Monday, May 17, 2010

Sisipan Joran - 08 Mei 2010

Salam, Credit dan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada Sifu Mancing, saudara Zulhilmi Hat diatas bantuan dan peluang yang diberikan. Cerita lama nih, baru kesempatan untuk berkongsi dengan rakan lain.

Akhbar Berita Harian :- Sabtu, 08 Mei 2010 
Laman Sisipan Joran 


Buru patin 50 kg di Bungsamran

Oleh Zulhilmi Hat

THAILAND: Trip yang boleh diumpamakan menarik lembu oleh dua sahabat, Fahiz dan Shafie adalah pengalaman abadi sehingga kini selepas memancing 17 ekor ikan patin Mekong (plabuk) mega di resort terapung, dekat sini.
Walaupun badan masih terasa lenguh selepas memancing di kolam sedalam 7 meter yang turut dipenuhi spesis ikan keli Afrika, kap, rohu, toman dan pacu namun rasa takjub memancing di Negara Gajah Putih itu tidak dapat menandingi pengalaman memancing ikan ini di mana-mana kolam berbayar di dunia ini!

Kunjungan mereka ke kolam di Bungsamran baru-baru ini dilengkapkan dengan persiapan set pancing kelas sederhana berat seperti Shimano Stella SW10000XG digandingkan dengan Yamaga Atlas PE6-8 dan set Daiwa Saltiga 6000GT bagi mengharungi trip dua hari satu malam itu. Balingan pertama Fahiz kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan seorang pembantu yang membancuh umpan dedak campuran perisa kelapa cukup menyenangkan mereka walau perlu membayar 1,000 baht (RM100) satu sesi selama 12 jam.

Belumpun seminit umpan dilabuhkan, sentapan padu patin Mekong disusuli larian ke tengah kolam. Mangsa turut menjunam ke dasar kolam sekali gus memaksa Fahiz mengetatkan ‘drag’ hingga tahap maksimum.

Perlawanan semakin sengit. Mangsa membuat larian menuju bawah pelantar untuk memaksa Fahiz mengerah segala tenaga mengekangnya melepaskan diri. Akhirnya patin Mekong seberat 15 kilogram didaratkan dan memaksa beliau berehat seketika akibat lenguh pinggang.

Selang beberapa minit, aksi memancing disambung semula oleh Shafie yang menggunakan teknik sama.
Beliau melontar umpan beberapa meter dari pelantar dan terus disambut mangsa yang sudah biasa memakan umpan dengan resipi yang dihulurkan itu. Perlawanan beliau lebih menarik apabila ikan membuat larian ke sangkar kayu di tebing kolam yang dikelilingi rumah rehat itu.

Shafie yang biasa dengan taktik ‘kotor’ itu bergegas mengunci ‘drag’ separa maksimum dan memaksa ikan menghala ke tempat terbuka untuk mengelakkan tali putus akibat bergesel tiang. Kurang daripada 40 minit ikan seberat 30 kilogram dinaikkan dan kemudian dilepaskan semula sebagai mematuhi syarat ‘tangkap dan lepas’ resort berkenaan.

Selepas rehat akibat keletihan menaikkan beberapa ekor ikan jenis sama pada siang hari, pancingan sebelah malam dilakukan bersama pembantu yang sama.

Sebelum memancing, pembantu itu menasihatkan dua sahabat itu lebih bersedia kerana patin Mekong berskala 50 kilogram giat memakan umpan pada waktu begini.

Petua yang diberikan ternyata betul apabila tiga ‘strike’ yang diterima Fahiz dan Shafie mengena ikan yang berskala demikian. Bagaimanapun, ikan itu gagal dinaikkan kerana tali putus manakala yang lain ikatan mata kail terlucut.

8 comments:

Paddy Pike said...

Hello Fahiz, This is a fantastic story, And great blogging, You make it so interesting that i can see every thing happening in my mind, Thank you for a top report my friend,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Thanks Paddy
This blog is made possible because of the interest. fishing madness!! haha..Thank you for the support given.
Tight Lines..

Mama said...

Great! Boleh la tambah koleksi frame lagi kasi letak kat umah, opis, kampung, kebun, umah kawan2 etc.Jgn letak kat bilik tido udah.

Congrats ye en. suami!

Fahiz Hussin said...

yela..time kasih.

DlahGengJoran said...

salam bro...wah bungsamran...i like tu...tarikan2 ikan patin yg mega2 dangan tarikan yg memuaskan hati...ganya yg d hajati 100kg ++..alum dapat d tumpaskan selalu putus..tapi tidak mengapa record pribadi d bungsamran 90kg ++ dah d tumpaskan...bro bila k bungsamran kasih tau bro mun ada rezeki sama2 pergi kat sana..

Fahiz Hussin said...

Wah,90kg!!!..memang rekod tuh..maybe kami akan ulang ke sana lg. Perancangannya hujung tahun ini..date masih belum dapat ditentukan. Tunggu Bangkok kembali reda.klau date telah ditetapkan,Dlahgengjoran boleh la join sekali..

DlahGengJoran said...

insyallah bro...mun panjang umur murah rezeki insyallah kami akan juin bersama betampur d bungsamran...kasih tau saja bro...insyallah,..

jeje said...

Est-il vraiment faisable d'acheter un ensemble de nike air huarache utility soldes chaussures de basket-ball de grande qualité que je peux en fait payer? La solution est incontestable. Le jardin a des statues merveilleuses, des sentiers de gravier, des promenades à poney, aire asics gel lyte iii snowflake pas cher de jeux de trampoline, terrains de jeux et plus encore. Les chaussures réelles sont incroyablement attrayantes! Le revêtement de couleur jaune réel créé air jordan chaussures pas cher associé à des tiges en nylon pourrait vous faire inhaler très facilement ainsi que facilement. Nike Shox R3-R4 de tous réputés ainsi que dans le besoin fait nike roshe run porté et leur offre à des prix très abordables. Les chaussures spécialement conçues pour la gestion ont bénéficié de l'ingénierie et des matériaux modernes et nike internationalist w chaussures sont devenues pratiquement obligatoires pour les athlètes et les coureurs amateurs. Les objectifs de l'entretien des chaussures de basket-ball serait le maintien de la fonction, l'autre pourrait être le chaussure nike roshe run femme pas cher maintien de l'apparence.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.