homme pas cher vous-même en ce moment. Ces articles sont pour la plupart produits par des entreprises agréées avec l'aide de la technologie new balance femme beige or la plus récente.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.