Monday, December 20, 2010

Tuna

Salam, lama rasanya tak menulis sesuatu mengenai maklumat mengenai ikan ni..asyik asyik laporan pancingan sahaja ya..kali ini penulis ingin berkongsi la sedikit maklumat dan data data yang diperolehi dari Mr Google. Berharap dengan sedikit maklumat ini dapat memberi pedoman kepada rerakan yang berminat memburu spesis dari family Scombridae.

Diketahui umum selain dari spesis billfish(berparuh)  dan trevelly (GT), spesis tuna menjadi pemburuan pemancing, bukan sahaja ia dapat mencapai saiz puluhan Kg, malah kederat dan daya juang yang diberikan juga dapat menaikkan andrelin para pemancing. Larian dan junaman mampu membuatkan pemancing berputih mata sekiranya tidak dapat mengawal dengan baik semasa perlawanan.

Disekitar perairan Malaysia Khasnya, dan asia tenggara umumnya memperlihatkan terdapat beberapa spesis tuna bermain di sekitar perairannya, diantara yang telah diperolehi oleh penulis adalah :-

Oleh itu maklumat yang di Linkkan diatas adalah diterangkan secara spesifik oleh Wikipedia manakala  yang akan diterangkan kemudian adalah secara "Lay Man" oleh penulis dan dikutip dari pengalaman pemancing semata mata. Secara ringkasnya maklumat tersebut diperolehi dari trip-trip memancing yang telah dilalui dan sembang-sembang bersama tekong dan penduduk tempatan.


Albacore Tuna

Lokasi pancingan : Mabul
Teknik Pancingan : "Local Technic"
Setting : PE3-6







Taburan kawasan permainan Albacore Tuna.

Sedikit penerangan mengenai albacore tuna.
Mendiami kawasan-kawasan berkedalaman 300m atau lebih tetapi Albacore tuna dilihat bermain disekitar kedalaman 60m-120m secara berkumpulan. Daya perlawanan yang kuat dan lazimnya memberatkan diri dengan rintangan pectoral fin yang panjang. Nisbah Pectoral fin yang panjang berbanding ekornya akan menyebabkan mangsa lebih gemarkan memberatkan diri berbanding junaman terus kedasar.

Di Malaysia lokasi berpotensi pencarian bagi spesis ini adalah sekitar unjam-umjam dan drop Off disekitar kepulawan Mabul dan Sipadan. Boleh diburu pada malam dan siang hari. Dan dimaklumkan oleh penduduk tempatan spesis ini migrate dari satu lokasi kesatu lokasi tertentu mengikut musim dan bulan okt-jan dilihat masa yang sesuai untuk memburunya disana.


Bigeye Tuna
Lokasi pancingan :Burma Bank, Myammar
Teknik Pancingan : Jig Cast
Setting : PE3-6


 Kawasan permainan Big eye tuna

 Diperdaya dengan jig Buterfly shimano 100g..

Sedikit penerangan mengenai Big Eye tuna.
 Lazimnya bigeye tuna akan bermula bermain disekitar bot apabila matahari mula menghilangkan diri dan semakin banyak apabila kesubuh. Bermain disekitar terumbu karang cetek dan dikelilingi kedalam drop off 200m-300m. Lazimnya ia bergerak dalam kumpulan yang besar dan begitu mudah untuk diperdaya dengan jig-jig luminus seberat 60g-100g. Mempunyai daya juang dengan larian pertama yang begitu laju, kerana stike zone lazimnya disekitar bot sahaja. Boleh diperdaya dengan popper, swimmer, stickbait atau bulu.

Skipjack Tuna

Lokasi pancingan : Lucornia(Miri)&, Burma Bank(Myammar)

Teknik Pancingan : Jig Cast

Setting : PE3-6






Taburan skipjack


Diperdaya dengan bulu rapia

Skipjack bersaiz dewasa.
Sedikit penerangan mengenai Skipjack.
Rasanya spesis tuna yang kecil dan bermain secara berkumpulan. sangat terpikat dengan jig-jig luminus yang kecil bersaiz 40g-80g.  Bermain berhampiran bot dengan strike zone sekitar 20m-30m. Walaupun kecil tetapi mempunya larian pertama yang laju. lazimnya spesis ini tidak takut mejmah umpan walupun ada yang terlepas. diberitakan spesis ini banyak bermain diperairan-perairan cetek. oleh itu sangat sesuai diperairan Malaysia samaada di laut Cina Selatan atau di Selat Melaka. Selain jig, spesis ini juga boleh diperdaya dengan bulu dan appollo. Tp pastikan apollo bersaiz 17 keatas untuk lebih keyakinan.

Dogtooth Tuna

Lokasi pancingan : Lucornia(Miri)

Teknik Pancingan : Jiging

Setting : PE3-6
 Diperdaya dengan jig luminus
 Giginya yang tajam mampu memutuskan leader dengan mudah.

Sedikit penerangan mengenai Dog tooth tuna.
Lazimnya spesis ini mendiami lokasi yang berkedalaman 100m-150m tetapi gemar berlegar legar pada kedalaman 50m-80m..oleh itu daya junaman pertamannya lazimnya dapat memuntahkan lebih banyak main line. Dapat dijerat dengan pengunaan jig jig besi. Selalunya pemancing berputih mata apabila keseluruhan jig ditelan. Leader 170lb belum mampu menahan giginya yang tajam. mempunyai daya juang sehingga keatas permukaan dan dirasakan spesis tuna yang terkuat didalam kelasnya.

Sumber dan maklumat sceintific diperolehi dari http://www.fishbase.org/search.php dan wikipedia.

2 comments:

Paddy Pike said...

Salam Fahiz,
Tuna seharusnya ikan berjuang hebat, teman telah mengatakan kepada saya bahawa ketika memancing bagi mereka itu membuat sakit lengan anda, tetapi mereka juga mengatakan bahawa memancing yang terbaik saya belum pernah dilakukan haha,
Tetap beruntung,
,,,Paddy,,,

Fahiz Hussin said...

terima kasih Paddy..ya. tuna sememangnya mempunyai daya juang dan perlawanan yang sungguh hebat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

There was an error in this gadget

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.