Thursday, November 18, 2010

Laporan Penuh Trip Lombok - Bali Indonesia

Salam, Alhamdulillah selesai sudah trip mega dan penutup trip air masin pada tahun 2010. Trip yang asalnya telah dirancang selama 8 bulan telah selesai dan trip ini telah disertai oleh 5 pemancing diantaranya Mokhtar(organizer), Wan Izhan, Bukit dan penulis serta isteri Penulis. Disini penulis akan memperincikan tentatif dari segi perancangan, penyediaan setting, lokasi, pergerakan trip dan hasil-hasil yang kami perolehi semasa berlangsungnya trip pada kali ini.

Lokasi Umum

Lokasi : Pulau Bali jarak penerbangan 3 jam dari LCCT sepang. Bertolak dari LCCT jam 7 ptg dan sampai ke Denpasar Jam 10.00mlm.

Trip kali ini mensasarkan Spesis Giant Trevally , 2 lokasi yang akan dituju iaitu sekitar kepulauan Bali bertanda B dan Lombok Bertanda A yang mengadap lautan Hindi. Lokasi bertanda merah adalah kawasan pemburuan.

Penulis yang begitu teruja terus bersetuju untuk turut serta pada trip kami ini, dan ini merupakan trip pertama penulis menjejakkan kami ke perairan Indonesia. Masa yang panjang memberi masa yang banyak kepada penulis untuk mencari maklumat dan mengkaji kaedah pancingan disana disamping mempersiapkan setting-setting yang diperlukan untuk pancingan disana.

Bali

Lombok dan Nusa Penida

Objektif sebenar trip kali ini mensasarkan spesis Giant Trevelly dan Dogtooth sebagai sasaran dan target. Oleh itu semua setting, pakej dan kapten yang ditempah adalah dikenalpasti untuk mendapat dan mensasarkan kepada objektif yang telah dibuat. Pada awalnya penulis telah dimaklumkan oleh organizer bahawa kapten yang bertanggungjawap untuk merealisasikan misi ini adalah seorang kapten yang sememangnya telah terkenal dengan hasil-hasil yang memuaskan siapa lagi klau bukan Pak Adhek Amerta (ASF indo). Rujuk http://www.adhek.net/

Setting Peralatan

Didalam trip sebelum ini ke Lucornia, dan Burma bank, penulis mendapati main line jenama exoga kurang lasak dan sering sahaja mengecewakan ketika bertarung. Dan Kesemua set yang dibawa telah digantikan dengan main line tuft line. dan alhamdulillah tidak mengecewakan.

Diantara setting atau set yang dibawa kesana adalah :-
Set Medium Jigging
Reel - Stella SW80000HG  
Rod - Jigging master PE3-7
Main Line - Tuft Line PE5 capacity 250m

Set Medium popping
Reel - Stella SW10000XG  
Rod - Riple Yamaga Pe4-6 Yamaga Atlas GT Series
Main Line - PE6

Set Heavy Popping
Reel - Stella SW18000HG  
Rod - Patriod design PE 8 - World Combat GTZ Black Mafia 76
Main Line - Varivas snp Gt amani PE8

Set Heavy Deep Jigging
Reel - Stella STL20000FA
Rod - GRAND IMPERIAL Ultra 52 - Patriod Design Jigging Rod
Main Line - Tuft line PE6 capacity 400m

Popper :- Adhek bali, R2C dumbel pop
Jigging :- PD200g-350g, JM350g-500g, fisherman 300g-400g
Leader :- Fisherman PE170lb, Exoga 130lb, Exoga 150lb

 

Self check in telah diaplikasikan oleh pengurusan Air Asia, ini menyebabkan pendaftaran secara manual dikaunter lambat disebabkan hanya 1 kaunter sahaja yang beroperasi. Mungkin langkah Air Asia untuk mengurangkan kos operasinya. Tetapi agak menyukarkan pengguna.

  
Perjalanan 3 jam ke Denpasar dirasakan terlalu lama..bila la nak sampai ni..

Sesampai kami di Denpasar, kami telah dijemput oleh Pak Komang dua dari kanan. Dan terus membawa kami Ke Lokha Legian untuk berehat. Dari kiri Penulis, Organizer Pak Mohktar, Pak Komang dan Wan Izhan.

Pergerakan Trip
Kami sampai di Bali sekitar jam 10.00pm waktu tempatan dan dijemput oleh Pak Komang untuk bermalam di Lokha Legian sebelum neneruskan perjalanan keesokkan harinya ke Lombok menaiki GT1. Sesampai di Lokha Legian kami dihidangkan dengan makan malam sambil diserahkan cenderahati sebiji popper terbaru dari Pak adhek dari jenis Penipen.

Keesokkan harinya selepas bersarapan kami bertolak menaiki Van kejeti mengambil masa 30minit. Dijeti kami disambut pula oleh Pak Adhek dan 2 orang kru GT1 iaitu Poul dan Khasmir. Ternyata walaupun baru kali bersua, mereka amat peramah dan sangat ringan tulang untuk membantu kami.

Penginapan di Lokha Legian sungguh selesa dan kami dapat berehat secukupnya sebelum bertolak ka Lombok.

Cendera hati berbentuk popper dan swimmer stickbait yang diberikan kepada kami. Siap di tulis nama dan date trip. Terima Kasih Pak Adhek.

Selepas bersarapan pagi kami dibawa ke jeti Marina Bali untuk pergerakan ke Lombok Menaiki GT1, Bot berenjinkan 2x200hp suzuki. 3 jam perjalanan dari bali Ke Lombok.

Speksifikasi Bot

Body
Yamaha
Engines
Suzuki 2 x 200 HP ( 4 stroke )
Length
10.5 m ( 34.5 ft)
Width
2.83 m ( 9.83 ft)
Freshwater capacity
100 lt (26.42 gal)
Fuel capacity
1.400 lt (369.8 gal)
Top speed
35 knots
Electronics
GPS, Fish-Finder, Compass, Marine Radio
Safety equipments
life jacket, ring buoy, fire extinguisher, flare-gun, mobile phone for local area


Dari apa yang diperolehi kebanyakkan trip yang dilaksanakan oleh ASF, teknik popping merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk menjerat GT mama, manakala teknik Jigging pula diaplikasikan untuk menjerat spesis dogtooth tuna, amberjack dan ruby snapper. Manakala teknik inciku pula mensasarkan spesis ikan karangan bergred A seperti Kerapu Sunuh.

Penulis dan isteri tersayang, menemani penulis sepanjang trip pada kali ini..

Popper prototype berbentuk botol yang digunakan oleh Kru ASF, tiada warna hanya gerakan sudah mampu memperdaya GT!!

Popper yang belum diberi nama ini telah terkorban kerana baru sekali dilontar terus dibaham Sang GT lalu putus. Diberitahu oleh Pak Adhek, GT telah menelan Popper dan leader 170lb tidak dapat menahan asakan gigi Gt lalu putus.

Dari persiapan setting, FG knot dan penyediaan popper semua disediakan oleh kru ASF..layanan yang sungguh baik.

Diantara set yang dibawa oleh kami 4 pemancing. lebih kurang 25 set, kebanyakan Stella 8000, 10000, 16000, 18000, 20000 dan daiwa 6500Gt serta dogfight.

Penginapan di Lombok di Novotel Lombok. Penginapan yang selesa dan unik.

Check in di Lombok Novotel

Gambar sekitar Novotel


Trip kali ini ditemani isteri.

Gado gado


Satay Lombok, daging dikisar


Grill Tuna..ermm..sodap..


Jemput makan sumer..


Sambil sambil makan kami bersembang dan korek korek pengalaman Pak Adhek, macam-macam disembangkan dan ilmu dicurahkan..memang tidak lokek ilmu.

Semasa bertolak dari hotel ke bot di Lombok kami terserempak dengan pasar di Kuta.

Unik..sukar dilihat di Malaysia. Rasanya ni bawang putih. Dan jualan lain hasil tanaman dan makan ruji penduduk tempatan.

Masih lagi mengunakan kereta kuda disana.


Keadaan persekitaran dan Kanak-kanak di Lombok



Kecik kecik lagi dah kelaut.


Bot GT1 telah menunggu kami untuk memburu GT di Lombok.

Lokasi Pancingan.

 Keadaan laut di Bali sentiasa berombak dan berangin. Cuma membezakan kuat atau ribut..

Pada trip ini terdapat 2 lokasi pancingan yang akan dicuba diantaranya sekitar drop off Lombok dan batu mandi sekitar Batu Abar Pulau Bali. 2 hari pertama Pak adhek mengajak kami bermain disekitar kepulauan Lombok dan 2 hari terakhir disekitar Batu Abar Bali. Keadaan laut yang mengadap lautan Hindi sememangnya menyajikan badai ombak yang kasar dan tinggi. Keadaan ini lah yang memberikan bentuk geografi yang baik untuk ikan-ikan permangsa bermain dan mencari makan.



Menurut pak Adhek, arus di perairan Bali dan Lombok sukar diramal, ada kalanya ombak sekitar 5,6 meter membadai pantai. Alhamdulillah ketika trip ini berlangsung cuaca baik dan tidak berangin diluar dari pada biasa. Tapi begitu ia tetap beroleng dan berombak.

Sekitar batu mandi dan gunung lautan memberikan perlindungan yang baik untuk ikan-ikan kecil berlindung dan disini jugalah kawasan permainan ikan-ikan besar untuk mencari makan. Walaupun kucahan air akan menyebabkan bunyi pop dari popper tengelam, itu tidak mengurangkan kadar strike kerana setiap rekabentuk popper yang direka sendiri oleh Pak Adek memberikan gerakan yang berbeza-beza. Gerakan inilah yang sebenarnya menarik perhatian Gt untuk membaham popper yang dihidangkan. Dan pada kali ini popper keluaran terbatu adhek bali yang menyerupai Swimmer  stickbait iaitu Penipen sangat berkesan dan mendapat strike yang banyak.


Spot-spot penting di Lombok.

Kebanyakakan spot spot yang dikenalpasti mempunyai tepian berbatu yang dihempas ombak yang kuat dan terbentuknya batu mandi, selang beberapa meter lazimnya terdapat drop off yang membezakan kedalaman. Struktur beginilah yang disukai oleg Gt untuk mengendap mangsa dan mencari makan

 Hot Spot GT
Selain itu spot spot di puncak gunung lautan juga menjadi spot kebemaran GT bermain. Lazimnya kemuncak bukit sahaja kelihatan dan dikelilingi oleh drop off disekitarnya.


Spot spot lain yang digemari.

Batu Abar, Lokasi pertembungan arus selat Lombok, Laut Bali dan Lautan Hindi.

Selain dari spot spot batu mandi dan gunung lautan, struktur berpulau dan dikelilingi lautan di Lombok dan Bali akan mewujudkan spot spot pertembungan arus, di kawasan ini alun agak kasar pada ketika pasang dan surut air. disempatan itu GT akan mengambil kesempatan memburu mangsa dan mencari makanan. Disini Kapten harus bijak memilih spot berdasarkan pertembungan arus dan angin. Ternyata Pak Adhek memiliki pengalaman yang luas. Disini ada beberapa bot disekitar kami tetapi dengan pengalaman yang ada pada ASF ternyata kami dapat menikkan GT puluhan Kg disini walaupun baru sahaja sampai berbanding pemancing yang telah lama berada disini.

Setelah makan, berehat dan menaiki bot, mokhtar dan penulis telah bersedia untuk acara Popping

Hari pertama balingan agak teragak agak..selepas 2,3 hari balingan semakin kemas tetapi sayang tenaga pula semakin berkurangan. 

Bagi pemancing yang berminat untuk mencuba heavy popping, penulis menasihatkan agar memperbanyakkan senaman untuk mendapatkan stamina. Balingan Popper selama 6-8 jam untuk 4 hari berturut turut sememangnya memenatkan. Tetapi penat akan hilang selepas ikan yang disasarkan berjaya didaratkan.

Penulis dengan kerapu hasil dari inchiku jig selepas penat mempopping.

Kerapu bara juga dinaikkan oleh Wan Izhan, 7 seas menjadi pertaruhan otai ini..ternyata tidak mengecewakan.

Acara jigging dan inciku juga dilaksanakan pada trip ini..tapi klau boleh dibahagikan mengikut peratusan mungkin secara keseluruhan boleh disimpulkan seperti berikut Popping 70%, Jigging 15% dan inchiku 15%. Acara Jigging memperlihatkan hampir 3 strike kasar 2 diterima Wan Izhan dan 1 diterima kru GT1 dan ketiga-tiganya putus dibaham predator dibawah walaupun leader 170lb telah digunakan. Dengan larian dan junaman yang padu memuntahkan main line yang telah disetting baik beberapa saat ternyata predator itu sukar ditewaskan. Dan diantara hasil lain diperolehi adalah Ruby snapper yang dijigging pada kedalaman 130m.

Fight Ruby..mudah sahaja..tetapi kedalaman pula menjadi faktor halangan..

Jigging pada drop off 130m dan hasilnya seekor ikan ruby snapper.

Selain itu inchiku jig juga dapat dilaksanakan di kawasan karangan dan dengan segera kerapu sunuh dapat dinaikkan beserta 2 ekor lagi kerapu belang harimau dinaikkan dan dijadikan hidangan kami pada malam tersebut.
Bonito juga pandai mencuri popper yang dihidangkan walaupun Penipen tu hampir sebesar dengannya.

Saat yang ditunggu telah tiba..pak Mohktar membuka dan merasmikan GT pertama.

Diikuti oleh pak Wan..dengan pengalaman yang ada, kami hanya melihat otai otai lama ini bertarung.



Mancing dalam hujan.

Haha, nasib nasib..bagi orang yang takde lesen macam penulis ni kena la kerja keras..hujan pun hujan la..tetapi best juga mancing dalam hujan..sejuk dan tak penat..Tetapi selalunya usaha itu tanda kejayaan ye dak...

 Gigil Strike.

GT strike, mulanya gigil juga menahan larian pertama GT ke tempat persembunyian. Lazimnya penulis akan menahan asakan sebelum yakin untuk pump. Biasanya GT akan memecut laju dan pelan pelan kepenatan. Pada saat Gt kepenatan kita kena mengambil kesempatan untuk menyimpan tali.


DiGuide oleh pak Adhek.

Tiba giliran Penulis diasak oleh GT, mulanya memang gigil tetapi bila lama diasak gigil pun hilang timbul pula sakit pinggang..haha. Klau Wan izhan atau Mohktar, Pak Adhek wat rilek je..tp bila time penulis fight dia duk sebelah.. takut putus lagi katanya..maklumla sebelum ni dah ada mama GT terlepas angkara ditelan Poppernya..nasib nasib..nasibla trip kali ini ditemani oleh KDN, selepas selesai memancing, malamnya boleh la disapukan minyak panas dibelakang badan..haha

Dengan perlahan bot juga dikemudi mengundur untuk membenarkan penulis menghayati pertarungan dengan GT.

Larian kedua
Seperti biasa selepas sampai kepermukaan dan mengambil udara, GT akan membenamkan dan membuat larian selepas melihat kelibat bot dan pemancing. Ketika ini kita hanya mengawal larian ikan. Harap harap semua kelengkapan dan alatan berada didalam keadaan terbaik.

GT penat penulis penat..

 
 Dinaikkan dan diberi bantuan.

Selepas ikan sampai ditepi bot..ikan tidak digancu sebaliknya hanya disauk dan dinaikkan. Ikan segera diberi bantuan dan dicurahkan dan dilalukan air keingsangnya sebelum pemancing bergambar bersama ikan. 3,4 snap gambar dan ikan segera dilepaskan ke tempat asalnya. Bantuan pernafasan akan diberikan sekiranya ikan dilihat tidak bermanya. Dan dilepaskan semula selepas ikan kembali pulih atau kelihatan tanda tanda pemulihan.

GT pertama dan tanda kepuasan.

Selepas Gt dinaikkan dan dilepaskan kembali penulis semakin bersemangat. pemancing bergilir gilir menaikkan GT. Ternyata Bali dan Lombok merupakan syurga GT dan tidak mengecewakan kami.


GT, peluk dan ambil gambar kemudian dilepaskan kembali. 

Berketetapan dengan program yang dibuat ASF iaitu program CARE Catch and Release kami menyambut baik programe tersebut untuk memastikan kelestarian ikan GT. Ini kerana Menurut Pak Adhek, kadar tumbesaran dan pembiakan GT adalah lambat. GT bersaiz 15cm memerlukan masa 3 tahun untuk mencapai saiz tersebut dan mula membiak selepas mencapai saiz dewasa. Bayangkan GT berukuran 50cm keatas sudah tentu mengambil masa berbelas tahun untuk mencapai saiz tersebut dan pemancing hanya memerlukan masa sehari untuk menghapuskannya. Mungkin atas sebab ini la GT masih banyak berkeliaran disekitar kepulauan Bali dan Lombok.

Tidak terpikir oleh penulis sebelum ini dan ini kali pertama penulis menlaksanakan CARE di lokasi dan trip ini. sebelum ini hanya di Rompin bagi spesis layaran sahaja.

Lagi penulis bersama GT..angaran 20-30kg..


Kenangan manis dan tidak mungkin dilupakan..bergambar bersama isteri dan GT.

Yakk...Alhamdulillah trip mencapai sasaran.


GT diberi bantuan dan dilepaskan.

Memang sakan kami bergambar dengan GT-GT yang begitu mesra dengan pemancing di sana. Selepas gambar diambil GT di TAG dan diberi bantuan untuk dilepaskan kembali kehabitatnya. Sedaya upaya kru GT1 untuk melepaskan GT didalam keadaan terbaik sebelum dilepaskan.

Sifu mokhtar trip bali dari tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010...haha..patut la tetiap tahu berulang ke sini..tabik tuan..


Otai..penulis banyak menimba ilmu dengan pak Mohktar dan Pak Wan Izhan..

Wan Izhan dengan GT terbesarnya..angaran 30-40kg..mantap tuan..

Puas...haha..
Memang best klau dapat peluk macam nih..

GT terbesar Pak Mohktar..Bertarung dan menghayati pertarungan..Ternyata Mohktar dan Wan Izhan merupakan otai lama kerana walaupun selepas diasak oleh GT-Gt bagak disana masih boleh releks tanpa getar dan gigil!!

Pak Bukit bersama GTnya..larat ka angkat tu Pak Bukit..haha

Tercungap cungap juga nak angkat GT Gt nih..haha

Pak Bukit yang sentiasa ramah dan menggelikan hati kami..sos cili dan teh Boh dibawa kemana mana..made in Malaysia katanya..haha


Pak Adhek yan kelakar dan tak kering gusi kami dibuatnya.. ini menjadikan kami hilang penat memoping bila mendengar pengalamannya.. Terima Kasih Pak Adhek.

Biasanya kami mula memancing jam 8.00am dan tamat jam 5.00pm petangnya..selamat tinggal Bali dan Lombok..


Insyaallah kita ketemu lagu Mei 2011 di Alur..insyaAllah..
Selepas penat memancing hari terakhir penulis juga sempat menemai isteri untuk membeli belah dibali..sempat juga ke Hard Rock..

Dengan hasil tangkapan dan pengalaman yang kami perolehi, tenyata penulis begitu berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Baik didarat mahupun dilaut. Terima Kasih buat Kapten Pak Adhek Amerta dan kru GT1 Paul dan Khasmir serta organizer Mohktar dan 2 sahabat trip Wan Izhan dan Bukit diatas pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa memancing di Lombok dan bali pada kali ini. InsyaAllah dengan perancangan yang telah dibuat tahun depan ke Alur kita berjumpa lagi disana.

Fakta menarik trip kali ini :-
1. Dari pemerhatian dan sembang-sembang dengan Pak Adhek, GT dibali sebenarnya banyak, tetapi kita memerlukan masa yang sesuai, teknik dan lokasi yang betul untuk pemburuan. sememangnya laut itu luas.
2. Pak Adhek mengambil iniasiatif untuk mereka bentuk popper terbaru setiap masa yang dirasakan perlu. bertujuan menjerat GT yang semakin mengenali popper.
3. Warna Popper hanya untuk pilihan pemancing bukan untuk pilihan ikan untuk hook up.
4. Seperti juga dimalaysia, tekong disana begitu menjaga spot dan lubuk tersendiri dan seboleh bolehnya mengelak untuk bertembung dengan tekong lain.
5. Untuk popping di Bali sebaiknya menyediakan set yang ringan dalam masa mempunyai kekuatan yang boleh diharapkan dicadangkan PE6 keatas.
6. Untuk jigging berat 300g - 500g diperlukan oleh pemancing untuk mensasarkan spot jigging yang jauh kedalam bersama arus bali yang deras.

**Sumbangan Gambar dan cameraman dari Kemera Pak Mohktar, Pak Adhek, Wan Izhan dan Pak Bukit,,terima kasih

 Lain Lain Link dari ASF web site : http://www.adhek.net/asfeng/asfmain_en.htm

  Lain Lain Link dari ASF web site : http://www.adhek.net/asfeng/asfmain_en.htm

9 comments:

Patrick Cooper said...

Hey mate some great GT's there well done! Im a big fan of adhek lures but haven't seen those stickbaits before.. what are the stickbaits you used with the silver strips on the sides? they look like the goby but with a round front?

Fahiz Hussin said...

Hello Patrick,
This is new Adhek lures called Panipen. Proven in this trip..action similar swimmer stickbaits but little bit difference with round in front. No need to retrieve fast, just slow and gentle is sufficient.. refer pak adhek maybe this stickbaits ready for market soon.

Patrick Cooper said...

Awesome thanks! I will have to buy some for my next GT trip! the black one with reflective sides looks very nice!

Paddy Pike said...

Hello Fahiz,
That is a very impressive trip, Plenty of GT's and some stunning pictures, Just love the Lures, And the fact that they work best on slow retrieval,
regards,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Welcome Patrick,this panipen is really effective lures..field tests done. satisfied!

Fahiz Hussin said...

Thanks for your comment Paddy. Yes, Plenty of Gt's in Bali. Gt Paradise indeed there. A successful CARE programs organized by ASF..

jeje said...

Et avec des chiffres comme Nike Air Presto Baskets ça, je trouve difficile de discuter avec eux. La coque est en forme de pli de couche, pour réduire la perte de capacité lorsque le pied touche le sol et pour atténuer l'impact nocif. Les exercices d'assouplissement avaient un aspect magique que Vaughan Thomas a écrit dans les activités air jordan basketball ball price scientifiques et sportives. Les chaussures de loisirs sont également faites spécialement pour le but qu'elles servent et bien que la mode puisse jouer un grand rôle dans le choix du type et du style des chaussures de loisirs, même asics whizzer femme noir les sandales habillées ou les sandales de bain offrent une certaine protection. Quelqu'un évalue: Établi pour acquérir beaucoup plus critique au sujet du golf ainsi j'ai acheté ceci étant un ensemble de démarreur pour moi-même. Oui, vous pouvez trouver des paires qui incluent un pricetag nike bordeaux femme basse de 170 $.

mcnede said...

right here replica louis vuitton bags click over here now Louis Vuitton fake Bags additional reading Ysl replica

Anonymous said...

vous peut regarder ici dolabuy hermes passez sur ce site Dolabuy Fendi page suivante répliques de sacs ysl

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.