Tuesday, December 2, 2008

Hari Ke Tiga di Burma Bank...19 Nov 2008


Subuh Hari ketiga, seperti biasa bila jam 5 pagi je mula la aktiviti menjigging tuna ni, seronok dengan aksi junaman demi junaman ikan tuna ni. mungkin bentuk badan seakan peluru ni menambahkan aksi junaman nya..

Tapi sayang disebabkan umpan berkurangan hampir semua ikan tuna sirip kuning ni dijadikan umpan oleh Engkarat..








Pagi-pagi telah diserang oleh baracotta ni, ingatkan malam je, rupanya siang pun banyak..hari ketiga ni semua pemancing dah cekap kendalikan predator ni, uruskan dari tepi bot tanpa mengelupur diatas lantai bot..bahaya gigi ibarat pisau..














Aku dengan ikan kerapu diantara yang terbesar, berumpankan hirisan ikan tuna kuning..











Kertang belasan kilo..klau la kat senang dapat kat sini, tak payah susah-susah pergi ke 2 sempadan..


















Cantik lenturan joran ni, aksi yang hendak kita lihat..

















Kerapu lagi..Keadaan kecoh bila bot diserang sekumpulan ikan kertang..










Mangsa bersama pemangsanya..Sam dan Abg Lan..

























Aksi seorang juara..menjadi sungguh dia kali ni..tak pa taun depan jumpa lagi..

























Berat lebig kurang 25kg ke 30 kg..berat sebenar tak tau sebab tak bawak penimbang..Kat belakang tu joran melentur lagi, banyak sungguh geng garupa dibawah ni..










Fakta menarik Hari ke 3
  1. Ahli komplot mula kekurangan Peluru, mata saiz 9/0,10/0, batu saiz 24,32, perambut 150lb,200lb..Tu belum dikira manik, swivel, bearing Dll..
  2. Majoriti kehabisan bateri..nasib boleh tumpang-tumpang lg..
  3. Umpan segar pun dah kehabisan..
  4. Main line aku, dari 500m dah tinggal lebih kurang 200m..
  5. Kejadian tali bersimpul dengan pemancing lain dah jadi lumrah, agak payah sangat nak satle, jd tali dipotong dan sambung balik..
  6. Bila lewat petang tekong je melayan kertang, pemancing dah mula beransur kurang.."Peluru Kehabisan Sepenuhnya"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.