Tuesday, May 12, 2009

Membulu Cupak di Pelantar Minyak

Cupak dan umpan Bulu

Pada malam ke 3 dipelantar minyak selepas penat menunggu GT boiling, Organizer Abg Zul bangi mengeluarkan 3 pasang bulu untuk digunakan untuk menjerat Cupak. Aku pada mulanya kurang yakin dengan umpan ni, mana tidaknya ia hanya diperbuat daripada tali rapia dan diikat kepada single hook 6/o yang bertangkai panjang, kemudian disambungkan dengan leader sepanjang 2 depa.

Safie sahabat pancingan aku ni diminta untuk mencuba dahulu resepi umpan tiruan terbaru ni. Kebetulan pada ketika itu arus air pun sedikit laju dan memudahkan pemancing untuk melepaskan umpan tirian ni kebelakang bot. Main line dihulur sehingga kekawasan gelap. kemudian ia dikarau selaju yang mungkin.

Umpan Bulu Tali Rapia berkesan untuk menjerat Cupak...

Aku yang duk perhatikan saja pada mulanya tidak yakin, tetapi selepas beberapa saat karauan laju dibuat Shafie menerima henjutan pertama didasar!!, perlawanan tidak sampai 5 minit ikan cupak menyerahkan diri.Ui...berkesan juga umpan tiruan ni..aku yang duk penat popper td baru menaikkan 2 ekor cupak..

Tak boleh jd ni aku dengan muka tak malunya meminta satu lagi umpan bulu untuk digunakan. Abg Zul tanpa rasa lokek memberi aku satu umpan bulu untuk dicuba. Aku pula cuba menghulurkan umpan bulu ni kebelakang bot, dirasakan umpan bulu ni sudah semakin jauh dan menghampiri kawasan gelap, aku mula mengarau dengan laju..selepas beberapa saat aku pula menerima henjutan..perlawanan kurang lima minit juga menyebelahi pihak pemancing..naik lah seekor cupak lagi..



Double Strike cupak

Selepas ni Shafiee dan aku mula menghulurkan umpan bersama, ketika dua-dua mula mengarau, kedua-dua pancing dihenjut serentak dan serentak kami menaikkan 2 ekor cupak sekali gus..pemancing lain yang pada mulanya menjadi pemerhati juga tidak melepaskan peluang ni..pada malam tu sahaja bermula 12 malam ke 4.00 pagi kami berjaya menaikkan lebih 25 ekor cupak kurang 5 jam memancing!! selepas jam 4.00 pagi arus semakin berkurang dan ikan juga semakin berkurang.



Diantara Cupak yang dapat dinaikkan





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.