Friday, August 15, 2008

Mabuk Laut ?

Memancing dilaut dalam sememangnya menyeronokkan, tetapi pernahkan anda mengalami keadaan mabuk laut. Penulisan ni bukan la kajian terperinci atau secara scientific, ia hanyalah datang dari pengalaman aku yang tidak seberapa ni. Tapi mungkin la boleh dijadikan sedikit panduan kepada rakan baru diluar sana bagi aspek penyedian diri sebelum dan semasa memancing ditengah lautan.

Mabuk laut akan menyebabkan kita berasa pening yang teruk, loya tekak, perut meragam, muntah sehingga habis semua isi didalam perut, pecah peluh, muka pucat dan sehingga kita kehabisan tenaga dibuatnya. Bahaya kan!. aku cukup takut klau tekena mabuk laut ni. memang payah la nak memancing.Sebaik-baiknya bergilir-gilir la memandu kereta ke lokasi memancing yang jauh. ini dapat merehatkan badan. badan yang letih, tak cukup tidur, tak sempat sarapan... ni semua faktor-faktor awalan mabuk laut.

Mungkin ada beberapa ubatan yang dijual difarmasi bagi mengelak atau mengurangkan mabuk laut ni, jadi bagi yang rasa-rasa tak konfiden tu boleh la stanby beberapa biji ubatan ni. makan sejam atau 2 jam sebelum menaiki bot. Mungkin diwaktu perjalanan bot mabuk laut kurang dirasai kerana bot yang sedang bergerak. Cuba elak dari duduk berhampiran exzos bot. bau asap atau diesel boleh menyebabkan mabuk berlaku.

Ada juga pemancing yang cuba menyiapkan barangan pancing didalam bot, mengikat mata, perambut dan sebagainya. Bagi yang baru berjinak memancing laut cuba kurangkan aktiviti sebegini. Tumpuan mata kesatu arah didalam bot terutamanya menyediakan benda-benda kecil akan menyebabkan kita lagi cepat mabuk. Lebih baik ia disiapkan awal didaratan.

Ada beberapa simtom-simtom awal mabuk laut ni. Diantaranya sentiasa bersendawa dan tiada selera makan. Sendawa disebabkan oleh perut yang kosong atau pergolakan yang berlaku didalam perut.Bagi aku klau ada je simtom awal ni, apa lagi lekas-lekas la cari minyak angin cap kapak atau koyok. Mungkin bau mentol dari benda-benda ni boleh menghilangkan loya tekat. selepas itu kurangkan aktiviti memancing, cuba jamah sedikit makanan yang dibawa. Makan makanan yang masam atau gula-gula yang dibawa bersama. Rehat sekejap lihat gelagat rakan memancing dan basahkan muka dan kepala..cari port baik untuk baring.klau boleh baring kita baring.

Simtom awal ni jika tidak diatasi kemudian ia di ikuti oleh pening kepala,pecah pelu didahi, berasa seram sejuk dan seterusnya muntah dan muntah... Apabila ini dah berlaku adalah lebih baik kita terus berehat atau membaringkan diri je. tidur pun bagus juga.Adalah merbahaya sekiranya kita meneruskan aktiviti memancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.