Monday, September 17, 2012

Aksi set Ringan Di Alor

Kepulauan alor.

Pulau Alor adalah sebuah pulau yang terletak di hujung paling timur Kepulauan Nusa Tengara Indonesia. Bandar Kalabahi merupakan ibu kota utama di pulau ini dan aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah penternak, petani dan nelayan. 
 
Pulau Alor dikelililngi oleh 2 laut utama iaitu Laut Banda disebelah utara dan Laut Timur disebelah selatan dan dikelilingi oleh pelbagai selat menyebabkan ia kaya dengan hidupan marin yang masih belum diterokai. Dikelilingi oleh pulau pulau, “Drop off”, “Seamount”, lautan dan selat menyebabkan bentuk muka bumi dan geografinya unik dan sangat sesuai sebagai tempat pembiakan dan tempat berlindung pelbagai spesis ikan. 
Disebabkan ia kaya dengan pelbagai spesis marin, penduduk asal disini tidak perlu pergi jauh ketengah lautan untuk mendapatkan spesis terbaik untuk ditangkap. Cukup sekitar 2,3 batu nautika dari daratan spesis seperti ikan tuna, ruby, kerapu begitu mudah diperolehi. Oleh itu kebanyakkan nelayan disini hanya mengunakan sampan-sampan kecik dan koyan untuk mencari rezeki. 

 
Dan bagi nelayan-nelayan komersial yang terdapat disitu memadai bot berenjin dan jaring biasa sebagai kelengkapan yang mampu memberikan hasil yang terbaik. Disebabkan perairan sekitar kepulauan Alor dilihat masih tidak diterokai sepenuhnya kami 5 pemancing dari Malaysia mahu mencuba nasib memancing disini.

Perancangan
Trip ini disertai oleh saya, Mokhtar, Eddy, Atuk dan Alfi. Ia telah dirancang setahun yang lalu, pancingan dikawasan terpencil seperti ini sememangnya memerlukan perancangan yang teliti dan terperinci baik dari segi penginapan sewaktu transit, pengangkutan, makan dan minum dan sebagainya. Penyelesaian terbaik adalah bawa bersama pemandu pemancing tempatan yang boleh berbahasa dan tahu adat dan tatasusila penduduk tempatan. Selain menguruskan segala yang diperlukan sewaktu transit, pemandu pemancing tempatan juga penting semasa pelbagai urusan dokumentasi, pembayaran dan keselamatan semasa perjalanan. Didalam trip ini kami menjemput bersama pemandu pemancing professional Indonesia iaitu Pak Adhek Amerta (ASF Bali) sebagai pemandu pancing kami bagi merealisasikan impian kami untuk memancing disana.
Terdapat beberapa operator yang beroperasi bagi membawa pemancing sekitar Kepulauan Alor tetapi pada kali ini kami memilih untuk mencuba bot Teodoras. Sila rujuk laman sesawang www.taka-adventure.com untuk mengetahui lanjut mengenai pakej pakej yang ditawarkan. Bot yang dahulunya beroperasi di Makasar, Sulawesi sekarang telah turun ke Alor untuk mencuba pelbagai lubuk baru disini. 
 
Bot Teodoras dengan panjang keseluruhan 17m dan lebar 4 meter dilengkapi dengan GPS, Fishfinder, satellite phone, bilik berhawa dingin dan lain lain keperluan sememangnya begitu selesa buat para pemancing. Bot ini dikemudi oleh kapten yang begitu berpengalaman luas di sekitar perairan Indonesia iaitu Kapten Wiwied Soeparto dan dibantu oleh 4 orang awak awaknya, dan bot ini begitu selesa untuk 6 pemancing.
 
Disebabkan trip ini disertai oleh kaki Popping dan jigging maka set pancingan dasar tidak dibawa sambil mensasarkan spesis spesis ikan yang boleh dipancing dengan Popper atau jig. Diantaranya ikan Geropoh(GT), Tuna Gigi anjing, Ruby Snapper dan predator yang lain. Oleh itu saya sendiri telah bawa 6 set pancingan terdiri daripada set pancingan popping dan jigging bagi kelas ringan, sederhana dan berat.
Seminggu sebelum bertolak ke Alor, kami telah dimaklumkan oleh Pak Adhek untuk membawa bersama set ringan untuk melayan ikan-ikan karangan disana semasa bot berhenti untuk makan atau berlabuh diwaktu malam. Pelbagai saiz jig dan inchiku juga dibawa dari seberat 40g sehingga seberat 1kg! mana tidaknya, kepulauan ini diberi nama Pulau Alur disebabkan ia dikelilingi oleh “Drop Off” berkedalaman sekitar 300m atau lebih membentuk alor dan membawa arus yang deras ketika terjadinya air pasang dan surut. Oleh itu pengunaan jig ada ketikanya perlu sehingga seberat 1kg! Tak dapat saya bayangkan bagaimana nak melakukan jigging dengan jig seberat itu.Ia pasti menyeksakan..
Perjalanan.
Kami memulakan perjalanan dari LCCT ke Bali yang mengambil masa 3 jam. Disana Kami dijemput oleh Pak Komang dan terus dibawa ke Hotel Lokka Legian, Bali untuk berehat sambil menunggu penerbangan keesokkan harinya ke Kupang. 
Di Bali kami sempat ke rumah Pak Adhek melihat bagaimana popper yang dihasilkannya. Sempat juga saya sambar 3 biji popper buatan tangan yang begitu digilai oleh mama mama GT. Kami juga sempat berbual dengan Pak Adhek sambil melihat deretan koleksi set pancingan yang digunakan bagi memburu spesis spesis yang boleh diketegorikan sebagai monster disana. Disana juga kami melihat Pelbagai jenis popper rekaannya dihasilkan. Penipen, Ocean Lady, Dragonet, Lady Ocean dan pelbagai jenis popper yang dihasilkan mengikut tempahan yang diterima dari seluruh dunia!
Seawal pagi kami ke Lapangan Terbang Denpasar semula untuk mengambil penerbangan ke Kupang yang mengambil masa 3 jam. Di Kupang kami Transit sehari lagi disana untuk Kepulauan Alor pada keesokkan harinya. 
 

 
Di Kupang kami telah dijemput oleh Pak Duku yang membawa kami ke Hotel, berjalan-jalan sekitar kupang dan dibawa makan nasi Padang disana. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disana, kami hanya banyak berehat dan tidur untuk mengunggu keesokkan harinya.
 
Disebabkan Indonesia terdiri dari pulau pulau kecil, penerbangan dari pulau ke pulau terpencil ini lazimnya mengikut jadual penerbangan yang disediakan awal walau bagaimanapun jadual berubah dan kelewatan penerbangan sering berlaku. Ini berdasarkan kepada permintaan dan bilangan penduduk disesuatu pulau. 
 
Untuk ke pulau tertentu ada jadual penerbangan sehari sekali dan ada kalanya seminggu sekali. Transit menaiki kapal terbang Fokker 50 dari pulau ke pulau akan menyebabkan banyak masa terbuang. 
 
Selepas 3 hari perjalanan dan 2 kali Transit kami masih belum boleh memancing, keesokkan paginya kami ke lapangan terbang Kupang sekali lagi untuk menaiki penerbangan ke Pulau Alor. Jarak masa penerbangan hanyalah 1 jam. 
 
Setelah sampai ke Lapangan Terbang Mali-Alor kami berenam telah disambut pula oleh Pak Kriss dan terus dibawa ke jeti untuk menaiki bot. 
4 Awak awak telah menanti kami membantu mengangkat barangan masuk ke dalam bot, sementara kami dibawa untuk menikmati juadah Nasi Padang di Alor. 

 
Trip Bermula- Hari Pertama
Bot bergerak jam 2 petang, dengan purata kelajuan 7-8 knot kami masing masing menyiapkan setup pancingan yang akan digunakan. Untuk sampai ke Lubuk Tuna Gigi Anjing, bot terpaksa mengharungi 5-6 jam perjalanan kesana. 
Dan diangarkan kami akan tiba malam kesana. Sambil sambil ke lokasi yang dituju, sesekali kapten Wiwied berhenti di spot-spot berpotensi untuk kami melakukan aktiviti popping. 
 
Ternyata tidak perlu menunggu lama apabila popper Atuk dikejar oleh monster tetapi gagal untuk hookup. Mungkin masih belum cukup panas! Laungan tekong dari ruang kokpit..
Selepas mencuba beberapa kali, bot meneruskan perjalanan ke lokasi terumbu karang dan berhenti untuk berlabuh dan berehat. Sesampai kami ke lokasi yang dimaksudkan hari pun sudah mulai gelap, kedalaman diangarkan sekitar 20-30m sahaja. 
Aktiviti inchiku dilaksanakan sementara kami berjaya menaikkan Landuk, ibu kerisi, merah dan kadang kala anak-anak jerung pada malam itu. 
 




Disebabkan kepenatan perjalanan, kami melelapkan mata seawal jam 10.00 malam selepas makan malam dihidangkan. Tidur awal dan berehat mencari tenaga untuk mencuba nasib pada hari kedua.

Hari Kedua – Pesta Ruby Snapper
Pada hari kedua kapten telah menghidupkan enjin seawal 6 pagi. Rupanya 6 pagi disini sudah terang. Awak-awak menyediakan sarapan pagi selepas itu bot bergerak ke lubuk pertama untuk hari kedua. Dapat lihat dengan jelas Pulau Kambing dan Pulau Rusa yang terkenal dengan pancingan Tuna Gigi Anjingnya bersaiz mega. Menurut kapten, kami akan bermain disekitar 2 pulau ini untuk trip kali ini. Diantara 2 pulau ini lah terletaknya alor atau Drop Off berkedalaman sehingga lebih 300m. Setelah sampai ke lokasi yang dituju kami memulakan aktiviti jigging. 
Saya mulakan dengan jig seberat 100g dan kadangkala hanyut dibawa air. Baru beberapa kali jig dilabuhkan, Eddy menjadi orang pertama menaikkan ruby snapper, manakala saya masih mencari rentak jig mencuba saiz, berat dan warna yang sesuai. Dengan jig yang ringan tidak mungkin ia dapat dilihat oleh pemangsa kerana kebanyakan ianya hanyut dibawa arus. Lama kelamaan jig ditukar sehingga 350g barulah jig dapat sampai kedasar. Bot dibiarkan berhanyut disepanjang alor tersebut dan apabila sampai ke hujung alor bot dikemudi semula ke “seamount” untuk dibiarkan ia berhanyut. 
Sepanjang aktiviti berhanyut ini ada beberapa spot yang betul betul dihuni oleh sekumpulan ikan Ruby Snapper. Pantang saja melepasi spot ini pasti kami berenam mendapat strike serentak. Keadaan ini berlaku beberapa kali dengan saiz tangkapan purata sekitar 8-10kg. Memang kecoh diatas bot dengan 6 strike berlaku serentak. Ada ketika dilubuk spot spot tertentu kami menerima strike yang begitu kuat sekali,tidak mungkin Ikan ruby snapper melarikan jig tanpa berhenti dan akhirnya leader dapat diputuskan. 
 
Dengan larian yang begitu laju kami menyesaki tuna gigi anjing yang menyambut jig dibawah. Menurut Kapten, sekiranya tuna gigi anjing membaham jig, ia akan melarikan diri disekitar gunung gunung lautan di tengah tengah alur. 
 
Memang tidak apa yang dapat kami lakukan selain memastikan drag berada didalam setting yang tinggi. Di spot ini, dari 5 strike yang kami terima, tidak satu pun yang berjaya dinaikan melainkan kami kerugian disebabkan kehilangan jig-jig yang berharga. 
 
Selepas beberapa kali dicuba dan masa berlalu, pergerakan arus yang semakin lemah menyebabkan ikan mulai kurang frenzy untuk menyambar jig yang dihidangkan. 
Disebabkan tiada lagi ruby snapper dan Tuna Gigi Anjing yang sudi menyambar jig kapten mula parking untuk kami berehat sambil awak awak menyediakan makan tengah hari. Kedalaman sekitar 50-60m sahaja. Selepas selesai menjamah makan tengah hari kami berehat sambil sambil kami mencuba kaedah inchiku jig dan jig jig kecil yang dibawa. 
Set ringan digunakan, disini Pak adhek mengunakan light set gandingan Rod HOT’S Stilleto Slow Style 63M kekili CURADO type J 300@ J 300H dan di isi dengan tali benang PE 1.5 telah menerima satu strike didasar. Perlawanan diserahkan kepada saya yang kebetulan berada disisinya. Perlawanan mengunakan set ringan sememangnya begitu mengujakan. Larian ikan dihujung rod yang melengkung habis dapat dirasakan sehingga ke Jantung! Mana tidaknya, karauan segulung dua kemudian main line ditarik keluar tanpa henti pula. 
Saya hanya dapat menahan asakan ikan dan berharap pemangsa dibawah tidak membawa ke kawasan persembunyiannya. Rod dikawal dengan perlahan, pantang ada peluang pasti saya mencuri curi mengulung main line kedalam gelendung kekili. Rod tidak diangkat tinggi dan main line diawasi supaya sentiasa tegang untuk memastikan mangsa cepat penat dengan tekanan yang diberikan secara berterusan. Perlawanan berterusan sehinga lebih 10 minit. Kemudiannya barulah menunjukkan mangsa beralih semakin lemah dan sesekali membenamkan diri. Walaupun mangsa memberatkan diri set yang baik sememangnya mempunyai daya angkatan yang baik, dengan perlahan saya memaksa mangsa naik ke permukaan.  Selang beberapa minit ikan Ruby snapper menunjukkan diri, ternyata dengan pengunaan set ringan ikan dasar juga mampu memberikan perlawanan yang begitu mengasikkan. 
 
Selepas bergambar ikan ditimbang dan diukur. Dengan berat 13kg dan panjang melebihi 100cm dan diperolehi dengan set ringan ia pasti mengujakan. 
 
Selang beberapa masa selepas itu, Eddy yang juga mengunakan set ringannya berjaya memperdaya mangsa menjamah jig kecilnya. Perlawanan juga dilakukan dengan berhati hati dan tarik tali berlangsung lebih 10 minit. 
 
Ikan ruby snapper dengan  saiz hampir sama yang diperolehi awal tadi dapat dinaikan oleh Eddy. Selepas itu diikuti oleh Mohtar, Alfi dan Atuk. Masing masing merasa tarikan ruby snapper mengunakan set Ringan di Perairan Alor. 
 


Selepas makan tengah hari kami beralih pula ke kaedah Popping sekitar pinggiran pulau. Selain Pak Adhek, kami berlima mencuba nasib untuk menjerat Gt mengunakan kaedah Popping. Dengan saiz bot yang luas, saya dan Alfi memilih untuk melontarkan popper dari atas popping deck diatas sekali, Mohktar di belakang dan Eddy dan Atuk di hadapan bot. 
Bot sentiasa berjalan menyusuri pingiran pulau-pulau yang terdapat disitu. Selepas beberapa kali popper dilontar dan pelbagai jenis, bentuk dan kaedah popping dilaksanakan kami masih gagal menarik perhatian GT-Gt untuk membaham popper. 
 
Minit berlalu, dan sehingga beberapa jam kami mencuba nasib namun masih tidak dapat strike yang diidamkan lalu kapten mengambil parking untuk makan dan berehat pada waktu malam. 
 
Pada Malam kedua tekong melabuhkan botnya pada lubuk yang sedikit dalam, angaran 60m. pada pendapat saya ia pasti memberikan hasil berbanding malam pertama yang sekitar 20-30m sahaja. Selepas menjamah makan malam, sambil sambil tu kami mengeluarkan jig jig luminous yang dibawa. 
 
Mana la tahu ada predator yang sudi menjamah jig jig yang dihidangkan di malam hari. Dengan keadaan arus yang tidak begitu laju saya mengunakan set jigging medium takut takut ada monster yang menyambar. Kedengaran bunyi drag dihadapan bot, dan didapati Atuk sedang melayan mangsanya mengunakan set ringan. Setting yang digunakan Atuk adalah seperti berikut rod Sabel Dance PE2, kekili stella 6000HG diisi dengan tali utama PE3 YGK dan mengunakan jig 60gm cheapo jig berserta Decoy Dancing assist hook 1/0.
Dengan set ringan ini Atuk berhati hati melayan mangsa yang pastinya bukan ruby snapper kerana larian pertamanya saja sudah memuntahkan lebih 100m keluar dari gelendung kekili. Semasa Atuk sedang sibuk melayan tarik tali bersama mangsa, Muhktar pula mendapat strike kedua malam itu, Nampak gayanya dua strike berlaku hampir serentak menandakan kawasan ini dipenuhi oleh predator dibawah bot. 
 
Kedua dua pemancing melayan mangsa dengan berhati hati selang beberapa minit mangsa mula menampakkan diri dan ternyata Tuna Gigi anjing bersaiz sederhana punya angkara. 
 
Selepas itu kami bergilir gilir menaikkan Tuna gigi Anjing tetapi tiada saiz monster yang sudi menjamah jig kami. 
 
Walaupun bersaiz sederhana, tetapi sekiranya mengunakan set ringan ia pastinya memberikan perlawanan yang baik. 
 
Larian padunya dan aksinya yang tidak mahu menyerah kalah menyebabkan strike nya digilai oleh pemancing. Selepas jam melewati 10 malam kami beransur ansur meningalkan deck kapal dan menuju ke tempat tidur untuk berehat selepas seharian penat memancing.

Hari Ketiga – Set Ringan vs Tuna Gigi Anjing.
Hari ketiga ditunggu dengan penuh harapan. Selepas beberapa kali kejadian putus semalam, kami menukar leader kepada yang lebih besar lagi, kevlar yang lebih kuat dan jig yang lebih berat dengan harapan ada monster yang sudi bermesra dengan kami. Seperti semalam bot menghanyut ke lubuk lubuk yang berpotensi, tetapi tiada ikan bersaiz besar dinaikkan. Mungkin keadaan airnya yang kurang berarus hari ini. 
 
Tekong mengajak kami melaksanakan popping di tepain tepian  pulau seperti semalam, tetapi gagal juga menaikan ikan bersaiz kasar. Selepas, kedua dua lokasi telah dicuba, tekong membawa kami kesebuah Pulau Batuan kecil ditengah tengah diantara Pulau Kambing dan Pulau Rusa. Kebanyakan rakan lain cuba melakukan aktiviti popping disitu. Saya juga mencuba popping, selepas tiada sambutan ditukar kepada swimbait, selepas itu dicuba pula jig Buterfly shimano yang kecil seberat 100g dengan Rod aksi ringan Jigging Master PE1.5-4 dengan harapan ada ikan ikan kecil yang sudi menyambar jig. 
 
Sedang bersahaja menyunjum jig tiba tiba tali utama dilarikan sesuatu yang kuat dari bawah. Dari larian sememangnya saya dapat mengagak sama ada GT atau tuna gigi anjing yang membaham jig kerana larian terus menerus yang dibuat. Cuma saiznya yang belum dapat dipastikan. Dari hadapan bot, ikan mengajak saya bergerak kebelakang bot pula, disitu gelendung kekili tidak berhenti henti mengeluarkan tali. Ada peluang saya mengarau dan menyimpan tali. Mana tidaknya dengan pengunaan reel Stella bersaiz 5000 dengan kapasiti simpanan tali utama PE3 sebanyak 250m, bila bila masa ia boleh habis dibawa keluar. Dari Gelendung berisi penuh kini hanya tinggal suku dan seterusnya menampakkan dasar gelendung kekili. Mahu tidak mahu saya terpaksa mengunakan telapak tangan untuk menahan gelendung dan seterusnya mengekang larian ikan. Mujurlah disaat saat akhir ikan berpatah balik dan dikesempatan ini membolehkan saya menyimpan tali semula.
Disebabkan daya seretan drag bagi saiz kekili 5000 disetkan kurang 10kg, maka perlawalan terpaksa dilakukan berhati hati. Tekanan berterusan harus diberikan dihujung rod agar ia sentiasa memberi tekanan kepada mangsa. Sedikit demi sedikit peluang diambil untuk menyimpan tali dan saya hanya bertahan ketika mangsa melakukan larian. Selepas beberapa minit perlawanan mangsa mula menunjukkan tanda tanda mengalah apabila ia hanya membenam dan memberatkan diri sesekali membuat larian. Tidak seperti larian permulaan yang mampu membawa keluar lebih 100m dari gelendung.
 
Selepas beberapa ketika, tali leader mula kelihatan dan dari bawah permukaan air kelihatan kilauan badan tuna gigi anjing bersaiz besar. 

Dengan segera awak awak menaikan ikan dan saya seperti tidak percaya dapat menaikan ikan bersaiz ini dengan mengunakan set Aksi ringan. Selepas bergambar dan kemudian ditimbang, didapati Tuna Gigi Anjing ini adalah seberat 20kg. 
 
Dengan pengunaan set kekili bersaiz 5000, tali utama berkekuatan PE3 dan Joran berkekuatan PE1.5-4 bagi saya ia merupakan rekod peribadi yang tidak akan saya lupakan. 

Hari Terakhir – Mama Tengiri

Bangun pagi dengan harapan memberikan hasil yang baik dari sebelumnya. Pagi pagi lagi sahabat lain telah bangun dan melontarkan popper masing masing. Ada yang mengunakan popper dan ada yang mengunakan swimbait. Kami cuba dari satu lokasi ke satu lokasi sementara bot menuju ke arah perjalanan pulang. 

 
Di dalam kesibukan kami melontarkan popper, dari atas Alfi menjerit meminta bantuan apabila swimbaitnya dilarikan sesuatu. Dari perlawanan menunjukkan ikan bersaiz besar kerana larian pertamannya sahaja sudah cukup membuatkan Alfi kelam kabut mencari Fighting Belt. Dengan segera awak awak memasangkan fighting Belt dan membantu Alfi yang berada diatas Deck poping paling atas. Dengan kelengkapan dan setting berkelas berat, ikan masih mampu menarik drag keluar. Kami yang lain mengarau pancing dan memberikan laluan kepada Alfi untuk menghayati pertarungan. 

Kapten Wiwied juga mengalihkan Bot ke kawasan yang lebih selamat. Selepas beberapa ketika kami lihat kilauan badan mangsa dan menyangkakan Tuna Gigi Anjing, Tetapi tekaan kami salah apabila sampai ke permukaan, kami lihat seekor mama tengiri yang besar yang membaham swimbait yang dihidangkan. 
 

Selepas itu ikan dinaikan oleh awak awak dan seperti biasa aktiviti bergambar dengan tangkapan dilakukan. Selepas itu panjang ikan ditimbang dan diukur. Dengan panjang 150cm dan berat 24 kg, kapten Wiwied memaklumkan bahawa ikan tengiri ini merupakan ikan tengiri terbesar yang pernah dinaikan diatas Kapal teodoras! sekali gus menjadi rekod kepada Teodoras dan Alfi. 

Disebabkan dirasakan sukar untuk bergambar dengan Tengiri sebesar ini dimasa hadapan, kami semua ahli trip, termasuk awak-awak dan kapten kapal tidak mahu ketingalan bergambar bersama mama tengiri. 
 


 
Selepas kegembiraan mendaratkan mama tengiri, bot meneruskan perjalanan dan ada beberapa tempat akan disingahi oleh kapten sebelum sampai ke jeti. 
 


Disatu lokasi, Atuk Berjaya menaikan ikan Red Bass mengunakan popper manakala ada beberapa kejadian popper dikejat Gt tetapi gagal untuk hookup.
 

Dilihat dari permulaan trip sehingga berakhirnya trip, GT Gt disini hanya mengejar Popper tetapi tidak mahu menggongong dan melarikan popper. Mungkin masa ini bukan masa yang sesuai untuk pemburuan GT.
 

Berakhirnya Trip
Apabila sampai ke jeti, bermakna berakhirlah trip kami memancing diperairan Alor. Pada malam itu kami dijemput untuk singah makan malam dirumah Kapten Wiweid dan dihidangkan dengan pelbagai masakan tradisional Alor dan pada malam itu juga Kapten Wiwied dan isterinya membuat kejutan kepada Alfi dengan menyediakan kek sambutan hari jadi Alfi. 
 
Pada keesokan harinya pula, disebabkan penerbangan kami ke Kupang pada Waktu petang, kami dibawa ke muzium Alor melihat kepada budaya dan adat resam penduduk asli kepulauan alor. 
 

Dengan layanan yang diberikan diatas kapal sehinga kedaratan, kami berasa seperti begitu diraikan dan dihargai. Terima Kasih diatas layanan yang begitu baik diberikan oleh Taka-Adventure dan sekiranya diberikan peluang, insyaallah kami akan kesana lagi.

13 comments:

BorneoAngler said...

salam pemancing...riang ria joran!
Feel free to visit and follow our humble fishing blog at http://www.kakinginti.rumahpanjai.com
Cheers!!

saidrsm said...

Salam tuan,
Minta tolong bg no contact kapten boat/tekong ah seng seagull utk trip tuan ke pulau jarak

Terima kasih banyak

Cream Pemutih Ketiak dan Selangkangan said...

keren banget gan...jadi kebelet mancing lagi nih...

Anonymous said...

Hi! Would you mind if I share your blog with my zynga group?
There's a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Cheers

Feel free to visit my web page ... http://gemini.udistrital.edu.co/comunidad/grupos/fmaes/wiki/index.php?title=Usuario:Lwrizetta

Anonymous said...

I just couldn't leave your site prior to suggesting that I extremely enjoyed the standard information an individual supply on your visitors? Is gonna be again steadily to check up on new posts

Also visit my web-site ... Cheap Jerseys

Anonymous said...

Behavior that enhances relationships with people at work, and with your friends, will probably work if
you use it with your spouse. to watch the 7-minute video
that explains how Instant Video Web Pages will make video marketing fast and easy.
Also, if they have a gradual link, the video may perform again really badly or not at
all.

Take a look at my website ... http://www.getvids.de/community/search/video/Frau+Fickt+Hund.html

Anonymous said...

Perfect pan size we encourage you take them back to your hotel and have them prepared.
Spinning - Trout are aggressive and definitely will strike and
eat smaller fish. All the equipment is included in your deep sea fishing
charter Cancun and the boat is so nice you will want to take advantage of the luxury fishing afforded from the Querida del Mar.


my blog - Click On This Website

Anonymous said...

It bears mentioning that there are also games and simulations available to those wanting to learn to
trade stock index futures. At the same time, web games seemed like the
future of gaming, and we wanted to be a part of it.
The most unique thing about Ouya is that it is said to be "open" -- although what this
means is up for interpretation.

Feel free to surf to my site www.spielespielen24.de/sport/pro-skater - gprasad.net

Anonymous said...

Dry flies are mostly effective in upstream and moving water.
When it comes to the task of hiring a fishing charter, it is always best
to try going to a new location, something that you have never
been to before. You are able to entry the best fishing spots having a little,
maneuverable craft, getting into areas exactly where other fishermen dare
to tread.

Peninggi Badan Tiens said...

mantap mas,,udah lama ga mancing jadi pingin mancing lagi tapi sibuk sama kerjaan :)

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
nike shoes for women
issey miyake perfume
jordan 4
michael kors outlet online
kate spade outlet online
ugg boots on sale 70% off
ultra boost 3.0
ed hardy uk
pandora outlet
off white shoes

Asan said...

Terbaik hasil tangkapan ikannya
Jom sertai saya disisni

neque said...

visit the website Chloe Dolabuy Full Article hop over to this site image source i thought about this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.