Tuesday, March 2, 2010

Pulau Sembilan

Salam..Pulau Sembilan merupakan destinasi pilihan kaki pancing yang meminati pancingan Casting. Terletak kira2 4 batu nautika dari Pulau Pangkor sememangnya ia mudah dikunjungi oleh pemancing dengan hanya menggunakan Bot Fiber kesana. Didalam pencarian spesis Cencaru Kuda disekitar Pulau Batu Putih, Penulis dan 4 orang pemancing dari ibu kota serta seorang pemancing dari utara telah merancang untuk memburu spesis keluarga cencaru terbesar disana.

Keadaan bot fiber yang disewa di Muarasetiawan


Bot Fiber dengan berenjinkan Mercury 200hp dengan bekalan 200liter petrol kami bergerak ke destinasi pancingan sekitar jam 7.30 pagi dan agak lewat dari perancangan asal 6.30pagi . Ini kerana waktu-waktu yang sesuai untuk aktiviti casting adalah sekitar masa 7.00pagi matahari terbit dan terbenam pula sekitar jam 7.00petang. Bot telah disewa di Muarasetiawan dan tekong Anuar ditugaskan membawa kami memancing di Sekitar Pulau Sembilan. Lebih Kurang Jam 7.30 pagi kami bertolak ke Pulau sembilan dari jeti di Kg Acheh dan sampai ke Pulau Batu Putih sekitar jam 8.30pagi.

Sesampai ke Destinasi, Lure Bulu Ayam bersaiz 4 digunakan untuk memburu spesis Cencaru disana. Selepas beberapa minit kami memulakan acara Casting Artsiam menerima sambaran pertama dan perlawanan bersama pemangsa semasa air sedang surut semememangnya mencabar. Risau juga klau-klau main line bergesel dengan batu karang yang bersepah disitu.

Dengan Arus Air yang deras disekitar Pulau Batu Putih, mangsa agak sukar ditumpaskan. Lagi-lagi set aksi ringan yang digunakan. Dari gaya larian dan junaman, pasti bukan cencaru yang mengena. Beberapa minit ikan mula kepenatan dan ini memberi peluang kepada artsiam untuk mengarau dan menyimpan tali. Giant Trevelly sekitar 5kg telah berjaya dinaikkan dan ini seterusnya menjadi pembakar semangat kepada rerakan pancingan yang lain.

GT Pulau sembilan yang telah diperdaya dengan Bulu Ayam

Didalam kegairahan pemancing casting, beberapa sambaran juga diperolehi tetapi gagal untuk dikawal apabila main line putus semasa pertarungan. 2,3 kali keadaan lucut dan putus, ikan mula kurang menyambar bulu. Jig ringan sekitar 40g-60g juga dicuba tetapi hanya kerapu "selipar" yang sudi menyambar jig.

Kerapu "Selipar" yang rajin membaham jig.

Selepas ikan mula berkurangan menyambar, dan bot sudah beberapa kali mengelilingi Pulau Batu Putih, Tekong membawa kami ke Pulau Agas pula. Disana cagutan cencaru dan GT juga masih tidak kelihatan. Hanya sesekali ikan Banang@ Todak menjadi penghibur melarikan bulu dan kilat yang dilontar.

Black dengan Banang Pulau Agas.

Semasa pemancing lain sedang sibuk melontarkan bulu dan kilat ke celah-celah batuan pulau, Abg Pie sempat juga menurunkan jig kedasar walaupun kedalaman adalah sekitar 10-20 meter sahaja. Ternyata percaturannya berjaya memperdaya seekor lagi GT disekitar Pulau Agas.

GT yang diperdaya dengan Jig Ringan.

Setelah penas casting dan jigging, Tekong membawa kami ke Pulau Lalang untuk berehat dan menjamah makanan tengah hari yang dibawa. Sempat juga kami berehat dan melelapkan mata disana.

Berehat selepas penat casting tanpa henti dari pagi sampai ke Tengah Hari..

Jam menunjukkan 2.30 petang dan air mulai pasang semula. Pada ketika ini kami mula mengambil kesempatan untuk casting semula. Pusing disekitar Pulau yang berhampiran dan ke Pulau Batu Putih semula dengan harapan ada GT yang sudi untuk menyambar umpan. Tetapi 2,3 kali pusing ikan tidak kelihatan dan tekong membawa ke Pulau Batu Hitam sebelum Ke Pulau Pangkor untuk berangkat pulang.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Perjalanan pulang tekong sempat lagi membawa kami casting disekitar Pulau Pangkor. Di Pulau pangkor sekitar Pangkor Laut Resort, Fahmi mendapat sambaran GT dan black dengan sambaran Alu-alu disitu.

Black dengan Alu-alu ekor kuning yang sudi menyambar kilat yang dihidangkan

Jam menunjukkan pukul 6 sebelum tekong bergerak ke lubuk terakhir sebelum kami neneruskan perjalanan pulang. Ternyata di Lubuk terakhir ini kami mula dapat melihat kelibat ikan bermain-main dipermukaan. Disangkakan kumpulan Banang. Tetapi ABu Koster yang dilontar berjaya memikat GT disitu. Di Lubuk terakhir ini, Fahmi menjadi juara dengan 2 ekor Gt yang berjaya diperdayanya.

GT yang berjaya diperdaya oleh Fahmi dilubuk terakhir Tekong Nuar..

GT terakhir sebelum kami berangkat Pulang

Penghargaan dan terima kasih kepada Tekong Anuar kerana Rajin menukar spot dan melajakkan kami memancing sejam dua di Pangkor. InsyaAllah ada rezeki bleh la kami kesana lagi. Untuk trip yang mendatang, kami cuba untuk turun seawal yang mungkin untuk kejar masa permainan ikan jam 7.00pagi. Untuk makluman sewaan bot dan tekong boleh hubungi www.muarasetiakawan untuk maklumat lanjut..


13 comments:

Ekin said...

wa..
lepas jugak gian nk casting eh.
:)

Fahiz Hussin said...

Hehe...boleh la..casting 1 hari suntuk..diorang ni memang betul2 gila casting..teman pun surender..

juancruzcazaypescaargentina said...

exelente pesca, ojala yo pudiera participar en una pesca asi
mis mas sinceras felicitaciones
saludos

Fahiz Hussin said...

Thank you for coming to visit my blog here .. hope we can share methods, techniques and experience of fishing together.

Anonymous said...

Beutifull fishes, althoug I couldn´t understand the text i enjoy very much.

mama said...

Dia kata,"excellent fishing, I wish I could participate in a fish so
my most sincere congratulations
greetings"

Fahiz Hussin said...

Terima Kasih mama, translete bahasa tu..susah2 aje..ni kira jd moderator la ye..nanti abg blanja satay..huahaha..

sebi_2569 said...

very interesant your blog; bravo.

Robert Rizal Abdullah said...

My friends and I would like to organise a fishing trip to Pulau Sembilan on weekend. Who to contact (for boat and what not)? Call me at 012 2751171 (Rizal)

Anonymous said...

Bang. No tekong pls

Anonymous said...

As salam bang ada no tekong tak?website tu tak boleh bukak

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
nhl jerseys
kate spade outlet online
vibram fivefingers
louboutin shoes
lacoste outlet
nike air max 95 ultra
christian louboutin shoes
nike factory
nike shoes for men
nike requin

jeje said...

En fait, vous êtes fatigué d'avoir asics bleu et jaune fluo la possibilité de voir un certain nombre de vos orteils pendant que vous vous dirigez sur le court après l'accrochage d'un rebond. Un nouveau produit dans lequel vous avez gagné de New Balance 993 pas cher l'argent ira à la vraie planète d'utilisation. Il a un flip-top qui se sent vraiment solide et lisse, cela reflète également nike air max 90 leather marron la gamme de prix plus élevé de 55 $ du briquet. Mise en place à partir de septembre 2007, Huawei a persuadé 7000 employés qui travaillent nike femme air max 1 essential beige rose gris depuis plus de 8 ans avec Huawei de démissionner. Comme les années écoulées, il y a eu diverses améliorations dans le domaine asics gel lyte v Chaussures de la médecine. Ils offrent tous les mêmes fonctionnalités que les anciens Kelty FC 3.0 et 2.0, avec quelques bonus qui devraient rendre nos aventures en plein air asics blanche solde beaucoup plus amusantes.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.