Pulau Alor adalah sebuah pulau yang terletak di hujung paling timur Kepulauan Nusa Tengara Indonesia. Bandar Kalabahi merupakan ibu kota utama di pulau ini dan aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah penternak, petani dan nelayan.
Pulau Alor dikelililngi oleh 2 laut
utama iaitu Laut Banda disebelah utara dan Laut Timur disebelah selatan dan
dikelilingi oleh pelbagai selat menyebabkan ia kaya dengan hidupan marin yang
masih belum diterokai. Dikelilingi oleh pulau pulau, “Drop off”, “Seamount”, lautan
dan selat menyebabkan bentuk muka bumi dan geografinya unik dan sangat sesuai sebagai
tempat pembiakan dan tempat berlindung pelbagai spesis ikan.
Disebabkan ia kaya dengan
pelbagai spesis marin, penduduk asal disini tidak perlu pergi jauh ketengah
lautan untuk mendapatkan spesis terbaik untuk ditangkap. Cukup sekitar 2,3 batu
nautika dari daratan spesis seperti ikan tuna, ruby, kerapu begitu mudah
diperolehi. Oleh itu kebanyakkan nelayan disini hanya mengunakan sampan-sampan
kecik dan koyan untuk mencari rezeki.
Dan bagi nelayan-nelayan komersial yang
terdapat disitu memadai bot berenjin dan jaring biasa sebagai kelengkapan yang
mampu memberikan hasil yang terbaik. Disebabkan perairan sekitar kepulauan Alor
dilihat masih tidak diterokai sepenuhnya kami 5 pemancing dari Malaysia mahu
mencuba nasib memancing disini.
Perancangan
Trip ini disertai oleh saya,
Mokhtar, Eddy, Atuk dan Alfi. Ia telah dirancang setahun yang lalu, pancingan
dikawasan terpencil seperti ini sememangnya memerlukan perancangan yang teliti
dan terperinci baik dari segi penginapan sewaktu transit, pengangkutan, makan
dan minum dan sebagainya. Penyelesaian terbaik adalah bawa bersama pemandu
pemancing tempatan yang boleh berbahasa dan tahu adat dan tatasusila penduduk
tempatan. Selain menguruskan segala yang diperlukan sewaktu transit, pemandu
pemancing tempatan juga penting semasa pelbagai urusan dokumentasi, pembayaran
dan keselamatan semasa perjalanan. Didalam trip ini kami menjemput bersama pemandu
pemancing professional Indonesia iaitu Pak Adhek Amerta (ASF Bali) sebagai
pemandu pancing kami bagi merealisasikan impian kami untuk memancing disana.
Terdapat beberapa operator yang
beroperasi bagi membawa pemancing sekitar Kepulauan Alor tetapi pada kali ini
kami memilih untuk mencuba bot Teodoras. Sila rujuk laman sesawang www.taka-adventure.com untuk
mengetahui lanjut mengenai pakej pakej yang ditawarkan. Bot yang dahulunya
beroperasi di Makasar, Sulawesi sekarang telah turun ke Alor untuk mencuba
pelbagai lubuk baru disini.
Bot Teodoras dengan panjang keseluruhan 17m dan
lebar 4 meter dilengkapi dengan GPS, Fishfinder, satellite phone, bilik berhawa
dingin dan lain lain keperluan sememangnya begitu selesa buat para pemancing.
Bot ini dikemudi oleh kapten yang begitu berpengalaman luas di sekitar perairan
Indonesia iaitu Kapten Wiwied Soeparto dan dibantu oleh 4 orang awak awaknya,
dan bot ini begitu selesa untuk 6 pemancing.
Disebabkan trip ini disertai oleh
kaki Popping dan jigging maka set pancingan dasar tidak dibawa sambil
mensasarkan spesis spesis ikan yang boleh dipancing dengan Popper atau jig.
Diantaranya ikan Geropoh(GT), Tuna Gigi anjing, Ruby Snapper dan predator yang
lain. Oleh itu saya sendiri telah bawa 6 set pancingan terdiri daripada set
pancingan popping dan jigging bagi kelas ringan, sederhana dan berat.
Seminggu sebelum bertolak ke
Alor, kami telah dimaklumkan oleh Pak Adhek untuk membawa bersama set ringan
untuk melayan ikan-ikan karangan disana semasa bot berhenti untuk makan atau
berlabuh diwaktu malam. Pelbagai saiz jig dan inchiku juga dibawa dari seberat
40g sehingga seberat 1kg! mana tidaknya, kepulauan ini diberi nama Pulau Alur
disebabkan ia dikelilingi oleh “Drop Off” berkedalaman sekitar 300m atau lebih
membentuk alor dan membawa arus yang deras ketika terjadinya air pasang dan
surut. Oleh itu pengunaan jig ada ketikanya perlu sehingga seberat 1kg! Tak
dapat saya bayangkan bagaimana nak melakukan jigging dengan jig seberat itu.Ia pasti
menyeksakan..
Perjalanan.
Kami memulakan perjalanan dari
LCCT ke Bali yang mengambil masa 3 jam. Disana Kami dijemput oleh Pak Komang
dan terus dibawa ke Hotel Lokka Legian, Bali untuk berehat sambil menunggu
penerbangan keesokkan harinya ke Kupang.
Di Bali kami sempat ke rumah Pak Adhek
melihat bagaimana popper yang dihasilkannya. Sempat juga saya sambar 3 biji
popper buatan tangan yang begitu digilai oleh mama mama GT. Kami juga sempat
berbual dengan Pak Adhek sambil melihat deretan koleksi set pancingan yang
digunakan bagi memburu spesis spesis yang boleh diketegorikan sebagai monster
disana. Disana juga kami melihat Pelbagai jenis popper rekaannya dihasilkan.
Penipen, Ocean Lady, Dragonet, Lady Ocean dan pelbagai jenis popper yang
dihasilkan mengikut tempahan yang diterima dari seluruh dunia!
Seawal pagi kami ke Lapangan Terbang
Denpasar semula untuk mengambil penerbangan ke Kupang yang mengambil masa 3
jam. Di Kupang kami Transit sehari lagi disana untuk Kepulauan Alor pada
keesokkan harinya.
Di Kupang kami telah dijemput oleh Pak Duku yang membawa
kami ke Hotel, berjalan-jalan sekitar kupang dan dibawa makan nasi Padang
disana. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disana, kami hanya banyak
berehat dan tidur untuk mengunggu keesokkan harinya.
Disebabkan Indonesia terdiri dari
pulau pulau kecil, penerbangan dari pulau ke pulau terpencil ini lazimnya mengikut
jadual penerbangan yang disediakan awal walau bagaimanapun jadual berubah dan
kelewatan penerbangan sering berlaku. Ini berdasarkan kepada permintaan dan
bilangan penduduk disesuatu pulau.
Untuk ke pulau tertentu ada jadual
penerbangan sehari sekali dan ada kalanya seminggu sekali. Transit menaiki
kapal terbang Fokker 50 dari pulau ke pulau akan menyebabkan banyak masa
terbuang.
Selepas 3 hari perjalanan dan 2 kali Transit kami masih belum boleh
memancing, keesokkan paginya kami ke lapangan terbang Kupang sekali lagi untuk
menaiki penerbangan ke Pulau Alor. Jarak masa penerbangan hanyalah 1 jam.
Setelah sampai ke Lapangan Terbang Mali-Alor kami berenam telah disambut pula
oleh Pak Kriss dan terus dibawa ke jeti untuk menaiki bot.
4 Awak awak telah
menanti kami membantu mengangkat barangan masuk ke dalam bot, sementara kami
dibawa untuk menikmati juadah Nasi Padang di Alor.
Trip Bermula- Hari Pertama
Bot bergerak jam 2 petang, dengan
purata kelajuan 7-8 knot kami masing masing menyiapkan setup pancingan yang
akan digunakan. Untuk sampai ke Lubuk Tuna Gigi Anjing, bot terpaksa mengharungi
5-6 jam perjalanan kesana.
Dan diangarkan kami akan tiba malam kesana. Sambil
sambil ke lokasi yang dituju, sesekali kapten Wiwied berhenti di spot-spot
berpotensi untuk kami melakukan aktiviti popping.
Ternyata tidak perlu menunggu
lama apabila popper Atuk dikejar oleh monster tetapi gagal untuk hookup.
Mungkin masih belum cukup panas! Laungan tekong dari ruang kokpit..
Selepas mencuba beberapa kali,
bot meneruskan perjalanan ke lokasi terumbu karang dan berhenti untuk berlabuh
dan berehat. Sesampai kami ke lokasi yang dimaksudkan hari pun sudah mulai gelap,
kedalaman diangarkan sekitar 20-30m sahaja.
Aktiviti inchiku dilaksanakan
sementara kami berjaya menaikkan Landuk, ibu kerisi, merah dan kadang kala
anak-anak jerung pada malam itu.
Disebabkan kepenatan perjalanan, kami
melelapkan mata seawal jam 10.00 malam selepas makan malam dihidangkan. Tidur
awal dan berehat mencari tenaga untuk mencuba nasib pada hari kedua.
Hari Kedua – Pesta Ruby Snapper
Pada hari kedua kapten telah menghidupkan
enjin seawal 6 pagi. Rupanya 6 pagi disini sudah terang. Awak-awak menyediakan
sarapan pagi selepas itu bot bergerak ke lubuk pertama untuk hari kedua. Dapat
lihat dengan jelas Pulau Kambing dan Pulau Rusa yang terkenal dengan pancingan
Tuna Gigi Anjingnya bersaiz mega. Menurut kapten, kami akan bermain disekitar 2
pulau ini untuk trip kali ini. Diantara 2 pulau ini lah terletaknya alor atau
Drop Off berkedalaman sehingga lebih 300m. Setelah sampai ke lokasi yang dituju
kami memulakan aktiviti jigging.
Saya mulakan dengan jig seberat
100g dan kadangkala hanyut dibawa air. Baru beberapa kali jig dilabuhkan, Eddy
menjadi orang pertama menaikkan ruby snapper, manakala saya masih mencari
rentak jig mencuba saiz, berat dan warna yang sesuai. Dengan jig yang ringan
tidak mungkin ia dapat dilihat oleh pemangsa kerana kebanyakan ianya hanyut
dibawa arus. Lama kelamaan jig ditukar sehingga 350g barulah jig dapat sampai
kedasar. Bot dibiarkan berhanyut disepanjang alor tersebut dan apabila sampai
ke hujung alor bot dikemudi semula ke “seamount” untuk dibiarkan ia berhanyut.
Sepanjang aktiviti berhanyut ini
ada beberapa spot yang betul betul dihuni oleh sekumpulan ikan Ruby Snapper.
Pantang saja melepasi spot ini pasti kami berenam mendapat strike serentak.
Keadaan ini berlaku beberapa kali dengan saiz tangkapan purata sekitar 8-10kg.
Memang kecoh diatas bot dengan 6 strike berlaku serentak. Ada ketika dilubuk
spot spot tertentu kami menerima strike yang begitu kuat sekali,tidak mungkin
Ikan ruby snapper melarikan jig tanpa berhenti dan akhirnya leader dapat
diputuskan.
Dengan larian yang begitu laju
kami menyesaki tuna gigi anjing yang menyambut jig dibawah. Menurut Kapten,
sekiranya tuna gigi anjing membaham jig, ia akan melarikan diri disekitar
gunung gunung lautan di tengah tengah alur.
Memang tidak apa yang dapat kami
lakukan selain memastikan drag berada didalam setting yang tinggi. Di spot ini,
dari 5 strike yang kami terima, tidak satu pun yang berjaya dinaikan melainkan
kami kerugian disebabkan kehilangan jig-jig yang berharga.
Selepas beberapa
kali dicuba dan masa berlalu, pergerakan arus yang semakin lemah menyebabkan
ikan mulai kurang frenzy untuk menyambar jig yang dihidangkan.
Disebabkan tiada lagi ruby
snapper dan Tuna Gigi Anjing yang sudi menyambar jig kapten mula parking untuk
kami berehat sambil awak awak menyediakan makan tengah hari. Kedalaman sekitar
50-60m sahaja. Selepas selesai menjamah makan tengah hari kami berehat sambil
sambil kami mencuba kaedah inchiku jig dan jig jig kecil yang dibawa.
Set
ringan digunakan, disini Pak adhek mengunakan light
set gandingan Rod HOT’S Stilleto Slow Style 63M kekili CURADO type J 300@ J
300H dan di isi dengan tali benang PE 1.5 telah menerima satu strike didasar. Perlawanan
diserahkan kepada saya yang kebetulan berada disisinya. Perlawanan mengunakan
set ringan sememangnya begitu mengujakan. Larian ikan dihujung rod yang
melengkung habis dapat dirasakan sehingga ke Jantung! Mana tidaknya, karauan
segulung dua kemudian main line ditarik keluar tanpa henti pula.
Saya
hanya dapat menahan asakan ikan dan berharap pemangsa dibawah tidak membawa ke
kawasan persembunyiannya. Rod dikawal dengan perlahan, pantang ada peluang
pasti saya mencuri curi mengulung main line kedalam gelendung kekili. Rod tidak
diangkat tinggi dan main line diawasi supaya sentiasa tegang untuk memastikan
mangsa cepat penat dengan tekanan yang diberikan secara berterusan. Perlawanan
berterusan sehinga lebih 10 minit. Kemudiannya barulah menunjukkan mangsa
beralih semakin lemah dan sesekali membenamkan diri. Walaupun mangsa
memberatkan diri set yang baik sememangnya mempunyai daya angkatan yang baik,
dengan perlahan saya memaksa mangsa naik ke permukaan. Selang beberapa minit ikan Ruby snapper
menunjukkan diri, ternyata dengan pengunaan set ringan ikan dasar juga mampu
memberikan perlawanan yang begitu mengasikkan.
Selepas
bergambar ikan ditimbang dan diukur. Dengan berat 13kg dan panjang melebihi
100cm dan diperolehi dengan set ringan ia pasti mengujakan.
Selang beberapa
masa selepas itu, Eddy yang juga mengunakan set ringannya berjaya memperdaya
mangsa menjamah jig kecilnya. Perlawanan juga dilakukan dengan berhati hati dan
tarik tali berlangsung lebih 10 minit.
Ikan ruby snapper dengan saiz hampir sama yang diperolehi awal tadi
dapat dinaikan oleh Eddy. Selepas itu diikuti oleh Mohtar, Alfi dan Atuk.
Masing masing merasa tarikan ruby snapper mengunakan set Ringan di Perairan
Alor.
Selepas makan tengah hari kami beralih pula ke kaedah Popping
sekitar pinggiran pulau. Selain Pak Adhek, kami berlima mencuba nasib untuk
menjerat Gt mengunakan kaedah Popping. Dengan saiz bot yang luas, saya dan Alfi
memilih untuk melontarkan popper dari atas popping deck diatas sekali, Mohktar
di belakang dan Eddy dan Atuk di hadapan bot.
Bot sentiasa berjalan menyusuri
pingiran pulau-pulau yang terdapat disitu. Selepas beberapa kali popper
dilontar dan pelbagai jenis, bentuk dan kaedah popping dilaksanakan kami masih
gagal menarik perhatian GT-Gt untuk membaham popper.
Minit berlalu, dan
sehingga beberapa jam kami mencuba nasib namun masih tidak dapat strike yang
diidamkan lalu kapten mengambil parking untuk makan dan berehat pada waktu
malam.
Pada Malam kedua tekong melabuhkan botnya pada lubuk yang sedikit dalam,
angaran 60m. pada pendapat saya ia pasti memberikan hasil berbanding malam
pertama yang sekitar 20-30m sahaja. Selepas menjamah makan malam, sambil sambil
tu kami mengeluarkan jig jig luminous yang dibawa.
Mana la tahu ada predator
yang sudi menjamah jig jig yang dihidangkan di malam hari. Dengan keadaan arus
yang tidak begitu laju saya mengunakan set jigging medium takut takut ada
monster yang menyambar. Kedengaran bunyi drag dihadapan bot, dan didapati Atuk
sedang melayan mangsanya mengunakan set ringan. Setting
yang digunakan Atuk adalah seperti berikut rod Sabel Dance PE2, kekili stella 6000HG
diisi dengan tali utama PE3 YGK dan mengunakan jig 60gm cheapo jig berserta Decoy
Dancing assist hook 1/0.
Dengan
set ringan ini Atuk berhati hati melayan mangsa yang pastinya bukan ruby
snapper kerana larian pertamanya saja sudah memuntahkan lebih 100m keluar dari
gelendung kekili. Semasa Atuk sedang sibuk melayan tarik tali bersama mangsa,
Muhktar pula mendapat strike kedua malam itu, Nampak gayanya dua strike berlaku
hampir serentak menandakan kawasan ini dipenuhi oleh predator dibawah bot.
Kedua dua pemancing melayan mangsa dengan berhati hati selang beberapa minit
mangsa mula menampakkan diri dan ternyata Tuna Gigi anjing bersaiz sederhana
punya angkara.
Selepas itu kami bergilir gilir menaikkan Tuna gigi Anjing
tetapi tiada saiz monster yang sudi menjamah jig kami.
Walaupun bersaiz
sederhana, tetapi sekiranya mengunakan set ringan ia pastinya memberikan
perlawanan yang baik.
Larian padunya dan aksinya yang tidak mahu menyerah kalah
menyebabkan strike nya digilai oleh pemancing. Selepas jam melewati 10 malam
kami beransur ansur meningalkan deck kapal dan menuju ke tempat tidur untuk
berehat selepas seharian penat memancing.
Hari Ketiga – Set Ringan vs Tuna Gigi
Anjing.
Hari
ketiga ditunggu dengan penuh harapan. Selepas beberapa kali kejadian putus
semalam, kami menukar leader kepada yang lebih besar lagi, kevlar yang lebih
kuat dan jig yang lebih berat dengan harapan ada monster yang sudi bermesra
dengan kami. Seperti semalam bot menghanyut ke lubuk lubuk yang berpotensi,
tetapi tiada ikan bersaiz besar dinaikkan. Mungkin keadaan airnya yang kurang
berarus hari ini.
Tekong mengajak kami melaksanakan popping di tepain tepian pulau seperti semalam, tetapi gagal juga
menaikan ikan bersaiz kasar. Selepas, kedua dua lokasi telah dicuba, tekong
membawa kami kesebuah Pulau Batuan kecil ditengah tengah diantara Pulau Kambing
dan Pulau Rusa. Kebanyakan rakan lain cuba melakukan aktiviti popping disitu.
Saya juga mencuba popping, selepas tiada sambutan ditukar kepada swimbait,
selepas itu dicuba pula jig Buterfly shimano yang kecil seberat 100g dengan Rod
aksi ringan Jigging Master PE1.5-4 dengan harapan ada ikan ikan kecil yang sudi
menyambar jig.
Sedang
bersahaja menyunjum jig tiba tiba tali utama dilarikan sesuatu yang kuat dari
bawah. Dari larian sememangnya saya dapat mengagak sama ada GT atau tuna gigi
anjing yang membaham jig kerana larian terus menerus yang dibuat. Cuma saiznya
yang belum dapat dipastikan. Dari hadapan bot, ikan mengajak saya bergerak
kebelakang bot pula, disitu gelendung kekili tidak berhenti henti mengeluarkan
tali. Ada peluang saya mengarau dan menyimpan tali. Mana tidaknya dengan
pengunaan reel Stella bersaiz 5000 dengan kapasiti simpanan tali utama PE3
sebanyak 250m, bila bila masa ia boleh habis dibawa keluar. Dari Gelendung
berisi penuh kini hanya tinggal suku dan seterusnya menampakkan dasar gelendung
kekili. Mahu tidak mahu saya terpaksa mengunakan telapak tangan untuk menahan
gelendung dan seterusnya mengekang larian ikan. Mujurlah disaat saat akhir ikan
berpatah balik dan dikesempatan ini membolehkan saya menyimpan tali semula.
Disebabkan
daya seretan drag bagi saiz kekili 5000 disetkan kurang 10kg, maka perlawalan
terpaksa dilakukan berhati hati. Tekanan berterusan harus diberikan dihujung
rod agar ia sentiasa memberi tekanan kepada mangsa. Sedikit demi sedikit
peluang diambil untuk menyimpan tali dan saya hanya bertahan ketika mangsa
melakukan larian. Selepas beberapa minit perlawanan mangsa mula menunjukkan
tanda tanda mengalah apabila ia hanya membenam dan memberatkan diri sesekali
membuat larian. Tidak seperti larian permulaan yang mampu membawa keluar lebih
100m dari gelendung.
Selepas
beberapa ketika, tali leader mula kelihatan dan dari bawah permukaan air
kelihatan kilauan badan tuna gigi anjing bersaiz besar.
Dengan segera awak awak
menaikan ikan dan saya seperti tidak percaya dapat menaikan ikan bersaiz ini
dengan mengunakan set Aksi ringan. Selepas bergambar dan kemudian ditimbang,
didapati Tuna Gigi Anjing ini adalah seberat 20kg.
Dengan pengunaan set kekili
bersaiz 5000, tali utama berkekuatan PE3 dan Joran berkekuatan PE1.5-4 bagi
saya ia merupakan rekod peribadi yang tidak akan saya lupakan.
Hari Terakhir – Mama Tengiri
Bangun
pagi dengan harapan memberikan hasil yang baik dari sebelumnya. Pagi pagi lagi
sahabat lain telah bangun dan melontarkan popper masing masing. Ada yang
mengunakan popper dan ada yang mengunakan swimbait. Kami cuba dari satu lokasi
ke satu lokasi sementara bot menuju ke arah perjalanan pulang.
Di dalam
kesibukan kami melontarkan popper, dari atas Alfi menjerit meminta bantuan
apabila swimbaitnya dilarikan sesuatu. Dari perlawanan menunjukkan ikan bersaiz
besar kerana larian pertamannya sahaja sudah cukup membuatkan Alfi kelam kabut
mencari Fighting Belt. Dengan segera awak awak memasangkan fighting Belt dan
membantu Alfi yang berada diatas Deck poping paling atas. Dengan kelengkapan
dan setting berkelas berat, ikan masih mampu menarik drag keluar. Kami yang
lain mengarau pancing dan memberikan laluan kepada Alfi untuk menghayati
pertarungan.
Kapten
Wiwied juga mengalihkan Bot ke kawasan yang lebih selamat. Selepas beberapa
ketika kami lihat kilauan badan mangsa dan menyangkakan Tuna Gigi Anjing,
Tetapi tekaan kami salah apabila sampai ke permukaan, kami lihat seekor mama
tengiri yang besar yang membaham swimbait yang dihidangkan.
Selepas itu ikan
dinaikan oleh awak awak dan seperti biasa aktiviti bergambar dengan tangkapan
dilakukan. Selepas itu panjang ikan ditimbang dan diukur. Dengan panjang 150cm
dan berat 24 kg, kapten Wiwied memaklumkan bahawa ikan tengiri ini merupakan
ikan tengiri terbesar yang pernah dinaikan diatas Kapal teodoras! sekali gus
menjadi rekod kepada Teodoras dan Alfi.
Disebabkan
dirasakan sukar untuk bergambar dengan Tengiri sebesar ini dimasa hadapan, kami
semua ahli trip, termasuk awak-awak dan kapten kapal tidak mahu ketingalan
bergambar bersama mama tengiri.
Selepas kegembiraan mendaratkan mama tengiri, bot
meneruskan perjalanan dan ada beberapa tempat akan disingahi oleh kapten
sebelum sampai ke jeti.
Disatu lokasi, Atuk Berjaya menaikan ikan Red Bass
mengunakan popper manakala ada beberapa kejadian popper dikejat Gt tetapi gagal
untuk hookup.
Dilihat dari permulaan trip sehingga berakhirnya trip, GT Gt
disini hanya mengejar Popper tetapi tidak mahu menggongong dan melarikan
popper. Mungkin masa ini bukan masa yang sesuai untuk pemburuan GT.
Berakhirnya Trip
Apabila
sampai ke jeti, bermakna berakhirlah trip kami memancing diperairan Alor. Pada
malam itu kami dijemput untuk singah makan malam dirumah Kapten Wiweid dan
dihidangkan dengan pelbagai masakan tradisional Alor dan pada malam itu juga
Kapten Wiwied dan isterinya membuat kejutan kepada Alfi dengan menyediakan kek
sambutan hari jadi Alfi.
Pada keesokan harinya pula, disebabkan penerbangan
kami ke Kupang pada Waktu petang, kami dibawa ke muzium Alor melihat kepada
budaya dan adat resam penduduk asli kepulauan alor.
Dengan layanan yang
diberikan diatas kapal sehinga kedaratan, kami berasa seperti begitu diraikan
dan dihargai. Terima Kasih diatas layanan yang begitu baik diberikan oleh
Taka-Adventure dan sekiranya diberikan peluang, insyaallah kami akan kesana
lagi.
13 comments:
salam pemancing...riang ria joran!
Feel free to visit and follow our humble fishing blog at http://www.kakinginti.rumahpanjai.com
Cheers!!
Salam tuan,
Minta tolong bg no contact kapten boat/tekong ah seng seagull utk trip tuan ke pulau jarak
Terima kasih banyak
keren banget gan...jadi kebelet mancing lagi nih...
Hi! Would you mind if I share your blog with my zynga group?
There's a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Cheers
Feel free to visit my web page ... http://gemini.udistrital.edu.co/comunidad/grupos/fmaes/wiki/index.php?title=Usuario:Lwrizetta
I just couldn't leave your site prior to suggesting that I extremely enjoyed the standard information an individual supply on your visitors? Is gonna be again steadily to check up on new posts
Also visit my web-site ... Cheap Jerseys
Behavior that enhances relationships with people at work, and with your friends, will probably work if
you use it with your spouse. to watch the 7-minute video
that explains how Instant Video Web Pages will make video marketing fast and easy.
Also, if they have a gradual link, the video may perform again really badly or not at
all.
Take a look at my website ... http://www.getvids.de/community/search/video/Frau+Fickt+Hund.html
Perfect pan size we encourage you take them back to your hotel and have them prepared.
Spinning - Trout are aggressive and definitely will strike and
eat smaller fish. All the equipment is included in your deep sea fishing
charter Cancun and the boat is so nice you will want to take advantage of the luxury fishing afforded from the Querida del Mar.
my blog - Click On This Website
It bears mentioning that there are also games and simulations available to those wanting to learn to
trade stock index futures. At the same time, web games seemed like the
future of gaming, and we wanted to be a part of it.
The most unique thing about Ouya is that it is said to be "open" -- although what this
means is up for interpretation.
Feel free to surf to my site www.spielespielen24.de/sport/pro-skater - gprasad.net
Dry flies are mostly effective in upstream and moving water.
When it comes to the task of hiring a fishing charter, it is always best
to try going to a new location, something that you have never
been to before. You are able to entry the best fishing spots having a little,
maneuverable craft, getting into areas exactly where other fishermen dare
to tread.
mantap mas,,udah lama ga mancing jadi pingin mancing lagi tapi sibuk sama kerjaan :)
zzzzz2018.7.25
nike shoes for women
issey miyake perfume
jordan 4
michael kors outlet online
kate spade outlet online
ugg boots on sale 70% off
ultra boost 3.0
ed hardy uk
pandora outlet
off white shoes
Terbaik hasil tangkapan ikannya
Jom sertai saya disisni
visit the website Chloe Dolabuy Full Article hop over to this site image source i thought about this
Post a Comment