Monday, July 27, 2009

Pasang Surut Air Laut - Bahagian 4

Air Mati
Bila dan bagaimana kita nak klasifikasikan air mati? Air mati berlaku pada umumnya bukan merujuk kepada air statik, ada juga berlaku pasang surutnya. Tetapi sekiranya kita memancing dimuara perbezaan pasang dan surutnya terlalu minimum sehingga kita seharian tidak perasan bila air dah penuh dan bila air surut sepenuhnya.

Untuk memudahkan penerangan kita boleh merujuk kepada carta fasa bulan bagi bulan mei 2009. Lazimnya air mati akan berlaku pada 5,6,7,8,9 hb hijrah dan 19,20,21,22,23 hb hijrah dan sekiranya merujuk kepada calender diatas tarikh-tarikhnya jatuh pada 30,31,1,2, 3 hb mei serta 13,14,15,16,17hb Mei 2009 dan keadaan air yang paling surut dikenali sebagai air Timpas pada 1 mei dan 15 mei.

Dan memancing pada ketika ni tidak disyorkan kerana air terlalu perlahan dan ikan dipercayai pasif pada ketika ni. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada persembahan umpan yang pasif oleh pemancing dan seterusnya ikan tidak berminat membahamnya.

Pada ketika ini, air tenang dengan pergerakan arus yang perlahan. Ada disetengah tempat pada ketika ini ikan kurang bermain. Ini kerana ketiadaan arus menyebabkan ikan kecil berada dimerata tempat. Jadi lokasi spesifik tidak dapat di tentukan. Manakala disetengah tempat ikan galak bermain memandangkan pemangsa mudah mencari makanan.

Selalunya bagi pancingan muara ikan akan mula keluar ke kuala dan muka sungai untuk mencari makanan. Dan bagi pancingan ketengah laut, air yang mati juga kurang diminati kerana dengan keadaan arus yang perlahan dan dibantu dengan sedikit cahaya bulan, ikan dan pemangsa bertaburan dilautan mencari makanan.

Spot yang terbaik untuk memancing adalah dirumah-rumah dan sarang-sarang ikan yang dihuni oleh ikan mangsa dan pemangsa yang malas keluar untuk mencari makan.

Kelebihan memancing pada ketika ini air laut akan kelihatan tenang setenang air di tasik. Sesuai untuk kaki-kaki pancing yang baru berjinak-jinak untuk mencuba pancingan laut dalam.

Rumusan.
Dengan 4 penulisan mengenai air pasang surut ni hanya datang dari pengalaman aku yang tak seberapa ni maka sudah tentu ia akan berbeza dengan keadaan -keadaan diharungi pemancing. Keadaan musim monsun, angin ribut dan sewaktu dengannya langsung tidak diambil kira didalam penulisan ni.

Dan yang ketara adalah lokasi memancing, pergerakan pasang surut ni lebih terasa di Selat-selat berbanding di lautan terbuka. Oleh itu penerangan ni bukan la untuk dirujuk untuk semua lokasi pancingan.

Dengan sedikit ilmu pengetahuan pasang surut, tidak membolehkan atau menjanjikan hasil yang terbaik tetapi cukup sekadar aku mengagak beberapa perkara sebelum turun memancing terutamanya dilautan.

Diantara beberapa perkara tersebut adalah :
1. Saiz pemberat(batu ladung) yang bakal digunakan. Ini untuk mengelakkan kita terpaksa memikul beban yang berlebihan dan ada kalanya terkurang bawa pemberat pula.
2. Saiz dan panjang perambut.
3. Jenis-jenis umpan.
4. Lokasi yang dituju atau perancangan memancing yang boleh dibuat.
5. Saiz dan berat Jig, terutamanya untuk trip jigging.
6. Kaedah dan teknik pancingan

Adakalanya, semua telah dirancang, baik dari segi masa memancing, musim memancing, cuaca yang baik, umpan dan kaedah memancing yang baik, malah tekong dan lokasi yang baik. Tetapi tu semua aspek-aspek yang hanya boleh dirancang tetapi selebihnya bergantung pada rezeki pemberian dari Nya.

7 comments:

Cikgu Ibrahim said...

Apa khabar? Lama juga tidak singgah sebab demam dan sibuk dengan kuliah serta kerja-kerja sambilan.

Fahiz Hussin said...

Khabar baik cikgu..Sekarang musim deman nie..kena jaga kesihatan walaupun kerja kuat cikgu..sekadar pendapat. Terima kasih sudi melawat.

ketutu said...

apa khabar fahiz??? dlu ada jgk jadual pasang surut air, mengikut kalendar cina.. tp da hilang disebabkan ramai yang meminjam... bleh x fahiz dapatkan 1 untuk ??? ok jugak blog fahiz ni... banyak ilmu yang dikongsi... selamat maju jaya fahiz...

Fahiz Hussin said...

Kabar baik..Kelender cina?tak tau plak..macam nana bentuknya tu..aku selalu guna kelender hijrah je..klau kelender cina tu mcm mana nak baca pula..klau da maklumat nanti kongsikan bersama ye..tq datang melawat.

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
yeezy shoes
pandora jewelry
moncler jackets
red bottoms
polo ralph lauren outlet
ecco shoes
moncler outlet
prada outlet
golden goose shoes
oakley sunglasses

jeje said...

Néanmoins, certaines personnes ont compris que les sports d'échauffement nike air jordan 1 mid wb hare n'étaient pas cruciaux. Le probable de la bioélectronique est également montré dans ces films. Ces armes coupées ont permis de se battre au corps-à-corps près du quart. La plupart des magasins font maintenant des achats coûteux ou en volume abordables via l'achat maintenant new balance cuir blanc payer des vêtements plus tard, où les consommateurs peuvent obtenir eux-mêmes des vêtements urbains de leur lien sur des conditions de paiement flexibles. Par exemple, le fonctionnement était plus air jordan femme shoppy discount pauvre que la natation, le handball, le tennis et un peu mieux que la marche, le golf et les bols pour améliorer la flexibilité. La question la plus difficile à propos d'Halloween est la construction d'une célébration dont tous les amis, jeunes chaussures nike roshe run bleu marine et moins jeunes, se souviendront.

Unknown said...

pop over here https://www.dolabuy.co try this site see this page see this website official site

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.