Showing posts with label Info Pemancing. Show all posts
Showing posts with label Info Pemancing. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Teknik Popping

Teknik popping merupakan teknik yang mampu memacu adrenelin, ia akan mula terhasil apabila pemancing melihat predator mengejar popper, menghentam lalu melarikan popper dengan rakus. Ketika itu predator juga turut terkejut lalu membuat larian padu sambil mengeluarkan main line dari gelendung kekili. Disaat inilah semuanya diuji baik dari fizikal pemancing, ikatan, dan setup yang digunakan.

Saya sangat gemar dengan teknik ini kerana ia mampu memberikan kejutan ketika predator membaham popper, bayangkan anda sedang menarik popper secara bersahaja dan dari belakangnya muncul seekor ikan yang secara tiba-tiba menghantamnya, selain menimbulkan percikan air, badan anda ditarik dan strike ini akan membuat anda “kaget” dan ia dapat memacu adrenalin anda ketika joran anda mulai melentur serta reel anda mulai bernyanyi. Lazimnya mangsa akan terkejut dan larian pertamanya akan menyebabkan drag berbunyi nyaring. Pada saat in pemancing harus mengenakan fighting belt untuk mengelakkan sakit pinggang!
Apa itu Popping

Sunday, September 11, 2011

Pemilihan Jig Sotong dari segi warna dan brand.

Apabila musim sotong tiba, ramai kaki pancing tidak mahu melepaskannya. Trip trip memancing disusun dan ada kalanya hanya memfokuskan pada pancingan sotong. Selain rasanya yang sedap, teknik menangkapnya yang mudah juga menjadi faktor ia sering diburu. Apabila menyebut mengenai pancingan sotong, kita sering dihidangkan dengan pelbagai bentuk dan warna candat dipasaran. Sering kali kita berangapan warna merah dan warna pink menjadi pilihan sotong, tapi perasankan kita bahawa pemilihan candat ini juga dipengaruhi oleh pembiasan warna didalam air? Rujuk http://fahizhussin2.blogspot.com/2011/08/pemilihan-warna-main-line.html#more untuk memahami pembiasan warna-warna yang berlaku didalam air. 

Walau bagaimanapun, sepanjang saya bergelar pemancing didapati masih terdapat perbezaan yang ketara diantara jig sotong berwarna merah jenama Yamashita dan jenama  yang lain Ini berlaku terutamanya di sekitar Pulau Sembilan, Pulau Jarak, pendek kata sepanjang Pantai Barat Malaysia dan kadang kala boleh juga berlaku di Pantai Timur Malaysia walaupun disana lebih banyak sotong.

Walaupun kebanyakan trip memancing saya tidak mensasarkan 100% tangkapan sotong tetapi sotong adalah umpan yang terbaik untuk digunakan bagi menjerat spesis ikan bergred A seperti kerapu dan jenahak. Lebih lebih lagi diperairan Pandai Barat(Pulau Jarak). Oleh itu Candat sotong sentiasa tersedia didalam box memancing saya. Persoalannya ada pelbagai bentuk dan warna dipasaran, ada yang semurah RM5.00 dan semahal RM30.00. Betulkah ada perbezaannya walaupun kedua duanya berwarna merah?
 

Dari kiri sekali candat Yamashita(RM30.00), dan 3 kekanan adalah candat cap ayam. Sememangnya terbukti candat yamashita memberikan hasil yang lebih baik dari ketiga tiga candat yang lain walaupun warnanya merah dan hampir sama.

Wednesday, September 7, 2011

Jemputan Trip Burma Bank 2011

Salam.. dijemput kengkawan yang berminat untuk menyertai trip ke Burma Bank bagi mengisi kekosongan 1 org lagi..tentatif dan fees adalah seperti dibawah.

Dis 2011
- Lokasi : Burma Bank, Myammar
- Date : 3 Dis 2011-10 Dis 2011
- Bot :  Polaris One
- budget 3500 seorang ( all in termasuk minyak, makan, hotel - kos dr BKH-Ranong- BKH)

Berikut adalah sedikit tentatif perjalanan trip pada kali ini.

3 Dis 2011 - Persediaan trip, 00.00am perjalanan dimulakan.
3 Dis 2011 -8.00am Border BKH uruskan dokumen
3 dis 2011 -10.00am truskan perjalanan 600km ke ranong
3 Dis 2011 - 6.00pm sampai Ranong-tidur sehari di ranong
4 Dis 2011 - 11.00am naik Bot ke Burma Bank
4 Dis 2011 - 10pm sessi pancingan dimulakan Burma Bank
5 Dis 2011 - Burma Bank
6 Dis 2011 - Burma Bank, 5.00pm berangkat pulang
7 Dis 2011 - 11.00am sampai ke jeti
7 Dis 2011 - 1.00pm bertolak ke border
8 Dis 2011 - 8.00pm sampai border
9 Dis 2011 - bertolak ke Kuala Lumpur
10 Dis 2011 - sampai agihan hasil dan sebagainya.

BAGI KENGKAWAN YANG BERMINAT BOLEH SMS KE 012-547 6059(FAHIZ) @ PM TEMAN DI FB FAHIZHUSSIN II atau tinggalkan pesanan disini..teman cuba explain detail lg nanti..

Terima Kasih..

Tuesday, September 6, 2011

Pemilihan Warna "Main Line"

Sedikit pemahaman mengenai warna-warna didalam air
Setelah sekian lama memancing, banyak pendapat dan cadangan-cadangan dari rakan rakan memancing mengenai warna tali memancing. Yang paling sesuai, yang tidak dilihat ikan, tidak dipotong oleh buntal, baracotta dan sebagainya. Ada yang rakan berpendapat warna merah, kuning, biru dan berbagai lagi. Malah dipasaran juga kita dihidangkan dengan pelbagai warna untuk pilihan kita para pemancing. Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut warna yang paling sesuai untuk digunakan untuk pancingan, kita lihat dulu, adakah ikan ikan mampu melihat warna dan tidak rabun warna.
Dari pencarian, saya memperolehi bahawa kebanyakkan ikan mampu melihat warna-warna yang terdapat didalam air. Sebagai bukti ringkas, ikan jantan dan betina mempunyai kombinasi warna yg berlainan, ia bukan untuk dilihat manusia tetapi untuk memberi isyarat pada spesis yang sama waktu mengawan, waktu bertelur dan sebagainya. Lazimnya warna juga dilihat mampu memberikan isyarat bahawa ketika ikan sedang marah, berlawan, takut dan sebagainya. Ini bermaksud hidupan didalam air boleh melihat warna dan ada ketikanya ikan-ikan yang selalu dikunjungi pemancing akan begitu senstitif terhadap warna warna yang dihidangkan oleh pemancing. Maka ini dengan mudah melihat tali utama kita juga!
Dari pencarian saya juga saya mendapati sememangnya warna matahari (putih) boleh terbias dengan 7 warna asas(warna Pelangi), sila rujuk teori Isaac Newton. Begitu juga apa yang berlaku didalam air, dan ia juga akan terbias dengan 7 warna. Persoalannya adakah warna akan terbias mengikut kedalaman? Adakah warna merah kelihatan merah pada kedalaman 30m? begitu juga dengan warna warna lain? Daripada pencarian ringkas saya, saya mendapati  warna-warna yang terbias mengikut kedalaman air adalah seperti berikut :-
Jadual 1


Monday, August 22, 2011

KENAPA TALI PE PUTUS?

Pada trip Alor yang lepas, dengan perjalanan dan trip yang panjang bersama salah seorang sifu dan pioneer pancingan Popping dan jigging iaitu Pak Adhek Amerta, saya sempat juga mencungkil sedikit pengalaman dan ilmu yang ada padanya. Berikut adalah salah satu email yang dikirimkan olehnya untuk merumuskan mengapa tali pancing selalu putus! Terima Kasih diatas sumbangan Pak Adhek Amerta.


Sumbangan penulisan oleh Adhek Amerta - website ASF

KENAPA TALI PE PUTUS?
Sering kali kita kehilangan ikan akibat putusnya PE pada saat kita fight dengan buruan kita. Tidak jarang pula PE putus pada saat strike terjadi ataupun pada saat kita melontarkan popper. Tentunya hal tersebut sangat mengecewakan. Selain kehilangan moment pun pula lenyapnya popper yang tidak murah harganya.

Wednesday, May 4, 2011

Jenis Jenis Perambut

Copy Paste from my second page   

Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan ketika waktu memancing. 

Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. 

Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.

Lokasi
Karang, Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa. Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini. Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik).

Image credit to http://myfishingfrenzy.com/ :- Pengunaan Ranggung sungguh efektif diaplikasikan, Lagi panjang leader lg bagus..

Wednesday, January 19, 2011

Flourocarbon, Monofilament dan shock leader

Rasanya dah lama teka teki ni bermain diminda, nak tau juga sebab apa flourocarbon ni lebih diminati oleh ikan berbanding leader yang lain(mengikut tempat). Jadi cari punya cari dapatlah disimpulkan seperti berikut.
Fluorocarbon adalah dua sebatian yang digabungkan dari unsur “fluorin” dan “karbon” dan kemudiannya disebut sebagai sebatian fluorocarbon. Pakar telah mendapati dengan pengabungan kedua dua sebatian ini dapat menghasilkan satu unsur yang lebih kuat dari monofilamen.

Manakala monofilamen hanyalah dihasilkan dari satu unsur polimer yang dicair dan diacu melalui lubang bersaiz standart untuk menghasilkan “mainline” monofilamen untuk pemancing-pemancing terdahulu. Percubaan untuk menghasilkan mainline yang kuat menyebabkan pakar mencampurkan sedikit peratusan carbon kedalam cecair “flourin” untuk mengubah komposisi asal zarah atom lalu terhasilah bahan baru yang dipanggil “Flourocarbon”.

Terhasilnya “flourocarbon” secara tak langsung juga menghasilkan ciri-ciri fizikal yang menjurus kepada unsur-unsur carbon seperti ketumpatan fizikal yang tinggi, kekuatan yang meningkat, indeks bias yang kecil, kekuatan tegangan yang rendah dan secara umumnya ia menjadikan sebatian ini lebih keras, berat dan tahan lasak. Ciri ciri ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pemancing sekiranya dibandingkan dengan monofilamen konvensioanal yang biasa berada dipasaran. Bagaimana?

Monday, October 25, 2010

Asal usul PE dan Penerangan mengenai PE

Salam, disebabkan beberapa kemuskilan dan makluman yang teman gabungkan dari beberapa artikel, disini teman dapat simpulkan berdasarkan kepada pemahaman dari maklumat yang diperolehi. Teman akan gunakan term PE8 sebagai contoh untuk penerangan.

Dijepun mereka mengunakan term “Gauw0.8” untuk memastikan benang yang digunakan sehalus 0.148mm. manakala “Gouw 8” sehalus 0.47mm. Oleh itu nilai no pada “Gauw” telah digunakan meluas oleh pemancing jepun untuk menunjukkan berapa halusnya tali benang tersebut.
                                       PE 0.8 ………………………….. 0.148mm
                                       PE 1 …………………………….. 0.165mm
                                       PE 1.2 ………………………….. 0.185mm
                                       PE 1.5 ………………………….. 0.205mm
                                       PE 1.7 ………………………….. 0.218mm
                                       PE 2 …………………………….. 0.235mm
                                       PE 2.5 ………………………….. 0.260mm
                                       PE 3 …………………………….. 0.285mm
                                       PE 3.5 ………………………….. 0.310mm
                                       PE 4 …………………………….. 0.330mm
                                       PE 5 …………………………….. 0.370mm
                                       PE 6 …………………………….. 0.405mm
                                       PE 7 …………………………….. 0.435mm
                                       PE 8 …………………………….. 0.470mm
                                       PE 10 …………………………… 0.520mm
                                       PE 12 …………………………… 0.570mm
                                       PE 14 …………………………… 0.620mm
                                       PE 16 …………………………… 0.660mm
                                       PE 18 …………………………… 0.700mm
                                       PE 20 …………………………… 0.740mm
                                       PE 22 …………………………… 0.780mm
                                       PE 24 …………………………… 0.810mm
                                       PE 28 …………………………… 0.870mm

Friday, September 24, 2010

Memburu Layaran Rompin 2010

Salam, InsyaAllah waktu terdekat penulis akan mencuba sekali lagi memancing diperairan Merchong..tahun lepas pada 23 okt 2009 penulis bersama 4 sahabat dari Kuala Lumpur telah melaksanakan expedisi memburu layaran buat kali pertamanya. Pada ketika itu penulis agar sukar memberikan gambaran sebenar keadaan dan teknik yang digunakan. Alhamdulillah selepas trip itu berlangsung dengan 3 ekor layaran didaratkan, kami serba sedikit dapat mengenalpasti teknik dan perkara-perkara yang dirasakan penting untuk tujuan pemburuan layaran di sekitar perairan Rompin ini. Perkara-perkara yang dirasakan penting bagi tujuan pemburuan layaran disana adalah air pasang surut, set pancingan yang digunakan, teknik pancingan.

Lokasi bertanda A pemburuan Layaran di Perairan Rompin

Wednesday, January 13, 2010

Jigging - Bah 2

Salam, lanjutan dari penerangan secara asas berhubung kaedah pancingan jigging - bah 1 pada post yang lalu disini aku cuba menerangkan sedikit lagi selepas aku mengharungi trip yang lepas. Ini kerana daripada aktiviti jigging yang dilaksanakan, aku mendapati terdapat 2 kaedah jigging yang di laksanakan pada trip kali ini.

1. Bottom Jigging


- Ikan sasaran terdiri daripada ikan yang mendiami dasar-dasar lubuk yang diteroka diantaranya ruby snapper, kerapu, kakap merah, moon fish dan ikan2 dari keluarga snapper dan bersisik.

Monday, December 14, 2009

Trip Burma Bank ke-2

Salam, selepas diatur selama setahun, InsyaAllah 19 Disember nih aku sekali lagi akan memancing di perairan Burma Bank. Perjalanan hampir 1200-1300km dan dijangka akan bertolak dari KL jam 5.00am 18 Disember 2009. Seperti biasa aku bersama sahabat pancingan ku Shafie Banting akan menemaniku sepanjang perjalanan kesana.

10 rakan yang lain akan bertolak dari rumah organizer cikgu Shamweem di Padang Serai dan ke Pak Barra. Disana Pak Yateem menunggu dengan sebuah Van dan sebuah lori bagi pergerakan ke Ranong.

Laluan yang bakal ditempuhi, Kuala Lumpur - Bukit Kayu Hitam - Songkhla - Phatthalung - Nakhon Si Tammarat - Surat Thani - Ranong.

Dijangka akan sampai ke Ranong pada malam 18 Dis dan bermalam semalaman disana. Perancangan pagi 19 dis kami akan bertolak ke burma Bank melalui Khawtung Burma.

Selepas mengharungi trip yang lepas, pada kali ini aku bersedia dengan persediaan berikut:-
1. 4 set pancingan
a. Set Bottom dengan main line spare sebanyak 500m
b. Set Heavy- Jigging PE8-PE12
c. Set Medium - Jigging PE7
d. Set Popping @ Drift -Standby

2. Pemberat saiz 32 - 8 Nos

3. Leader 150lb, 200lb,250 lb

4. Mata Hook saiz 8/0, 9/0 & 10/0 secukup rasa

5. Charger Bateri

Laporan dari trip yang lepas
Hari pertama Memancing
Hari kedua Memancing
Hari ke Tiga di Burma Bank
Hari Keempat di Burma Bank

Berkat doa keluarga dan sahabat handai diharap perancangan memancing di Burma Bank kali ini berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah.

Tuesday, December 8, 2009

Trip Memancing Keluar Negara - Thailand

Salam..pada hari khamis bersamaan 3hb Nov yang lepas, aku sekali lg berpeluang untuk memancing diperairan Kok Adang disebelah penghujung selatan laut Andaman. Alhamdulillah rombongan 5 kenderaan selamat pergi dan balik dan mengharungi perjalan sejauh 650km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Perjalanan yang harus ditempuhi untuk ke kok adang..Jarak perjalanan 650km dari KL.

Untuk post pada kali ini aku akan cuba menerangkan proses dokumentasi yang perlu ditempuhi oleh pemancing sekiranya kita merancang untuk memancing diperairan Kok Adang ini..(Kok dalam bahasa melayu adalah Pulau).

Proses dokumentasi ni bermula dengan dokumen-dokumen yang perlu disediakan diantaranya:-

1. Bagi pemancing yang ingin membawa masuk kenderaan, mereka dinasihatkan membawa kenderaan sediri (geran atas nama pemancing), bagi kenderaan bukan atas nama pemancing, surat kuasa diperlukan. Kenderaan tanpa nama pemancing, walaupun boleh melepasi border tetapi ada satu kes terdapat juga sedikit kesukaran komunikasi di border thai kerana pegawai imegrasen Thai agak sukar berkomunikasi dan ini akan menyebabkan kelewatan.

2. Pasport @ border pas dokumen utama bagi pemancing kesana. Pastikan disemak dengan agensi imegrasen sebelum keluar negara. Dikuatiri walaupun kita mempunyai pasport tetapi disekat keluar negara kerana permasalahan hutang piutang didalam negara menyebabkan kita dilarang dan disekat keluar dari negara.

3. Insurans kenderaan bernilai RM14.00 bagi 9 hari cover. Diperlukan di Imegrasen Thai.

4. Borang Deklarasi Kastam 2 salinan dan diserahkan kepada pegawai kastam semasa keluar masuk border.

5. Borang masuk dan keluar dari negara Thailand. Diserahkan diimigrasen Thai semasa keluar dan masuk,2 copy yang perlu diisi dan ditandatangan.

Proses penyerahan dokumen di Imigrasen Malaysia- Keluar negara Malaysia
1. Penyerahan dokumen deklarasi barangan kepada pihak kastam
2. Menyerahkan pasport untuk di cop dan di scan melalui sistem online.
3. Penyerahan salinan geran, Insurans sementara dan pasport kepada pegawai imgrasen untuk semakan status kenderaan. Salinan geran kenderaan adalah yg terbaik selepas di Update dengan status terkini tempoh tamat tempoh Roadtax. Klau guna MyeG, pastikan diupdate diJPJ pula. Pernah juga guna salinan geran lama, tetapi ada beberapa persoalan diajukan oleh pegawai bertugas.
4. Selesai di sebelah malaysia

Proses Penyerahan dokumen di Imigrasen Thailand- masuk negara Thai
1. Serahan pasport dan borang kemasukan ke Thai.( disertakan dengan RM1.00-tak tentu)
2. Pergi ke kaunter kedua bahagian kemasukan untuk di scan muka dan di Cop masuk.
3. Bagi kenderaan malaysia diwajipkan mengisi borang kemasukkan kenderaan di imegrasen thai (RM10.00- Tak tentu), borang dicop oleh pegawai imigrasen thai dan salinan kedua disimpan dan diserahkan semasa pulang. Kegagalan penyerahan semasa pulan denda Rm250.00 dikenakan oleh pihak thai semasa kemasukan kali kedua nanti.
4. Selesai proses Kemasukan

Proses keluar dari negara Thai.
1. Serahan pasport dan borang keluar dari Thai dan di scan muka dan di Cop keluar.
2. Serahan borang kemasukan kenderaan ke Negara thai di kaunter kedua dan tanda tangan buku log disediakan.
3. Selesai proses keluar negara Thai.
Sedikit makluman umum dari imegrasen

Proses Masuk ke negara Malaysia.
1.Serahan pasport untuk dicop kemasukan di kauter pandu lalu imgrasen malaysia.
2. Serahan borang diklarasi kastam di kaunter kastam dan bukak bonet kereta untuk pemeriksaan.
3. Selesai proses masuk ke Negara Malaysia.


Sedikit maklumat dari jabatan imgrasen Malaysia-

Melawat ke Luar Negara

Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang singkat.



Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-

  1. Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.
  2. Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
  3. Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
  4. Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
  5. Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan. Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit lain.

Untuk menyemak maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak-wabak di negara asing dan garis panduan untuk urusan inokulasi, sila hubungi :

Bahagian Kawalan Penyakit (Unit Kesihatan Anatarabangsa
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Dungun
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2540088
Faks: 03-2525667


Saturday, November 14, 2009

Perambut Casting Tenggiri

Salam, disertakan contoh2 perambut yang akan digunakan didalam percubaan untuk memburu tenggiri.
Diagrame gambar 1,2,3. Teman copy paste dari Kurauking.com.

Gambar 1 - Penyediaan bahan2 yang diperlukan, coated steel wire 25lbs, Ladung hidup seperti di gambar tu saiz 3@4 ,manik berwarna merah, Spinner bersaiz sederhana

Gambar 2 - Matakail saiz klau boleh 15, 16 atau 17 (ikut jenis mustard la) mengikut kata tekong bang Dee saiz 18 & 19 agak besar sangat, diikat 3@4 selari.

Gambar 3 - Perambut spinner yang telah disiapkan dan kaedah mencangkuk umpan yang digunakan.

Gambar 4,5,6 Teman copy paste dari xtremeanglers

Gambar 4 - Perambut Spinner (perambut Borek) yang telah siap disediakan.

Gambar 5 - Perambut Drift dengan 3 mata pancing

Gambar 6 - Perambut dan lure bulu yang siap untuk beraksi

Perincian ikatan, saiz steel,mata pancing dan perincian2 lain insyaAllah akan dipostkan maklumat diperolehi dari sessi yamca 17nov nih..

Sunday, November 1, 2009

CPR Layaran

CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation, itu istilah bantuan pernafasan yang diberikan dari manusia ke manusia, tapi post kali ni sebenarnya tiada kaitan dengan CPR manusia. Tetapi apa yang cuba dibincangkan adalah Catch, Photo & Release (CPR) bagi spesis layaran ini.

Istilah ni sesaja digunakan untuk menunjukkan kaedah dan aturan yang telah diajar dan ditunjukkan oleh tekong Zamri semasa sessi pancingan layaran tempoh hari. Ikan layaran sememangnya sesuai untuk aktiviti memancing, isinya yang tawar dan tidak sesedap ikan lain, membuatkan layaran jarang dijual dipasar-pasar ikan.

Bagi menjaga kelestarian dan populasinya, kaedah Catch, Photo & Release (CPR) diaplikasikan semasa pancingan layaran pada kali ini. Bantuan perlu diberikan sebaik sahaja ikan mula naik dari permukaan air, cepat2 bergambar. Sekiranya pundi atau isi perut layaran telah terkeluar akibat asakan yang terlalu lama, layaran sebenarnya masih boleh diselamatkan.

Masukkan semula pundi udara layaran kedalam perutnya kemudian layaran dimasukkan semula kedalam air, pegang muncungnya sambil menggerakkan layaran ke depan dan ke belakang.

Berikan bantuan pergerakkan sehingga ikan mulai aktif semula. Pergerakan kedepan kebelakang membenarkan kadar oksigen memasuki insang dengan lebih banyak. Ini kerana, ikan yang kepenatan tidak mampu menggerakkan badanya sambil terapung diatas air.

Atau dengan kaedah lain, tarik muncung layaran ketika bot sedang bergerak dengan perlahan sambil membenarkan pergerakan air masuk melalui insang layaran.

Ikan layaran menunjukkan tanda-tanda pulih apabila dia boleh seimbangkan badan dengan pergerakan ekor dan sirip dorsalnya.



Layaran dilepaskan semua ke habitat asal. Terima kasih untuk perlawanan yang sungguh hebat. Bagi penggunaan circle Hook, mata kail mudah ditanggalkan kerana sememangnya ia direka bagi penggunaan umpan hidup dan aktiviti "Catch & release".


Sekiranya ikan menelan umpan bersama mata kali, pemancing hanya perlu memotong leader agar tidak mengganggu organ dalaman layaran. Peratusan ikan hidup lebih tinggi daripada kita berusaha mengeluarkan mata kail tersebut.

Wednesday, October 21, 2009

Ramalan Cuaca dan Pasang Surut

Lanjutan dari trip yang akan dilaksanakan pada 23hb okt ni. Maklumat diperolehi dari Malaysian Meteorological Deparment berhubung keadaan cuaca di Lokasi Pancingan..lokasi secara tepat tidak diperolehi jadi 2 lokasi paling hampir dijadikan pedoman dan panduan bagi persediaan baju hujan dan kelengkapan yang sepatutnya disediakan.


Lokasi dikuantan menunjukan cuaca baik diawal pagi dan thunderstorm dibelah petang

Manakala di lokasi pulau Tioman menunjukkan cuaca baik dibelah pagi dan petang

Pasang surut air tidak menunjukkan perbezaan pasang surut yang besar. Perbezaan hanya sekitar 0.4 meter dari jam 7.52 am mula pasang pada paras 1.30m dan mulai surut jam 11.57am pada paras 1.70m. Maka pergerakkan air adalah perlahan.

Friday, October 16, 2009

Trip Cobaan Layaran - No 1

Salam sejahtera kepada semua sahabat pemancing yang mengunjungi blog ni.. insyaAllah pada tanggal 23 Hb Okt ni aku dan 4 orang lagi komplot akan mencuba destinasi pancingan disebelah laut cina selatan di Daerah Rompin atau lebih tepat di Merchong bagi mencuba mendapatkan spesis target iaitu ikan layaran.

Selepas pencarian demi pencarian dan penetapan tarikh dengan tekong Zamri kami dapati layaran keluar bermusim di perairan tersebut dengan mula memasuki perairan rompin sekitar bulan jun hingga bulan okt. Keputusan bergantung sepenuhnya kepada nasib dan rezeki ahli komplot.

Ada juga beberapa trip sebelum ini yang dilaksanakan olah pemancing luar gagal memperolehi target seperti yang diidamkan. Ini kerana ia bergantung 80% keatas cuasa, ombak, pasang surut dan kumpulan ikan yang bermain diperairan tersebut. Oleh itu aku selaku organizer trip pada kali ini dengan percubaan kali pertama menamakan trip kali ini dengan "Trip Cobaan Layaran - No 1".. sekiranya tidak ada rezeki pada kali ini insyaAllah tahun depan kita repeat lg. No2, No 3 sehingga berjaya InsyaAllah..



Lokasi Merchong dan area pemburuan layaran

Dipetik dari MFN Layaran Rompin 2008/update2009 hasil nurkilan dan maklumat dari dan laporan mancing sebelum ini oleh saudara Joranpanjang di
http://9w2joranpanjang.blogspot.com/

Tips menduga layaran..

Set
Set sederhana dengan tali berkekuatan 40lb dengan rod berkekuatan PE 3-4 sudah memadai untuk keseronokan melayan..Namun tak berapa digalakkan sebab kebarangkalian layaran akan mati besar kerana terlalu lama bertarung.So kita boleh gunakan set yang agak medium heavy sikit supaya cepat di daratkan dan tidak mendera ikan.

Mata Pancing
Mata tunggal Circle Hook jenama Owner saiz 5/0,6/0,7/0 disyorkan kerana ia kuat dan mudah tercangkuk kemas di mulut layaran yang keras tu..selain tu J hook saiz 5/0,6/0,7/0 juga boleh digunakan.Tak perlu menggunakan dawai/kabel kerana mulutnya tak mampu memutuskan perambut kita kecuali tenggiri /barracuda yang baham..Perambut berkekuatan 40-70lb florocarbon digalakkan sepanjang 2-3 depa dari cili/snap.

Kaedah dan teknik
Belon pula tambah 1-2 depa dari cili/snap bergantung kepada keaadaan air.Biasanya layaran banyak bermain dipermukaan air bila laut lenang dan mudah dijinakkan waktu ini.Kalau laut kuncah/ berombak..
kebarangkalian untuk kita mendaratkannnya kurang.
1. sebab kita tak dapat tengok kelibat/layar dia bermain di permukaan air. so senang kita terus tuju je kearahnya.
2. Layaran akan bermain di bawah permukaan air...(kita tak tau sedalam mana dia berada ).
Ada ketikanya perambut sehalus 40 lb terpaksa digunakan sebab ikan culas ...tetapi semuanya adalah razeki...

Tentatif aturcara perjalanan..
23 okt 2009
12.00am - Jumpa di MPAJ loading barang ke 2 kenderaan
1.00am - Bertolak ke Merchong
3.30am - singgah minum di LPT
6.30am - sampai Ke merchong
7.30am - Menaiki Bot
7.30am-5.30pm - Appollo, jigging, driffting, flooting, bottom (ikut Keadaan)
5.30pm - Balik ke jeti
6.30pm - Unloading barang
7.30pm - bersiap balik KL
8.00pm - Makan Mlm
9.00pm - Bertolak Balik KL

Maklumat tambahan.
Acara Bottom akan dilaksanakan merujuk kepada keadaan arus, arus terlalu laju bot terpaksa menurunkan sauh. Dan bagi tujuan asal pemburuaan layaran, bot akan sentiasa berada diposisi berhanyut. Oleh itu acara sampingan seperti jigging dan popping masih boleh dilaksanakan pada kertika ini. Acara appollo akan dilaksanakan diawal pagi untuk mendapatkan umpan segar. Di cadangkan ahli perserta dapat menyediakan beberapa set appollo bersaiz 12-14 untuk mempercepatkan pencarian umpan. Udang sebanyak 50 ekor akan dipesan kepada saudara Am. Ini untuk acaran sampingan menbottom apabila tiba masanya nanti.

Ringkasan Trip
Date : 23 Okt 2009
Vanue : Merchong
Tekong : Zamri
Ahli : Fahiz
Is Adnan
Fadzil
Black
Am
Teknik : Hanyut Belon
Senjata : Pe 2-Pe4

2 Org Reserve diperlukan!
1.
2.




Karen dari geng Xtreme Angler..layan guna setting apollo je..ada berani?


Tuesday, September 15, 2009

Teknik Memancing Udang

Salam, setelah mengharungi satu trip memancing udang yang lepas bersama is dan Fadzil, dapat di catitkan beberapa pengalaman berharga yang dapat ditimba dari mereka. Ada beberapa aspek yang perlu diberi penekanan ketika hendak memburu spesis sepit biru ini. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Udang galah ni amat sukar dipancing sekiranya perkara-perkara dibawah ini tidak dipraktikkan semasa mencarinya.

Diantara perkara yang diberi perhatian adalah seperti berikut :-

a. Set Pancingan Udang Yang Disyorkan
Lazimnya set rancingan ringan berkekuatan 10lb kebawah dengan "Slow Action" sememangnya sesuai untuk pancingan udang. Ini kerana pergerakan udang semasa menjamu umpan amat sentimental. Main line berkekuatan 10lb kebawah juga memberikan kepuasan semasa aksi tarik menarik berlaku, lebih-lebih lagi yang mengena mata pancing adalah ikan. Bagi aku 3 set pancingan ringan sudah memadai digunakan untuk menjejaki jenggo, ini kerana ketika udang aktif memakan kadangkala tidak cukup tangan dibuatnya sekiranya menggunakan lebih dari 3 set pancingan.

Contoh set pancingan yang disyorkan
Reel : Bersaiz kecil 1000 kebawah
Rod : "Slow Action" 10lb kebawah dengan panjang tidak melebihi 6" agar mudah dikendalikan didalam bot.
Main Line : 10lb kebawah
Hook : bersaiz 5,4,3

b. Umpan yang digunakan
Penggunaan umpan yang segar dengan bauan diet udang yang kuat dapat menarik perhatian udang untuk menjamah umpan. Diantara umpan yang selalu digunakan untuk menjejaki udang adalah seperti berikut :-
Cacing Tanah, dikerat mengikut saiz mata pancing.
Umpun-umpun, penggunaan umpun yang telah dipotong-potong kecil

Anak udang@udang beras, udang beras yang dibuang kulitnya.

Selain dari 3 umpan universal diatas, ada juga pemancing menggunakan isi ikan sebagai pemikat dan umpan udang galah ini.

c. Kaedah penyediaan perambut

Matakail udang yang ada dipasaran (Gambar cetak dari KPN), aku gemar matakail jenis "e" kerana bukaan yang lebih pada hujung matakail. Selain itu, mata pancing jenis ini juga dapat di upload dengan umpan yang lebih.


Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5 digunakan untuk menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia mudah digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah dirasai di hujung pancing.

Penggunaan perambut mata hidup diatas juga telah dimodified dengan penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk mata kedalam satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu set perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding penggunaan mata tunggal sahaja.


d. Lokasi-lokasi yang berpotensi menjejaki udang galah
Udang-udang galah gemar bermain didasar sungai yang berstruktur untuk dijadikan tempat perlindungannya dari pemangsa yang ada disitu. Lokasi seperti dibawah pohon berembang dan pokok nipah dapat memberikan perlindungan yang baik. Selain itu lokasinya juga bergantung kepada bentuk geografi sungai yang bengkang bengkok, keadaan arus dan kedalaman dasar sungai.

e. Cara memancing
Lazimnya sekiranya sesuatu tempat didiami oleh sang udang, peratus udang menjamah umpan adalah tinggi, udang juga kurang sensitif dengan bunyi bising atau deruman bot. Apabila umpan dilabuhkan dan dibiarkan seketika, tunggu sehingga Rod Tip bergetar atau digetu udang. Aksi hujung rod yang dilihat seperti ditarik-tarik secara perlahan menandakan udang sedang menjamah umpan, biarkan seketika dan pegang rod dan rasakan bebanan kecil pada hujung rod. diyakini udang, sentap sedikit agar mata pancing tersusuk kemas dimulutnya. Udang akan beriaksi dengan jentikan-jentikan kebelakang, ini kerana udang yang meronta melepaskan diri akan melentikkan badan dan menghenjut kebelakang beberapa kali. Layan permainan udang dengan perlahan sehingga menampakkan sepit birunya kepermukaan dan terus jerk ketas bot.

e. Fakta-fakta menarik yang berkaitan.
1. Mulut udang terlalu lembut dan sensitif, layan dengan "slow and steady" untuk elak terlucut.
2. Pindah-pindah lokasi sekiranya kita tidak menerima cagutan disesuatu kawasan dalam anggaran masa setiap 15-30 minit.
3. Sebaik-baiknya memancing pada ketika air tidak deras terutama ketika air pasang besar.
4. Selain itu aku juga dimaklumkan oleh tekong bahawa suhu, kejernihan dan pasang surut air juga dapat memberi kesan keatas hasil keseluruhan tangkapan.




Friday, August 21, 2009

Resepi Pemancing - Stim Kerapu Bara

Salam..Ni percubaan pertama aku untuk beralih ke bidang masakan. Selepas seharian memancing sudah tentu pemancing kepenatan dan kelaparan. Menu yang dirasakan mudah dan cepat untuk dihidangkan diatas bot adalah stim kerapu bara ni.

Diantara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1. Aluminium Foil
2. Kuali bersama-sama penutup periuk untuk tujuan kukusan
3. Kicap ikan
4. Bawang besar
5. Halia
6. Bawang Putih
7. Cili Api
8. Garam
9. Gula

Cara Menyediakannya:-
Siang ikan, buang sisik, isi perut dan insangnya. Letakkan ikan yang telah dibersihkan diatas aluminium foil. Ikan dilumur dengan garam dan sedikit gula. Potong bawang, cili, halia, bawang putih dan cili api kemudian taburkan diatas ikan dan lebihan disumbat kedalam bahagian perut ikan. Kemudian tuangkan sos ikan tadi secukup rasa.



Bungkuskan ikan bersama-sama bahan tadi dengan alumium foil dan letakkan didalam kuali yang disediakan. Didalam kuali tadi, tuangkan segelas atau 2 gelas air untuk tujuan kukusan dan tutup dengan penutup periuk untuk mendapatkan stim kukusan yang diperlukan. Biarkan ia terkukus selama 20 minit dan memu yang disediakan telah siap untuk dihidangkan.

Sekian. Selamat mencuba








Monday, July 27, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 4

Air Mati
Bila dan bagaimana kita nak klasifikasikan air mati? Air mati berlaku pada umumnya bukan merujuk kepada air statik, ada juga berlaku pasang surutnya. Tetapi sekiranya kita memancing dimuara perbezaan pasang dan surutnya terlalu minimum sehingga kita seharian tidak perasan bila air dah penuh dan bila air surut sepenuhnya.

Untuk memudahkan penerangan kita boleh merujuk kepada carta fasa bulan bagi bulan mei 2009. Lazimnya air mati akan berlaku pada 5,6,7,8,9 hb hijrah dan 19,20,21,22,23 hb hijrah dan sekiranya merujuk kepada calender diatas tarikh-tarikhnya jatuh pada 30,31,1,2, 3 hb mei serta 13,14,15,16,17hb Mei 2009 dan keadaan air yang paling surut dikenali sebagai air Timpas pada 1 mei dan 15 mei.

Dan memancing pada ketika ni tidak disyorkan kerana air terlalu perlahan dan ikan dipercayai pasif pada ketika ni. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada persembahan umpan yang pasif oleh pemancing dan seterusnya ikan tidak berminat membahamnya.

Pada ketika ini, air tenang dengan pergerakan arus yang perlahan. Ada disetengah tempat pada ketika ini ikan kurang bermain. Ini kerana ketiadaan arus menyebabkan ikan kecil berada dimerata tempat. Jadi lokasi spesifik tidak dapat di tentukan. Manakala disetengah tempat ikan galak bermain memandangkan pemangsa mudah mencari makanan.

Selalunya bagi pancingan muara ikan akan mula keluar ke kuala dan muka sungai untuk mencari makanan. Dan bagi pancingan ketengah laut, air yang mati juga kurang diminati kerana dengan keadaan arus yang perlahan dan dibantu dengan sedikit cahaya bulan, ikan dan pemangsa bertaburan dilautan mencari makanan.

Spot yang terbaik untuk memancing adalah dirumah-rumah dan sarang-sarang ikan yang dihuni oleh ikan mangsa dan pemangsa yang malas keluar untuk mencari makan.

Kelebihan memancing pada ketika ini air laut akan kelihatan tenang setenang air di tasik. Sesuai untuk kaki-kaki pancing yang baru berjinak-jinak untuk mencuba pancingan laut dalam.

Rumusan.
Dengan 4 penulisan mengenai air pasang surut ni hanya datang dari pengalaman aku yang tak seberapa ni maka sudah tentu ia akan berbeza dengan keadaan -keadaan diharungi pemancing. Keadaan musim monsun, angin ribut dan sewaktu dengannya langsung tidak diambil kira didalam penulisan ni.

Dan yang ketara adalah lokasi memancing, pergerakan pasang surut ni lebih terasa di Selat-selat berbanding di lautan terbuka. Oleh itu penerangan ni bukan la untuk dirujuk untuk semua lokasi pancingan.

Dengan sedikit ilmu pengetahuan pasang surut, tidak membolehkan atau menjanjikan hasil yang terbaik tetapi cukup sekadar aku mengagak beberapa perkara sebelum turun memancing terutamanya dilautan.

Diantara beberapa perkara tersebut adalah :
1. Saiz pemberat(batu ladung) yang bakal digunakan. Ini untuk mengelakkan kita terpaksa memikul beban yang berlebihan dan ada kalanya terkurang bawa pemberat pula.
2. Saiz dan panjang perambut.
3. Jenis-jenis umpan.
4. Lokasi yang dituju atau perancangan memancing yang boleh dibuat.
5. Saiz dan berat Jig, terutamanya untuk trip jigging.
6. Kaedah dan teknik pancingan

Adakalanya, semua telah dirancang, baik dari segi masa memancing, musim memancing, cuaca yang baik, umpan dan kaedah memancing yang baik, malah tekong dan lokasi yang baik. Tetapi tu semua aspek-aspek yang hanya boleh dirancang tetapi selebihnya bergantung pada rezeki pemberian dari Nya.

Monday, July 20, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 3

Air Pasang Besar pada ketika Bulan Terang


Untuk memudahkan penerangan ni aku akan gunakan carta kalender diatas untuk bulan september 2005 yang disertakan dengan perkembangan pergerakan bulan bagi tarikh berikut.

Fasa air pasang besar ketika bulan penuh adalah merujuk kepada 13,14,15,16,17 hb didalam kelender hijrah dan ia merujuk kepada 16,17,18,19,20hb Sept 2005 pada tarikh berikut. Pada ketika ini, bulan disifatkan paling hampir dengan bumi dan tarikan graviti bulan menyebabkan fenomena air pasang besar bulan terang pada tarikh-tarikh berikut. Dan keadaan air bani berlaku pada ketika 18 september 2005.

Kebiasaannya ketika bulan terang ni, taburan ikan-ikan pemangsa juga bertaburan disekitar lautan kerana pada ketika ini anak-anak ikan dan udang boleh mencari makanan dengan mudah. Pada ketika ini juga tahap penglihatan ikan pada waktu malam lebih baik berbanding pada bulan gelap.

Ikan-ikan pemangsa lebih berhati-hati dan begitu aktif memburu mangsanya. Walaupun cahaya bulan dapat menyumbangkan kepada tahap penglihatan yang lebih baik. kejadian air besar atau dikenali sebagai pasang besar juga boleh membantutkan usaha anak-anak ikan ni keluar untuk mencari makan diluar ketika air menyunsong pasang dan menyunsong surut.

Ini kerana, perbezaan air pasang dan air surut mencecah sehingga 5,6 meter akan menyebabkan arus laut menjadi lebih deras. Bagi pemancing dilautan yang memilih tarikh ni untuk turun memancing, lokasi seperti karang, unjam, curaman dan kapal karam sering kali menjadi lokasi terbaik untuk pemancing menduga pada ketika ini. Ini kerana struktur ini dapat memberi perlindungan kepada ikan-ikan kecil untuk berlindung dari arus deras diluar.


Memancing dan kaedahnya..
Dan bagi memancing dimuara, ikan pemangsa gemar memburu dengan menyembunyikan diri ketika ini. Ini kerana pemangsa yang menonjol tidak mudah untuk mencari makanan, melainkan ia memburu secara berkumpulan. Pada tahap penglihatan yang baik ni, penggunaan gewang-gewangan, softplatic dan umpan-umpan tiruan mudah menjerat ikan-ikan pemangsa yang menunggu untuk mencari makan. Dilautan juga panggunaan jig luminus dan popper boleh digunakan dengan bantuan cahaya bulan untuk menjerat ikan didasar.

Tetapi bagi pancingan Bottom, pada tahap penglihatan yang baik ni, penggunaan leader yang camo atau florocarbon sepanjang lebih satu depa dapat membantu pemancing untuk mengelirukan pemangsa menjamah umpan. Penggunaan leader melebihi 1 depa lazimnya disertakan dengan penggunaan tanduk bagi mengelakkan leader bersimpul dengan main line apabila umpan diturunkan kedasar.

Selain itu penggunaan umpan hidup dan cergas juga dapat membantu untuk menaikkan mangsa didasar. Oleh itu pemancing dinasihatkan untuk menyediakan perambut dengan kemas dan penggunaan perambut berdiameter kasar amatlah tidak digalakkan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.