Showing posts with label Laporan Memancing. Show all posts
Showing posts with label Laporan Memancing. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Memburu Si”Monster” Andaman Sea, Burma.
Demi merealisasikan impian memburu ikan bersaiz “Monster”, 12 orang pemancing dari Kuala Lumpur dan seorang dari Kampar, Perak sanggup meredah jarak perjalanan di darat sejauh 1200km dan jarak perjalanan di lautan sejauh 200-300km lagi. Dengan jumlah perjalanan melebihi 24 jam dengan merentasi 3 buah Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Myanmar ternyata ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan buat 13 ahli trip.
Jarak perjalanan dari Ranong ke Burma Bank mengambil masa 12 jam dengan jarak perjalanan 150bn


Burma Bank.
Saban tahun, pasti ada artikel dan pemancing Malaysia yang memancing disana. Dengan kadar tangkapan yang tinggi dan saiz saiz tangkapan yang memuaskan ternyata Burma Bank merupakan lubuk yang masih menyimpan stok ikan buat pemancing. Lokasinya terletak diantara 100batu nautika sehingga 150 batu nautika ke Pantai Barat Thailand. Tetapi untuk memancing disana kami terpaksa mendapatkan permit memasuki Burma Bank melalui kerajaan Myanmar terlebih dahulu.
Bot Pancing mewah “Polaris One” dengan dikemudi oleh Engkarat dipilih pada kali ini untuk membawa kami mengharungi lautan Andaman untuk memancing di Burma Bank.

Menguruskan dokumen masuk ke sempadan Thailand, di Bukit Kayu Hitam

Tuesday, June 4, 2013

Pemburuan Monster Amazon BKK - Part 2 day 3


Part 2 day 3 - Kembara Exotic Negara Gajah Putih.

Aligator Gar!!..ikan bergigi buaya..

Pada petang nya kami menunggu 6 lagi sahabat dari Malaysia utnuk mencuba di kolam Amazon BKK pada keesokkan harinya. Pada malam itu kami mengambil kesempatan untuk berehat kerana kami perlu bangun seawal 4 pagi pada keesokkan harinya. Pukul 4 pagi kami semua telah berkumpul dilobi hotel. John BkkGuy telah sampai seawal 3.30 pagi waktu tempatan untuk membawa kami kekolam Amazon BKK. Menurut BKKguy, kami terpaksa bertolak awal untuk memastikan kami sampai sewal pagi ke kolam tersebut, sekiranya kami lewat meninggalkan kota Bangkok kelewatan akan dijangkakan disebabkan oleh keadaan jalan yang sesak selepas jam 7 pagi di kota Bangkok.

Lokasi A - Lapangan Terbang Don Mueng, B- Kolam Bungsamran C-Amazon BKK

Tuesday, May 28, 2013

KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR


Penulis : Fahiz Hussin
Jurugambar : Halim Hussain


Caya la halim..mau 2 org pikul baru bleh..

KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR

Pencarian spesis exotic seperti Arapaima, Aligator gar, Red-tail catfish, pacu, plabuk, Tiger Catfish dan pelbagai spesis exotic lain merupakan target pancingan saya pada kali ini. Pemburuan spesis exotic amazon ini bermula dengan penelitian dan carian menerusi carian google dan internet. Pelbagai Pakej pancingan yang saya perolehi dari internet, semuanya tidak kurang dari RM10,000.00 seorang untuk ke lembangan Amazon dan memancing disana. Dengan Pekej memancing 10 hari di Amazon kita tidak dijanjikan dengan hasil pancingan tetapi pemandu pemancing akan cuba sedaya upaya membawa kita memancing disekitar lembangan Amazon yang terkenal dengan pelbagai spesis exotic.



Van yang mengangkut kami ke kolam BSR dengan kadar bayaran Bht 1000

Sempat bergambar didepan Bungsamran

Monday, September 17, 2012

Aksi set Ringan Di Alor

Kepulauan alor.

Pulau Alor adalah sebuah pulau yang terletak di hujung paling timur Kepulauan Nusa Tengara Indonesia. Bandar Kalabahi merupakan ibu kota utama di pulau ini dan aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah penternak, petani dan nelayan. 
 
Pulau Alor dikelililngi oleh 2 laut utama iaitu Laut Banda disebelah utara dan Laut Timur disebelah selatan dan dikelilingi oleh pelbagai selat menyebabkan ia kaya dengan hidupan marin yang masih belum diterokai. Dikelilingi oleh pulau pulau, “Drop off”, “Seamount”, lautan dan selat menyebabkan bentuk muka bumi dan geografinya unik dan sangat sesuai sebagai tempat pembiakan dan tempat berlindung pelbagai spesis ikan. 
Disebabkan ia kaya dengan pelbagai spesis marin, penduduk asal disini tidak perlu pergi jauh ketengah lautan untuk mendapatkan spesis terbaik untuk ditangkap. Cukup sekitar 2,3 batu nautika dari daratan spesis seperti ikan tuna, ruby, kerapu begitu mudah diperolehi. Oleh itu kebanyakkan nelayan disini hanya mengunakan sampan-sampan kecik dan koyan untuk mencari rezeki. 

Friday, March 2, 2012

Pemburuan "Monster" di Temorak

Asal Pulau Jarak

Pulau temorak atau sekarang lebih dikenali sebagai Pulau Jarak merupakan salah satu daripada lokasi yang harus di cuba didalam penjelajahan expedisi memancing. Lokasi ini dipilih berdasarkan kepada hasil pancingannya yang jarang mengecewakan. Spesisi yang dicari dan menjadi target utama diadalam trip pada kali ini adalah spesisi ikan bergred A seperti Ikan Jenahak dan Spesis Kerapu.
 Lokasi bertanda A adalah Pulau Jarak

Bagi pemancing yang biasa kesana pangilan “Bantal emas” merujuk kepada ikan jenahak induk yang mencecah saiz 5 kg. Ia  digelar bantal emas kerana warga sisik yang keemasan, tanda hitam yang semakin pudar dan saiznya yang bulat menyerupai bantal menyebabkan kami mengelarkannya “Bantal Emas”. Manakala bagi spesis kerapu yang mencapai saiz belasan kilo pula ia akan digelar dengan gelaran “Boron” merujuk kepada saiz dan bentuknya yang bulat dan besar.

Monday, February 6, 2012

Melayan Alun ZEE - 260Batu Nautika Timur Dungun..

Abg Pie bemesra bersama Alun Condore

Lokasi dan Bot
Sekiranya kita merujuk kepada kawasan perairan dari Jabatan Metrology, kawasan yang hendak dituju dan dimaksudkan adalah disekitar perairan Condore. Tidak banyak nelayan kesana disebabkan ia terlalu jauh dan sekiranya cuaca tidak baik, alun, angin dan keadaan laut disana sangat sukar diramal. Lokasi pancingan adalah sekitar 230 batu nautika dari Kuala Besut dan 100 batu nautika menghampiri tanah besar Vietnam. 
  
Perairan Condore Merujuk kepada nama-nama perairan sekitar Malaysia

Tuesday, January 17, 2012

Krabi - Giant Plabuk

Memburu Plabuk Gergasi Krabi.

  
Plabuk Krabi..
Perancangan bercuti bersama keluarga.
Perancangan bercuti bersama keluarga digunakan sebaiknya dengan menyelit aktiviti memancing bersama. Apabila melibatkan Si kecil, sudah tentu pancingan laut tidak mungkin dilaksanakan. Memadai dengan pancingan kolam air tawar. Selepas penelitian dan carian dibuat lokasi dirasakan sesuai untuk aktiviti seperti ini adalah Krabi. 
  
Lokasi seterusnya ..Dari Kuala Lumpur Ke Krabi..

Monday, January 10, 2011

Bungsamran- Bangkok

Salam, Pejam celik dah lebih 9 hari kita ditahun baru tahun 2011, sejak kebelakangan nih penulis rasa seperti tak cukup masa ja. Dengan trip trip yang telah disusun dan komitment yang akan datang harap-harap kesibukan akan beransur kurang apabila ke pertengahan tahun nanti.. 

Seperti biasa Air Asia yang menawarkan tambang murah dan mampu dibeli, perjalanan dari LCCT ke Survanabumi mengambil masa 2 jam.

Trip yang cuba dilaporkan ni juga merupakan trip penutup tahun 2010.. pada trip ke bangkok kali ini, penulis membawa bersama 10 pemancing dari Malaysia untuk mencuba di Kolam Bungsamran Di Bangkok. Rata-rata kebanyakan sahabat yang dibawa merupakan kali pertama menjejakkan kaki kesana. Dengan set up yang telah diterangkan dan teknik yang akan dugunakan kami telah menyediakan segala kelengkapan yang perlu kesana.

Shutle bus disediakan di lapangan terbang survanabumi.

Thursday, November 18, 2010

Laporan Penuh Trip Lombok - Bali Indonesia

Salam, Alhamdulillah selesai sudah trip mega dan penutup trip air masin pada tahun 2010. Trip yang asalnya telah dirancang selama 8 bulan telah selesai dan trip ini telah disertai oleh 5 pemancing diantaranya Mokhtar(organizer), Wan Izhan, Bukit dan penulis serta isteri Penulis. Disini penulis akan memperincikan tentatif dari segi perancangan, penyediaan setting, lokasi, pergerakan trip dan hasil-hasil yang kami perolehi semasa berlangsungnya trip pada kali ini.

Lokasi Umum

Lokasi : Pulau Bali jarak penerbangan 3 jam dari LCCT sepang. Bertolak dari LCCT jam 7 ptg dan sampai ke Denpasar Jam 10.00mlm.

Trip kali ini mensasarkan Spesis Giant Trevally , 2 lokasi yang akan dituju iaitu sekitar kepulauan Bali bertanda B dan Lombok Bertanda A yang mengadap lautan Hindi. Lokasi bertanda merah adalah kawasan pemburuan.

Thursday, November 11, 2010

Trip Gertak Sangul - Penang

Salam..Lama rasanya tak meng-update blog nih..selepas balik dari trip Penang ini penulis sibuk pula menyiapkan peralatan untuk ke Bali..Alhamdulillah dua dua trip telah selesai dan hari ni ada sedikit kelapangan untuk mencoretkan sedikit pengalaman memancing di Perairan Penang. Trip ini telah berlangsung pada 29 okt 2010 sehingga 31 okt 2010 yang lepas.

 Laluan dan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Gertak sangul. Warba merah Lokasi pancingan.

Trip Gertak sangul ni merupakan trip pertama kali penulis menjejakkan kaki memancing diperairan Penang. Selepas di lihat, ditanya dan membaca report-report terdahulu semangnya Penang mempunyai pelbagai lubuk-lubuk yang menarik untuk dicuba.
Jambatan Pulau Pinang!

Thursday, October 14, 2010

Lara Layaran

Salam..trip asalnya memburu layaran..perancangan telah dibuat.. Pada kali ini trip telah disertai oleh 7 ahli komplot..maka dengan persetujuan dan untuk keselesaan untuk trip kali ini kami telah menempah 2 bot.

Kami bertolak dari jeti Kg Merchong lebih kurang Jam 8 pagi dan menuju ke destinasi pertama untuk mencari umpan hidup. Perjalanan sejam selepas membeli udang hidup kami pun sampai untuk aktiviti apollo.. walaupun agak payah pada mulanya untuk mendapatkan ikan umpan, cubaan demi cubaan dibuat dan kadangkala full house 6 ekor membolehkan kami mengumpul lebih kurang 20-30 ekor selar untuk dijadikan umpan.

 Tekong sedang mempersiapkan bot untuk trip pada kali ini..

Klau diikutkan kelender dan pasang surut rasanya tarikh yang dipilih ini diantara tarikh yang baik bagi pemburuan layaran. Tetapi apa nak buat..layaran ada tapi tak sudi menjamah umpan hidup yang dihidangkan. macam biasa la klau tak dapat yang ditarget tu yang malas nak buat laporan tu..walau bagaimana pun disebabkan trip ini disertai oleh KDN teman dan buat pertama-tama kalinya dia berhasrat untuk turut serta maka walaupun kumpau, seronok juga melihat KDN menarik ikan apollo yang banyak ketika trip ni.. mana tidaknya sekali hook up 2,3 ekor selar naik semasa aktiviti apollo dijalankan. 

Saturday, July 10, 2010

Laporan Penuh Perairan Jarak

Salam,Alhamdulillah trip Jarak 4-6 Julai telah berlansung, ini merupakan kali pertama  penulis menjejakkan di perairan jarak selepas bergelar pemancing. Dari pembacaan dan laporan-laporan yang dikeluarkan  sebelum ini bukan mudah memancing disini, kecuali bagi mereka yang telah mendapat "Kuncinya". Walaupun telah bertahun bergelar pemancing, bagi penulis, trip pada kali ini memberikan banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari. Duduk bersebelahan dengan Anglermy, Jeft dan Tekong Ah Peng memberi peluang kepada penulis untuk bertanya dan meniru teknik2 yang diaplikasi oleh 3 otai ni.

 Seagull, Bot yang luas dan selesa..

Wednesday, July 7, 2010

Preview Trip Jarak

Salam, Alhamdulillah trip memancing di Perairan Jarak telah berlangsung dengan baik sekali. Trip ini telah di organize kan oleh Otai D7L8 Anglermy dan ini merupakan kali pertama penulis dapat bersama- sama memancing dengan beliau.

Penulis dengan Kerapu Jarak. Alhamdulillah.

Banyak ilmu yang dapat diceduk semasa memancing bersama dengan Geng Otai Ipoh nih. Tempat duduk yang diundi seperti tahu-tahu meletakkan penulis disebelah Kanan Anglermy dan disebelah kiri saudara Jeft merupakan penunggu tetap Perairan Jarak atau lebih dikenali dengan Otai Geng Ipoh... Bertuah badan.. Terima kasih atas ilmu yang telah dicurahkan.


1. Fahiz 2.Zainal 3.Anglermy 4.Is 5.Rudee 6.Faizal ( depan ) 7.Jiji ( blkg ) 8.Ringgo 9.Bajai    10.Shahril pada ketika ini 11.Jeft dan 12.Arip dan 13.Sam masih belum sampai.. Sempat la kami berposing dulu.

Sementara menunggu dan memilih gambar-gambar ni ada sekeping dua gambar untuk preview Trip Jarak kali ini.. Laporan Penuh berhubung teknik, tentatif, hasil tangkapan lain dan keadaan bot seagull insyaAllah akan disediakan pada waktu terdekat ni..

Sunday, June 27, 2010

Perancangan Memancing di Perairan Jarak.

Salam.. insyaAllah pada bulan Julai ini penulis akan menyertai 1 trip memancing diperairan Pulau Jarak bersama Geng-geng Ipoh, P.net, MFN dan lain-lain forumer dari pelbagai forum dan telah diorganizekan oleh Mr Anglermy.

Lokasi Bertanda A adalah Pulau Jarak

Khidmat Bot
Menggunakan Khidmat Bot Seagull. Bot dilengkapi Sonar,GPS dan Radar. Bot akan naik di Jeti Perikanan Kg Aceh ( Lumut Port ) Perak.


Tuesday, June 1, 2010

Fish Valley - Semenyih

Salam, dah lama benar rasanya penulis tak ke kolam bayar. Bukan kerana tidak berminat lg memancing dikolam, tetapi kesuntukan masa dan susunan trip yang dibuat tahun lepas menyebabkan trip ke kolam bayar dikurangkan. 

 Suasana di sekitar kolam

Tahun ini rasanya ada la 3 kali aku berkesempatan memancing dikolam bayar, kolam Fish Valley yang terletak 5 km dari bandar semenyih merupakan salah sebuah kolam yang telah dicuba. Diberitakan plabuk bersaiz bersaiz mega menghuni disana disamping konsep tangkap dan lepas yang diamalkan menyebabkan penulis ingin mencuba nasib disana.

Wednesday, May 12, 2010

Lucornia - Part 2

Lucornia, dari namanya sahaja terbayang monster-monster yang bakal dinaikkan..tetapi selepas 5 hari penulis mengharungi  trip ini, monster yang di idamkan masih tidak ditemui..mungkinkan ikan-ikan masih malu-malu menjamah umpan..atau lubuk telah habis dieksplotasi..atau musim memancing yang tidak sesuai..agak sukar untuk penulis mengaggak..tetapi dengan 3 kali strike kasar diterima penulis (2 Main Line PE5 Putus, 1 mata kail 6/0 terlucut semasa jigging) selepas tali mencurah keluar seperti air mengalir membuktikan masih terdapat ikan bersaiz puluhan kilo yang bermain berhampiran semasa aktiviti memancing dilaksanakan disana. ATAU..penulis sendiri yang tak tau memancing...kehkehkeh...Nasib badan la..

Gambar pembukaan dengan predator yang banyak memutuskan tali. Baracotta..

Tuesday, May 11, 2010

Lucornia - Part 1

Salam, Alhamdulillah trip lucornia berjalan dengan lancar dan semua 15 pemancing telah selamat sampai ke rumah masing-masing pada hari Ahad yang lepas. Disini teman sertakan serba sedikit program memancing 5 hari di Bumi Kenyalang.

Sedang sibuk ejas barang di LCCT jam 5.30 am

Jam 9.30 am selamat sampai di Lapangan Terbang Miri.

Monday, May 3, 2010

Perancangan Trip Lucornia


 Sekali lagi cubaan memancing diperairan Sarawak

Salam,selepas perancangan hampir setahu yang lepas insyaAllah pada 4 Mei ini penulis akan cuba menduga perairan sarawak sekali lg, trip yang telah dirancang selama setahun ini telah diorganize oleh Che Wan dan turut disertai oleh 15 lg pemancing diantaranya adalah :-
  1.  Alex
  2. Goh
  3. Alex Pit
  4. Air Pool
  5. Ptit
  6. Shafie Banting
  7. Rosman
  8. Arfizzi
  9. GT72
  10. Rosman
  11. Poknik
  12. Adib
  13. Aidil - Dari Sungai Ke Laut
  14. Fahiz
  15. Che Wan selaku organizer trip

Wednesday, April 7, 2010

Kumpau lagi..siri 4

 Terima Kasih mama yang senantiasa memberi sokongan.

Salam, perancangan memancing di Tg Dato telah disusun oleh warga XA selama 3 bulan telah selamat pergi dan pulang. Disebabkan tiada berita tangkapan yang memuaskan sebenarnya malas benar aku nak menyiapkan laporan ni....hehe. Al maklum la kumpau lg!!..Tp untuk tidak mengecewakan rerakan yang nak tahu perjalanan trip ni disini aku sertakan serba sedikit cerita dan gambar untuk tatapan.

Wednesday, March 24, 2010

Perancangan Trip Sarawak

Tg Dato Trip 27 March - 29 March 2010
 Gambaran Kasar lokasi memancing 3 hari 2 malam di perairan Kuching.

Salam, InsyaAllah pada 26 March ni penulis akan melaksanakan 1 misi memancing disekitar perairan Tg Dato bersama-sama dengan geng dari Xtreme Angler dan di organizkan oleh saudara Meldon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.