Showing posts with label Fishing Equipment. Show all posts
Showing posts with label Fishing Equipment. Show all posts

Monday, June 16, 2008

Fighting Belt

Salam. Masa mula-mula berkecimpung didalam dunia hanyir nie, pernah juga aku beri kenyataan-kenyataan seperti ni : Alahai, mancing pun nak beria guna tali pinggang, mana best, tak rasa feel, macam belagak je pakai fighting belt nie. Tu pendapat aku dulu le, tp bila sekarang baru tahu kegunaanya.

Setelah usia pun meningkat, sakit-sakit pinggang bila mengangkat beban yang berlebihan membuatkan pemancing cukup berhati-hati ketika sedang lifting ikan didasar. Pinggang nak guna lama. Memang best layan ikan nie, tp klau tak kena gaya sakitnya 3,4 hari pun tak hilang. Memancing ni nak melayan tarikan ikan.Maka dengan itulah terciptanya fighting belt ni.

Secara umumnya fighting belt direka bentuk untuk membantu pemancing mengurangkan beban yang ditanggung tangan dan pinggang. Kedua anggota ni menanggung beban terus dari rod terutama sekali ketika bertarung dengan ikan didasar. Dengan penggunaan fighting belt ni, beban pertarungan ini dapat diagihkan dengan baik ke anggota badan lain seperti badan , peha dan kaki.

Ini seterusnya memberi kelebihan kepada kaki pancing untuk bertarung didalam keadaan selesa dan berpanjangan. Selain itu pemancing juga dapat merehatkan seketika otot-otot tangan setelah gambel dari rod ditusuk kemas kedalam fighting belt.

Ini amat penting terutamanya semasa kita sedang aktif menjalankan aktiviti Jigging dan popping yang berterusan. Ialah, sudahlah penat mengarau reel, tiba-tiba ikan strike dari dasar pula. Untung juga dengan adanya fighting ni dapat merehatkan seketika otot-otot tangan yang mengembang tu.



Fighting belt teman yang ditukar beltnya dari material jenis linen ke kulit..saja gatal tangan tukar.

Belt sebelah kanan ditempah sekali dengan poket kecil, untuk barang-barang loose kecik-kecil
Belt sebelah kiri dibuat sekali dengan tempat parking Lip grip dan player.
Lg contoh fighting belt yang berada dipasaranfighting belt dari jenama seven sea

Fighting bealt dari jenama jigging Master

Fighting Belt dari jenama shimano

Fakta menarik berhubung fighting belt ni.
1. Pilih fighting belt yang ringan dan mudah untuk di packing, maklumlah pemancing ni klau boleh semua nak dibawa.
2. Sebaik-baiknya pilih material dari bahan komposit atau plastik, ini untuk memastikan benda ni tahan dari hakisan.
3. Pilih belt yang mudah dibuka dan dipasang, klau susah kelam kabut jadinya terutama ketika ikan dah strike.
4. Bagi kaki Jigging dan popping, adalah lebih baik kemaskan dulu fighting belt sebelum memulakan aksi untuk elak kelam kabut nanti.
5. Bagi trip-trip memancing yang memburu predator-predator yang telah dikenalpasti tahap juangnya, jangan segan mengenakan fighting belt ketika itu, kita yang tanggung akibatnya kelak. Pemancing seharusnya sentiasa berada didalam keadaan sedia dan selesa.


Monday, May 19, 2008

Rod Holder


Terdapat pelbagai model rod holder dipasaran, dari semurahnya sehingga mencecah ribuan ringgit. Bagi penggemar teknik bottom, adalah baik sekiranya menggunakan rod holder semasa menunggu strike. Ini kerana banyak kes joran menjadi tukun gara-gara ikan melarikan umpan didasar.


Rod holder yang lazimnya kita lihat dikedai-kedai pancing dimalaysia. Dari kiri paling simple dan semakin sofistikated kekanan.semakin cangih semakin banyak celah-celah yang perlu di minyakkan selepas memancing. Dikuatiri berlaku oksidasi walaupun bahan pembinaannya terdiri dari stainless steel atau disadur crome.

Dicelah-celah yang selalu mahukan perhatian..oksidasi tetap berlaku walaupun ia diperbuat dari stainless steel @ disadur Crome


Rod holder yang simple tetapi perlu birai bot diperbuat dari kayu untuk di skrukan dibirai bot. Tidak sesuai bagi bot sewaan. Mau menjeling tokey bot kita duk main tebuk je bot dia..

Rod holder ni agak praktikal, menggunakan bolt & nut untuk clamping dibirai bot.tetapi dijangkakan kurang lasak kerana hanya disokong oleh 2 batang stainless steel sahaja. sesuai untuk pancingan pantai dan muara.

Rekabentuk yang semakin canggih dengan penggunaan bahan komposit atau plastik tahan lasak. Maka tiada masalah karat atau terhakis. Jarang dijumpai di kedai pancingan dimalaysia.

Rekabentuk mudah, tetapi perlu diskru kukuh diatas bot. Tidak sesuai untuk bot pancingan sewaan.

Lagi Model rod Holder yang canggih

Lubang ni pun boleh diklasifikasikan sebagai rod holder, lazimnya ia digunakan untuk aktiviti trolling di belakang bot.

Lazimnya untuk keselesaan memancing, aku cadangkan agar sekurang-kurangnya kita mempunyai satu rod holder dan tidak mengharapkan tekong menyediakannya. Kadang kala mungkin bot yang disediakan telah dilengkapi dengan kemudahan ni.

Tetapi klau pertama kali kita ingin menggunakan khidmat bot yang baru, adalah baiknya kita stanby sahaja rod holder ni. Mungkin kelemahannya dari segi makan ruang bagasi atau lebih berat muatan, tetapi adalah berbaloi kita menggunakan rod holder ni untuk keselesaan dan keyakinan ketika memancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.