Wednesday, November 25, 2009

Kumpau 3x

Salam kepada rerakan yg mengunjungi blog teman nih. Pada post kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman memancing dari aspek kumpau. Kumpau lagimnya dikaitkan dengan satu-satu trip yang tidak berjaya. Ia hasil daripada satu permasalahan atau gabungan dari permasalah sama ada dari segi hasil tangkapan, urusan organize trip, permasalahan trip , permasalah tekong, permasalah bot dan beberapa perkara negatif lain yang lazim berlaku. Segala yang berkaitan kumpau ini akan menyebabkan perjalanan pulang memancing menjadi sunyi dan hambar tanpa aksi bersembang dari rerakan lain.

Itulah resam pemancing, pada mulanya aku juga berperasaan begitu tetapi sudah semakin sebati apabila sesuatu trip itu tidak berjaya mencapai sasaran. Didalam sesuatu trip aku selalu meletakkan target spesis ikan tertentu sebagai sasaran manakala kuantiti hasil menjadi sandaran kedua. Oleh itu sesuatu trip itu dianggap kumpau sekiranya spesis yang dicari itu tidak diperolehi walaupun spesis-spesis lain memenuhi lantai bot. itu bagi pendapat aku seseorang pemancing. Mungkin berbeza bagi pemancing yang lain.

Tahukah kita, penulisan didalam majalah, surat khabar dan forum-forum memancing kadang kala berat sebelah. Kenapa aku maksudkan begitu. Jarang sekali laporan-laporan kumpau disiarkan atau dicetak, kenapa? Kerana kumpau merupakan satu keputusan yang ditakuti dan digeruni pemancing. Adakalanya trip diulang 2,3 kali untuk mendapatkan 1 laporan yang baik, tetapi pemancing mengharapkan dengan sekali trip memancing boleh memperolehi laba seperti yang dimomokan dimedia masa. Memang boleh tetapi ia tetap mempunyai kebarangkalian kumpau yang tinggi.

Tetapi bagi aku rezeki dan hasil bukannya urusan kita. Ya, memang kita boleh mempersiapkan 100% kelengkapan terbaik, 100% teknik terbaik, tetapi bagaimana pula berkaitan musim, cuaca, suhu, tahap kemasinan air laut dan lain-lain yang begitu subjektif. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.

Trip sabtu lepas contoh terbaik trip kumpau aku..masuk nih 3x dah kumpau teruk selain kumpau di Adang dan dipelantar minyak..

Sehari sebelum itu, kami telah dimaklumkan oleh organizer berhubung keadaan cuaca yang tidak menentu. Aku dengan berat hati untuk membatalkan trip ini. Lalu terus menguatkan semangat untuk meneruskannya walaupun telah di Advice oleh organizer. Maka trip ini diteruskan juga. Hanya gambar2 yang menjadi bukti kekumpauan kami..wakakaka..

Cuaca yang mendung semasa perjalanan pergi ketuas darat.

Susunan senjata yang bakal digunakan..

Huh..kertang berat 105g
Ikan jepun..Telinga Gajah
Talang yang diperolehi hasil dari casting bulu..lesen casting lg 5 minit nak balik..

Cuaca mendung mengiringi perjalanan pulan kedarat, Alhamdulillah selamat pergi dan balik walaupun keadaan laut bergelora dan berangin kuat.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada organizer yang telah bertungkus lumus untuk memastikan trip ini berjalan lancar, aku faham benar dengan keadaan kumpau nih. Tetapi kali ini organizer telah melaksanakan tugas dengan "A", selepas appolo umpan, pergi casting tenggiri, 5,6 tuas diterokai, pergi membottom kerapu pula dan akhir sekali keliling pulau casting talang menggunakan bulu. Cubaan demi cubaan dilaksanakan. Walaupun kumpau kami berpuashati kerana telah berusaha tetapi nasib masih tidak menyebelahi pemancing. Malah pada hari itu bukan kumpulan kami saja yang kumpau, malah bot2 lain yang turun pada hari tersebut turut mengalami fenomena kumpau. InsyaAllah ada rezeki, ada masa ada kesempatan akan kami merepeatekan diri kesana.

11 comments:

MIZLAN DARKARTCASTER said...

adat memancing..hari ni kunpow..esok jd hero...betul kata bro ,aku sokong..yg penting kita enjoy dgn hobi kita

Fahiz Hussin said...

adat memancing bro..insyaAllah kita belajar dari pengalaman..belajar dan terus menimba ilmu..

alel said...

aduhla bro..saya pun nak pergi Tuas yan 12 Dec'09..agaknya dah tak kena musim tenggiri kot ni..huhu...alel2008

Ekin said...

salam abg fahiz...

adat memancing... kumpau ke tak kumpau ke.. yang penting selamat pergi balik. insyaallah.. lepas ni repeat lagi.

black pn tak boleh tido malam tu sebab exited nak belajar casting kat laut for real. moga2 impian kekanda tu kesampaian.

anyway, nanti kite pergi mancing lagi ye. sangat rindu nak memancing! =)

Fahiz Hussin said...

bro tilan..rasanya dis insyaAllah okay..cuma sekarang musim hujan..agak kurang sesuai untuk aktiviti memancing..

Fahiz Hussin said...

salam ekin..
Biasa la tu..adat memancing..InsyaAllah kitaorg akan repeate sekali lg kesana selepas dapat berita tenggiri berkampung di tuas..ada cuti sem bleh la mancing reramai mcm dulu balik..lama gak tak ke semenyih..

Unknown said...

qzz0514
prada sunglasses
nike shoes
canada goose outlet
fitflops
canada goose jackets
wizards jerseys
mulberry handbags
mulberry outlet
ugg outlet
air max trainers

jeje said...

En mélangeant l'énergie de Polyuréthane et aussi pull nike homme bleu marine la flexibilité de Poly-oxysilane, c'est la méthode idéale que vous pouvez obtenir pour votre réparation, fabrication et fabrication. La forme de poire standard et le profil réduit font certainement une adresse confiante en plus du swing. Musée d? nike air huarache gris pas cher Orsay est un autre célèbre musée de la planète célèbre pour l'art français de logement avec une large collection de peintures impressionnistes et postimpressionnistes, de la photographie, air jordan retro france des sculptures et bien plus encore. Il vous permet d'éviter d'autres procédures coûteuses, non naturelles et invasives d'élimination des cicatrices chéloïdes qui sont risquées et douloureuses. asics chaussure course à pied Le Corps des Marines a remis le Marine Raider Stiletto à ses forces d'élite, mais le stylet était très utile pour les tueries silencieuses plutôt que pour les tâches d'utilité générale. Certains continueront nike air max 90 ultra breathe pas cher à coller avec les conceptions folles.

yanmaneee said...

adidas nmd r1
yeezy boost 700
yeezy boost
adidas tubular
hermes belt
polo ralph lauren
ferragamo belts
yeezy shoes
kate spade handbags
valentino shoes

Unknown said...

blog ici designer répliques de bagages cliquez ici maintenant réplique dolabuy Visitez votre URL sacs de répliques AAA

Unknown said...

k1x67e8i84 b4b71a3u50 y9k89b6e33 c9q28s4u20 f7e97l4d66 c6z32u8p86

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.