Tuesday, June 1, 2010

Fish Valley - Semenyih

Salam, dah lama benar rasanya penulis tak ke kolam bayar. Bukan kerana tidak berminat lg memancing dikolam, tetapi kesuntukan masa dan susunan trip yang dibuat tahun lepas menyebabkan trip ke kolam bayar dikurangkan. 

 Suasana di sekitar kolam

Tahun ini rasanya ada la 3 kali aku berkesempatan memancing dikolam bayar, kolam Fish Valley yang terletak 5 km dari bandar semenyih merupakan salah sebuah kolam yang telah dicuba. Diberitakan plabuk bersaiz bersaiz mega menghuni disana disamping konsep tangkap dan lepas yang diamalkan menyebabkan penulis ingin mencuba nasib disana.

Maka 1 komplot telah di rancang dan komplot  ini disertai oleh saudara Black dan Am. Kedua sahabat ni sememangnya mahir dengan teknik dan gaya memburu monter di kolam sekitar semenyih. Sesampai di lokasi, kami memilih kolam yang paling besar yang didiami oleh spesis payu, rohu, lekoh, plabuk dan tongsan. Terdapat 2 kolam dan 2 pakej yang disediakan. Dan 1 lagi kolam pemancing dibenarkan untuk membawa balik hasil tangkapan

Diantara umpan dedak yang digunakan.

Seperti biasa Am dan Black dengan suka relanya membancuh umpan yang bakal digunakan. Hanya berumpankan dedak yang dibeli, Am menyukat kandungan air untuk dibancuh bersama dedak tadi. Bancuhan yang betul akan memudahkan pemancing untuk menggumpal umpan dan dibaling ketengah kolam. Terlebih atau terkurang air akan menyukarkan pemancing menghayun umpan ketengah kolam, silap-silap berterabur dibuatnya.

Penulis bersama lekoh yang dinaikkan.

Konsep kolam yang dipilih dengan konsep tangkap dan lepas sememangnya hanya memberi kepuasan kepada pemancing untuk menduga dan menghayati pertarungan dengan ikan yang diperolehi. Oleh itu set pancingan ringan dengan kelas 15lb kebawah dilihat sesuai untuk digunakan.


Black bersama Tongsan kap Rumput yang berjaya dinaikkan.

Ada 3 kaedah pancingan yang dilaksanakan pada sesi pancingan kali ini, seperti biasa kaedah bottom atau apungan mata bom berspring mata tunggal atau 2 dan kaedah apungan mata tunggal. Untuk menjerat hasil yang besar seperti plabuk, kami mencuba teknik apungan bermata bom dengan gumpalan umpan yang besar. selepas beberapa ketika dan boring menunggu plabuk tak kunjung tiba, mula la ikan bersaiz junior menjadi mangsa.

Am juga bersama spessis yang sama diperolehi Black.

Kadangkala selang beberapa jam, Am cuba menabur dedak disekeliling kawasan strike untuk memanggil ikan. Ternyata kaedah ini berjaya mengurangkan luas spot memancing apabila ikan mula berkumpul disatu kawasan. Selepas seekor demi seekor ikan dinaikkan tetapi hanya 2 spesis sini yang mesra pemancing, tak spesis lekoh musti tongsan kap rumput..

Penulis bersama Kap rumput menggunakan teknik apungan mata tunggal

Sehingga petang tiada hasil yang kasar diperolehi, hanya ikan bersaiz juvenil yang sudi menjamah umpan. Mungkin masa dan umpan yang digunakan masih gagal memujuk papa dan mamanya untuk menjamah. Tak pa lain kali boleh cuba lagi dengan harapan hasil yang lebih besar.

8 comments:

Paddy Pike said...

A great report again Fahiz, And a very welcome one, The fish all seem to be in perfect condition, But i am not surprised as the bait you are using is full nutrition,
Well done to all who caught,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

Thank you Paddy, it's fun to try light fishing set to catch fish.. can feel more for a small fish, next time must try lighter than 15lb over there.

Ekin said...

hehehe...
Black dengan Am boria eh ari tu?

Time ekin pi ngn Black, kitorang tak dapat tongsan. Maybe nak repeat lg sebab tak puas hati tak dapat tongsan. Yang naik asik tilapia je dengan lekoh. Huhu..

Fahiz Hussin said...

Diorang serupa..

Ia..pelik la Am ngan black tak ajar cari tongsan tu..diorang bagi rasuah tu berduyun tongsan main atas..maybe time tu tongsan dah kenyang la tu..

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
yeezy shoes
pandora jewelry
moncler jackets
red bottoms
polo ralph lauren outlet
ecco shoes
moncler outlet
prada outlet
golden goose shoes
oakley sunglasses

jeje said...

Le principe de fonctionnement nike air jordan eclipse pas cher de Lunar est une structure très compliquée. Je comprends la question que vous pourriez vous poser en ce moment. Moins de douleur de l'approche pour guérir la maladie et d'autres effets avec de meilleurs basket nike roshe run prix résultats a conduit à des personnes faisant beaucoup plus confiance dans les sciences médicales modernes. Il ne pourrait pas être approprié de faire du sport au cas air jordan femme noir où vous ne faites rien pour une journée de travail. Un certain nombre de stars de cow-boys les plus aimés de l'Amérique ont porté le Stetson air jordan retro bg tels que John Wayne et Gene Autry. Le pilote VR Pro DriverNike VR Pro de Nike est vraiment un club de nike air max thea premium marron golf en titane à quatre pièces avec une couronne fine et un canal de compression retravaillé, en plus d'une variété de traits beaucoup plus qui devrait faire une amélioration marquée sur dernière chaussure nike blanche pour femme année VR STR8-Fit Tour.

thoosho said...

Find Out More replica ysl bags website link replica louis vuitton Resources gucci replica

Unknown said...

h3a07k6a43 p9p12j5j61 z7a38z3h52 j6s84v5n59 k9c02m0l96 x7n67q1y69

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.