Wednesday, April 7, 2010

Kumpau lagi..siri 4

 Terima Kasih mama yang senantiasa memberi sokongan.

Salam, perancangan memancing di Tg Dato telah disusun oleh warga XA selama 3 bulan telah selamat pergi dan pulang. Disebabkan tiada berita tangkapan yang memuaskan sebenarnya malas benar aku nak menyiapkan laporan ni....hehe. Al maklum la kumpau lg!!..Tp untuk tidak mengecewakan rerakan yang nak tahu perjalanan trip ni disini aku sertakan serba sedikit cerita dan gambar untuk tatapan.



 Perh, gaya pemancing tegar dah ada nih..bergambar di LCCT sebelum berangkat.

Dari perancangan asal, pelbagai lubuk dan spot telah dirancang untuk diterokai dari ke Paloh, Alur GT, Lubang merah, kapal karam, semua dalam perancangan. Tapi apakan daya kami cuma merancang. Cuma hasil tangkapan yang dijangkakan bertonne-tonne telah bertukar kepada berekor-ekor aje.hehe..

 Kapal perang yang disewa untuk trip memancing 3 hari 2 malam diperairan Kuching.

Walaupun pahit kami 13 ahli komplot terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka. Adat memancing, kami hanya merancang, tuhan menetukan segalanya...nasib badan da..Keadaan angin timur yang meniup dari membawa bersama gelombang alun yang tinggi. Menurut tekong sehari sebelum trip berlangsung, keadaan laut kelihatan tenang, trip sebelum ini juga berjaya menaikkan berpuluh ekor merah dan pecah periuk.
 Ahli trip yang bersemangat untuk menaiki kapal perang.

Tetapi, apakan daya, cuaca yang terang dan cerah bertukar mendung dan berangin semasa kami mula meninggalkan jeti di Telaga Air.
 Kelihatan ombak memutih ketika kami mula keluar dari muara. Petanda trip ini akan meredah gelombang dan alun.

 Satu bot kecil ditunda masuk ke Muara. Petanda ombak besar bahaya untuk bot2 kecil.
Lubuk alur GT disekitar Tg Dato menjadi lokasi pertama yang hendak dituju, perjalanan kelubuk pertama dijangka mengambil masa 8 jam. Tetapi dengan keadaan angin dan laut bergelora menyebabkan ada ahli komplot yang tidak tahan dan diminta untuk berpatah balik untuk berlindung di Pulau Satang selepas bot mengharungi perjalanan sejauh 4 jam dari Jeti Telaga Air. Kami yang lain sepakat untuk berpatah balik agar tidak membebankan rerakan sedang penat bertarung dengan mabuk laut.

Dilindungi Pulau Satang, namum air masih bergelora, selepas sempat Hiro San, Fahmi dan komplot lain melontarkan barang 3,4 kali popper di tebing-tebing Pulau, kami diajak balik pula ke Jeti untuk menghantar ahli yang tidak mampu meredah gelombang ombak diperairan Kuching.

Keadaan ombak di perairan Kuching ketika itu.

 Ombak lagi..

Aku paham benar keadaan mabuk laut nih..serba serbi tak kena. Mula-mula pening diikuti pucat dan pecah peluh, kemudian habis semua isi perut keluar semula. Pada ketika ini lebih baik berehat atau tidur, tetapi keadaan ombak yang berterusan dan bot yang dikelilingi bau diesel lebih memburukkan keadaan. Terbaik, mengalah dan minta dihantar ke jeti ajela..
Tetapi kami ditimpa masalah semula apabila selepas menghantar rakan yang mabuk kejeti, bot pula tidak dapat keluar ke muka muara, keadaan muka muara yang cetek dan alun ombak yang kuat memaksa kami bermalam semalaman di Muara Sg. Pada ketika ini tentunya semangat yang berkobar-kobar untuk memancing sedikit sebanyak telah hilang akibat musibah yang menimpa.  Nasib badan da..Tunggu air pasang seterusnya pada pukul 12.00 tgh ari keesokkan harinya. Hilang sudah 24jam masa memancing.

Tepat jam 12.00 tengah hari kedua, kami sekali lagi mencuba untuk keluar kemuara buat kali kedua, dengan keadaan ombak seperti semalam, kami gagahkan juga ke lokasi pancingan pertama dua jam perjalanan dari jeti untuk mencari umpan segar dengan berappollo. Selepas puas berappollo kami meneruskan 3 jam lagi perjalanan ke lubuk pertama. Kali ini lubuk Gt tidak dapat dituju kerana trip hanya tinggal 20 jam sahaja.

Jam menunjukkan 5 petang semasa kami sampai ke Lubuk pertama dan ahli kompot yang tidak sabar dari semalam terus mencuba pelbagai teknik pancingan dari jigging, popping dan bottom. Namum tiada hasil yang membanggakan.

Selapas matahari menghilangkan diri, bot mula memasang spot light yang terang dan menarik sotong untuk bermain berhampiran bot. Apalagi, sotong disauk dan dicandat oleh Artsiam, Rudy, Ghazid dan ZMI..untung juga ada sotong segar, boleh juga dibuat umpan. jam 8 Tekong mula menaikkan jenahak, diikuti Sea Prawn (Azhar) dan Deext dengan beberapa ekor kaci, Gonjeng dan Yong bersama ikan yang terlepas dan hasil yang dirahsiakan.
Sea Prawn (Azdhar) dengan jenahak pertamanya.

Aku masih membangau lagi. Dengan semangat yang semakin kurang dan alunan ombak yang kasar ramai ahli komplot meninggalkan medan perang, Sorang-sorang dilihat masuk untuk berehat. Tekong pun agak malas untuk menukar lokasi menyebabkan aku pun naik malas untuk memancing, apabila diminta tukar spot, tekong hanya berlegar dan membetulkan parking dilokasi yang sama sahaja.

Art Siam dengan jenahaknya.

Nasibla dikala aku dah naik malas untuk memancing, joran bottom digetu ikan didasar, dengan menekan butang seekor jenahak naik terkapai diatas air. Lega, ada juga lesen ikan kat sini..Pas tekong buat-buat tukar spot padahal pusing pada lubang tu aje, aku terus masuk tidur sampai kepagi. Pagi selepas bangun bot masih dilokasi yang sama, Tabik spring aku pada Seaprawn, Ghazid, Gonjeng, Yong, Zali yang tidak tidur menunggu ikan makan umpan malam tu.
 Aku dengan jenahak juga...

Aksi siang hari terakhir juga tiada yang boleh dibanggakan.. Tekong tidak menukar spot dan pusing dilubuk yang sama sehingga jam 11.00pg sebelum kami berangkat pulang ke jeti. Bila ditanya kenapa tidak menukar spot, tekong hanya maklumkan tak sempat untuk ke spot kedua kerana memakan masa 3-4 jam lagi.. Apa nak buat nasib badan da..

 Ghazid dengan yu cicak..
 Muka-muka kekecewaan..tahun depan cuba lagi la..

 Hasil yang diperolehi telah diopen untuk dijadikan hidangan makan malam di Kuching..

Walaupun trip ini tidak mencapai sasaran yang diharapkan tetapi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh semua ahli komplot dan kerja keras organizer saudara meldon kita sedikit sebanyak mengubati jiwa yang kacau..Terima kasih pada bro Meldon atas susah payah beliau menguruskan trip ini..Alhamdulillah semua sudah selesai...nasib badan daa....hehe


7 comments:

Paddy Pike said...

Good to see you relaxing for a change, Good luk,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Greetings Paddy pike, this trip force my to be relaxing angler..Relaxing with uncompleted mission..haha..Take revenge next month on Lucornia trip...

Mama said...

Takpe, kolam kat KJ n semenyih ada ikan. hehe

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
nike outlet store
prada shoes
coach outlet
ray ban eyeglasses
adidas nmd
christian louboutin shoes
vibram five fingers
ray ban eyeglasses
christian louboutin shoes
pandora

jeje said...

Pour la tenue vestimentaire sur mesure, air jordan france boutique la valeur est généralement déterminée par la quantité de détails associés au rendu, qui peut varier sensiblement. À l'origine, les arômes, la paix et la camaraderie vous ont attirés de nike huarache pas cher blanc sorte que vous avez acquis une poignée de bâtons. Afin de minimiser l'érosion chimique, il ne peut pas être écrasé pendant nike air max 1 motif très longtemps et doit laver la mousse immédiatement à l'eau froide. Lorsque l'entreprise a commencé, ils utilisaient le bleu marine et le noir comme deux couleurs asics tiger baskets gel kayano evo noir principales pour les combinaisons de travail, car les couleurs plus foncées masquaient mieux la saleté que les couleurs plus claires. A l'origine, basket running asics femme pas cher c'était absolument la position de culte pour les divinités représentant les guerres, l'âge du bronze & ldquo; Nike & quot; dieux ou déesses. Pour plus d'informations visitez nike air max 1 ultra moire femme noir notre site à.

yanmaneee said...

lebron shoes
golden goose outlet
lebron 17
jordan 13
jordan shoes
bape
kyrie 7
jordan shoes
a bathing ape
cheap jordans

nasadee said...

d9t67g9h81 b6d67y5g83 e9s69o9y45 t8v77i3n35 e0p55v3j59 e9p80a1e75

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.