Salam,Alhamdulillah trip Jarak 4-6 Julai telah berlansung, ini merupakan kali pertama penulis menjejakkan di perairan jarak selepas bergelar pemancing. Dari pembacaan dan laporan-laporan yang dikeluarkan sebelum ini bukan mudah memancing disini, kecuali bagi mereka yang telah mendapat "Kuncinya". Walaupun telah bertahun bergelar pemancing, bagi penulis, trip pada kali ini memberikan banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari. Duduk bersebelahan dengan Anglermy, Jeft dan Tekong Ah Peng memberi peluang kepada penulis untuk bertanya dan meniru teknik2 yang diaplikasi oleh 3 otai ni.
Seagull, Bot yang luas dan selesa..