Sudah lama benar rasanya aku tak turun ke laut ni..jadi penulisan mengenai hasil-hasil yang terdahulu sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sedikit ketagihan memancing ni. Maka gambar-gambar lama mula diselongkar semula..Buat beberapa species yang diperolehi pada masa trip-trip sebelum ni boleh la aku mendapat 3,4 pos yang baru didalam blog nie sementara menunggu ke trip seterusnya dijangka pada awal bulan Disember nanti.
Etelis carbunculus
Sumber data dari (http://fishdb.sinica.edu.tw/2001new/english/efishpic_LR.asp?gen=Etelis&spe=carbunculus&science=&id=)
Character: | Body relatively elongate. Head small, eye large; interorbital space flat; lower jaw slightly projecting; a single row of conical teeth in jaws, usually 1 or 2 pair of enlarged canines anteriorly; maxilla scaled, extending to below middle of eye; vomerine tooth patch narrowly V-shaped; gill rakers on lower limb of first gill arch (including rudiments) 11 to 14. Dorsal fin with X spines and 11 soft rays; anal fin with III spines and 8 soft rays; pectoral fins with 15 to 17 rays; dorsal and anal fin bases scaleless; caudal fin forked. Scale rows on-back parallel with line. Colour: mainly pink to red, becoming white on lower sides and belly. | |
Habitat: | Inhabits rocky bottoms at depths between about 90m and 300 m Feeds on fishes and larger invertebrates such as squids, shrimps and crabs; also takes planktonic organisms, including pelagic urochordates. | |
Distribution: | Widely distributed in the tropical Indo-Pacific Ocean from the Hawaiian Islands to East Africa, and from Australia northward to southern Japan. It is found in eastern and southern Taiwanese waters. |
Diatas diterangkan secara scientific berkenaan jenis ikan ni. Tetapi aku cuba buat sedikit penerangan berhubung keadaan dan situasi semasa aktiviti pancingan Ruby ini dibuat. Lokasi pancingan terletak lebih kurang 10 jam perjalanan dari Bandar Ranong. Dilihat didalam sonar, permukaan laut di kenalpasti berbukit dan berjurang dengan kedalaman diantara 100m dan tiba-tiba ke kedalaman 300m.
Kaedah perambut apollo bermata 2 saiz 4/0 keatas dengan leader berkapasiti 150lb-200lb dan berumpankan ikan sardin seekor digunakan untuk menjerat spesis ini. Rasional penggunaan mata dan perambut kasar digunakan bukanlah kerana kekuatan ikan ini melawan ketika strike.
Tetapi ketika ikan sedang frenzy makan, luka dileader akan memberikan kesan pada leader yang halus dan selalu perlu ditukar. Ini lebih-lebih lagi ikan disana tidak memilih bulu untuk membaham umpan walaupun dengan penggunaan leader dan mata kail yang besar.
Selera dan cara meragut umpan dilihat menghampiri ikan kerapu atau kertang yang gemar membenamkan diri pada peringkat awal sahaja. Selepas pemancing berjaya menarik keluar mangsa dari tempat persembunyian, ikan mulai lemah dan rata-rata gelembung udara keluar dari mulutnya.
Ikan Ruby ini juga dilihat berkumpulan dan tidak takut membaham umpan walaupun ada yang terlepas atau terlucut dari mata pancing. Ada kala pemancing dapat menaikkan 2 ekor sekali gus.