Saturday, December 27, 2008

Ikan Guntur

Aprion virescens

Other common names:

Jobfish.

Identification:
Upper body dark-green to olive.
Sides green to blue-grey and light green belly.
Large scales on the entire body.
Horizontal groove in front of the eyes.
Long and very sharp teeth.

Temperature range:
18 - 25 Celsius (65 - 77 Fahrenheit).

Typical location:
Patrolling along deep channels and reefs.

Fishing methods:
Baitfishing near or on the bottom with fish, squid, prawn or crab.
Trolling deep swimming minnow lures over shallow reefs.

Fighting characteristics:
Aggressive strike followed by a powerful pull
for nearby obstructions on the sea bed.

Ikan guntur @ green jobfish ni diperolehi pada hari pertama tri memancing ke Burma Bank. Berumpan ikan selayang dengan leader sepanjang sedepa dapat memerangkap ikan ini. Hanya 2 ekor ikan ini diperolehi disepanjang trip 4 hari ini.

Tangkapan pertama pada jam 9 mlam dan tangkapan kedua selang hanya beberapa minit kemudian menunjukkan ikan ini bermain secara berkumpulan, mungkin kumpulan yang kecil dan bersaiz sama didalam kumpulan tersebut.

Diketahui juga ikan ini amat licik dan melarikan diri apabila ada diantara rakan mereka dipancing. Ini sedikit dari maklumat yang diperolehi dari Laman mancing UAT

Guntur aka Jobfish

Sumber dari Dr. Barra » Tue Apr 22, 2008 11:14 am

Guntur adalah ikan cantik dan unik berwarna hijau/biru, berbentuk torpedo dan berekor besar. Fizikal ini menjadikan ia sebagai pejang yg perkasa. Mulutnya dipenuhi gigi bersiung yang digunakan untuk mengekah mangsa dgn berkesan.

Mangsa utama guntur ialah ikan karang, tetapi kadangkala ia memakan sotong dan ketam. Giginya merupakan salah satu ciri yang meletakkan guntur dlm kategori ikan Lutjanidae. Ini bermakna mereka sebangsa dgn ikan siakap merah, jenahak dan ikan merah.

Guntur cukup sinonim dengan struktur karang, dan ia mungkin spesies lutjanid yang paling pelagik. Guntur juga gemar menyerang gewang dan umpan yg berada di permukaan, terutama semasa subuh dan senja. Spt lutjanid yg lain, ia lambat membesar dan berumur panjang. Para saintis mendapati guntur boleh membesar sehingga 110 cm. Specimen yang besar berskala 87 cm dijangka berumur 19-20 tahun, manakala 1 meter berumur 27 tahun!

Sebagai pemangsa yg agresif, dengan kadar tumbesaran yg perlahan, maka species ini cukup sensitif walaupun akibat sedikit tekanan penangkapan ikan drp manusia. Oleh itu status stok ikan guntur digunakan sebagai petunjuk utk mengukur tekanan penagkapan ikan secara keseluruhannya di beberapa negara Pasifik.

Faktor kecenderungan peningkatan bilangan guntur mengikut kawasan perlindungan marin menunjukkan populasi mereka boleh merosot dengan cepat akibat tekanan drp nelayan. Seperti latjunid lain, species ini enak dimakan. Bagaimanapun, ada sesetengah tempat guntur besar dilaporkan boleh menyebabkan keracunan ciguatera.

(Rencana oleh Dr. Ben Diggles (Fishing World) dan dipetik drp SIRIP September 2005)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.