Tuesday, May 28, 2013

KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR


Penulis : Fahiz Hussin
Jurugambar : Halim Hussain


Caya la halim..mau 2 org pikul baru bleh..

KEMBARA EXOTIC DI NEGARA GAJAH PUTIH - Part 1 Day 1 at BSR

Pencarian spesis exotic seperti Arapaima, Aligator gar, Red-tail catfish, pacu, plabuk, Tiger Catfish dan pelbagai spesis exotic lain merupakan target pancingan saya pada kali ini. Pemburuan spesis exotic amazon ini bermula dengan penelitian dan carian menerusi carian google dan internet. Pelbagai Pakej pancingan yang saya perolehi dari internet, semuanya tidak kurang dari RM10,000.00 seorang untuk ke lembangan Amazon dan memancing disana. Dengan Pekej memancing 10 hari di Amazon kita tidak dijanjikan dengan hasil pancingan tetapi pemandu pemancing akan cuba sedaya upaya membawa kita memancing disekitar lembangan Amazon yang terkenal dengan pelbagai spesis exotic.



Van yang mengangkut kami ke kolam BSR dengan kadar bayaran Bht 1000

Sempat bergambar didepan Bungsamran

Sevenseas Proshop menghidangkan pelbagai brand dan kelengkapan pancingan
Rambang mata didalam sevenseas proshop

Deretan reels untuk dipilih.

Laluan utama kekolam dihidangkan dengan hasil tangkapan para pemancing

Semasa carian menerusi internet dibuat, ia menemukan saya dengan seorang pemandu pelancong terkenal di Thailand. John atau nama glammernya BKK guy merupakan salah seorang pemandu pelancong yang terkenal dengan hasil daratan ikan Amazon di Thailand. Saya berpendapat bahawa Negara Thailand merupakan sebuah destinasi pancingan spesis Amazon yang paling ekomoni dan paling dekat. Disana terdapat pelbagai jenis kolam dengan pelbagai pilihan spesis dan kos yang boleh menjadi pilihan kaki pancing. Pada trip kami ke negara gajah putih kali ini kami mensasarkan dua kolam air tawar yang terkenal disana dengan hasil pancingan yang tidak pernah mengecewakan. Pada hari pertama dan kedua kami akan mencuba kolam Bungsamran ditengah kota Bangkok dan hari ketiga di kolam Amazon BKK di Barat Bangkok iaitu di “Kamphaeng Saen” dengan jarak 90km dari Bandar Bangkok.

Keadaan laluan ke Chelet terapung di tepian kolam utama Bungsamran

Keadaan depan pelantar tempat pertarungan pemancing dan plabuk!

Umpan dedak yang akan dibancuh Pemandu pancing kami.

Halim menjadi pemancing pertama bertarung dengan sang plabuk!

Halim bersama tangkapan pertamanya..

Geddo dengan tangkapan peribadi mama plabuk.

agak-agak berapa KG ni?

Mata kail pun patah diasak plabuk..

Geddo dengan plabuk bersaiz sederhana

Tidak memerlukan cuti yang panjang dan perjalanan yang jauh. Dengan hanya penerbangan 2 jam dari LCCT ke Bangkok, pemancing mampu memperolahi lesen spesis Amazon dengan mudah di negara gajah Putih itu.  Saya, Geddo dan Halim memulakan perjalanan dari LCCT jam 10.00 pagi dan sampai pada jam 11.00pagi waktu tempatan. Disini waktu tempatannya lewat sejam dari waktu di Malaysia. Pada hari pertama dan kedua kami mencuba kolam Bungsamran yang terletak di tengah-tengah kota Bangkok mensasarkan spesis terkenal Negara gajah putih iaitu spesis Plabuk. Untuk kesini pembaca boleh ke laman web www.Bungsamran.com untuk melihat pelbagai pekej yang ditawarkan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemancing.

Plabuk dan Umpan Ulong..terima kasih buat Umpan Ulong!

Dengan perjalanan 30 minit dari Lapangan Terbang Don Muang kami tidak perlu menempuh perjalanan yang lama dan panjang. Sesampai di Lapangan Terbang, kami menyewa sebuah van untuk membawa kami ke kolam Bungsamran. Sesampai disana kami memulakan pendaftaran masuk kekolam dan menyewa sebuah chalet terapung dengan kadar harga bht800(RM80.00), bayaran satu joran sebanyak bht2000(RM200) dan pada trip kali ini juga kami juga mengupah seorang pemandu pemancing bernama Tam dengan kadar harga bht1000(RM100). Semua bayaran ini dikenakan untuk satu sessi dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam pada hari yang sama. Tam banyak membantu kami dari segi penyediaan setting pancingan dan umpan untuk dihidangkan di kolam tersebut.


Closed up geddo dan plabuk.

Layan aksi ringan di Bungsamran pula.

Chelet no 3 menjadi pilihan kami kali ini, jam 3 petang waktu tempatan kami memulakan sessi pancingan dengan dua set pancingan menjadi taruhan kami bertiga dikolam tersebut. Trip sebelum ini memberikan kami banyak pengajaran dan pengalaman kerana sekiranya setiap seorang pemancing mengunakan sebatang joran maka kami pastinya tidak dapat berehat kerana ada kalanya ketiga-tiga kami akan “strike” secara serentak. Oleh sebab itulah trip pada kali ini kami berpakat untuk hanya mengunanan dua set joran sahaja dan dalam masa yang sma dapat menjimatkan kos pancingan disana.

Pacu dengan aksi ringan..

Pelancong dari Eropah juga tidak ketingalan memburu mama plabuk disini.

Teknik pancingan apungan dengan perambut sepanjang 2 depa digunakan disini, umpan dedah digaul bersama pes kelapa dan pandan berbau wangi begitu cepat dihidu sang plabuk disini. Sejurus umpan digaul dan digumpal sebesar bola tenis, ia dibaling ketengah kolam. Kami tidak perlu menunggu lama untuk ikan menjamah umpan. Geddo menjadi pemancing pertama bertarung dengan sang plabuk dikolam tersebut. Dengan set sederhana gandingan kekili stella saiz 8000 dan rod kelas PE5 dengan tali utama berkapasiti 50lb merupakan set yang dirasakan sesuai untuk digunakan dikolam ini. Ini adalah kerana tenaga plabuk dirasakan setaraf dengan ikan lautan begitu kuat untuk dikalahkan sengan set yang lebih kecil. Daya junaman di platform chalet sahaja sudah cukup mendera pemancing disana. Dengan daya junaman dan larian panjang ketengah kolam akam menyebabkan pemancing cepat pancit dan terkejut dengan daya juang yang dihidangkan. Selepas lima minit bertarung plabuk bersaiz 20kg menjadi mangsa pertama kami disana.

Pelancong luar sedang beraksi.

Satu set pancingan lagi digunakan untuk pemburuan spesis kap yang makan didasar tasik. Jadi ia dibiarkan tengelam tanpa pelampung. Selepas umpan dibaling semula ketengan kolam, tanpa menunggu masa yang lama, ikan mula melarikan umpan. Halim menunggu giliran yang kedua untuk mencuba menawan plabuk. Tali utama dibiarkan tegang ditarik plabuk sebelum Halim membuat sentakan untuk memastikan matakail tercacap kemas di mulut sang plabuk. Pada kali ini ikan dilihat lebih kuat dari biasa, menjuman dan mengajak Halim untuk bermain disekitar pelantar. Junamam demi junaman disekitar pelantar akan menyebabkan pemancing cepat penat menahan junaman ikan kebawah. Selepas 10 minit bertarung barulah ikan kelihatan penat dan pemandu pancing kami menangguk ikan ketas pelantar untuk bergambar. Dilihat ikan bersaiz 40kg menjadi rekod tangkapan Halim disana.

Senyuman tanda puas hati..

lagi sedang melayan sangplabuk.

Kami berehat seketika dan dalam masa yang sama kami meminta Tam untuk membancuh umpan yang dibawa kesana khas dari Malaysia. Terima Kasih kepada “Umpan Ulong” yang memberi sumbangan 10 botol pes umpan dan 10kg dedak yang dikhaskan untuk pemburuan plabuk diMalaysia. Saya menjadi pemancing yang pertama untuk mencuba keberkesanan Umpan Ulong di tanah Gajah putih dan Kolam terkenal disana.
Malam, kami mencuba aksi set ringan pula..set PE1-3 untuk menguji plabuk.

Dan hasilnya selepas 15 minit bertarung.

Setelah umpan dibancuh dan digumpal, ia dilontarkan ketengah kolam. Tak sampat beberapa minit umpan dilarikan dan giliran saya pula untuk bertarung dengan sepsis handalan Thailand ini. Dengan perlawanan lebih 5 minit ikan mula kelihatan kepenatan dan ditangguk oleh pemandu pemancing Tam. Dengan saiz 25kg ia menjadi permulaan yang baik untuk memperkenalkan Umpan tempatan di kolam ini. Selepas itu kami bertiga tidak menang tangan dengan hasil-hasil tangkapan yang semakin mengila. Dengan purata berat tangkatan 20kg-40kg cukup memenatkan kami disana.

Pacu dipagi hari.

Pada keesokkan harinya kami memulakan pancingan dengan set yang lebih kecil. Set reel bersaiz 2500 dengan rod kelas PE1-3 menjadi permainan kami pada pagi tersebut. Dengan setting yang kecil, kami tidak merani untuk mengunakan umpan yang besar. Umpan digaul dan digumpal dengan saiz sebesar bole ping Pong berharapkan ikan bersaiz sederhanan untuk menjamah umpan. Percaturan kami betul apabila berjaya menaikkan ikan Pacu bersaiz 7kg-10kg. Dengan setting kecil, pecutan ikan dirasakan lebih laju. Ini membuatklan kami lebih berhati hati mengendalikan set kecil ini. Dengan kekuatan tali utama bersaiz PE2 dengan kapasiti 150m membuatkan kami lebih berdebar dan gayat.Pada pagi itu sahaja kami berjaya mendaratkan 3 ekor ikan pacu yang bersaiz kasar. Dan beberapa ekor plabuk bersaiz belasan kilo.

Sambung- Part 2 di Kolam Amazon BKK Bangkok!! hari ke 2 di Bangkok.


10 comments:

Maxx Peacock said...

Tahniah..windu nak baca blog ni

Fahiz Hussin said...

haha..tq bro..nasib ko bgtau carenye..klau tak dah tak update la blog ni..tq

Anonymous said...

Salam boss,

Best la baca blog tuan. Rasa mcm saya sendiri yang pergi ....

Pakai tuala pun boleh fight ikan lagi.. terer la abg tu .....

Fahiz Hussin said...

Salam tuan..sekadar suka-suka menulis.. hobi mancing dari kecik lagi..hehe yg pakai tuala tu nama dia halim..memang terer dia..klau teman habis londeh dah kain tuala tu..kiki

Anonymous said...

I'm not sure the place you are getting your information, but great topic. I needs to spend a while studying much more or working out more. Thank you for wonderful info I was searching for this info for my mission.

Also visit my page - http://slc-wireless.com

MyCherita said...

nice catch bro..from : http://bigtacklebox.blogspot.com/

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Gudeg Lalas said...

Banteng88 | Agen Bola | Agen Judi | Agen Sbobet
Agen Bola
Agen Judi Online
Agen SBOBET
Agen IBCBET
Agen CASINO
Poker Online
Agen Judi Terpercaya
Prediksi Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Judi Online
Bola Online

silvi landa said...

wah!! ikan-ikanya gede-gede nih
Agen Sbobet

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.