Saturday, November 15, 2008

Persiapan Ke Burma Bank

Penulisan ni dibuat sebelum dan diedit semula selepas trip memancing ni, aku rasa ada beberapa kekurangan semasa persiapan sebelum trip ni dibuat. ini kerana kaedah bottom yang menapoli kaeadah memancing pada kali ni. sepatutnya peralatan popping dan jigging boleh dikurangkan ketahap minimum untuk mengurangkan beban peralatan memancing. selain itu perhatian hendaklah diberi sepenuhnya keatas kaeadah bottom contohnya leader dan hooks. sebaik-baiknya perambut apollo hendaklah disediakan lebih awal lagi. disebabkan rata-rata tangkapan bersaiz 5kg keatas, kejadian tali bersilang dan berpintal dengan pemancing lain sering kali berlaku..adalah rugi masa sekiranya kita sayang untuk memotong perambut bagi meneruskan pancingan ketika ikan sedang galak makan didasar.




Diantara Swivel, Spil ring, Hooks yang dibawa...Saiz hook yang biasa digunakan 9-10 dan keatas sekiranya mata kail kecil, kaedah 2 mata digunakan.
Diantara Jig-jig yang dibawa. Luminus yang menjadi pilihan utama..Berat diantara 150g ke 500g..Tapi untuk menjejak tuna di syorkan jig luminus yang panjang.
Leader bersaiz 80lb ke 120 lb yang dibawa. sampai padang pancing baru tau tak cukup kasar. nasib ada rakan-rakan menghulurkan bantuan.. leader yang digunakan disana rata-rata 200lb dan keatas..Bagi pemancing yang ingin kesana, bawa 2 gulung atau lebih leader untuk mengelakkan kekurangan leader diatas bot..perambut yang digunakan seperti kaedah apollo tapi panjang dari swivel ke batu lebih kurang 2 depa. dan panjang perambut mata kail lebih kurang 3 kaki..
Yang banyak beraksi adalah mesin elektrik kerana rata-rata kedalaman 100m dan keatas, ada kalanya sehingga kedalaman 250m, dan saiz batu yang digunakan saiz 24 dan keatas..penat klau kita pakai spinning Reels atau multiplier .Pastikan bateri berada didalam keadaan baik dan cukup cas..Bagi kaeadah popper langsung tak dipraktikkan, kebanyakan masa bottom(80%) dan jigging(20%).

Diantara penyediaan-penyediaan yang dirasakan perlu ketika memancing di burma bank :-
  1. Bawa Leader berbagai saiz dari 80 lb ke 250lb untuk elak menggangu pemancing lain bagi penyediaan perambut memancing.
  2. Manik digunakan bagi memudahkan perambut mata bergerak agar tidak berpintal dengan leader.
  3. Mata kail berbagai saiz 9/0 - 12/0
  4. Main Line berkapasiti 80lb keatas dan bawa simpanan.
  5. Ladung bersaiz 24 dan keatas bawa lebih kurang 5 biji atau lebih.
  6. Umpan yang paling baik "Tuna @ Tongkol"
  7. Sekiranya ada bawa lebih dari 1 bateri memancing.
  8. Bawa Rod Holder untuk keselesaan memancing.

Saturday, October 18, 2008

Stella FD



  • Paladin Gear Durability Enhancement
  1. Paladin Gear Durability Enhancement Spinning Using a special cold forged aluminum drive gear and a hardened brass pinion gear, reels equipped with the Paladin Gear Durability Enhancement will retain their out-of-the-box smoothness much longer than before. In fact, testing has shown that this combination of metals is more durable than an all-stainless steel drivetrain while maintaining the smoothness that Shimano is famous for.
  • Propulsion Line Management System
  1. The most obvious component of the Propulsion Line Management System is the new Propulsion spool lip design. Through tens of thousands of casting tests and computer simulations it has been determined that this new spool lip design provides longer casting distances than a standard spool lip design while preventing backlashes and wind knots from forming. It also allows the line to flow off of the spool in smaller loops during the cast which means less slap on the stripper guide. This means longer casts with less friction. The Propulsion spool also utilizes a long stroke design to further enhance the casting distance. Furthermore, there is less bouncing of the line on the spool lip like on a standard spinning spool. Because of the unique shape of the Propulsion spool, the line flows consistently off of the spool. So, with a standard spool, friction alternates from heavy to light as the line slaps the spool lip. This causes backlash and inconsistent line speeds. The Propulsion spool lip provides consistently light friction to overcome these situations.
  • SR-Concept
  1. The SR-Concept combines the new concept of Reliance with all aspects of the S-Concept: Smooth, Silent and Strong. The Reliance Concept, or R-Concept, means that dreams in reel design are now evolving into reality. The result of the use of the new S-R Concept in design is the development of many exciting new features.
  • S A-RB
  1. A-RB (Anti-Rust Bearings) are made of Stainless Steel that has been through the A-RB process.
  2. At least 10 times more corrosion resistant than standard Stainless Steel ball bearings.
  3. Easy Maintenance-no shield design allows for easy flushing of debris and easy lubrication.
  4. Increased Bearing Speed-no shield design and lighter viscosity lubrication reduce friction and allow the bearing to spin faster and longer.
  • S-Concept
  1. S-Concept represents Shimano's initial philosophy on which many of our spinning reel have been designed. The three basic ideas that are inherent in the S-Concept are Smooth, Silent and Strong.
  2. Smooth rotation and comfortable retrieve, coupled with excellent drag performance and longer casting distance, leads to our smooth, flawless operation.
  3. Silent operation of parts within the reel's construction represents the attention to tight tolerances, reducing excessive noise and resulting in the silent operation of our reels.
  4. Strong, solid and functional construction leads to powerful torque and durable drivetrains. This gives anglers the strength and confidence they need to battle elusive gamefish.
  5. The new sizing of our S-Concept reels offers anglers a bigger spool and smaller body, resulting in a lighter, more comfortable fishing experience without sacrificing line capacity.
  6. The end result are reels offering anglers smooth, silent and strong reels that are designed for years of fishing use. The knowledge of fishing and the minds of Shimano's engineers have given today's angler state-of-the-art reels that are ready for any challenge.
  • Fluidrive II
  1. Building upon the successes of Fluidrive, which provides extremely tight tolerances and control in the cutting process, Fluidrive II polishes the gear surface to maximize tooth contact. This increases the efficiency of the retrieve for more power with less effort.
  • Dyna-Balance
  1. This feature eliminates wobble during the retrieve by counter balancing the rotor to enhance sensitivity and smoothness. By using computer balancing, an approach similar to car tire balancing, we are able to redistribute the rotor weight to create smooth rotation and eliminate vibrations caused by the reel.
  • Super Stopper II
  1. Super Stopper II anti-reverse uses a one-way bearing that eliminates backplay.This provides the angler with instant hooksetting power. In some reels, the Super Stopper II can be turned off to allow backreeling for special techniques and situations.
  • Repairable Clicker
  • Aero Wrap II Oscillation
  • Rigid Support System
  • Machined Aluminum Handle
  • Direct Drive Mechanism (Thread In Handle Attachment)
  • Septon Handle Grips
  • WP Drag
  • Maintenance Port
  • Magnesium Frame & Sideplate
  • Aluminum Rotor
  • Aluminum Spool with Titanium Lip

Menjaga Alatan Pancing - Rod memancing

Salam.. Sayang klau alatan memancing yang dibeli tidak dapat dijaga dengan baik..Semua barang naik harganya sekarang ni tidak terkecuali juga barang dan alatan memancing. Maka kaedah yang terbaik bagi mengelakkan kita mengeluarkan perbelanjaan yang banyak didalam pembelian alatan memancing adalah dengan menjaga alatan pancing dengan baik.

Pada kali ini aku cuba berkongsi sedikit pengetahuan yang ada didalam menjaga peralatan memancing ni. Tetapi buat permulaan ni aku cuba dahulu dengan penjagaan ketas rod memancing. Disini ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi menjaga ketahanan dan jangka hayat rod memancing :-

1. Selepas selesai memancing, cuci dan bilas rod dengan air bersih, cuci dicelah-celah ring, cork dan reel seat dan keringkan rod dengan kain kering dan biarkan seharian pada suhu bilik sebelum dibungkus atau dipekkan semula didalam bekas atau karungnya. Ini untuk mengelakkan lembapan berlaku pada celah sekitar ring yang boleh menyebabkan ia berkarat dan kelembapan juga boleh menyebabkan cork mereput, lebih-lebih lagi yang diperbuat daripada gabus.

2. Sekiranya kita ada lebih dari satu rod memancing, adalah lebih baik disediakan "Rod Stand" atau Rak Penyimpanan rod agar ia tidak tertindih diantara satu sama lain. Tindihan dan bebanan setempat yang berlaku keatas rod boleh menyebabkan berlakunya defect lebih-lebih lagi pada bahagian ring dan tip rod.

3. Sekiranya kita tidak mempunyai rod stand, sebaik-baiknya simpan rod didalam keadaan menegak dan elakkan ia menerima apa-apa beban atau ditindih dengan barang lain diatasnya.

4. Sekiranya kita menyertai trip memancing yang memerlukan kita membawa lebih dari 1 set memancing, adalah lebih baik rod didimpan didalam bazoka untuk mudah dibawa tanpa was-was.

5. Elakkan menyimpan rod terlalu lama didalam boot kereta. Ini kerana suhu panas semasa tengah hari akan menyebabkan rod mengalami panas yang melampau. Rod yang terdedah kepada panas dan sejuk secara terlampau boleh mengurangkan dan mengubah unsur kekuatanya.

6. Lazimnya 1st ring pada tip rod selalu mengalami defect, ini kerana ia kerap menerima hentakan dari swivel terutama memancing diwaktu malam. Keraplah memeriksa 1st ring ini sebelum atau semasa penyediaan pergi memancing untuk mengelakkan perkara ini disedari selepas menaiki bot.

7. Selain itu,walaupun kita menjaga denga baik rod memancing ini, tetapi selepas memakan masa bertahun pasti berlaku juga minor defect seperti lapisan epoksi pada ikatan ring tertanggal atau cork yang mereput. Ini maintanance tahunan yang boleh dibuat sama ada perbaiki sendiri atau menghantar kekedai untuk dibaiki.

Selamat mencuba..

Thursday, October 16, 2008

Petua Perambut memancing di Laut.(Pengalaman sahaja)

Assalamualaikum, perambut ni memainkan peranan penting didalam arena memancing. Perambut ni adalah kaedah-kaedah atau teknik-teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan batu ladung.
Ni diantara Contoh perambut wajip ketika turun memancing. Perambut Apollo namanya. Selain perambut yang dinyatakan diatas ada beberapa perambut yang aku praktikan ketika turun memancing..Ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. mari kita kupas satu persatu faktor-faktor yang mempengaruhi perambut atau kaedah memancing ni..


Lokasi Memancing dan keadaan memancing pada ketika situasi seperti dibawah..

1. Karang, pantai atau tempat yang selalu sangkut
Selalunya di lokasi macam ni saya suka guna perambut dengan batu hidup. Tapi penggunaan perambut harusla lebih kecil dari tali utama, ini dapat mengelakkan kita kerugian batu dan pin apabila perambut putus pada kebiasaan nya perambut 30ld ke 50 lb digunakan.

Dan panjang perambut bergantung kepada keadaan arus, balingan dan kejernihan air. Jika arus deras, tidak perlu balingan yang jauh dan air yang jernih bleh la guna perambut panjang lebih 1m ini kerana arus deras akan membawa umpan kebelakang dengan cepat dan seterusnya mengurangkan risiko tali bersimpul, selain itu air yang jernis akan menyebabkan ikan culas untuk memakan umpan makan perambut panjang lebih 1m dapat mengurangkan risiko ni.

Dan jika arus perlahan, perlu balingan jauh dan air tak berapa jernih boleh la gunakan perambut kurang 1m.ini kerana balingan yang jauh hanya merisikokan perambut bersimpul bila mencecah air.

2, Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air.. sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau lebih.

Dan jika ikan seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik) elokla kaedah bottom dipraktikan.

3. Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 3olb - 50lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.

4. Kejernihan air,
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.

Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.

5. Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.

Selain itu mungkin ada banyak faktor lagi yang memainkan peranan penting didalam penyediaan kaeadah dan perambut memancing ni. Diantaranya yang lain-lain seperti suhu air, cuaca, kadar kemasinan air dan lain-lain kajian yang lebih bersifat sains masih belum diterokai lagi mungkin aku perlu banyak menuntut dengan para sifu diluar sana.

Diantara link - link terdahulu dan terkini mengenai jenis jenis perambut
1. Perambut Casting Tenggiri
2. Kaedah Penyediaan Perambut Konvensional
3. Penyediaan Perambut Udang
4. Perambut Kolam - Ikan Pacu
5. Ikatan-ikatan Asas Memancing








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.