Assalamualaikum.. 15 nov 2008, tarikh ni bagi orang lain mungkin tak begitu bermakna. Tapi insyaallah, sekiranya tiada aral melintang aku akan berangkat ke Burma bank..
Jd kat sini aku hanya tulis pa perkara-perkara yang selalu aku buat sebelum pergi memancing ni..
Diantara perkara yang perlu diberi perhatian apabila kita mengatur trip memancing jarak jauh ni adalah seperti berikut :
1. Sila semak pasport dan dokumen perjalanan yang perlu.
Adalah penting bagi seseorang pemancing yang merancang trip luar sempadan menyemak pasport atau dokumen perjalanan agar tak "expired". selalunya tekong darat dah menyiapkan semua dokumen yang perlu, cuma kita mengambil sedikit masa untuk meneliti dan menyemak agar semua dokuemn lengkap dan teratur.
2. Dapatkan serba sedikit latar belakang tempat yang hendak dituju.
Didalam dunia yang semakin canggih ni kita hanya perlu Explore depan monitor komputer je..Search la pa yang patut. ni penting jugak agar kita mendapat gambaran secara kasar lokasi tempat yang dituju.Selain itu kita bleh juga tanya kawan-kawan yang dah pernah pergi ke lokasi tersebut.
3. Tetapkan kaedah dan set memancing.
Kaedah memancing akan menentukan set memancing yang perlu dibawa..ini seterusnya dapat memberi fokus kepada peralatan yang penting sahaja.sekiranya kita tidak pasti kaeadah memancing yang sesuai, bleh la tanya kawan0kawan yang pergi. Ini dapat mengelakkan kita dari membawa barangan yang tidak perlu dan menyusahkan untuk dibawa kesana kemari.
4. Ubat-ubatan yang dirasakan perlu.
Ubatan asas yang selalu dibawa didalam beg adalah seperti berikut:-
Panadol
Minyak angin Cap Kapak
Koyok
Ubat Mabuk laut
Plaster Luka
Aku rasa ubatan ni penting, kat tengah laut tu mana ada farmasi.
5. Baju dan kelengkapan peribadi.
Biasanya aku akan bawah baju sejuk, baju t Shirt, Seluar pendek, baju lengan panjang, dan kelengkapan toiletries, al maklumla walaupun g memancing ni kita sentiasa kena selesa..
6. Makanan ringan dan buah-buahan.
Ni diantara yang terpenting juga, walaupun sekadar kudap-kudapan je pemilihan makanan ringan ni boleh memberi tenaga tambahan apabila diperlukan, gula-gula memberi tenaga, buah memberi serat dan air, dan tidak dilupakan juga "red Bull" 1 katon.
My Extreme Fishing Experience - Jigging,Popping,Trolling,Casting.Giant Trevelly,Yellow Fin Tuna,Albacore Tuna,RubySnapper,Grouper, Cobia,Barracuda,Shark,Green Job Fish,Moray Eal,Rainbow Runner, Amber Jack,Barracotta.Pulau Sembilan,Pulau Sibu,Pulau Jarak, Pelantar Pulai,Lucornia,Karang Merpati,Mabul,Sipadan,Taratau Island,Kok Adang,Nok Kiau,Bali,Lombok,Nusa Penida,Ranong,Burma Bank-Andaman ocean -Indian Ocean-Celebes Sea-South China Sea-Bali Sea-Melaka Straits-Lombok Straits.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam. Rasanya lepas penulisan nie baru la aku ni faham sedikit perbezaan dan jenis-jenis reels yang ada dipasaran. Dari dulu memancing tak ...
-
Assalamualaikum, perambut ni memainkan peranan penting didalam arena memancing. Perambut ni adalah kaedah-kaedah atau teknik-teknik persemb...
-
Memburu Si”Monster” Andaman Sea, Burma. Demi merealisasikan impian memburu ikan bersaiz “Monster”, 12 orang pemancing dari Kuala Lumpur...
-
Copy Paste from my second page Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladu...
-
Salam.. insyaAllah pada bulan Julai ini penulis akan menyertai 1 trip memancing diperairan Pulau Jarak bersama Geng-geng Ipoh, P.net, MFN da...
No comments:
Post a Comment