Salam, Alhamdulillah trip lucornia berjalan dengan lancar dan semua 15 pemancing telah selamat sampai ke rumah masing-masing pada hari Ahad yang lepas. Disini teman sertakan serba sedikit program memancing 5 hari di Bumi Kenyalang.
Sedang sibuk ejas barang di LCCT jam 5.30 am
Jam 9.30 am selamat sampai di Lapangan Terbang Miri.
Penulis dan poknik sembat berposing di belakang Marin Vassel Cristal Coral - MV Cristal Coral (20ft x 90 ft long..)
Lucornia merupakan gugusan terumbu karang dan beting-beting tinggi di Lautan China Selatan dan lokasi jeti yang terhampir untuk pemancing menduga ikan disana adalah di perairan Miri. Perjalanan ke lubuk pertama di Karang Merpati mengambil masa 9 Jam dari jeti. Perjalanan yang panjang ini memberi peluang kepada pemancing untuk berkenal kenalan sambil mempersiapkan peralatan memancing yang akan digunakan disepanjang expedisi ini.
Expedisi ini telah disertai oleh penulis, Airpool, Din Asia, Adeeb, Poknik, Rosman, Ptit, Aidil, Safie, Bilis, Alex, Goh, Kenny, dan Che Wan selaku organizer trip. Bertuah rasanya badan apabila trip kali ini disertai oleh pemancing-pemancing lama dan baru, banyak pengalaman yang diperolehi dari mereka semua.
Ruang makan dan ruang memancing yang super luas.
Ruang Rehat dan ruang karaoke.
Ruang Tidur yang luas dan selesa.
Diantara senjata yang dibawa.
Kapasiti 2 enjin dengan kelajuan purata 10knot-12knot
Ruang Atas yang luas. Selesa sungguh nak ber Popping
Alhamdulillah, cuasa menyebelahi pemancing selama trip 4 hari 3 malam di lucornia.
Tepat jam 12.00am 5 mei, kami meninggalkan jeti menuju ke Lubuk pertama di Karang merpati. Perjalanan 9 jam dirasakan terlalu lama. Jam 9.00am kami telah sampai le lubuk yang dituju. Jig diturunkan apabila tekong memberi green light.
Dari berat jig 100g sehingga 250g dan pelbagai warna dipersembahkan, ikan masih malu-malu untuk menjamah jig yang dihidangkan. pelbagai aksi dilihat, dari slow rock jig, speed jig, dangdut jig semuanya ada.
Aksi Jigging beramai ramai..
Pak mertua lalu belakang pun tak perasan nih!!
Makanan yang dihidangkan begitu menyelerakan. A+ BBQ di hari akhir di lucornia.
Tuna yang diperolehi terus dijadikan Sashimie..tak tahan sos wasabe..
Nantikan aksi-aksi seterusnya di Lucornia part 2..
7 comments:
hi best laa... nak buat gak cam ni tp tak cukup modal..hehe
Boleh bro..klau minat sume bleh diusahakan..hehe..
The boat has a massive deck area, And the amount of class rods is fantastic, But 9 hours traveling is very tiring, You will all be needing some good rest after the expedition,
,,,Paddy,,,
The boat looks like a war-ship. Kekekeke...
Anyhow, congrats Abg Fahiz. Experience tu yg mahal..
from,
Black n kecik.
Fahiz to Paddy
This marin vessel cristal coral is a most largest fishing vessel in malaysia. Estimate of the size 20ft x 90ft long with fully aircond deck. with 9 hour travel still comfortable for 15 angler..very difficult here to find a game fish near malaysia coastal..expecially for Amberjack and doggies..
Fahiz to kecik&Black :-
hehe..perang sampai tak larat..klau la balck ada..nahas la ikan2 tu..hehe
Chaque personne doit attendre en basket nike pas cher blanche moyenne 30 minutes avant de pouvoir payer pour ce qu'elle a acheté. Quand il s'agit de vêtements d'été pour femmes, les femmes adorent avoir l'air fantastique, ce qui signifie généralement obtenir le plus récent des étiquettes chaussures running femme gel nimbus asics de vêtements urbains. Nike Shox Livrer contre les plus petits fabricants de chaussures. Moins nous avons de graisses supplémentaires, plus nous découvrons des nike air jordan 1 femme noir capacités spécifiques. Bien que ce soit le cas pour la plupart, vous pouvez trouver cependant certains qui vont casser le moule et sortir de la boîte. Personnalités sportives, asics homme destockage musiciens célèbres acteurs et actrices.
Post a Comment