Thursday, June 11, 2009

Kelong Pulau Sibu : Sotong Pengubat Duka

Salam..sedikit laporan di Kelong..

Lokasi : kelong Pulau Sibu- Kelong Ah Yu
Naik : Jeti Tanjung Leman 30 Minit Menaiki Bot
Jarak Perjalanan : 350km dari KL
Masa Perjalanan : 5 Jam dari KL
Bayaran : RM 150.00 sekepala
Kemudahan : Katil, Makan 4 Kali (Pagi, Tengah Hari, Petang Dan malam), Masa mandi bermula jam 5 Petang sehingga 11.00 Malam.
Kebersihan Kelong : B+
Layanan : B- (Umpan tidak disediakan)


Sotong Mengambang yang terbesar yang diperolehi..layan juga tarikannya menggunakan reals aksi ringan dan dapat dipikat dengan jig candatnya. Nasib ada sotong, tak boring menunggu ikan menggetu umpan. Menurut makluman yang diberikan olek tokey kelong musim sotong bermula dari bulan 4 lagi dan dijangkakan berakhir pada bulan 8..

Hanya seekor ikan todak sahaja yang diperolehi..dengan mengunakan kaedah drif berumpankan ikan hidup. Ikan mati tak dilayan langsung walaupun lalu didepannya..Ikan disini dah pandai memilih umpan agaknya.

Ikan-ikan karang, He he, bleh makan ke ikan nie? umpan roti je.

Black dengan hasilnya, Apollo hanya dapat menjerat ikan kunyit dan anak landok sahaja..mana perginya ikan selar dan tamban nie..Apollo yang diumpankan dengan isi sotong barulah dapat menaikkan ikan kunyit nie..
Am dengan apollo kunyitnya..jadila ye melayan ikan kecik..

Sotong 1st pada pukul 8.00pm..Sotong mula bermain apabila matahari mula terbenam dan kelong memasang lampunya. mula bermain pada pukul 8.00pm dan semakin berkurang pada pukul 2.30am.

Nasib le ada gerombolan sotong yang sudi melayan kedatangan kami. Pesta mencandat sotong di kelong Ah Yu. Boleh la menghilangkan boring menunggu ikan.
Black dengan sotong mata hijaunya..Diantara sotong mengambang dan sotong mata hijau yang diperolehi..Hasil sehingga pukul 11 pm..Candat dan sotong mata hijau.
Diantara jig candat sotong yang digunakan..dari kiri yang paling laris mendapat sambutan dan semakin kurang efectif kearah kanan..Jig paling kiri ni paling menyerlah pada waktu malam didalam air kerana warnanya yang paling cerah dibandingkan dengan jig-jig lain.mungkin kerana itu ia mudah untuk memikat sotong.
Sayang..ikan-ikan bottom yang selalu diasak dan semakin pandai memilih umpan..
Selamat tinggal kelong pulau sibu.

Postmortem trip memancing kelong pulau sibu :-
1. Ketiadaan ikan umpan seperti selar dan tamban merencatkan sedikit untuk memburu ikan pilihan.
2. Lain kali boleh la disediakan barang sekilo dua, umpan ikan dan jangan terlalu yakin umpanan ikan mudah diperolehi dikelong.
3. Black menerima beberapakali henjutan tetapi ikan pandai meluahkan mata kali..mungkin pengunaan leader yang tebal dan mata yang besar memberi kesan pada pemangsa untuk menelan umpan yang dihidangkan.
4. Pergerakan arus juga memainkan peranan yang penting didalam pancingan kelong. pergerakan air yang perlahan menyukarkan umpan floating dan drifting dilaksanakan.

3 comments:

Ibrahim Hj. Musing said...

Lain kali saya nak ikut, boleh belajar banyak ilmu di samping timba pengalaman.

Fahiz said...

Insya Allah, ada kesempatan boleh kita memancing bersama..

chenta mati said...

alhamdullillah... selamat pergi dan selamat pulang kekanda-kekanda ku semuanya. amiiiiiinnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.