Monday, October 25, 2010

Asal usul PE dan Penerangan mengenai PE

Salam, disebabkan beberapa kemuskilan dan makluman yang teman gabungkan dari beberapa artikel, disini teman dapat simpulkan berdasarkan kepada pemahaman dari maklumat yang diperolehi. Teman akan gunakan term PE8 sebagai contoh untuk penerangan.

Dijepun mereka mengunakan term “Gauw0.8” untuk memastikan benang yang digunakan sehalus 0.148mm. manakala “Gouw 8” sehalus 0.47mm. Oleh itu nilai no pada “Gauw” telah digunakan meluas oleh pemancing jepun untuk menunjukkan berapa halusnya tali benang tersebut.
                                       PE 0.8 ………………………….. 0.148mm
                                       PE 1 …………………………….. 0.165mm
                                       PE 1.2 ………………………….. 0.185mm
                                       PE 1.5 ………………………….. 0.205mm
                                       PE 1.7 ………………………….. 0.218mm
                                       PE 2 …………………………….. 0.235mm
                                       PE 2.5 ………………………….. 0.260mm
                                       PE 3 …………………………….. 0.285mm
                                       PE 3.5 ………………………….. 0.310mm
                                       PE 4 …………………………….. 0.330mm
                                       PE 5 …………………………….. 0.370mm
                                       PE 6 …………………………….. 0.405mm
                                       PE 7 …………………………….. 0.435mm
                                       PE 8 …………………………….. 0.470mm
                                       PE 10 …………………………… 0.520mm
                                       PE 12 …………………………… 0.570mm
                                       PE 14 …………………………… 0.620mm
                                       PE 16 …………………………… 0.660mm
                                       PE 18 …………………………… 0.700mm
                                       PE 20 …………………………… 0.740mm
                                       PE 22 …………………………… 0.780mm
                                       PE 24 …………………………… 0.810mm
                                       PE 28 …………………………… 0.870mm

Manakala PE pula merupakan singkatan daripada Poly Ethylene(PE) dan ia merupakan sebatian polimer dan campuran kimia untuk menghasilkan tali sulam yang ada dipasaran. Selepas braided dihasilkan dengan sebatian PE maka, untuk merujuk kepada kehalusan braided tadi maka wujudlah term PE? tadi.

Merujuk pada kekuatan pula, selepas ujian demi ujuan dibuat pada masa kini dan lepas-lepas, nilai pemalar(sekarang) yang diperolehi telah digunakan. Nilai pemalar tersebut adalah gandaan10(x10) untuk mewakili nilai PE dalam conversion lb. sebagai contoh PE8=80lb.

Sekarang nilai kekuatan ditentukan adalah seperti berikut:
PE8 = 8x10lb(pemalar)  = 80lb


Selepas merujuk 3 situasi diatas dan disebabkan oleh budaya, cara kerja dan teknologi jepun tadi wujudlah term PE tali merujuk kepada kekuatan braided=saiz diameter yang ada dipasaran.

Disebabkan kajian demi kajian berterusan sehingga kesaat ini, satu pemalar baru akan diperolehi dengan nilai PE yang lebih kecil untuk nilai lb semakin bertambah sebagai contoh untuk braided berkapasiti tinggi seperti YGK, Varivas nilai PE yang dipamerkan pada produk sememangnya menunjukkan nilai diameternya sahaja kerana nilai kekuatannya jauh lebih besar dari Nilai PEnya.

Contoh PE8 berkekuatan 100lb!! (merujuk YGK dan Varivas)Tidak mustahi nilai PE4 yang ada sekarang boleh menampung berat sehingga 80lb pada masa akan datang.

Rujuk : http://www.nomadtackle.ashop.com.au/c/250640/1/varivas-.html

Oleh itu berdasarkan kepada pemahaman teman, nilai PE merujuk kepada nilai kekuatan adalah tidak tepat tetapi ia hanya boleh dijadikan indikatif kepada pemancing untuk mengandingkan saiz reels, kekuatan main line dan rod hanya pada masa kini. Terbaiknya rujuk speksifikasi dari pengeluar (brochure @ catalog @manual) sebelum membeli dan gandingkan.

Mengapa diameter dilihat penting?dan mengapa nilai PE digunakan?
Sejak jigging dan popping menjadi kegilaan, nilai kekuatan sudah dilihat tidak penting lagi. ini kerana nilai "kehalusan" atau "Gauw" dalam masa yang sama lebih kuat penting kerana jigging memerlukan tali yang halus untuk membelah air dan popping memerlukan tali halus untuk mendapatkan jarak balingan yang jauh. Kita tukar sedikit nilai mengenai kekuatan  sahaja dan beralih pada nilai yang dapat memberikan nilai kekuatan dan kehalusan dalam masa yang sama.

Sebagai contoh dan persoalan :
1. Mono 50lb - dibaca berkekuatan 22.67kg (1lb=0.4535kg) diameter (rujuk pengeluar)
2. PE5 - Dibaca sebagai berkekuatan 22.67kg dan berdiameter 0.370mm

Rujukan lain : http://www.japantackle.com/Topics/PE_braided_lines.
Andaian ini hanya dibuat berdasarkan pada maklumat dan rujukan yang diperolehi. Klau ada maklumant tambahan lain boleh la diusulkan untuk diperbetulkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.