Friday, December 24, 2010

Carpenter Discovery Journey DJ-83MH

Salam. Dalam post kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman yang diperolehi didalam pemilihan, test drag(90deg, 45deg, 30deg, 0deg lifting power) dan ujian lapang yang diadakan untuk pemilihan rod popping. Pada kali ini penulis berpeluang untuk mempelajari dan menguji rod discovery journey PE6-10 dari pengeluar Carpenter. Sememangnya tidak dinafikan, ini diantara rod popping terbaik yang pernah dicuba oleh penulis selain Yamaga Atlas PE6-8 dan Patriod Design GTZ Black Mafia PE8-12.

 Review ringkas mengenai DJ-83MH
Spesifikasi secara umum.
Dengan panjang keseluruhan 2.585m dan berat 425g, penulis pasti rod ini sesuai digunakan oleh pemancing asia dan pemancing yang baru bersuai kenal dengan teknik popping ini. PE6-10, membuktikan range yang besar diantara tip rod dan butt rod. Flexsible tip PE6 ini membenarkan twitching yang baik bagi mengayakan pencil popper, stikebait dan swimmer dan menurut pengeluar popper bersaiz 120g pun boleh digunakan. Manakala Hard Butt PE10 membenarkan lifting power yang menyebelahi pemancing ketika pertarungan.

Monday, December 20, 2010

Tuna

Salam, lama rasanya tak menulis sesuatu mengenai maklumat mengenai ikan ni..asyik asyik laporan pancingan sahaja ya..kali ini penulis ingin berkongsi la sedikit maklumat dan data data yang diperolehi dari Mr Google. Berharap dengan sedikit maklumat ini dapat memberi pedoman kepada rerakan yang berminat memburu spesis dari family Scombridae.

Diketahui umum selain dari spesis billfish(berparuh)  dan trevelly (GT), spesis tuna menjadi pemburuan pemancing, bukan sahaja ia dapat mencapai saiz puluhan Kg, malah kederat dan daya juang yang diberikan juga dapat menaikkan andrelin para pemancing. Larian dan junaman mampu membuatkan pemancing berputih mata sekiranya tidak dapat mengawal dengan baik semasa perlawanan.

Disekitar perairan Malaysia Khasnya, dan asia tenggara umumnya memperlihatkan terdapat beberapa spesis tuna bermain di sekitar perairannya, diantara yang telah diperolehi oleh penulis adalah :-

Oleh itu maklumat yang di Linkkan diatas adalah diterangkan secara spesifik oleh Wikipedia manakala  yang akan diterangkan kemudian adalah secara "Lay Man" oleh penulis dan dikutip dari pengalaman pemancing semata mata. Secara ringkasnya maklumat tersebut diperolehi dari trip-trip memancing yang telah dilalui dan sembang-sembang bersama tekong dan penduduk tempatan.


Albacore Tuna

Lokasi pancingan : Mabul
Teknik Pancingan : "Local Technic"
Setting : PE3-6


Thursday, November 18, 2010

Laporan Penuh Trip Lombok - Bali Indonesia

Salam, Alhamdulillah selesai sudah trip mega dan penutup trip air masin pada tahun 2010. Trip yang asalnya telah dirancang selama 8 bulan telah selesai dan trip ini telah disertai oleh 5 pemancing diantaranya Mokhtar(organizer), Wan Izhan, Bukit dan penulis serta isteri Penulis. Disini penulis akan memperincikan tentatif dari segi perancangan, penyediaan setting, lokasi, pergerakan trip dan hasil-hasil yang kami perolehi semasa berlangsungnya trip pada kali ini.

Lokasi Umum

Lokasi : Pulau Bali jarak penerbangan 3 jam dari LCCT sepang. Bertolak dari LCCT jam 7 ptg dan sampai ke Denpasar Jam 10.00mlm.

Trip kali ini mensasarkan Spesis Giant Trevally , 2 lokasi yang akan dituju iaitu sekitar kepulauan Bali bertanda B dan Lombok Bertanda A yang mengadap lautan Hindi. Lokasi bertanda merah adalah kawasan pemburuan.

Thursday, November 11, 2010

Trip Gertak Sangul - Penang

Salam..Lama rasanya tak meng-update blog nih..selepas balik dari trip Penang ini penulis sibuk pula menyiapkan peralatan untuk ke Bali..Alhamdulillah dua dua trip telah selesai dan hari ni ada sedikit kelapangan untuk mencoretkan sedikit pengalaman memancing di Perairan Penang. Trip ini telah berlangsung pada 29 okt 2010 sehingga 31 okt 2010 yang lepas.

 Laluan dan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Gertak sangul. Warba merah Lokasi pancingan.

Trip Gertak sangul ni merupakan trip pertama kali penulis menjejakkan kaki memancing diperairan Penang. Selepas di lihat, ditanya dan membaca report-report terdahulu semangnya Penang mempunyai pelbagai lubuk-lubuk yang menarik untuk dicuba.
Jambatan Pulau Pinang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.