Plabuk Krabi..
Perancangan bercuti bersama keluarga.
Perancangan bercuti bersama keluarga digunakan sebaiknya dengan menyelit aktiviti memancing bersama. Apabila melibatkan Si kecil, sudah tentu pancingan laut tidak mungkin dilaksanakan. Memadai dengan pancingan kolam air tawar. Selepas penelitian dan carian dibuat lokasi dirasakan sesuai untuk aktiviti seperti ini adalah Krabi.
Ini kerana selain di kelilingi oleh lokasi percutian terbaik seperti Phi Phi Island, Pantai Au Nang ia juga menyajikan pelbagai aktiviti darat yang sesuai untuk dilaksanakan bersama si Kecil. Untuk trip kali ini saya memperuntukan 4 hari bercuti bersama keluarga dan mencuri 1 hari untuk mencuba nasib di Kolam berbayar disana. Kami kesini dengan menaiki kapal terbang dengan masa perjalanan kurang dari 2 jam. Selepas kami sampai ke sini kami telah dijemput oleh Van yang disediakan oleh tempat penginapan yang telah ditempah awal.
Tentatif program
Hari pertama kami di Krabi, saya membawa anak anak untuk berjalan dan menikmati kecantikan Pantai memutih di Au Nang sambil mandi manda dan menikmati makanan laut yang ada disana. Pada keesokkan harinya saya menyusun aktiviti luar seperti aktiviti menaiki Gajah dan melawat kolam ternakan ikan laut serta pada petangnya pergi bersiar siar di Bandar Krabi.
Airell, Mama dan Haziq di Pantai Au Nang
Bermain bersama gajah
Selepas 2 hari melayan dan membawa anak kecil berjalan, hari ketiga saya memperuntukan masa sehari untuk mencuba nasib di kolam memancing terkenal disana. Kolam yang dimaksudkan adalah Gillham Fishing Resort. Ada beberapa siri “National Geographic” yang mengambil slot memancing moster di Thailand yang dibuat dikolam ini. Di hoskan oleh pemancing terkenal seperti “Jeremy Wede” untuk series “River Monster” dan “Zeb Hogan- Monster Fish” menyebabkan kolam ini berada didalam kelasnya tersendiri.
Petikan dari rancangan Net geo - Thai Eden
Kolam berbayar
Kolam ini dimiliki oleh seorang pengusaha kelahiran Britain iaitu Stuart Gillham dan diusahakan bersama anaknya. Kolam berkeluasan 9 ekar ini dihuni oleh kebanyakkan monster air tawar yang di datang khas dari seluruh dunia termasuk Amazon. Diantaranya spesis yang di kenalpasti telah dilepaskan kedalam kolam tersebut adalah Arapaima Gigas, Red Tail Cat Fish, Paraiba, Alligator Gar, Siamesse Carb, pari air tawar gergasi, Paraiba dan pelbagai ikan exotic dan yang pasti semuanya bersaiz monster. Selain memiliki ikan ikan bersaiz monster, kolam ini juga dilengkapi dengan 14 chalet dan sebuah kolam renang untuk aktiviti anak anak bermandi manda.
Web site Gillhams Fishing resort http://www.gillhamsfishingresorts.com
Permandangan Kolam dari Chelet Penginapan kami
Chelet yang berada diatas Bukit
Bilik yang luas dan selesa
Untuk memancing di kolam ini, pemancing dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Ini kerana lokasi pancingan adalah terhad dan ia akan diawasi oleh pemandu pancing professional. Jangan salahkan pengusaha kolam sekiranya kita gagal untuk memancing sekiranya kita terus “walk in” untuk memancing disini. Ini kerana kolam ini telah terkenal di Eropah, dengan menyediakan perkhidmatan bertaraf professional dan diiktiraf oleh IGFA bagi setiap tangkapan melewati rekod, sudah tentu ia menjadi destinasi pilihan pemancing dari seluruh dunia.
Peraturan yang telah ditetapkan
Lagi world record!!
Setup yang digunakan.
Selain itu, ini merupakan kali pertama saya memancing di kolam yang menyediakan hampir kesemua setup dan peralatan memancing baik dari pengunaan kekili pancingan, joran dan pancang elektronik yang memberi isyarat kepada pemancing sekiranya ikan melarikan umpan. Ini kerana pihak pengurusan kolam akan menyerahkan data tangkapan untuk dihantar ke IGFA sekiranya ikan yang diperolehi diyakini dapat mengatasi rekod IGFA yang ada.
2 set pancingan yang digunakan
Penn Baitrunner
Rod Cat Tamer 'S'
Ini bermakna setup yang digunakan adalah menepati ciri ciri peraturan yang telah ditetapkan oleh IGFA untuk memperbaiki rekod tangkapan pada setiap masa. Umpan yang digunakan juga disediakan. Untuk memulakan pancingan, tempat pancingan telah ditetapkan hanya di satu lokasi sahaja bagi setiap kunjungan. Pemancing tidak dibenarkan untuk menukar lokasi pancingan kerana setiap lokasi telah ditempatkan untuk pemancing yang berada disitu. Sessi pancingan bermula seawal 7.00 pagi waktu tempatan dan akan tamat pada 7.00malamnya.
Sewaktu memulakan sessi pancingan pemandu pemancing iaitu seorang warga Negara Britain bernama Matt menunjukkan semua prosedur dan kaedah yang digunakan untuk menjerat mangsa di kolam ini. Pemancing diberi 2 jenis umpan, bergantung kepada spesis yang ini ditangkap. Pengunaan umpan dedak dan jagung peram digunakan untuk menjerat spesis plabuk dan carb manakala umpanan ikan selar mati untuk menjerat spesis arapaima, red tail cat fish, Paraiba dan pari gergasi sg Mekong.
Target spesis.
Saya lebih berminat memburu Siamese carb, ini kerana selepas gagal 2 kali pemburuan di Kolam Bungsamran, Bangkok saya masih menambakan tarikan kuat spesis carb terbesar ini. Direkodkan ia boleh membesar sehingga 100lb dan lebih. Oleh itu kedua dua setup yang diberikan telah diisi dengan umpan dedak dan jagung peram.
Campuran dedak dengan jagung masam sebagai umpan
Dedak digumpal sebesar bola tenis.
"Dilestik" di satu point ketengah Kolam.
Setup yang disediakan pemandu pancing
Jarum yang digunakan untuk memasukkan braided kedalam jagung
Jagung tang disulam dengan braided diluar mata pancing
Pada seawal sessi pancingan saya telah diberitahu oleh Matt untuk menabur seberapa banyak dedak dengan mengunakan teknik Lastik untuk balingan dedak pada jarak yang jauh. Tekniknya sememangnya sama seperti series Carb Cru yang pernah disiarkan didalam national geographic sebelum ini bagi tujuan “merasuah” ikan jenis Carb. Habis sebaldi dedak dilastik saya pada pagi tersebut.
Sessi Pancingan.
Seawal jam 11.00 pagi saya menerima beberapa gerakan perlahan dihujung pancing, 2 kali mata kail dilarikan tetapi diluahkan semula oleh mangsa apabila menyedari ia adalah umpan bermata kail!! Menurut Matt, ikan carb adalah satu satunya spesis yang cepat belajar dan tahu meluahkan umpan apabila keadaan mendesak.
Gerun melihat matakail pun boleh terkangkang
Atau mata kail yang patah!!
Menunggu cagutan
Pemancing seberang yang sedang menaikkan mangsa
Menunggu dan terus menunggu
Kecekapan dan pengalaman pemancing yang hanya mampu memperdaya kecerdikan siemese carb ini. Sehingga lewat petang tiada lagi cagutan kasar diterima. Jam menunjukkan pukul 6.00pm menandakan sessi akan tamat lagi sejam. Sambil menunggu getuan ikan sempat juga saya bersembang sembang dengan pemancing dari Perancis yang telah 3 hari disini. Dari apa yang disampaikan, beliau gagal menaikkan sebarang ikan sepanjang 3 hari sessi pancingannya disini. Dengar akan berita tersebut saya hanya mengharapkan nasib menyebelahi saya pada kali ini.
Menumpang Tuah Anak.
Dari jam ke jam, anak anak saya datang sekali sekala menanyakan khabar abahnya yang memancing ditepi kolam. Mungkin menumpang tuah anak, tepat jam 6.30pm satu larian yang panjang diterima dihujung pancing. Saya yang dari tadi menunggu terus melakukan sentapan. Drag “BaitRunner” dilarikan beberapa meter sebelum drag sebenar berfungsi apabila diaktifkan dengan masa yang sama sentapan dibuat.
Airell yang sentiasa menemani Abah memancing.
Wisel yang digunakan untuk memaklumkan ikan sudah di Hook up
Menahan asakan dari sang ikan
Wisel dibunyikan oleh saya untuk mendapatkan perhatian pemandu pemancing disitu. Matt datang didalam masa yang sama mengarahkan pemancing yang berada dikiri kanan menaikkan pancing bagi memberi laluan kepada saya melayan mangsa.
Pada permulaan larian, mangsa lebih gemar melakukan larian pecutan ketengah kolam dan hanya membenamkan diri. Sudah lebih 30 minit mangsa melakukan gerakan yang sama, dan joran yang digunakan hanya mampu melayan gerakan pecutan dan benaman yang dibuat. Sudah 40 minit masa berlalu dan mangsa mula menunjukkan tanda tanda semakin lemah dan sesekali memampakkan sirip atasnya yang jelas.
Barulah tahu yang sebenarnya menjamah umpan adalah ikan Plabuk, ikan tempatan Thailand yang terkenal dengan daya juang yang tinggi. Baki baki perlawanan berlangsung didalam keadaan suasana gelap. Dan ikan ditangguk apabila ia menyerah diri ke gigi air. Matt turun kedalam air untuk merawat kecederaan ikan yang kepenatan selepas perlawanan yang panjang. Dianggarkan berat plabuk yang Berjaya dinaikkan ini sekitar 40kg-50kg berdasarkan saiz standart yang dinaikkan oleh pemancing yang mencuba nasib disini. Selepas ikan dirawat dan mempunyai sedikit tenaga saya di benarkan untuk turun kedasar kolam untuk bergambar bersama hasil tangkapan. Beberapa kali gambar diambil, ikan diberi bantuan terakhir sebelum ia dilepaskan kembali kedalam kolam didalam keadaan terbaik.
Ikan dirawat sebelum dibenarkan bergambar
Diberikan bantuan dan menenangkan ikan sebelum pemancing dibenarkan bergambar
Alhamdulillah,Lesen Plabuk Krabi.
Alhamdulillah, selepas seharian mencuba nasib di kolam ini, dapat juga saya merasa tarikan hebat salah satu penghuninya yang terdapat dikolam ini. Walaupun target spesis tidak diperolehi, ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba memancing dikolam ini pada lain masa.
Saya bersama Matt Guide yang banyak membantu di sini
Sempat bergambar dengan Stuart Gillham..Empunya kolam
Untuk ke sini rakan rakan boleh menghubungi stuart di email ini info@gillhamsfishingresort.com atau terus ke laman sesawang http://www.gillhamsfishingresorts.com untuk maklumat lanjut. Saya amat berpuas hati pada trip ringkas pada kali ini, disamping memancing, dapat juga saya meluangkan masa bercuti bersama anak anak dan isteri tercinta.
Bye Bye..nanti kami datang lagi!!
Pasti kami datang lagi kesini...
3 comments:
Greetings Fahiz,
I was just looking at the bait buckets and i never thought these cats would eat as much but the mouths are massive, Those cat tamers have a great action, They certainly do the job, Great catch,
All the best my friend,
,,,Paddy,,,
Thanks Paddy Pike,
Yes, agree that Cat Tamers had a great action. Have a good lifting power and angler don't worried when it strike a big mama..i think this is good reason why Stuart Gillham choose to used this fishing rod here .
zzzzz2018.7.25
nike outlet store
prada shoes
coach outlet
ray ban eyeglasses
adidas nmd
christian louboutin shoes
vibram five fingers
ray ban eyeglasses
christian louboutin shoes
pandora
Post a Comment