Monday, June 22, 2009

Review Rod Popping- Caranx Kaibutsu

Caranx kaibutsu long cast Model LC S8208

Salam dan selamat sejahtera, tak kenal maka tak cinta. Mari kita mengenali asal usul namanya dahulu,Rod Popping keluaran Shimano ni diberi nama Caranx kaibutsu:

Caranx merujuk kepada wiki bermaksud genus of tropical to subtropical marine fish in the jack family Carangidae, commonly known as jacks, trevallies and kingfishes, Manakala..
Kaibutsu yang disebut didalam bahasa jepunya pula dikenali sebagai Monster...

Oleh itu apabila kedua-dua patah perkataan ni dipertemukan "Caranx Kaibutsu" maka, boleh disimpulkan didalam bahasa melayunya disebut GTBagak!!.. Tp klau namakan GT Bagak..rasanya tak laku plak rod popping nie.

Disertakan sedikit penerangan yang diambil dari laman web shimano.
Caranx Kaibutsu Popping rods are designed for popping Monster GT, be it Boat or shore based Popping. These rods have extremely durable blanks that emphasizes on durability, power & castability. With the harsh nature of this sport, GT anglers appreciated how the rod is able to outcast other rods & yet have the power to stop GTs dead on their tracks. Choose from the different actions from the Caranx Kaibutsu range to suit your fishing styles.

Caranx Kaibutsu specsifikasi
Model NumberLengthNo. of PcsGimbalTop GuidesGuidesLure Weight (g)Line Wt (PE No.)Type
LP S7604 7ft 6 2 N CMNST CMNSG&CNSG 120 2-4 Spinning
PI S8406 8ft 4 2 Y CMNST CMNSG 150 4-6 Spinning
LC S8208 8ft 2 2 Y CMNST CMNSG 200 6-8 Spinning
DM S8012 8ft 2 Y CMNST CMNSG 300 8-12 Spinning
SM S7812 7ft 8 2 Y CMNST CMNSG 300 8-12 Spinning

Features yang ditawarkan
  • Fuji SIC Guides
  • Blank Direct to Reelseat Bonding
  • High Density Carbon fibre
  • Friction Groove
  • Butt Joint
  • Aluminium Gimbal
  • High Density Velvet EVA Grip
Klau kita lihat katalog atau specsifikasinya sahaja mungkin kita tidak dapat gambaran secara keseluruhan keupayaan dan keselesaanya pada pemancing. Oleh itu disini adalah serba sedikit review yang aku buat berdasarkan pengalaman penggunaan dan asakan yang telah dibuat.

Sedikit Review,
Kelebihannya..
1. Merupakan rod keluaran Shimano untuk tujuan teknik Popper, teknik yang memerlukan balingan sebagai senjata memancing. Dengan panjangnya 8" adalah mudah pemancing mencapai sasaran yang diidamkan.

2. Puas dengan balingan sekuat hati kesasaran. Selain itu juga, agak sukar bagi aku membuat pembandingan dengan mana-mana rod popping yang lain memandangkan ia satu-satunya rod popping yang dimiliki.

3. Ia juga dilengkapkan dengan fuji SIC guide sepenuhnya, sesuai untuk aksi tarik tali tanpa mencederakan main line ini kerana guide yang disediakan ini mampu menyerap daya geseran yang terhasil antara main line dan gegelang guide.

4. Dilengkapkan dengan aluminium gimbal dan ini memudahkan pemancing merehatkan rod ke fighting belt dan seterusnya dapat menahan asakan dengan baik.

5. Ia juga dilengkapkan dengan High Density Velvet EVA Grip, ini seterusnya dapat memberikan gengaman dan luas sentuh yang berkesan keatas handle rod ini. Selain itu ia juga dapat mengurangkan defect apabila handle ini diasak ketika rod berada didalam rod holder.

6. Pembuatanya yang terdiri dari bahan High Density Carbon fibre dan di joint kan dari Blank Direct to Reelseat Bonding dan ini seterusnya dapat memberi keyakinan sepenuhnya pada pemancing terutamanya semasa aksi "U" dihasilkan semasa perlawanan.

Kelemahannya.
1. Memandangkan rod ini bertujuan mengasak monster, penggunaan Lure sehingga seberat 200g dan keupayaan game 6-8PE kurang praktikal, maka boleh la disimpulkan disini Nisbah Berat rod dengan keupayaannya (Weight : Perfomance) diketegorikan sebagai sederhana sahaja.

Tetapi sekiranyanya kita lihat aspek ni dari segi kelebihanya pula, rekabentuk ni boleh diklasifikasikan sebagai satu rekabetuk yang "Overdesign" dengan kelebihan "safety factor" yang tinggi!!. Ini kerana penggunaan Lure popper sehingga 260g masih boleh ditanggung dengan lontaran yang baik ketengah lautan.

Dan kemungkinan ia boleh menanggung beban yang lebih sekiranya dipaksa..Ini tidak dapat dipastikan secara datanya kerana sehingga kini GT terberat yang telah didaratkannya seberat beberapa kg sahaja. Insyaalah pada trip akan datang rod ini akan berkerja lebih keras bagi memburu GT Monster yang sebenar.

Kesimpulannya.
Dengan beberapa kombinasi kelebihan dari spesifikasi yang utama diatas, ternyata berbaloi memiliki Shimano Caranx KAIBUTSU PE 6-8 long cast popping rod nie walaupun terdapat kelemahan yang harus diperbaiki oleh pengeluarnya. Adatlah tu, tiada yang sempurna dibuat oleh manusia.

6 comments:

Cikgu Ibrahim said...

berapa agaknya anggaran harga, buat masa ini saya guna jenama biasa-biasa je.. tapi nanti saya nak peruntukkan dalam RM 1000 untuk beli set memancing yang lebih baik.

Fahiz said...

Harga rod nie dalam RM700.00, wah dah budget RM1000.00, banyak tu cikgu..ni serius ni nak memancing nie.

Cikgu Ibrahim said...

Bukan apa Tuan Fahiz, saya ni kalau kerja, memang kerja gila-gila sampai malam baru balik rumah. Sekarang ni saya bertugas di UM, tapi banyak juga saya buat kerja sambilan seperti mengajar tuisyen sebab saya dahulu cikgu. Jadi bila ada cuti je memang saya betul-betul cuti. Dahulu saya langsung tak cuti, sampai kesihatan terjejas. Kemudian saya "jatuh cinta" dengan hobi memancing ni apabila seorang kawan kata memancing boleh kurangkan tekanan, saya pun cuba dan memang betul, kerana saya juga kuat membaca buku yang tentunya banyak tekanan.

Fahiz said...

he he, jgn le bertuan-tuan, cikgu..nampaknya cikgu nie memang jenis org kuat bekerja la.memancing nie memang dapat kurangkan tekanan.melihat keindahan alam semula jadi.

izra said...

Dekat mana nak beli rod nie

izra said...

Dekat mana nak beli rod nie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.