Thursday, November 11, 2010

Trip Gertak Sangul - Penang

Salam..Lama rasanya tak meng-update blog nih..selepas balik dari trip Penang ini penulis sibuk pula menyiapkan peralatan untuk ke Bali..Alhamdulillah dua dua trip telah selesai dan hari ni ada sedikit kelapangan untuk mencoretkan sedikit pengalaman memancing di Perairan Penang. Trip ini telah berlangsung pada 29 okt 2010 sehingga 31 okt 2010 yang lepas.

 Laluan dan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Gertak sangul. Warba merah Lokasi pancingan.

Trip Gertak sangul ni merupakan trip pertama kali penulis menjejakkan kaki memancing diperairan Penang. Selepas di lihat, ditanya dan membaca report-report terdahulu semangnya Penang mempunyai pelbagai lubuk-lubuk yang menarik untuk dicuba.
Jambatan Pulau Pinang!

Pelbagai Lubuk kapal karang, lubang-lubang, dan struktur-struktur didasar lautannya dapat memberikan perlindungan terbaik buat spesis gred A(Snapper dan Grouper), spesis Mackerel dan Trevally. Spesis-spesis ini dilihat mendiami di lubuk yang sama menyebabkan pelbagai teknik dan kaedah pancingan dapat diaplikasikan serentak, Baik Bottom, jigging dan popping. Ini adalah kelebihan yang nyata disini.
Gertak Sangul!

Tetapi kelebihan-kelebihan ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh pemancing kerana angin utara yang mambadai lautan andaman sering kali terkena tempiasnya di sini. Di ikuti pula rupa bentuk geografinya, di Selat Melaka seperti "Mulut Botol" menyebabkan limpahan air pasang dari Lautan Andaman menderu masuk dan menyebabkan pasang surut air laut yang mencecah 4-5 meter.
Umpan udang lipan disediakan oleh penganjur, sapa lg klau bukan otai utara ZMI.

Perbezaan pasang surut yang besar akan menyebabkan batuan saiz 32 (1.5kg!) pun melayang seperti layang-layang didalam air. Oleh itu adalah penting untuk pemancing mendapatkan masa dan timing yang sesuai untuk memancing disana. Agak sukar pemancing memperjudikan nasib kerana Bot Aseng ini agak sukar untuk ditempah pada saat saat akhir kerana ia sering Full house.

Bot Kayu balutan Fiber in Board Engine dengan kapasiti 10 orang pemancing dan 3 awak-awak sememangnya salah satu bot yang selesa untuk trip 3 hari diperairan penang.

Haluan bot yang luas untuk memudahkan aktiviti popping dilakukan dihadapan bot. 2,3 orang sekali popping dengan aturan yang baik sangat selesa dilalukan disini.

Didalam ruanagn Kabin kapten, ringkas dan bersambung besama kawasan rehat pemancing.

Keadaan ditepi bot yang luas untuk laluan dan rod holder disediakan untuk kemudahan pemancing.

Kawasan belakang bot yang luas dan selesa untuk drifting dan trolling.

Keluar sahaja dari Jeti penulis lihat awan yang gelap menandakan trip ini bakal dilambung ombak dan angin. Rasanya kumpau lg la mcm ni.

Memang benar andaian penulis, kami dipukul ombak dan angin dari utara yang kuat. 3 hari 2 malam kami berasa menaiki Roller coaster tanpa henti. Jadi tidak banyak aktiviti dilakukan. Memandangkan penulis mempunyai trip 3 hari selepas ini penulis lebih banyak berehat dikabin. makan tidur dan makan tidur la jawapnya.

di badai Ombak dan alun yang kuat 3 hari 2 malam.

Macam roler coster pun ada rasanaya.

 Rudy dengan jenahaknya.

Tetapi bagi yang rajin seperti Speed Hobby, Bakar, Rudy, Zali pasti ada hasil buat mereka. InsyaAllah ada cagutan didasar. Jenahak bersaiz 2,3 kilo berjaya dipancing mereka.
Zul BB dengan tangkapan cupak mengunakan teknik bottom.

Jenahak lagi. Hasil jigging dari bakar.

Penulis dan cupak.

Dan ada kala penulis menurunkan luminus jig 60g dan ada juga cupak bersaiz sekilo dua yang sudi menyambar dan didaratkan. GT tidak kelihatan pada trip ini. kemungkinan masa dan arus air yang kurang sesuai untuk ikan-ikan GT keluar mencari mangsa dipermukaan.
Gambar kenang kenangan bersama Paksu Perda. Terima kasih kerana jemput kami di jeti Paksu..Tahun depan kita Ke Kok adang pula ye..

Hasil Tag Zali..otai utara kita..cayala..

 Nasibla rakan-rakan lain rajin mengappollo..ada juga ikan boleh dibawa pulang.

Dikesempatan ini penulis nak mengucapkan ribuan terima kasih pada ahli trip Zali, zul BB, Shafie, Yong, Mok, Speed Hobby, Bakar dan kawan Bakar, Fadzil dan kepada 2 orang kuat aiatu ZMI dan Paksu Perda kerana dapat menguruskan dan mengorganizekan trip ini dengan baik. Makanan yang dibekalkan sedap-sedap belaka, Insyaallah sekiranya tiada aral melintang tahun depan kita berjumpa lagi.

Next Post - Sambungan Trip Balas Dendam..
Bali - Lombok - Bali - Laut Bali - Lautan Hindi.

2 comments:

Paddy Pike said...

Greetings Fahiz, There are some fantastic Picture of the setting and the Fishing, With some great Captures, But what a great Bridge, And Engineering,
Well done on the catch, Great fishing,
Regards,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Thanks Paddy,
one of unsuccessful fishing trip haha..here in malaysia we have one longest bridge in south east Asia called Penang bridge..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.