Wednesday, July 9, 2008

Kaedah Penyediaan Perambut Konvensional

Sebenarnya diagram ni aku copy dari blog rakan-rakan yang lain..ni diantara perambut-perambut yang aku biasa gunakan untuk kaedah memancing di laut ni.Dan ada juga aku gunakan perambut ni dimana juga dirasakan sesuai. al maklumla aku ni pun main try and error je penggunaan perambut ni.maka kat sini cuma cadangan bagi penggunaan perambut bagi situasi-situasi yang selalu aku laksanakan..



Klau perambut ni, aku panggil perambut batu hidup. selalunya aku gunakan untuk pancingan dikawasan berarus atau casting umpan..klau kita main peram dikawasan yang berarus perambut ini sesuai digunakan..panjang swivel ke mata juga mengikut kesesuian padang pancing.jikalau air sedikit keruh bolehla kita gunakan kurang dari 50cm dan sekiranya air jernih bolehla kita gunakan panjang perambut melebihi 2 meter..ada kalanya aku balun sampai 5 atau 6 depa dengan penggunakan tali florocarbon.dan sekiranya dikuatiri ikan dapat memutuskan perambut elokla sejengkal dua leader dihadapan disambung menggunakan wire@steel leader untuk elak dikecewakan. Dan penggunakan batu ladung mengikut kesesuaian arus.jikalau arus deras bolehla kita gunakan ladung bersaiz 8 keatas dan begitu la jika sebaliknya. Kadangkala aku gunakan kaedah ni untuk pancingan sungai juga. Disana aku gunakan perambut yang kurang 30cm untuk memudahkan balingan ketengah sungai..


Ni pulak perambut drifting (main di pertengahan kedalaman air) atau bottom(tenggelam sepenuhnya) dengan penggunaan batu mati..penerangan panjang perambut juga seperti diatas. kadangkala aku gunakan tanduk untuk memisahkan main line dengan leader untuk mengelakkan leader bersimpul ketika umpan diturunkan secara laju dari atas bot.


Dan dua perambut diatas ni pula aku panggil perambut apollo dengan batu ladung mati dihujung perambut.Kaedah pancingan Bottom. Biasanya klau pancingan dilaut aku modified sikit sambungan bahagian main leader ke hook leader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel.ini bagi memudahkan hook leader mudah berpusing mengikut arah arus laut.manik tu berfungsi lebih kurang macam bearing la.Gambar seperti dibawah.
selain itu hook leader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah.Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.


Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.

Mungkin ada teknik-teknik mudah dari rakan-rakan lain, tapi cuma teknik-teknik ni yang selalu dipraktikkan oleh aku apabila turun ke laut..

4 comments:

speedrider said...

terima kasih untuk diagram2 ni.

1. Perambut apollo tu, selalu jugak saya pakai bila malas sangat. Tapi bukan buat sendiri.. Modal RM0.50-2.00 untuk beli 2-way atau 3-way steelwire line guide. hehehehe. Pastu, kalau rajin tambah steelwire pasang swiwel, baru pasang kail. Selalunya pakai macam ni kalau nak pancing Gelama di tepi pantai.

2. Perambut Ladung Hidup:
Semalam, buat pertama kalinya mencuba teknik ni di struktur berbatu. Seronok, tapi agak meletihkan bila arus deras sebab nak kena karau balik dan baling semula. Dah jadi ala-ala casting. Tapi bila ikan strike, memang best!

2. Perambut menggunakan tanduk/line gide ni juga telah dipraktikkan di sekitar pipeline ESSO Penang-Perai. Best jugak. Tapi kalau sangkut di karang, cukup menyakitkan hati.

3. Dropper Loop
Biasanya inilah senjata terakhir saya setiap kali trip akibat keletihan memasang perambut yang selalu putus... Mainline buat loop "8" di hujung dan terus masukkan ladung mati. Kemudian buat dropper loop, pasang perambut terus dalam 10-15cm (dengan swiwel kecil) dan kemudian layan.

Fahiz Hussin said...

Terima kasih untuk makluman..moga boleh jd panduan pd rakan yang lain..

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
nhl jerseys
kate spade outlet online
vibram fivefingers
louboutin shoes
lacoste outlet
nike air max 95 ultra
christian louboutin shoes
nike factory
nike shoes for men
nike requin

jeje said...

Certains dunks Nike sont vraiment légers nike baskets dunk sky hi femme aussi! Bercer les rues avec ces chaussures uniques. J'ai beaucoup de conceptions ceci peut être accompli avec des nuances de la couleur au lieu de la couleur complètement diverse mais trois conceptions de couleur sont toujours populaires sur le Web et si utilisé correctement peut sembler Air Jordan Reveal Baskets excellent. De nos jours, leur inventaire surpasse les vêtements. Si vous avez décidé d'investir dans ces chaussures une fois qu'elles ont été dévoilées à l'industrie, il est probable que asics kayano 24 soldes les chaussures de sport commencent à afficher une petite teinte ambre ensemble leur semelle de fond très claire. Un superbe briquet doit être capable de s'attaquer à un bureau de cigares qui ne fument aucun dilemme. Cela garantit certainement nike air max thea premium leather burgundy quelque chose pour tout le monde.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.